Khamis, 26 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Hobi masa lapang Umno...

Posted: 26 May 2011 07:13 AM PDT

Akhirnya Nizar mengorak langkah...

Posted: 26 May 2011 05:22 AM PDT

Nampaknya bekas MB Perak yang tengah popular Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Ikut kata Harakhadaily, Nizar telah pun menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi. DS Nizar memang dalam list 'selebriti' PAS, setiap pencak silatnya menjadi perhatian malah dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

Dengan kemasukan Nizar, maka naib presiden akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini. Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: