shalehudin |
- KDN kena siasat segera siapa yang bocorkan nih... kahkahkah...
- Anwar curiga kerana ada asasnya...
- Yang penting mesti kenal Allah...
- Takut apa nak bersumpah... kahkahkah...
- Orang Islam kena baca nih... terutama Umno... kahkahkah...
- Eskay GAGAL sebagai hero Umno... kahkahkah...
- Hindraf pun tak percaya, tapi Mufti suruh Anwar sumpah... haha...
- Pujuk Pas, ugut Cina... kahkahkah...
| KDN kena siasat segera siapa yang bocorkan nih... kahkahkah... Posted: 03 May 2011 04:00 AM PDT ![]() ![]() Wong Teck Chi PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan. Pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno. Menurut Azmin (kanan), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah. Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat. Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman. ![]() Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno. |
| Anwar curiga kerana ada asasnya... Posted: 03 May 2011 03:28 AM PDT Kecurigaan Anwar Ibrahim terhadap Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien bahawa mereka terlibat dalam kes video fitnah adalah berasas. Anwar mempunyai sebab untuk mengatakan polis turut terlibat dalam video fitnah berkenaan, memandangkan pihak polis berusaha melengahkan siasatan dan menangkap Trio Umno itu yakni dalang yang menyebarkan video itu. Apa sebenarnya keutamaan Hishamuddin dalam menangani kes video hitam putih ini. Polis lambat bertindak apabila ketiga-tiga datuk T membuat sidang media mengakui mereka terlibat dalam tayangan video seks ini. Anwar juga telah membuat laporan. Jadi apa bukti yang kamu (polis) hendak lagi. Sepatutnya Hishamuddin ambil tindakan dengan mengambil prosedur biasa mengikut undang-undang, seperti juga kes-kes yang lain apabila seseorang mangsa mengadu, dan saspek telah mengaku. Polis kena ambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa mereka. Trio Umno itu telah secara terang mengaku mendedahkan video tersebut kepada orang ramai, yang nyata bercanggah dengan undang-undang iaitu Seksyen 5, Akta Penapisan filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayang video lucah. Itu terlalu lambat. Pada 21 Mac video ditayangkan, seminggu tak ada apa lagi. Kalau sebagai pemimpin, sudah tentu Anwar mempunyai kecurigaan mengatakan polis terlibat. Oleh kerana polis lambat bertindak dan orang yang kena fitnah ini merasakan polis mengambil kes ini sambil lewa, sudah tentu dia mempunyai pemikiran bahawa kelewatan ini ada hubungkait dengan polis. Ini soal maruah. Dia mempunyai sebab musabab yang tinggi untuk mempercayai kelewatan polis bertindak dengan membuat kenyataan besar kemungkinan polis terlibat. Percayalah, Anwar tidak gentar dengan ancaman hendak disaman tersebut. Kalau benar, biarkan sahaja dia memfailkan saman. Kemudian kita, rakyat Malaysia boleh melihat kemampuannya sama ada wujud bukti bahawa polis tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional akan 'backlash' kepada mereka, sehinggakan Barisan Nasional sesama mereka sendiri tidak yakin dengan isu tersebut. |
| Yang penting mesti kenal Allah... Posted: 02 May 2011 11:00 PM PDT MENUNTUT ILMU WAJIB TERUTAMA ILMU MENGENAL TUHAN "Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini. Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah." Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla'in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya. |
| Takut apa nak bersumpah... kahkahkah... Posted: 02 May 2011 09:00 PM PDT Rakyat kebanyakannya kini bingung, mereka dibingungkan dengan secara sengaja oleh kerajaan yang kononnya memerintah sebuah negara Islam... Malaysia the bolehland. Apa yang berlaku di sekeliling mereka semuanya berpaksi pada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mainan hebat ini di bantu kuat oleh media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebagai hero baru mereka. Pengapit kanannya ialah Datuk Sri Rahim Thamby Chik... kahkahkah... dengar nama ja dah nak termuntah.... Si Eskay diangkat tinggi, dijulang berapi api kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu. Mana ada dalam sejarah, orang bersumpah dengan menuduh. Menuduh sepatutnya bawak 4 saksi matang bukannya pi masjid bersumpah kata Anwar main pompuan.... Dah tu lagi peliknya, bekas Ketua Menteri Melaka tu pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sumpah boleh main wakil wakil dan disokong ulama Umno... kahkahkah... Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana. "Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata beliau sebelum ini. Ke mana hala tuju negara? Jika ini bukan "politik longkang" yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? |
| Orang Islam kena baca nih... terutama Umno... kahkahkah... Posted: 02 May 2011 08:00 PM PDT Penjelasan Berkaitan Isu Sumpah Secara Mubahalah Oleh Mohamad Isa bin Abd Ralip ![]() PGSM dengan ini mengeluarkan kenyataan tentang pendirian PGSM sebagaimana berikut: PGSM menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran. Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis. Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong. Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – "Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud." Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – "Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah." Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar. Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu "Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya." Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja. Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama' dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja. Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf. Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja. Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan :- "Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak." "Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak." "Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima." PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya. Sekian untuk tujuan siaran. Mohamad Isa bin Abd Ralip Presiden PGSM |
| Eskay GAGAL sebagai hero Umno... kahkahkah... Posted: 02 May 2011 07:00 PM PDT Apa yang buatkan si Eskay tu kelam kabut sangat nak bersumpah laknat kalau bukan disebabkan majoriti rakyat Malaysia telah GAGAL untuk diperdaya dan percaya dengan video seks ciptaan trio Umno nih. Ini sebenarnya salah satu dari ciri ciri munafik jelas dapat dilihat diwajah mereka. Hampir dua bulan video seks ini didedahkan, tak dak langsung secara jelas majoriti rakyat Malaysia yang percaya. Melainkan mereka mereka yang dah kebulur dengan habuan dalam Umno saja yang masih mengagungkan fitnah terhebat politik longkang Malaysia ni. Ini sebenarnya yang mendesak si Eskay menjadi wakil kepada dua lagi boroi untuk bersumpah, bukan kerana negara, bukan kerana agama dan bukan kerana bangsa. Semua itu demi sesuap nasi yang akan disuap oleh para kemaruk kuasa dalam Umno. Trio ini tahu kerana telah diberitahu, pihak berwajib tak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. Ini satu sejarah negara, malang sungguh bagi rakyat yang terpaksa melalui satu detik politik paling jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Politik sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran yang baik dan berkesan tapi kini di olah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan pembunuhan karektar yang paling jelek dan membinasakan ummat. Hentikan segera politik keji dan jelek ini... |
| Hindraf pun tak percaya, tapi Mufti suruh Anwar sumpah... haha... Posted: 02 May 2011 05:00 PM PDT ![]() ![]() Hazlan Zakaria Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu. Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas. ![]() Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas. Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand. Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand. Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam. "Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. |
| Pujuk Pas, ugut Cina... kahkahkah... Posted: 02 May 2011 03:00 PM PDT Pujuk PAS ,Ugut Cina Bukti Umno Makin Terdesak ! Oleh Angkasanuri ![]() Dua dalam satu... Ugut Cina dan pujuk Pas. Ugut Cina, kalau masih menyokong Pakatan Rakyat maka kedudukan orang cina dalam kabinet BN akan terjejas. Manakala kepada Pas, kalau tak nak sertai BN marilah keluar dari Pakatan Rakyat. Kenapa jadi sampai begitu? Apakah maknanya tu ? Bukankah pemimpin Umno/BN cukup hebat cuba melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat? Bukankah Umno-BN ada Utusan, Berita Harian TV 1, 2 3, 9 dan Astro Awani (kroni terbaru) ? Bukankah Tuan Guru Nik Aziz cuba digambarkan sebagai gila kuasa dan kaki rasuah? Bukankah kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pulau Pinang digembar-gemburkan setiap hari sebagai melakukan salah guna kuasa, rasuah dan tak pandai mentadbir? Bukankah teraju utama Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dijaja sebagai kaki liwat dan kaki perempuan depan belakang? Bukankah kamu kata, pembunuh Altantuya sudah didakwa? Raja Petra pun sudah mendakwa cerita-ceritanya sebelum ini adalah dusta dan palsu?Bukankah kamu kata, kamu pemimpin yang bersih dan suci? Rasuah kapal selam dan beri projek email 1Malaysia kepada anak beranak misalnya menunjukkan rakyat didahulukan? Bukankah mereka menang di beberapa kubu mereka dalam pilihanraya kecil? Bukankah mereka berjaya mengekalkan kuasa di Sarawak? Mengapa sampai begitu terdesak? Adakah rakyat sudah hilang kepercayaan? Adakah cerita-cerita mereka sudah tak laku? Buatlah lagi cerita-cerita kartun dan lucah dalam politik negara? Jajalah lagi aib dan malukan mereka yang kamu hendak dengan sesuka hati. Muncullah kamu dalam lakonan kononnya pemimpin berjiwa rakyat. Jika kamu pandai berlakun, rakyat juga bukannya penonton yang bodoh umpama tiang dan batu. Rakyat ada jiwa dan perasaan. Masih ramai rakyat yang mempunyai maruah dan harga diri. Masih ramai lagi rakyat yang masih berfikiran waras dan matang. Tunggu sahaja kejatutan dan kemusnahan kamu. Tamadun-tamadun hebat satu ketika dulu sudah berkubur. Sudah ramai pemimpin dunia yang selama ini merasakan diri mereka hebat telah tersungkur dengan kuasa rakyat. Tunggu dan hitung sahajalah sisa-sisa kuasa mu...Apa yang pasti detik dan waktu pasti tiba! http://angkasanuri.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan