Khamis, 5 Mei 2011

Addin

Addin


Panas!! Pakatan Rakyat Buat Tak Tau Dengan Bloggers

Posted: 05 May 2011 05:00 PM PDT

PRU 13 - Media

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3. Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah. TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah. Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh. Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.

Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh. Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.

Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa. Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3? Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…"Eleh…Matsamankati syok sendiri."

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.

Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.
 
Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.

Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? "How many people read internet?"

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.

Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.

Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa. Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?
 
 
Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.

Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%. Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan. Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi. Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa./MSK

Addin:

Ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Mat Saman Kati di Malaysia Times. Pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan pro aktif bagi mengembalikan pengaruh bloggers pro PR di alam siber bagi menghadapi PRU 13 nanti. Jika hanya bloggers pro PR yang bersengkang mata siang malam mengadap blog untuk berjuang tanpa sokongan dari pemimpin PR sendiri.. amatlah malang sekali. Ini kerana alam siber adalah medium alternatif untuk rakyat dapat maklumat setelah media arus perdana yang telah dikongkong oleh rejim UMNO Be End .
 

Harga Minyak Dunia Turun Tapi Malaysia Naik Jugak

Posted: 05 May 2011 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR -  Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97. Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden. Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.


Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

"Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN. "Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras," katanya lagi.

Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik. "Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul," ujarnya.

Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

"Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini," ujarnya.

Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter./ KD


Dunia Lebih Aman Tanpa UMNO Be End

Posted: 05 May 2011 06:47 AM PDT

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN). "Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden)," kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin. Ujar beliau, "Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam. Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.

"Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia," kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam reaksi spontan ekoran terbunuhnya Osama dilaporkan menyebut dunia akan lebih aman, selamat dan adil berikutan kematian Osama.

Kata Nik Aziz, sekiranya Osama benar-benar dibunuh seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Husain Obama, beliau mendoakan rahmat Allah ke atas rohnya dan keampunan Allah swt buat Osama. "Sebesar mana pun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

"Adapun keterlibatan Osama dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Barat," terang beliau./FMT
 
 

Osama : Mahathir Cakap Tindakan Amerika Tak Bertamadun Tapi Najib Sokong

Posted: 05 May 2011 06:00 AM PDT

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kematian Osama bin Laden tidak mungkin petanda sudah berakhirnya keganasan atau rangkaian Al-Qaeda, sambil meramalkan tindakan balas akan terus berkembang di seluruh dunia. Perdana menteri paling lama memegang tampuk kerajaan ini berkata, operasi dikendalikan oleh pasukan elit AS awal kelmarin adalah satu "tindakan tidak bertamadun." "Ya, dia mungkin bersalah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh satu orang bukan caranya.


"Jika dia dapat ditangkap, tangkap dia. Tetapi mereka masuk, membunuh seorang yang tidak bersenjata dan kemudian mencampakkan jenazah ke dalam laut," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya berpandangan bahawa ini dilakukan oleh mereka tidak bertamadun," kata Dr Mahathir  lagi. Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama di tangan pasukan elit AS adalah pandangan tidak cermat.

Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS. "Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dalam kenyataannya kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian Osama dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja. "Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil. Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

"Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak Al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

"Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan Al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,'' katanya./TMI


Timor Leste Lebih Baik Dari Malaysia

Posted: 05 May 2011 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media amat memalukan berbanding negara membangun, apabila mencatat kedudukan 143 daripada 196 negara. "Berdasarkan kedudukan negara adalah amat memalukan jika dibandingkan dengan beberapa negara termasuk Kemboja, Filipina, Thailand dan Indonesia yang berada di kedudukan yang lebih baik.


"Walaupun kita selalu menganggap Malaysia sebagai negara maju berbanding beberapa negara tersebut, namun kita patut malu apabila kedudukan kebebasan media tidak berlaku. Lihat sahaja negara Timor Leste yang baru sahaja merdeka, tetapi mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kajian yang dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia pada 3 Mei oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mengklasifikasikan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

Menurut Nik Nazmi, kebebasan media sudah lama membelenggu media arus perdana di Malaysia, malah kerajaan Barisan Nasional (BN) turut mengenakan cengkaman terhadap media alternatif dan bebas, menyebabkan kebebasan media di Malaysia terus merudum. "Situasi ini sudah lama berlaku akibat kongkongan daripada BN terhadap media arus perdana.

"Tetapi yang terbaru apabila BN turut melancarkan serangan terhadap portal Sarawak Report, Malaysiakini sehingga tidak dapat diakses dengan Penafian Perkhidmatan (DDOS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan lepas.

"Sebelum ini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim pernah memberi jaminan tiada gangguan terhadap laman berita dalam internet tetapi yang berlaku adalah sebaliknya," kata beliau yang juga Adun Sri Setia.

Dalam pada itu, beliau menyarankan kepada kerajaan tidak lagi campur tangan terhadap kebebasan media supaya setiap laporan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

"Kerajaan tidak perlu campur tangan lagi dalam kebebasan media supaya kod etika kewartawanan tetap terpelihara. "Serahkan sahaja kepada semua kumpulan media untuk mereka menjalankan tugasan tanpa campur tangan dan pengawalan kerajaan yang mempunyai kepentingan politik," ujarnya.

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lepas dengan menduduki tangga 141 dalam isu kebebasan media.

Menurut kajian yang dijalankan Freedom House, 10 negara teratas dari segi kebebasan akhbar adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori iaitu bebas, separa bebas dan tidak bebas.


Sah!! Kematian Osama Laden Satu Pembohongan

Posted: 05 May 2011 02:00 AM PDT

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada.

"Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu," kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit. Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.

Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita 'kematian' itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? 
Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?

Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.

Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera.

Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan 'keganasan' Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. 
Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan.

Mufti Perlis Patut Sekolah Balik

Posted: 05 May 2011 12:00 AM PDT

Aziz Bari: Mufti Perlis Naif, Jahil Sejarah Politik

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. "Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam."Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan./Mk 


Eskay Sudah Kena Sumpah!!

Posted: 04 May 2011 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya. Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan. Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Rasuah : Adik Bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya Bersalah

Posted: 04 May 2011 07:00 PM PDT

SHAH ALAM - Azizi Johan Ariffin, 54, adik bekas pengarah Perbadanan Putrajaya, Datuk Shahoran Johan Ariffin menerima hukuman penjara 15 hari (serentak) dan denda RM315,000 selepas disabitkan bersalah atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 apabila menerima rasuah berjumlah RM63,000. Bagi enam pertuduhan tersebut, Azizi yang pernah menjawat jawatan sebagai pengarah di sebuah syarikat lanskap didakwa menerima suapan daripada individu yang sama, iaitu Pengarah Sekitar Indah Sdn Bhd, Mohd Kamil Sapuan dalam bentuk wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad miliknya.

Kesemua wang tunai tersebut dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya iaitu sebagai upah membantu mendapatkan tender 'Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap di Persiaran Persekutuan, Persiaran Utara, Persiaran Barat, Lebuh Sentosa (Jambatan Seri Saujana) dan Lebuh Wawasan (Jambatan Seri Wawasan) Putrajaya.

Pertuduhan pertama, Azizi didakwa menerima suapan wang tunai RM15,000 pada 26 Januari 2006 yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank miliknya.

Pertuduhan kedua, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 1 Mac 2006.

Pertuduhan ketiga, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM10,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 7 April 2006.

Pertuduhan keempat, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM5,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 5 Mei 2006.

Pertuduhan kelima, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM15,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 14 Ogos 2006.

Pertuduhan keenam, dia dituduh menerima suapan wang tunai RM8,000 yang dimasukkan melalui cek ke dalam akaun Affin Bank Bhd miliknya pada 9 November 2006.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap tertuduh, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut enam tahun lalu ditambah 30 bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Tertuduh diwakili peguamnya Ridzuan Johan Ariffin, manakala SPRM diwakili oleh Timbalan PendakwaRaya Josiendra Abu Senin./Hrkh


Tiada ulasan: