Khamis, 26 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


Siapa badut, sebenar Nazri atau Ibrahim?

Posted: 26 May 2011 05:47 AM PDT

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

"Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

"Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

"Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas," katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

"Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya," kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

"Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut," perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.

Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

NONE"Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

"Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah," katanya.

Istilah golongan ulama dan profesional sengaja dihidupkan Umno

Posted: 26 May 2011 05:43 AM PDT

azlanMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan istilah golongan ulama dan profesional yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya sengaja dihidupkan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, hakikatnya tidak wujud dua kumpulan iaitu ulama dan profesional, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

"Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

"Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook, semalam.

Kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.


Justeru, menurutnya, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.



"Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.



"Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.



"Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.



"Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.


Nik Aziz mengulas mengenai pemilihan kepimpinan PAS awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa sebarang cabaran.

Tambah Nik Aziz lagi, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.


"Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.



"Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya.

Nizar bertanding Naib Presiden

Posted: 26 May 2011 01:43 AM PDT

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolehi undian tertinggi bagi jawatan AJK Pusat pada Muktamar PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada Muktamar minggu depan.
Beliau menolak pencalonan untuk AJK Pusat pada kali ini. 
Bagaimanapun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli menolak bertanding jawatan itu dan hanya bertanding AJK sahaja. 
Seorang lagi yang mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden hari ini ialah exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.
Selain Nizar dan Datok Amar, calon lain yang mengesahkan bertanding ialah Datuk Husam Musa,  Salahuddin Ayob, Dato Mahfuz Omar dan Idris Ahmad
Hatta Ramli berkata, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja memandangkan  bekas naib presiden, Husam membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.
"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan  AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," katanya. 
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau, Hatta, menyifatkan cukup baginya bertanding AJK sahaja memandangkan keputusan dibuat secara konsensus dalam PAS.
Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok

Tiada ulasan: