Selasa, 3 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Suhaizan dapat sokongan popular ketuai Pemuda PAS.

Posted: 03 May 2011 10:46 AM PDT

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat kini mendapat sokongan popular untuk menerajui sayap pemuda parti Islam itu untuk penggal akan datang.

Aktivis PAS yang juga memegang jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Johor itu menerima banyak pencalonan dari seluruh negara untuk bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda itu.

Dewan Pemuda PAS menyaksikan tuntutan untuk perubahan kepimpinan tahun ini selepas sepenggal dipimpin gandingan dua agamawan; Nasrudin Hassan dan Azman Shapawi Abdul Rani.

Pemuda parti itu dilihat menuntut pemimpin yang lebih bersifat aktivis dan selesa dengan pelbagai golongan, sifat yang dinilai ramai sebagai dimiliki oleh Suhaizan.

Suhaizan terlibat aktif dalam beberapa kempen isu melibatkan massa termasuk isu panas menentang perjudian melalui Gerakan Rakyat Membantah Judi.

Untuk jawatan timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dilaporkan dalam Harakah keluaran terbaharu sebegai bersedia mempertahankan jawatan nombor dua itu.

Mohamad Sabu, tokoh popular parti telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua selepas tewas dalam pemilihan yang lalu.

Nahsarudin, Mohamad dan Datuk Husam Musa terlibat dalam persaingan tiga penjuru merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan yang panas dengan isu kerajaan perpaduan, 16 September dan dakwaan kerjasama dan pakatan dengan Umno.

Walau bagaimanapun, penyertaan pemimpin lain dalam persaingan jawatan nombor dua parti itu masih belum boleh ditolak sepenuhnya.

Dua pemimpin lain yang turut mendapat pencalonan ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tuan Ibrahim masih mendapat sokongan kuat untuk bertanding jawatan itu bagi membuat perubahan dan mengekalkan kedudukan agamawan di kedudukan timbalan presiden.

Apabila BN baru nak belajar jadi pembangkang

Posted: 03 May 2011 10:37 AM PDT

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.

Beliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.

 

Akibatnya, beliau diheret je sebuah lori polis. Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.

Gua : Kalau tak pernah kalah beginilah. Baru nak belajar jadi pembangkang. Dah macam beruk liar dah gua tengok. Adusss... ni KIMMA jugak ke ni?

Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat

Posted: 03 May 2011 03:26 AM PDT

Oleh : Lelaki Ini

Gua tak nak story dari sudut agama. Dah banyak diulas para ulama' dan mufti. Gua nak kongsi dari sudut politik pula. Yang semestinya ada hubungan dengan agama. Gua nak kongsi sikit pemerhatian gua.

Sebelum PRU 1999

1. Anwar dituduh zina dan liwat. Melayu tak kisah pemimpin rasuah, arak. Tapi cukup berbulu dengan skandal seks. Apatah lagi liwat.

2. Tuduhan zina dan liwat tiada video. Hanya tilam yang diusung.

3. Anwar bersumpah dengan nama Allah di hadapan ulama' yang sangat dihormati ramai, Dr. Haron Din dan Almarhum Ustaz Ishak Baharom ( bekas mufti S'gor ) menafikan tuduhan zina dan liwat, disamping meneruskan prosedur undang-undang melalui mahkamah.

4. Dikuatkan lagi dengan karektor Anwar, individu UMNO paling bersih. Bekas Presiden ABIM. Imej Islamik. Ada agenda Islamisasi dalam kerajaan. Pernah jadi imam dan khatib. Isteri dan anak-anak berperibadi tinggi dan berpelajaran.

5. Poster mata lebam di sana sini. Rakyat melihat dan menilai. Ramai yang simpati. PRU 1999, BN hilang Kelantan dan Terengganu. Ahli Parlimen BA meningkat.


Selepas PRU 2008

1. Anwar dituduh zina dan liwat lagi.

2. Tuduhan liwat beserta sumpah laknat pendakwa. Tuduhan zina beserta video dan sumpah laknat pendakwa. Tapi Anwar enggan bersumpah menafikan.

3. Diburukkan lagi dengan karektor Anwar yang tak sebersih 1999. Dalam PKR sendiri, kredibilitinya dah tercalar. Isu 16 Sept, lompat parti, pemilihan 2010. Serangan isu nasional oleh media BN. Serangan dari bekas-bekas pemimpin PKR. Wujud puak racist PERKASA, JMM etc. menambah cela.

4. VCD, klip video dan foto statik di sana sini. Anak-anak muda PLKN dan BTN dipertontonkan. Rakyat melihat dan menilai. Rakyat Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau dah bersuara. Itu sebelum video sex release. PRU akan datang, apa nasib Pakatan Rakyat?

Dua senario yang berbeza. Jelas, senario kedua lebih genting. Sepatutnya Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain perlu sedar hal ini.

" Kenapa pulak Anwar kena bersumpah? Sumpah bukan pengukur sebenar kebenaran tuduhan zina. Sepatutnya Eskay la yang kena bawak 4 saksi. Sumpah Anwar bukan penamat kes ini ".

Betul. Gua tak nafikan. Prosedur di Mahkamah Syariah tetap kena jalan untuk mencari kebenaran dan mendidik masyarakat. Nak rejam, nak Qazaf, kena naik court. Bawak kes ke court satu hal. Persepsi pengundi pulak satu hal, yang perlu dititikberatkan sekarang ni. Kerosakan dah berlaku. Proses mahkamah makan masa, keputusan belum tentu. So paling cepat, paling berkesan, dan tak salah dari sudut agama, ialah BERSUMPAH. Masa berjalan, media main isu siang malam, rakyat makin ramai keliru, Anwar masih begitu. Anwar kena bertindak demi persepsi pengundi.

" Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Anwar Ibrahim bersumpah menafikan tuduhan Shazryl Eskay terhadap diri saya pada tarikh sekian, masa sekian, di masjid sekian. Sehubungan dengan itu, saya menggesa Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah kepada pihak pendakwa agar mengemukakan laporan berkaitan tuduhan ke atas saya. Sebagai rakyat M'sia beragama Islam, saya menuntut agar kes ini dibicarakan melalui saluran yang betul dan sah demi memastikan keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan melalui institusi perundangan negara ".

Dengan lafaz ini, gua nampak Anwar dapat mengalihkan beban kes kepada Mahkamah Syariah. Kes tak gugur, tapi beban kes telah dialihkan dengan sumpah penafian kepada Mahkamah Syariah. Dari sini rakyat dapat menilai sendiri tahap komitmen Mahkamah Syariah berhubung kes ni.

Anwar bukan setakat ketua keluarga atau ketua rumah panjang. Tapi Anwar adalah ketua sebuah pakatan parti-parti politik yang bakal membentuk Kerajaan Persekutuan. Bakal ketua negara tu bai..

Jika amanah membela keluarga Muslim yang kufur akibat kemiskinan terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Jika amanah mengembalikan bantuan Sekolah Agama Rakyat yang serba dhaif terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Jika amanah menguruskan kewangan negara dengan bijak dan berhemah agar kekayaan negara dapat dinikmati semua lapisan rakyat terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Demi sebuah Malaysia Baru, Anwar bukan sahaja perlu bersih, tapi perlu kelihatan bersih. Maka sumpah penafian adalah tindakan yang terpantas dan paling berkesan buat masa ini, demi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan kepercayaan jutaan pengundi. Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat yang mahu Pakatan Rakyat menggantikan BN melalui pengundi-pengundi atas pagar yang sedang memerhati dan mengikuti isu ini.

Wallahua'lam.



Oleh : AdukaTaruna

Katakan Anuar sumpah. then ada dtg lagi tuduhan, juga sumpah, apa Anuar kena buat?

Nafi la sekali lagi dengan nama Allah. Dan mohon bawa ke mahkamah. Tak luak pun. Malah sejak berpuluh tahun benda yang sama. Tiada masalah. Tiada perbezaan ulama muncul.

1.0 UMNO dakwa siap sumpah TGNA terima rasuah dalam bentuk tajaan Haji. 

1.1 "Wallahi, tajaan Haji bukan rasuah. Saya nafikan. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


2.0 UMNO dakwa projek PKINK wujud unsur rasuah. Siap sumpah lagi.

2.1 "Wallahi, saya nafikan projek PKINK wujud unsur rasuah. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


3.0 UMNO dakwa ADUN Melor berzina dalam keretapi. Siap sumpah lagi.

3.1 "Wallahi, saya nafikan tuduhan itu. Sila dakwa saya di mahkamah syariah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.

Kesimpulannya, Anwar memang pundek. Mudah dan tepat.

Komen Penjaga Dasar mengenai kematian Osama Laden.

Posted: 03 May 2011 03:09 AM PDT



JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.


Gua : Baru betul2 penjaga dasar.

Antara mahkamah dengan sumpah.

Posted: 03 May 2011 12:15 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

1. Kes jenayah atau salah laku perlu menjalani proses mahkamah, bukannya sumpah. Ini akan mendatangkan bidaah.

Apa beza nafi dengan nafi menggunakan nama Allah? Berpuluh ratus pemimpin Malaysia dulu nafi sebelum proses mahkamah, takda pun isu agama? Bila kena kat Anwar terpaksa pula berpecah ahli agama. Tionaseng sungguh la Anwar nih.

Mari kita ambil contoh :

UMNO mendakwa wujud unsur rasuah dalam projek Bazar Tok Guru. UMNO tak dakwa di mahkamah pun. Tapi, Nik Amar nafikan. Cuma takda word Allah. Cuba Nik Amar kata begini.

"Wallahi, tidak wujud unsur rasuah Bazar Tok Guru. Jika ada sila dakwa kami di mahkamah."

Sudah pasti ketika itu tidak wujud perbezaan ahli agama. Tapi kalau Anwar? Apa beza kalau Anwar sebut begini :

"Wallahi, pelaku dalam video itu bukan saya. Jika tuduhan anda benar, sila dakwa saya di mahkamah syariah."

Pundek la Anwar.. Takut Anwar sehingga memudaratkan segenap lapisan masyarat.

Katakan nuat sumpah. then ada dtg lagi tuduhan, juga sumpah, apa nuar kena buat?

Nafi la sekali lagi dengan nama Allah. Dan mohon bawa ke mahkamah. Tak luak pun. malah sejak berpuluh tahun benda yang sama.

1.0 UMNO dakwa siap sumpah TGNA terima rasuah dalam bentuk tajaan Haji. 

1.1 "Wallahi, tajaan Haji bukan rasuah. Saya nafikan. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


2.0 UMNO dakwa projek PKINK wujud unsur rasuah. Siap sumpah lagi.


2.1 "Wallahi, saya nafikan projek PKINK wujud unsur rasuah. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


3.0 UMNO dakwa ADUN Melor berzina dalam keretapi. Siap sumpah lagi.


3.1 "Wallahi, saya nafikan tuduhan itu. Sila dakwa saya di mahkamah syariah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.

Kesimpulannya, Anwar memang pundek. Mudah dan tepat.



Kempen boikot KIMMA : Peniaga restoran disyorkan letak tanda nafi.

Posted: 02 May 2011 11:42 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Memandangkan boikot restoran KIMMA yang merebak, dan kebetulan pagi ini ada game bola; gua mengsyorkan peniaga2 mamak yang bukan KIMMA meletakkan tanda nafi bagi mengelakkan rakyat memboikot mereka.

"Restoran kami boikot KIMMA."

Pemilihan Pas : Ust Nasharudin Pertahan Jawatan Timbalan Presiden

Posted: 02 May 2011 11:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.

Nasharudin (gambar) berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

"Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

"Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding," katanya yang menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Dipetik Harakah edisi terbaru, Ahli Parlimen Bachok ini menambah beliau mahu mempertahankan jawatan itu bagi meneruskan agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya mempertahankannya atas semangat untuk meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan juga seluruh pimpinan serta seluruh ahli PAS," katanya.

Menegaskan PAS bukan milik individu, beliau berkata, matlamat untuk menggerakan parti bukan milik individu sebaliknya ia perlu bergerak secara kolektif untuk membuat perubahan.

"Jika tidak matlamat yang hendak dicapai akan gagal, atas semangat itu parti boleh membuat perubahan dalam negara dan menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang releven dalam konteks politik di Malaysia," katanya.

Tambah Nasharudin, beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan itu walaupun berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu dengan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Mohamad sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti.

"Saya memang terbuka untuk dilawan, malah pada kali pertama dan kedua berlaku pertandingan tiga penjuru.

"Dalam PAS ini apabila ada pertandingan, Alhamdulillah kerana kita bukannya berlawan dengan Umno, setiap kali pertandingan ada lawannya, masa pertandingan kali pertama Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) dan Allahyarham Hassan Shukri dan kali kedua Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa," kata Nasharudin.

Kata beliau, sekiranya terpilih sekali lagi bagi jawatan itu beliau akan meneruskan agenda parti bersama Hadi.

"Fokus paling utama ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

"Semua ahli perlu memberikan tumpuan kepada perkara ini," katanya.TMI

PR perlu menilai kedudukan DSAI di dalam PR buat sehingga suatu waktu.

Posted: 02 May 2011 11:06 PM PDT

Oleh : Ilriady Al-Kalantani

Saya sebagai rakyat Malaysia yang mendokong penuh Rukun Negara dan Islam sebagai Agama Persekutuan, apatah lagi sebagai rakyat yang bercita-cita melihat Islam didaulahkan suatu masa nanti seperti yang dijanjikan Allah bagi mereka yang mewakafkan diri kepada jalan perjuangan Islam yang mengikut bayyan al-Quran, manhaj Nabawiyyah dan ijtihad Ulamak.

Saya dengan ini mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mempertimbangkan kedudukan DS Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat buat sementara waktu. Ini perlu bagi meletakkan permainan jijik seteru politik dikendurkan dan memberi ruang kepada pihak berwajib-berkaitan melaksanakan tugas mengikut keindahan pandangan Islam dan keadilan perundangan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan tanahair kita.

Saya tidak berminat untuk mengupas kedudukan isu jijik yang dibangkitkan seteru politik peribadai DSAI dan PR ini. Cuma, saya ulangi pendirian cadangan ini supaya kedudukan DSAI di dalam PR ditentukan buat sementara waktu oleh semua kepimpinan gabungan PR melalui jalan musyawarah.

Pandangan al-Quran dan Sirah Nabawiyyah di dalam menghadapi fitnah peristiwa Saidatina Aisyah dituduh bermukah dengan seorang sahabat bernama Safwan al-Mu'atal seperti yang difitnahkan oleh Abdullah bin Ubair.

Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Saidatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.

Selama sebulan itu Aisyah telah ditempatkan dirumah mertua baginda iaitu Abu Bakr as-Siddiq. Selama sebulan itu golongan munafik melalui segala kekuatan sebaran mereka merancakkan fitnah mereka ke seluruh kota. Tidak siapa pun tidak tahu. Maklumat dihujung lidah tajam para munafik dan pemimpin Quraisy yang selama ini begitu menginginkan Rasulullah dan risalah keadilan Islam digelapkan, kalau boleh selama-lamanya.

Selama sebulan itu jugalah keluarga kedua-dua pihak sepertinya tidak berhubungan, betapa hebatnya fitnah para munafik yang disebar meluas ke seluruh kota melalui setiap media yang ada dan disokong oleh pmbesar Quraisy. Selama sebulan itulah para sahabat seakan bersedih, kebuntuan mencari penyelesaian di dalam memujuk kedua-dua pihak. Selama sebulan itu jugalah aktiviti pencerahan dan dakwah seakan terbantut, tidak serancak seperti selalu. Maha hebat fitnah para munafik dengan kekuatan semboyan media dan diraikan oleh pemimpin Quraisy di dalam dan di luar kota.

Tetapi Allah, dengan ketetapan syarak dan kelaziman sunnatullah berjaya meletakkan perjuangan menangkis fitnah ke puncak pusingan roda kemenangan.

Pengajaran dari peristiwa ini telah banyak diambil oleh kebanyakan peringkat kepimpinan, kepimpinan Islam baik, pakatan keadilan baik, dan sesiapa pun baik. Ternyata iainya merupakan jalan yang paling tepat, sekaligus akhirnya dapat melumpuhkan serangan fitnah dengan izin Allah.

Politik tanahair kita juga pernah berdepan dengan perkara yang di dalam kerangka yang sama sebelum ini. Begitulah sikap yang diambil oleh kepimpinan PAS menggantung kedudukan Sdra. Mohamad Sabu semasa beliau didakwa kes tangkap basah. Sebaik sahaja beliau dibuktikan tidak bersalah melalui perbicaraan di mahkamah, Sdra. Mat Sabu kini masih lagi aktif di dalam PAS dan pernah menjawat jawatan sebagai naib Presiden PAS, pencapaian tertinggi baginya setakat ini di dalam PAS. Mana tahu pada pemilihan PAS tahun ini beliau berjaya menyandang Timbalan Presiden pula.

Begitu juga Dr. Khir Toyo, tokoh politik Umno yang terbuka dengan pembacaan dan teknologi maklumat masa kini memilih untuk meletak jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor (ada yang kata percaturan politik seteru peribadi Dr. Khir) bahkan tidak cukup dengan itu beliau juga memilih untuk memulangkan pangkat DS kepada Sultan Selangor (pun ada yang kata Sultan Selangor sendiri yang meminta beliau memulangkannya kembali sebagai menjaga maruah istana).

Mungkin ada lagi peristiwa contoh yang lain, yang tiada dalam pengetahuan saya untuk digambar-contohkan di sini. Apa pun jelas dari ketiga-tiga peristiwa ini telah menunjukkan satu kesan yang sama di mana pertuduhan yang pada awalnya rancak dijadikan cerita umum dapat diperlahankan rentaknya dan memberi peluang kepada pihak berkaitan memulakan tugas menjalankan dakwaan secara berhikmah, penuh kebertanggungjawaban dan diadili sebaiknya.

Sebaliknya, sebagai ingatan bersama sebelum saya mengulangi cadangan PR menentukan kedudukan DS di dalam PR berikutan isu fitnah video seks ini suka saya menyorot kembali peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah seperti di atas. Insya Allah sekiranya PR berjaya bertampuk kuasa dalam reformasi politik dan seterusnya menjalankan reformasi perundangan dan politik.

Ingin saya nyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PR menjalankan semula siasatan dan mengadakan perbicaraan berkenaan isu ini. Supaya segala keraguan rakyat dapat dipulihkan dan kejijikan politik sebegini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Pada masa itu nantilah kedudukan DSAI akan ditentukan semula dan terpulang kepada kematangan berpolitik PR untuk meletakkan siapa pun yang akan memimpin Malaysia baru.

Akhirnya saya rangkumkan lontaran cadangan saya di sini sebagai berikut:

1. meminta PR menentukan kedudukan DSAI di dalam PR, sehingga

2. PR berjaya di dalam misi politiknya, berjaya menjalankan reformasi politik, dan semasa menjalankan reformasi ekonomi dan reformasi undang-undang, hendaklah dikembalikan semula kedudukan DSAI di dalam persada politik Malaysia baru melalui perbicaraan dan juga kedudukan DSAI di dalam PR melalui keterbukaan dan kesepakatan politik PR.

Gua : Masalahnya nak siapa? Hadi Awang yang telah menjahanamkan Barisan Alternatif? Yang pengetahuan ekonominya tidak diyakini pengundi bukan Melayu. Yang telah mengatakan Lim Kit Siang dan Karpal ubat tamat tempoh? Hai.. kalaulah PAS telah lama menyediakan pesaing kepada Anwar... berdosalah perwakilan PAS kerana tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Osama Laden yang bunian.

Posted: 02 May 2011 06:42 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua takda bukti. Just sangka-sangkaan kepala otak gua. Pejuang Allah mesti wujud dan nyata dalam fizikal. Sunnah tu. Nabi2 mesti wujud dan nyata dalam fizikal. Kalau berperang, Nabi boleh berdarah dan cedera. Sunnah tu. Peperangan di jalan Allah mesti fizikal bentuknya. Melibatkan tentera musuh dan tentera pejuang.

Peperangan Hamas dan Israel berbentuk fizikal. nampak siapa leadernya. Nampak siapa audiennya. Sekali leader Hamas berucap, kita boleh lihat siapa audiennya. Begitu juga Hizbullah. Jelas dan fizikal. Ada struktur organisasinya. Mampu dihubungi jemaah Islam yang lain diseluruh dunia. Itu sunnah. keketapan Allah.

Tapi Osama Laden adalah bunian. Siapa audiennya? Bagaimana struktur organisasinya? Peperangannya tidak fizikal. Sasarannya bukan tentera tapi orang awam dan kemudahan awam. Sekali Osama Laden berucap, tidak nampak audiennya. Hanya dia. Sheikh Ahmad Yassin Hamas, mati ada jenazahnya. Osama mati tiada jenazahnya. Tidak menepati sunnah. Tidak berada dalam ketetapan Allah.

Berkali2 Osama Laden mati, hari ini baru diumumkan, dirasmikan US. Ah.. Setakat hari ini gua beranggapan bahawa US mahu undurkan tenteranya dari Afghanistan. Hutang dah melampau. Semakin banyak negara yang berani menggunakan euro berbanding dolar. Matikan Osama, tarik tentera US dari Afghanistan. Kepulangan tentera diraikan sebagai kemenangan.

Australia sedia uji poligraf kepada Anwar dan Eskay.

Posted: 02 May 2011 02:51 PM PDT

Melbourne 2 Mei - Melbourne Islamic Trust, sebuah pertubuhan Islam di sini sedia membantu menyelesaikan masalah terbaru umat Islam Malaysia yang kini semakin meruncing. Mereka sedia menjadi penganjur kepada ujian poligraf yang bebas dan adil kepada kedua-dua pihak, Anwar dan Eskay.

"Kami sungguh sedih dengan keadaan ini. Impak yang diterima pelajar dan anak-anak berkenaan dengan tuduhan seks ini sangat besar. Ia juga telah menyebabkan ilmuan Islam Malaysia berbeza pendapat. Kami berpendapat, masalah umat Islam Malaysia masalah kami juga."

Sebelum ini, Mohd Asri, bekas Mufti Perlis mencadangkan Anwar bersumpah mubahalah. Kemudian berbeza dengan Mohd Asri, Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya menyatakan Anwar tidak perlu sumpah laknat. Cukup sekadar menafikan dengan nama Allah.

"Wallahi, tuduhan itu palsu. Cukup sekadar itu sahaja." Jelasnya.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi ilmuan Islam yang dilihat neutral, yang turut mengendalikan laman web www.zaharuddin.net, turut mencadangkan Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH BIASA SAHAJA dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA."

Melihatkan perkembangan yang menunjukkan Anwar masih enggan memilih pendapat ilmuan Islam yang menyelesaikan sedikit sebanyak kekeliruan umat Islam, Melbourne Islamic Trust muncul dengan mengsyorkan poligraf sebagai satu kaedah selepas Anwar enggan bersumpah. - Agensi Berita Fakap

Khaakkhh Ptuih! Jangan mimpi la bro..

1. Suruh sumpah laknat, takut.
2. Suruh sumpah nafi, takut.
3. Suruhanjaya Siasatan Diraja, takut.
4. Suruh tunjuk jam Omega, takut.
5. Suruh nafi Eskay bukan rakan dia, takut.
4. Poligraf pun takut.

"Saya telah dinasihati oleh Tuan Guru bla bla bla. Saya telah mendapat nasihat ulama Indonesia, saya akur dengan pendapat Yusuf Qardawi.. bla bla bla.."

Jual nama tokoh jer pandai. Tak kesian ke kat anak2 kita. Anak2 muslim kita yang keliru. Mak gua Guru Besar bai... Impak kes Anwar yang enggan bersumpah ni, kepada murid2 sekolah, besar lu tau tak.

Apa? Yerla.. yerla.. esok gua cerita lain plak.

Tiada ulasan: