AdukaTaruna |
Posted: 22 May 2011 12:32 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Mat Sabu umum 9 Julai sebagai demo BERSIH 2.0. Walk for democracy. Hari Sabtu tu. Tempat himpun tak umum lagi tu... Insyaallah. Gua turun. Sapa tak turun, jiwa dia dangdut! |
Cerita gua Himpunan 10K Pemuda PAS Kelantan (1). Posted: 21 May 2011 07:29 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Sebelum solat. Plannya dah lama sejak gua mengetahui adanya program 10K Pemuda. Macam biasalah, agenda kapitalis. Hua3.. gua plan berniaga T-shirt. Mcm kebiasaan gua niaga di Kuliah Tok Guru setiap Jumaat. Orang tadah ilmu, gua tadah duit. Malam tu, gua hubungi member gua. Saja2 tanya. Gua nak niaga. Ada tempat kat dalam ke? Kalau ada, berapa sewa? Gua fikir, memang ada ruangan niaga yang rasmi. Kalau ruangan niaga yang rasmi dah penuh, gua pacak kat luar la macam biasa. MPKB halau, gua blah la. No lawan2. Undang2, tetap undang2. Untuk kepentingan ramai yang lain. Tapi kalau rampas, gua lawan la.. demi kepentingan diri gua. Ngeee.... Tapi, alhamdulillah, member gua adjust tempat niaga gua kat dalam. Dengan syarat, menginfakkan sedikit keuntungan kepada tuan punya program (Pemuda PAS Kelantan lah). Tiada kadar sewa yang rasmi. Settle, gua cakap. Pagi Jumaat tu, gua tak berniaga di Kuliah Tok Guru. Gua terus ke tapak program. Ada banyak dah khemah niaga di sebelah dalam. Maybe dipasang sejak malam tadi. Gua pun pilih port dan pasang meja. Tiba2 Unit Amal datang. Mereka maklumkan bahawa mereka menerima arahan di kawasan dalam tidak dibenarkan berniaga. Untuk maksimumkan keselesaan ruang 10K orang. Sorang brader owner khemah sedikit marah. Unit Amal pada gua professional. Tak sentuh fizikal. Dia siap tunjukkan brader tu ruang berniaga di sebelah luar. Ramai yang tapau barang2 dan bergerak ke luar. Gua turut diminta keluar. Gua minta 10 minit untuk kontek member. Member gua menjelaskan memang dasarnya tiada peniaga di kawasan dalam. Tetapi terdapat beberapa peniaga yang dibenarkan, yang berkaitan dengan barangan pemuda, atau barangan penaja, atau dengan syarat infak, atau dengan syarat barang niaga yang bersesuaian. Gua diminta keluar dulu. Program bermula jam 3 petang. Nanti, member gua datang, dia tunjukkan ruang niaga gua. Bereh gua cakap. Gua pun tapau semula meja. Unit Amal pun sambung tugas ke tempat lain. Tiba2 datang lelaki berumur dalam 50an. Berjubah dan berhelmet. Naik skuter. Tanya gua ni meja siapa. Gua cakap ni meja gua. Buat apa dengan meja ni? Gua jawab niaga. "Eh.... tak boleh.. tak boleh... keluar! Keluar!" Dia halau gua siap gaya tangan, dengan memek muka bekeng. Terus press skuter dia menuju ke Unit Amal. Pastu suruh Unit Amal halau gua (tafsiran gua dari melihat gaya badan dari jauh). Orang tua ni, kalau kena tapak kasut bundle made in Korea gua, mau terbalik dengan skuter2 skali nih. Lahir zaman jakun, memang takda communication skill. Old school. Orang Rusila kot. Hua3... "Kita tapau cepat sikit, Nal. Sebelum orang tua tu datang balik. Gua bukannya baik." Gua terus blah. Tak booking tempat kat luar. Malas gua. Kang orang tua tu buat kelakar plak follow gua sampai luar. Kat luar pun tak boleh niaga ni. Balik, balik, balik.. Gua bukannya orang yang berada tahap kelayakan jadi pemimpin. Kena pulak bertumbuk kerana kapitalis, bukan kerana Allah, lagi sia-sia. Kalau boleh elak, elak lah. Plan pukul 2.30 pm, lepas Jumaat, terus datang. Pacak kat mana2. Lepas solat. Sampai lebih kurang jam 2.30 pm. Tu dia.. tempat dah penuh. Ha.. ada satu ruang. Eh.. ada tali la plak. Menandakan tempat tu dah dibooking. Ah... pandai2 la peniaga tu pasang kemah dia nanti. gua ambil sikit ruang je. Sedang releks susun barang, sms masuk. Hjosama. Mu alik mano? Gua depan stadium. 5 minit dia datang. "Mu nak niaga dalam ke luar?" "Gua bereh mano2." "Menta.. jap lagi gua datang mula." "Weih bro.. gua tak desak tau. Port ni pun ok nih. Kalau ada kat dalam, adalah. Kalau takda, gua kat sini pun cantet nih." "Napo tu be?" Brother niaga sebelah sound gua. "Sepatutnya gua niaga kat dalam, bro. Kadar keuntungan jualan ada bahagian untuk owner program. Tapi, tempat dalam dah penuh, rasanya. Tu yang gua kat luar." Gua try jawab sebaik mungkin. Bagi mengelakkan persepsi double standard oleh peniaga luar. Then hjosama datang dengan Murai Anak Emas. "Ada tempat. Nak duduk sini ke dalam?" "Dalam la.." Kalau ada peha ayam goreng, orang takda gigi pun selera bai. Gua kan kapitalis. Hua3.. "Bro.. gua pindah dulu, deh." Gua sound brother sebelah. "Ok.. bereh.." Kami berempat usung barang menuju ke khemah niaga di dalam. "Mu, Unit Amal pun tokleh lawan, Presiden boleh plak." Hjosama sound gua. Gua sengeh. Lupa plak gigi palsu tak siap lagi. Kensel sengeh, just senyum jer. "Kalau gua lawan Presiden PAS, gua yakin gua lawan kerana Allah. Kalau gua lawan Unit Amal, gua kompius, gua lawan kerana diri gua sendiri atau kerana Allah." Gua jawab dalam hati. bersambung.... |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan