AdukaTaruna |
Cina babi bela Melayu, Melayu lembu khianat Melayu. Posted: 15 May 2011 06:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Mei: Suaram mengutuk keras dan kecewa terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menembak mati individu-individu tidak kira warga Malaysia ataupun warga asing yang kerap berlaku. Gua : Semasa Buletin Utama siar berita mengenai TBH, maka, berkatalah bos gua yang UMNO.. "Tengoklah.. kalau Cina mati, layanan istimewa. Semua ambil peduli. Kalau Melayu gak.." "Pasal Melayu bodoh dalam politik. Kerajaan Melayu bunuh Melayu pun Melayu tetap sokong kerajaan itu. Akhbar dan media Melayu pula tidak membela Melayu, tapi bela si pembunuh Melayu. Kerajaan tak takut sama Melayu, tapi kerajaan takut sama Cina." Senyap. "Bagaimana keadaan kalau Melayu bijak dengan anytime boleh berubah undi dengan isu sebegini? Sudah pasti kerajaan takut sama Melayu. Bukan Melayu takut sama kerajaan." |
Exco gantung banner di tempat gedebe. Posted: 15 May 2011 06:34 PM PDT 15 Mei, Kota Bharu - Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut. Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut. Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh. Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa. Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika. Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya. Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu. "Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri," katanya kepada Harakahdaily. Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri. Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan