Ahad, 8 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Perampas yang bongkak

Posted: 07 May 2011 07:00 PM PDT


"Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini."

"Najib jangan bongkak... Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru."

[Ceritanyer di sini]

Najib Ketua Pembangkang?? Yaaahoo!!

Itu ialah jawapan Anwar kepada kenyataan Najib. Najib kata.... UmporNO akan rampas Selangor dengan apa saja senjata yang mereka ada. Jangan jadi kaki rampas, tak baik tau...

Kensel Manjong, Hello Penang!!

Posted: 07 May 2011 05:00 PM PDT

Rancangan awalnya, Ahad... nak ke Hospital Manjong untuk ziarah sahabat blogger Manjung Mari yang kemalangan dan patah kaki. Tetapi... terpaksa dibatalkan kerana nak ke Penang pulak untuk melepaskan rindu pada cucu.

InsyaAllah... jika berkesempatan, kami akan pergi menziarahi beliau di lain masa. Apa-apa pun, M3M serta F3M mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan bersabar menghadapi dugaan ini.

Kami juga doakan semoga pembedahan yang akan beliau jalani, Isnin nanti sukses hendaknya.

Tiada ulasan: