Selasa, 3 Mei 2011

Addin

Addin


Tuan Guru Nik Aziz 'Siku' Najib..

Posted: 03 May 2011 05:00 PM PDT

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika"."Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu. Kenyataan Nik Aziz  itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya./Mk

Najib Porno..Kah..Kah..Kah..

Posted: 03 May 2011 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR -  Keluaran Suara Keadilan, edisi 14 tampil dengan paparan yang lebih panas dan menarik pada isu kali ini. Muka depan akhbar Parti Rasmi Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, memaparkan tajuk 'Najib Porno', memetik kenyataan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengamalkan budaya lucah dalam politik Malaysia untuk kekal berkuasa.

Dalam paparan kali ini, Isu video fitnah dikupas sebanyak enam halaman, yang menyorot dari perspektif ulama Islam sehingga kepada pemimpin agama Kristian yang kesemuanya menolak manipulasi video fitnah untuk menjatuhkan Anwar. Ia turut memuatkan berita mengenai isu sumpah yang dilakukan trio Datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang dianggap mencemarkan imej dan kesucian Islam.

Selain itu, lebih menarik, Suara Keadilan turut memuatkan berita mengenai kemungkinan Najib dan sahabatnya, Razak Baginda bakal dipenjarakan di mahkamah Perancis, sekiranya disabitkan kesalahan skandal rasuah kapal selam Scorpene membabitkan 114 juta Euro.

Ia berikutan emel balasan kepada Suara Keadilan oleh peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia( Suaram), Joseph Breham. Joseph antara lain berkata, dalam isu skandal pemberian komisyen kapal selam tersebut, mahkamah Perancis boleh memanggil mana-mana kenamaan termasuk pemimpin dunia untuk dibicarakan di negara itu .

Selain itu, antara isu lain yang turut dipaparkan kali ini adalah konspirasi polis melindungi pembunuh adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis setahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu berjanji menegakkan keadilan terhadap kematian Aminulrasyid namun sehingga kini gagal melakukan sebarang tindakan. Turut dipaparkan satu temuramah esklusif bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenai projek nadir bumi oleh Lynas di Gebeng.

Dalam temubual tersebut, Fuziah turut menceritakan latar belakang dan mengapa projek berkenaan, yang mengancam keselamatan penduduk perlu dihentikan segera. Selain berita, Suara Keadilan, seperti kebiasaan turut menyiarkan pelbagai rencana menarik. Antara yang sering ditunggu-tunggu pembaca adalah tulisan dari kolumnis Hishamuddin Rais yang kali ini mengupas isu fitnah secara sinikal dan satira.

Along Potong Ibu Jari, Telinga

Posted: 03 May 2011 03:30 AM PDT

Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus. Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin. A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.


Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

"UMNO Kelemasan, Nazak"..

Posted: 03 May 2011 02:00 AM PDT

PETALING JAYA - Sikap Umno-Barisan Nasional yang mengamalkan dasar perkauman sempit dan politik kotor tidak akan memungkinkan penyatuan parti itu dengan Pas mahupun KEADILAN, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Menurutnya, Umno kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu dengan cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya antara Pas dan KEADILAN.


"Nampak sangat Umno kelemasan, nazak dan cuba mendapatkan talian hayat dari Pas untuk menerus kesinambungan politik mereka. Agenda mereka bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Tetapi, Pakatan Rakyat tidak naif dalam politik. Apatah lagi Pas, mereka telah berulang kali ditipu. Sehinggakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat merujuk pesanan Rasulullah, supaya janganlah kita dipatuk oleh ular yang sama, dari lubang yang sama," kata Azmin ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, di ibu pejabat parti itu semalam .

Beliau memberikan reaksi demikian berhubung rayuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kepada Pas baru-baru ini supaya keluar Pakatan Rakyat, meskipun tidak mahu menyertai Barisan Nasional.

"Bukan setahun dua, tetapi lebih 20 tahun hak rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu Islam dihina, diketepikan dan dipingiirkan. Kita bukannya nak bersatu padu dengan perompak dan lanun.

"Persoalan yang dibangkitan mutakhir ini oleh Umno bertujuan kononnya menyatupadukan umat Islam dan Melayu, tetapi asasnya tidak jelas. Ketika Najib dan Umno merasa kedudukannya kuat dan selesa, mereka hina pimpinan Melayu dari Pakatan Rakyat.

"Bila Umno merasa lemah dan ketika parti MIC dan MCA menuju kehancuran, barulah mereka teringatkan kepada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat," kata Azmin. Pendapat tersebut dikongsi bersama Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang berkata, masalah dalaman Umno kini cuba diselesaikan dengan cara melibatkan pihak luar.

"Terbaru, Najib terpaksa datang ke Terengganu dan bermesyuarat secara tertutup untuk menyelesaikan masalah mereka. Umno Terengganu kini berpecah kepada tiga,iaitu kumpulan Idris Jusoh, kumpulan Ahmad Said dan terbaru, kumpulan pro-konspirasi.

"Perkara ini bukan lagi rahsia dan orang ramai sudah mengetahuinya. Apatah lagi dalam keadaan bekas Pengerusi Umno Terengganu, Hishamuddin Hussein meninggalkan Umno Terengganu kepada Ahmad Said dalam keadaan yang masih tidak menentu.

"Tidak hairanlah kalau Najib mengambil pendekatan dengan cara mengalihkan permasalahan sebenar kepada perhatian 'merayu' dan 'melamar' Pas," kata Azan. Justeru, beliau mengingatkan kepada seluruh aktivis, penyokong dan jentera Pakatan Rakyat supaya fokus kepada agenda perjuangan.

"Di mana-mana sekarang ini, sentimen untuk berubah itu ada. Kita ada tanggungjawab dan tugasan dan jangan terperangkap denga isu yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional," kata Azan./KD


Melaka Kenakan Caj Warisan

Posted: 03 May 2011 12:30 AM PDT

Kerajaan Melaka, kali ini akan mengenakan caj warisan kepada pelancong-pelancong yang menginap di hotel-hotel dan chalet di Melaka, bermula 1 September 2011. Persoalannya, adakah ia membebankan?


Pendapat kami, sememangnya ia membebankan. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam membuat kenyataan bahawa caj 5% akan dikenakan daripada harga bilik yang ditempah oleh pelancong di 11,067 bilik penginapan yang terdapat di 193 premis penginapan di Melaka.

Bagi kami, ini adalah salah satu langkah yang berisiko diambil oleh kerajaan Melaka. Alasan meningkatkan kemudahan insfrastruktur adalah sama sekali tidak berasas berikutan mendapat peruntukan untuk kemudahan-kemudahan yang dinyatakan di atas.

Pendapat kami, ianya tidak lebih dari cara untuk mengaut lebih banyak lagi hasil cukai bagi menambah kewangan kerajaan Negeri Melaka.Dah la ada caj GST 6%, tambah pulak lagi 5%, dah berapa? Ini memang bukan sahaja membebankan pengguna, malah pelancong-pelancong asing juga.

Kalau hanya dikenakan kepada pelancong asing pun, rasanya kami boleh terima lagi, tapi sampai kesemua sekali termasuklah rakyat Malaysia sendiri yang nak menginap di hotel pun kena tambah lagi 5% caj, memang tak patut. Apa pandangan anda mengenai isu caj warisan ini?/BS


(Video) Ustaz Ghani Shamsuddin - Al-Quran Tegah Umat Islam Saling Laknat-Melaknati

Posted: 02 May 2011 11:00 PM PDT

SHAH ALAM - Di samping tiada keperluan untuk mengangkat sumpah untuk saling laknat-melaknati, ia juga berkali-kali ditegah oleh al-Quran kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin. Seraya katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu untuk mengangkat sumpah bagi membuktikan bahawa beliau bukan pelaku dalam video lucah yang didedahkan oleh Trio Datuk T kerana apa yang lebih penting dalam kes ini ialah orang yang membuat tuduhan perlu mengemukakan empat saksi untuk membuktikan tuduhannya.


" Dalam Islam, kita diperintahkan supaya tidak mudah-mudah pergi mengumpulkan orang kemudian buat laknat mengutuk, minta Tuhan turunkan kutukan kepada kita sekiranya kita salah dan kepada orang sekiranya orang itu salah. Ini tidak boleh dilakukan dengan mudah sangat. Dalam hadis Rasulullah, banyak diingatkan jangan bermudah-mudah dalam hal ini.

Menurut Islam, sumpah Mubahalah bermaksud al-Mula'anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.

Namun menurut Ustaz Ghani ia hanya dilakukan pada zaman Rasulullah yang bersangkutan untuk menegakkan soal agama. Sehubungan itu ujar Ustaz Ghani, setiap orang perlulah kembali kepada asas dalam hal ini kerana pertuduhan melakukan zina ke atas Ketua Umum PKR itu adalah tertakluk kepada undang-undang Qazaf dan ia harus diselesaikan mengikut mengikut lunas undang-undang yang betul.

Ustaz Ghani berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak yang meminta Anwar untuk mengangkat sumpah bagi membuktikan bahawasanya beliau tidak bersalah dan untuk mengelakkan buruk sangka.

" Dalam konteks undang-undang Islam, satu peruntukan yang berkaitan dengan jenayah, tidak boleh dibawa kepada peruntukan yang lain. Umpamanya kes zina dan Qazaf ini, tidak boleh kita bawa kepada persoalan umum mengenai akidah, kebenaran, pegangan yang biasa," jelas Ustaz Ghani.

" Jadi oleh kerana itu, jika ada sesiapa yang cuba memutar belit atau tunggang langgang kaedah syarak ini dengan membawa kes yang khusus, yang ada peruntukan dalam syarak kepada peruntukan lain yang tidak ada kena mengena, maka orang-orang itu sedang melakukan kesilapan," tambahnya lagi.

Jumaat lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mewakili dua lagi gandingan Datuk T telah mengangkat sumpah laknat bahawa individu dalam klip video seks yang didedahkan adalah Anwar dan beliau berada di tempat kejadian.

Namun hal ini dinafikan sama sekali oleh Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu. Bahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T berhubung tuduhan zina mereka terhadap Anwar.

Laporan Qazaf itu dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) petang tadi. Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata laporan qazaf dibuat mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

" Kalau dia mengaku dia dalam video itu, siapa dia? Adakah dia yang melakukan perbuatan itu sehingga menjadikan filem hitam putih sehingga tidak ketara siapa yang lebih putih, atau siapa yang lebih gelap. Orang-orang yang menurut kaedah ini dan meminta Anwar berbuat begitu juga, pada saya ia tidak tepat dan bercanggah dengan syarak," jelas Ustaz Ghani lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria menegaskan Anwar tidak perlu melakukan sumpah mubahalah. Malah katanya, Anwar tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan Datuk T masih belum dibuktikan.

Tegas, Harussani sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah. Senada dengan Harussani, Ustaz Ghani sekali lagi mengingatkan bahawa tidak ada keperluan untuk Anwar mengangkat sumpah.

" Pada saya, Datuk Seri Anwar tidak perlu bersumpah dan tidak perlu bermubahalah bermula'anah kerana itu ditentang dalam Islam dan perkaranya di sini bukan berkaitan dengan sumpah tetapi tentang saksi. Oleh kerana ia membuat tuduhan, maka dia perlu bawa saksi," tegasnya./Tvs news 


43% Pekerja Enggan Kembali Ke Malaysia Selagi Amal Dasar Perkauman

Posted: 02 May 2011 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Dasar bersifat perkauman yang diamal kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) antara punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia untuk mencari pekerjaan di luar negara, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Menurut laporan Bank Dunia minggu lalu, satu juta rakyat Malaysia berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43 peratus enggan kembali ke negara ini selagi polisi ekonomi bersifat perkauman kekal diamalkan," katanya.


Bercakap pada kenyataan media sempena Hari Pekerja, beliau berkata, dasar itu yang masih kekal diamal kerajaan Umno BN itu merugikan negara. Justeru, katanya, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari komited untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil sebagaimana dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memperkenal gaji minimum untuk pekerja Malaysia sebaik diberi mandat sebagai kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. "Sebagai parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.

"KEADILAN akan memberi tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenal pasti langkah untuk meningkatkan ekonomi rakyat. "Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja," katanya./KD


Pastor Bakar Al-Quran Muncul Lagi, 'Disambut' Kasut Dan Botol

Posted: 02 May 2011 08:00 PM PDT

DEARBORN (Michigan) - Pastor kontroversial dari Florida yang minggu lalu dilarang daripada mengadakan protes di masjid terbesar Amerika Syarikat, yang terletak Dearborn, terpaksa memendekkan demonstrasi ekoran perhimpunan balas diadakan kumpulan yang menentangnya. Pastor Terry Jones, 59, bertekad untuk kembali minggu ini walaupun perintah mahkamah melarangnya mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Islam Amerika di sini.


Dia mendakwa perintah itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Amerika Syarikat. "Kami berada di sini untuk bercakap mengenai isu-isu berkaitan dengan rakyat Amerika," kata Jones, yang bercakap menggunakan mikrofon tanpa wayar di podium yang didirikan di atas tangga dewan bandar raya.

Bulan lalu dia membakar al-Quran di Florida, menyebabkan kemarahan di banyak negara. Zon sekatan juga didirikan di sepanjang jalan empat lorong di Michigan Avenue. Seramai 75 pengikut Jones, dilihat kecil telah diatasi oleh kumpulan penentangnya yang lima kali lebih besar.

Datuk Bandar Dearborn John O'Reilly Jr kemudian memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan. "Mereka meminta dia tidak melangkah ke arah sekatan dan dia patuh arahan itu," kata O'Reilly. "Tugas kami ialah melindungi komuniti kami dan itu yang kami lakukan," katanya lagi.

Jones merancang untuk mengadakan demonstrasi selama tiga jam tetapi berakhir dalam 75 minit, dan dia diiringi oleh polis ke arah kereta yang sedang menanti. Masyarakat Islam dan Kristian, tidak kira muda atau tua berbaris memperlihatkan sokongan membantah Jones, yang menurut mereka dia membwa mesej membenci.

"Kami tidak mengecam anda. Kami berada di sini bukan untuk protes anda. Kami berada di sini untuk menjemput anda kepada Islam," kata penduduk Dearborn Monzer Jaber. "Setiap orang berhak kepada kebebasan berucap tetapi saya tidak menganggap yang itu sebagai kebebasan berucap," kata Matty O'Dea yang dipetik Fox Detriot.

"Saya fikir adalah sangat penting kita biar orang lain mengetahui bahawa Dearborn adalah satu komuniti yang bersatu. "Kami mengambil berat dan menghormati satu sama lain," kata seorang lagi penduduk Dearborn Roxanne McDonald.

Awalnya protes bermula dengan tenang dan aman. Jones berada di podium sambil bercakap menyentuh Islam radikal manakala kumpulan yang antibeliau pula melemparkan kata-kata yang mencabarnya.

"Ini Amerika dan sangat cantik, malah walaupun ia kontroversial, tapi dalam hal ini mereka boleh menyuarakan pandangan mereka. Ramai yang tidak boleh melakukan begitu di banyak negara," katanya.

Bagaimanapun Jones dengan menarik mikrofon terus berjalan ke arah penunjuk perasaan yang mengecamnya. Polis Dearborn tidak dapat mengawal keadaan apabila berpuluh-puluh orang melepasi sekatan lalu menjerit dan membaling botol dan kasut ke arah Jones dan pengikutnya./Tvs news


"Sheikh Najib Dan Sheikh Rahim Paling Bermoral"

Posted: 02 May 2011 06:30 PM PDT

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik. Bercakap di hadapan 1,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam(30 April), Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak."Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.


"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.  Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum? "Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.

"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.

Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu./Mk

Tiada ulasan: