Isnin, 16 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Melayu hancur jika masih sokong pemerintah – Aziz Bari

Posted: 16 May 2011 08:21 AM PDT

SHAH ALAM – Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti pemerintah sekarang.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika membentangkan kertas bertajuk 'Tahap-Tahap Kritikal dalam Sejarah Perlembagaan Malaysia' pada Bengkel Asas Perlembagaan di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu dihadiri para pemimpin dan anggota NGO Islam.

Dalam bengkel berkenaan, Aziz berkata Umno masih lagi bercakap soal peruntukan perlembagaan mengenai Islam dan Melayu selepas lebih 50 tahun merdeka.

Ia katanya, adalah bukti yang menunjukkan mereka gagal menjalankan amanah yang diberi selama ini.

"Orang Melayu perlu nekad dan berani berubah kerana mereka sudah terlalu lama dikecewakan. Dan sekarang mereka diancam dengan pelbagai jenis ugutan dan kebimbangan yang tidak pun wujud seperti kononnya Kristian akan dijadikan agama rasmi Malaysia", jelasnya.

Jalan di hadapan, tambahnya, ialah orang Melayu perlu membuat perubahan kerana selama ini mereka jelas tidak ke mana-mana.

Aziz berkata sekarang ini wujud pula satu aliran yang kononnya hendak mempertahankan perlembagaan, termasuk Perkara 153 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu.

"Kita jangan menganggap peruntukan perlembagaan itu semacam tangkal dan azimat yang digantung di muka pintu dengan harapan membawa faedah dan berkat.

"Peruntukan itu akan tinggal peruntukan yang tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya orang Melayu tidak bekerja kuat dan bebas berfikir", tegasnya.

Dalam pembentangan selama sejam itu, Aziz menghuraikan beberapa krisis perlembagaan termasuk krisis antara kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Mahathir dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993.

Beliau juga turut menyentuh krisis kehakiman yang membawa kepada pemecatan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Krisis kredibiliti yang menyelubungi pelbagai institusi awam selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 juga disentuh.

"Ketika reformasi dan Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 menunjukkan bahawa rakyat mempunyai sumbangan dan peranan dalam perkembangan perlembagaan negara," tegasnya.

Suara hakim adalah suara peguam negara

Posted: 16 May 2011 07:21 AM PDT

Hakim dah kena nasi kangkang... kahkahkah...

Posted: 16 May 2011 07:17 AM PDT

Hakim ikut telunjuk pendakwaraya - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

"Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan," kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa' walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

"Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua 'rencah' pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini," kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

"Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama," kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

"Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan," kata Sankara.

Ya Allah... jijiknya...

Posted: 16 May 2011 05:00 AM PDT

Dok agak dah...

Posted: 16 May 2011 04:45 AM PDT

Dok agak dahh... ni semuanya dari ilham mantan Piem Umno yang telah lebih 22 tahun menerajui bangsa Umno. Dia dengan jelas amat tidak senang melihat Anwar tu senang. Ilham ilahm dari dia yang jelas amat busuk perut ini telah di sempurnakan oleh Piem bangsa Umno sekarang untuk menjerut Anwar dengan semakin kemas dan bagai gagal dirungkai lagi oleh Pakatan Rakyat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie, kukuh dan justeru itu Anwar perlu membela diri mengapa beliau tidak harus dihukum. Dan pada masa yang sama, polis juga bergerak selaju scorpene membelah lautan bagi membereskan siasatan video seks juga dihalakan terhadap Anwar.

Amat amat jelas ranjau perjuangan Anwar dalam menjatuhkan BN begitu perit lagi mencabar bukan saja pada Anwar sendiri malah pada kesatuan Pakatan Rakyat juga terutama pada hari-hari mendatang.

Tak payah buang karan laa...

Posted: 16 May 2011 03:22 AM PDT

Berita Kristian agama rasmi Malaysia tu tak sahih lagi pun, cuma digembar gemburkan, dipanaskan lagi oleh Utusan Meloya saja. Alih alih, hujan tidak ribut pun tidak si Perkasa ni pulak yang sibuk sibuk ngan perang salibnya... Betoi la orang kata, Perkasa ni hidup atas kontorversi... tanpa isu kontroversi yang dicipta mereka, tak dak sapa yang nak pandang dan degnar apa yang Perkasa ni kata...

Masaalahnya, apakah benar Perkasa ni mewakili majoriti Melayu Islam? Tak payah buang karan nak jawab sebab Hishamuddin dah tolong jawab walaupun tak boleh mengubat "damaged" yang telah Perkasa lakukan... Kahkahkah...

Yang hangpa sibuk sangat ngan Kristian nak dominan Malaysia ni, Islam yang sekarang ni agama rasmi negara tu hangpa jaga elok sangat ka? Betoi jugak laa, Ketua Paderi dah buat penafian, tapi kita bukan boleh percaya ketua paderi tu. DAP pun kata tak kena mengena, takkan la kita nak percaya cakap orang kafir pulak...

Habih tu kita nak percaya cakap sapa la ni? Ooo... lupa pulak, kita kena percaya kat Perkasa, pasai depa ja yang betoi betoi jaga Melayu berbangsa Umnonya... Kita kena dengar cakap Utusan Malaysia pasai disitu lah tercambahnya pemikiran Melayu berbangsa Umno Malaysianya... Kita kena tengok TV3 saja, sebab disitu saja sumber maklumat sahih gaya pemikiran Melayu berbangsa Umno mereka...

Kita patut biarkan Perkasa macam lembu liar putus tali, baru lah Islam dilihat kuat dan bijaksana... Umno tak boleh ke depan sangat, takut kawan dalam BN lari... jadi kita biarkan Perkasa dan NGO Melayu lain, TV3 dan Utusan Meloya main apa yang patutnya Umno ni main. Baru cina dalam MCA dan Gerakan tak nampak kena makan... baru MIC dan PPP tak nampak Umno ni makan kawan...

Heran jugak, mana mungkin orang Kristian yang minoriti tu nak jadikan Kristian agama rasmi... Wallawoii... siap ngan nak lantik Perdana Menteri dari orang Kristian lagi... Kerusi parlimen yang orang Kristian tanding tu banyak sangat ka nak tubuh kerajaan?

Tapi hebat betoi Perkasa nih... depa boleh nampak jauh dari orang lain. Orang tak nampak langsung yang kristian nak dominan kerajaan melalui PR kerana wakil kristian lagi kurang berbanding dalam BN... tapi Perkasa dapat tengok tu semua... Tahniah la Perkasa woiii....

Tahniah kat Perkasa kerana berusaha sungguh sungguh nak nyalakan api permusuhan antara agama nih... bila dah antara agama bermasam muka, baru Umno boleh cari makan. Bila Melayu dah pandang serong pada cina kristian, baru DAP sakit kepala... dan BN bermaharajalela... Baguih la lagu tu walaupun bukan Islam akan tengok Islam sebagai agama ganas dan tak bertamaddun dalam berpolitik.

Umno dah nazar, patut dok ICU dah. Bukan Melayu, khususnya orang Cina dah cabut lari. Mana ada orang muda nak sokong parti tua macam Umno dah la ni kalau tak bagi 50 ringgit sorang.

Sebab tu depa kena tukaq strategi. Bagi hiburan yang melalaikan orang muda lagi banyak, dalam tv dan dipentas terbuka... Biaq hancur lingkop habih anak muda Melayu. Blog-blog dan akhbar Umno semua kena siarkan video lucah pelakon lelaki muallaf siam yang baru sangat peluk Islam tu banyak-banyak. Biar anak muda Melayu hancur akhlak mereka dengan video macam tu. Lagi bertambah kes rogol dan zina, lagi untung politik politik UMNO sebab manusia kalau dah jadi kaki maksiat mana mau dah kat Islam, perjuangan Islam atau parti Islam.

Berita tak sahih lagi, ada yang dah ajak perang salib...

Posted: 15 May 2011 07:00 PM PDT

Tiada ulasan: