Ahad, 8 Mei 2011

Addin

Addin


Inilah Blogger Pencacai BigDog..

Posted: 08 May 2011 05:00 PM PDT

Blogger Pencacai 'BigDog' aka Mohamad Zakhir
Kalau ko orang nak tau inilah dia blogger pencacai UMNO "BigDog" yang menyebarkan fitnah kononnya ada pertemuan rahsia antara Jeff Oii (MP Jelutong) dengan paderi - paderi nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. 


Ini permainan yang cukup jahat oleh UMNO untuk menggugat keharmonian antara kaum di negara ini. Kat bawah ini aku sertakan gambar kabur yang mengatakan pertemuan tersebut oleh si blogger pencacai ini .


Artikel asal blogger si anjing besar adalah di sini, ko orang nilailah sendiri.. memang biadap!!

Addin

KDN Bacul.. Blogger 'BigDog' Dan 'Marahku' Masih Bebas

Posted: 08 May 2011 04:00 AM PDT

KLANG, 8 Mei - Tindakan susulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap dua blogger pro- UMNO yang mendakwa terdapat usaha mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dinantikan rakyat jelata. Sehubungan itu, KDN digesa agar bertindakan tegas terhadap blogger tersebut sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan kementerian itu terhadap penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada KDN.

Mohamad Sabu turut menyifatkan tindakan Utusan memainkan isu yang diceduk daripada laman blog 'BigDog' dan 'Marahku' sebagai berniat jahat dan mahu mencemaskan rakyat, menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak.

"Inilah akhbar yang paling perkauman dan paling jahat sekali di Malaysia ini," tegasnya. Laporan Utusan yang turut mengaitkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kononnya turut bersekongkol, apabila menghadiri pertemuan kumpulan paderi tersebut.
Mohamad Sabu sebaliknya berkata, jikapun benar Jeff Ooi ada berjumpa kumpulan paderi itu, ia adalah haknya sebagai seorang penganut agama Kristian.

"YB Jeff Ooi cuba dikaitkan kerana di tempat itu. Kalau dia Kristian, hadir jumpa paderi, berdoa apa salahnya? Tapi 2 blog, 2 blog sahaja yang main isu kononnya nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. Ini permainan yang cukup jahat, bagaimana kerajaan dan KDN izinkan perkara ini berlaku," kata beliau.

Justeru, Mohamad Sabu berkata, isu kehadiran Jef Ooi itu bukannya 'lesen' untuk Utusan atau siapa sahaja mengaitkan parti DAP dalam kontroversi ini.

Laporan Utusan semalam juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri.

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu./Tvsnews

Hishamuddin Bangang!!

Posted: 08 May 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 8 Mei - Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Tun Hussien yang membayangkan Malaysia berada dalam bahaya berikutan terdapat ura- ura mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi dinegara ini, disifatkan sebagai dangkal. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menganggap Hishamuddin sebagai cetek pengetahuan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang menteri kabinet.


Beliau berkata, Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam.

Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" semalam dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro- UMNO, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kreadibiliti tertentu.

Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Paderi Besar (bishop) Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Tanpa merujuk kepada pertubuhan yang dituduh, Hishamuddin menerusi akhbar Berita Minggu hari ini memberikan reaksi "gerakan ini amat menghasut dan meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Ketika dihubungi TV Selangor, Khalid Samad berkata, bukan sahaja DAP malah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjulang agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Khalid turut menepis dakawaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

"Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja.

"Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen," katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian. Khalid kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika.

"Umno yang sepatutnya nak memperjuangkan kepentingan orang melayu patutnya berusaha untuk menjadikan orang melayu lebih cerdik tetapi malangnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas mereka nak sekongkol nak jadikan orang melayu takut dan bodoh," katanya./Tvsnews


Aziz Bari - Tidak Perlu Bimbang Jika PM Bukan Orang Islam

Posted: 08 May 2011 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada. "Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Aziz  berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam. Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam. 

"Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam. "Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam," katanya. 

Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. "Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam. 

Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam. "Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam," kata Aziz. Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri. 

"Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting. 

"Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk," katanya./TMI


UMNO Makin Menggelupur.. Lagi Ceramah Anwar Di Batalkan

Posted: 07 May 2011 11:41 PM PDT

PELABUHAN KLANG, 8 Mei - Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata. Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah; Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut 'disertai' lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin. 


Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis. Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak. 

Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang Polis. "Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian. 

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir. Anwar kemudiannya hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut. "Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. 

Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar. Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai./Tvsnews


ISA Kan Je Utusan!!

Posted: 07 May 2011 09:41 PM PDT

Setelah kau orang baca artikel dibawah ni pasti kau orang setuju dengan pendapat aku untuk ISA kan je Utusan Meloya dan sekutu-sekutunya..kerana segala artikelnya boleh menggugat keamanan kaum yang sudah lama terjalin di negara ini. Artikel yang dikeluarkan kebelakangan ini terlalu ekstrem.. hanya satu iaitu mencapai survival politik jahat bossnya UMNOporno yang sudah hilang taringnya. Tapi sejauh mana pelaksanaannya?..mungkin kita boleh 'realise'kan bila mana Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya..


PAS: Utusan makin melampau -Malaysiakini

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harakahdaily.

"Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. 
Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

"Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?PAS: Islam agama rasmi

"Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

"Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera. "Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan," bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

"Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum," tegas Tuan Ibrahim.

Pembangkang Cipta Sejarah, Menteri Luar Singapura Tewas

Posted: 07 May 2011 08:23 PM PDT

Parti pembangkang Singapura berjaya memenangi satu Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) buat pertama kali dengan merampas lima kerusi dalam satu saingan sengit kawasan panas, menurut pegawai pilihan raya. Menurut AFP, Parti Pekerja (WP) memenangi 54.71 peratus undi di daerah tumpuan, Aljunied berbanding parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Luar, George Yeo yang bakal meninggalkan Kabinet akibat kekalahan berkenaan"Ini merupakan petanda politik dalam Singapura moden. 


Keberanian anda berjaya memecahkan tembok untuk generasi masa depan," kata Setiausaha Agung WP, Low Thia Khiang yang mengetuai kejayaan lima kerusi partinya itu. Sementara itu, Bernama melaporkan PAP memenangi enam Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC) setakat 1 pagi ini manakala WP menang di SMC Hougang. 

Yaw Shin Leong daripada WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang, dengan meraih 64.81 peratus daripada undi yang sah. PAP pula memenangi enam SMC iaitu Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North.

Laporan yang belum disahkan menyebut bahawa WP memenangi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Aljunied namun tanda-tanda menunjukkan bahawa PAP akan mencatat kejayaan besar meskipun dengan majoriti yang berkurangan. Sejumlah 82 daripada 87 kerusi menyaksikan pertandingan dalam pilihan raya itu./Mk


Chegubard Akui Diri Tidak DIsenangi

Posted: 07 May 2011 05:00 PM PDT

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin menegaskan beliau masih ahli seumur hidup PKR tetapi secara terbuka mengakui dirinya "tidak disenangi beberapa pemuka" dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) itu. Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR namun Badrul Hisham tidak menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya banyak pihak sama ada akan keluar PKR untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS atau DAP. 


Malah tegas Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard", ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharapkan beliau benar-benar meninggalkan PKR. "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. 

Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan "saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita Chegubard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR. Semalam The Malaysian Insider melaporkan Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS. 

Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu. Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, "saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini." "Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. 

Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?" kata beliau lagi. Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan. "Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa," katanya. 

Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara. Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan "kami tak dibantu atau dibatal lesen." "Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. "Ini berlaku berulang di beberapa tempat. 

Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda," katanya yang juga pengerusi SAMM. Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah "saya pernah menolak tawaran pun." Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu. 

"Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu," katanya lagi./Tvsnews


Tiada ulasan: