MiLo SuaM |
- Anwar setuju buat Suruhanjaya diraja siasat video seks
- Blogger Pakatan Rakyat pula dituduh kaki pelacur
- Gempar! Yahudi terlibat tentukan Calon BN Sarawak
Anwar setuju buat Suruhanjaya diraja siasat video seks Posted: 08 Apr 2011 05:35 PM PDT Gerombolan songkok tinggi jelas sekali sengaja memutar belitkan fakta di media massa dan blog-blog kononnya Anwar Ibrahim enggan atau menolak penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pelakon sebenar yang terlibat di dalam video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim. Di bawah ini salah satu screenshot yang dipetik satu daripada berpuluh blogger gerombolan songkok tinggi yang memesongkan fakta kononnya Anwar Ibrahim takut dan enggan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pelakon video seks mirip beliau yang ditayangkan di Carcosa hotel baru-baru ini. Fakta yang sebenarnya, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini ialah, Anwar Ibrahim bersetuju atau tidak kisah jika suruhanjaya diraja mahu dibentuk berhubung video seks lelaki mirip dirinya, namun Anwar menyifatkan ianya sebagai membuang masa. Selain itu Anwar juga meminta diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes kematian Altantuya, Port Dickson (Isu khalwat najib), kematian Teoh Beng Hock dan Kematian terbaru Kastam [MsiaKini]. Kalau dilihat, pemimpin gerombolan sering mengheret Anwar Ibrahim ke dalam rentak permainan politik lucah mereka. Dari isu liwat, zina dengan bini orang, dan kini jadi pelakon video lucah pula. Anwar dipaksa dan didesak agar mengikut rentak gerombolan bermain politik lucah dan politik selak kain yang menjadi amalan mereka sekian lama. Jika Anwar Ibrahim enggan mengikut kehendak mereka, Anwar akan dicap atau dianggap sebagai bersalah atau takut menghadapi kebenaran. ReJaM© "Modal gerombolan songkok tinggi untuk meraih sokongan rakyat hanyalah politik lucah" Note: Main politik lucah sambil pekena arak cecah kari roti canai. |
Blogger Pakatan Rakyat pula dituduh kaki pelacur Posted: 08 Apr 2011 02:50 PM PDT Politik lucah masih terus menjadi amalan gerombolan songkok tinggi termasuk blogger-blogger dan anak didik mereka. Mungkin dianggap sebagai character assasination atau mungkin sekadar melampiaskan hobi mereka yang sememangnya gemar memfitnah. Sejak kebelakangan ini gerombolan blogger songkok tinggi rancak menjaja cerita di dalam blog-blog mereka kononnya salah seorang blogger pakatan rakyat yang juga lebih dikenali sebagai Topeng Perak Unmasked sebagai seorang kaki pelacur. Isu ini dilihat sudah dijaja lebih dari seminggu di blog-blog gerombolan songkok tinggi Mereka juga memaparkan bukti kukuh (mereka anggap sebagai bukti kukuh) iaitu berupa sekeping gambar Blogger tersebut (Topeng Perak) bersama dengan dua orang pelacur cina (kata gerombolan). Di bawah ini salah satu screenshot yang diambil dari salah satu blog gerombolan songkok tinggi. Selepas ini anda semua harus berhati-hati apabila bergambar. Jika anda ada mengambil gambar begini, maka terbuktilah anda sebagai seorang kaki pelacur. Inilah gaya pejuang Islam gerombolan songkok tinggi. ReJaM© "Kalau dikuat kuasakan undang-undang qazaf pada diorang ni semua, mampos kena sebat sorang 80 kali" |
Gempar! Yahudi terlibat tentukan Calon BN Sarawak Posted: 08 Apr 2011 06:26 AM PDT Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mungkin hanya dikenali sebagai seorang Ketua Menteri yang gila kuasa, yang sudah bertahun-tahun mengaut hasil bumi Negeri Sarawak masuk ke dalam kantung keluarganya. Negeri Sarawak yang kaya dan memiliki hasil bumi yang banyak seperti petroleum dan hutan, sekadar menjadi antara negeri termiskin di Malaysia gara-gara kerakusan Ketua Menterinya Taib mahmud. Seorang kawan pernah menggambarkan sebagai "jika tanya anjing dan khinzir, mereka pun tahu Taib Mahmud perompak besar". Malah kalau dilihat, Najib sendiri merasai kewujudan Taib Mahmud adalah liabiliti kepada Barisan Nasional, kerana salah lakunya sudah terlalu jelas, Barisan Nasional tidak mampu menutup bangkai gajah menggunakan tudung saji. Sejak semalam terbongkar satu lagi rahsia Taib Mahmud. Rahsianya menggunakan khidmat tiga orang bomoh warga asing sudah menjadi bualan rakyat jelata, apabila hal ini dibongkarkan sendiri oleh sepupunya, malah sepupunya itu telah memaki hamun bomoh-bomoh tersebut di khalayak ramai rujuk link ini [Bomoh Taib]. Apa yang lebih memeranjatkan, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Taib Mahmud juga menggunakan bomoh berbangsa Yahudi untuk menentukan dan memilih calon-calon BN yang layak untuk bertanding pada Pilihanraya Sarawak kali ini [Malaysiakini]. Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, Sebelum ini kerajaan persekutuan melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengaku menggunakan syarikat Yahudi APCO sebagai penasihat kerajaan Barisan Nasional [mStar]. Kini Ketua Menteri Sarawak didedahkan secara terang-terangan menggunakan penasihat Yahudi sebagai bomoh untuk menentukan dan memilih calon-calon Barisan Nasional yang sesuai bertanding pada pilihanraya Negeri Sarawak. "Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu." Al-Baqarah - 120 ReJaM© "Depan rakyat jadi pejuang Islam, di belakang jadi tali barut Yahudi " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan