Ahad, 8 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


Chong Wei raih pendapatan RM3 juta tahun lepas ?

Posted: 08 May 2011 07:49 AM PDT

TAHUKAH anda jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta, tahun lepas.  

Walaupun tidak sehebat Tiger Woods yang memperoleh pendapatan 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraih Ching Wei itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini.

  • Lee Chong Wei

  • Nicol David

Chong Wei mengumpul  pendapatan itu berdasarkan memenangi sembilan kejohanan antarabangsa, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.


Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.

FotoJumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan 'nilai' Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong tidak menafikan anggaran pendapatan Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta, tetapi tidak mempunyai angka yang tepat. 



"Kita hanya tahu jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi atlit, tetapi berapa nilai tajaan yang diterima mereka, kita tidak mempunyai maklumat kerana penaja terus berurusan dengan atlit tanpa melalu kita," katanya.

Ratu skuasy Nicol David pula mengekori di belakang Chong Wei dengan pendapatan lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.

Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut menerima pendapatan tertinggi tahun lalu adalah pemain golf Ben Leong yang mengaut lebih RM300,000 daripada 20 kejohanan Jelajah Asia yang disertainya diikuti Danny Chia hampir RM250,000

Kenali wajah pencacai Umno yang mencetuskan isu agama rasmi Kristian

Posted: 08 May 2011 07:24 AM PDT

Blogger Pencacai 'BigDog' aka Mohamad Zakhir

Inilah dia blogger pencacai UMNO "BigDog" yang menyebarkan fitnah kononnya ada pertemuan rahsia antara DAP dan paderi - paderi Kristian konon nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. 

Utusan Malaysia semakin melampaui batasan pemberitaan

Posted: 08 May 2011 06:37 AM PDT

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia nampaknya semakin lebih berani mencabar kesabaran dan kententeraman kehidupan rakyat Malaysia dengan mencetuskan perkara-perkara yang kadang-kala tidak boleh diterima akal.


Semahunya, Utusan berusaha menanam (planted) isu-isu yang sensitif ke dalam pemikiran rakyat, khususnya Melayu. Utusan ternyata memang pakar dalam menjentik perasaan orang Melayu dengan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan menghakiskan kesabaran orang Melayu.


Namun demikian, oleh kerana sebahagian besar rakyat telah lama menolak Utusan Malaysia dengan hal-hal yang meloyakan, maka tahap keboleh percayaan terhadap isu dibangkitkan tidak begitu diterima pembaca atau tidak dipercaya langsung kesahihannya.


Namun begitu, rakyat merasa tercabar kerana kerajaan, khususnya pihak berwajib menutup mata dengan menganggapnya tidak sensitif dan tidak perlu diambil tindakan. Inilah yang dibicarakan oleh rakyat semasa yang turut menyifatkannya tidak berlaku keadilan dalam menguatkuasakan hukum.


PAS menggesa tindakan tegas diambil terhadap Uusan Malaysia ekoran laporan mendakwa pemimpin Kristian berkonsprasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.

"Adalah mustahil untuk DAP melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

utusan malaysia kritsian agama rasmiTuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

"Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara," katanya.


Katanya, Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

"Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.
"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan," bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

"Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.

NONESehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum," tegas Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan: