WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- VIDEO KEKEJAMAN DI SARWAK
- Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar
- Halangan kemasukan Sarawak: Giliran Haris Ibrahim pula...
- Pakatan ada kelebihan di Belaga: BN kini beri pampasan dan geran tanah
- Pilu Hati Seorang Ibu
- DAP Dakwa Rakam Penipuan Undi Pos Di Sibu Ditulis oleh ZeanaAima
- SUPP Terdesak, Jemput MCA Bantu Kempen
- MP Sungai Siput Dan 13 Penduduk Ditahan
- RM1.5b wang rakyat dalam 1MDB diguna selamatkan kroni Taib – Anwar
- PERJUANGAN DAN NASIONALIS DAYAK
- Hadi Awang: Rayuan kepada semua pengundi DUN Sarawak
- Nurul gesa SPR siasat penggunaan agensi kerajaan untuk tujuan kempen
- Pakatan mampu menang 19 kerusi
- AlKitab: Pengundi Krisitian Terguris, kata Calon PKR 13/04/2011
- SPR Buka Satu Pusat Undi, Pengundi Pos Merungut
- Najib : Dua Pertiga Adalah Bonus
| Posted: 13 Apr 2011 06:57 AM PDT | ||
| Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar Posted: 13 Apr 2011 06:52 AM PDT ![]() ![]() KAPIT 14 APRIL : Kegiatan harian pekan Kapit terhenti seketika apabila ribuan penduduk keluar beramai-ramai mengalu-alukan lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan yang terpencil di bumi Sarawak itu. | ||
| Halangan kemasukan Sarawak: Giliran Haris Ibrahim pula... Posted: 13 Apr 2011 06:51 AM PDT
Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), juga pengendali blog The People's Parliament, Haris Ibrahim menjadi warga Malaysia ketiga yang dihalang menjejak ke bumi Kenyalang sejak pembubaran DUN Sarawak. Beliau diberi notis bahawa dirinya dihalang mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a), tanpa dimaklumkan puncanya.
Keadaan yang dihadapi Haris Ibrahim agak sama dengan pengalaman aktivis BERSIH 2.0, Wong Chin Huat pada 8 April. Lebih awal, Steven Ng, aktivis sosial juga mengalami nasib yang sama pada 3 April 2011. Haris Ibrahim menyifatkan larangan ini sebagai perbuatan menyalahgunakan kuasa, semata-mata untuk menghalang aktivis sosial daripada menyebarkan maklumat kepada pengundi tempatan Sarawak. Haris juga seorang peguam, dan beliau terpaksa kembali ke Kuala Lumpur malam ini. Beliau akan berunding dengan peguam lain untuk tindakan selanjutnya. Pada masa yang sama, beliau mengambil kesempatan untuk menyeru agar pengundi keluar mengundi pada 16 April untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Baca: Lagi aktivis dihalang masuk Sarawak Baca: Halangan aktivis ke Sarawak bakal bentuk 2Malaysia? *Wong Swee Nee ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. ![]() | ||
| Pakatan ada kelebihan di Belaga: BN kini beri pampasan dan geran tanah Posted: 13 Apr 2011 06:51 AM PDT Meskipun enam calon terlibat untuk merebut kerusi DUN Belaga, namun ia dijangka menyaksikan pertarungan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, dan calon lain gagal membahagikan undi PR. BN yang semakin tertekan dengan keadaan terkini mengambil langkah untuk memberi pampasan dan geran tanah penanaman kepada penduduk Sungai Asap yang dipaksa pindah lantaran pembinaan Empangan Bakun.
Dalam PRN Sarawak 2006, calon PRS-BN Liwan Lagang menang dengan majoriti 227 undi, menewaskan calon SNAP John Bampa dan calon bebas Stanley Ajang Bato. Jumlah undi yang diperolehi John (912 undi) dan Stanley (1,628 undi) melebihi undi yang diperolehi Liwan (1,855 undi). Dengan kata lain, seandainya tidak wujud pertandingan tiga penjuru, pembangkang mungkin berpeluang menawan kawasan DUN Belaga.
Terdapat 11 buah rumah panjang di Sungai Asap, dengan jumlah penduduk kira-kira 10,000 orang. Penduduk yang terpaksa berpindah ke sini dari kawasan hulu Bakun pada tahun 1993 dan 1994 merungut, kawasan ini kekurangan kemudahan asas, dengan pengangkutan yang tidak lengkap, kos kehidupan yang meningkat, tanah tanaman yang usang, malah jauh dari tempat tinggal, wang pampasan yang tidak mencukupi, hasil tanaman yang kurang dan sebagainya. Ramai kaum asal terutamanya Kenya menyelar kerajaan BN kerana menipu mereka ke sini. Keadaan ini semestinya tidak memihak kepada BN. Bekas ADUN memihak kepada PKR
Ketika dihubungi MerdekaReview, pemerhati bebas yang pernah melawat ke kawasan tersebut berkata, calon bebas PRN Sarawak 2006, iaitu Stanley Ajang Bato memihak kepada PKR, dan keadaan ini dijangka bakal meneroka undi baru untuk PKR. Stanley adalah bekas ADUN dari PRS-BN, tidak dilantik sebagai calon dalam PRN Sarawak 2006. Beliau bertanding sebagai calon bebas, dan hanya tewas dengan undi 227 kepada BN yang berkempen dengan jenteranya.
Selain itu, reputasi calon PKR sendiri juga antara faktor kemenangan PKR. Basah Kesing ialah seorang peguam, berasal dari kerabat BN. Beliau menyertai PKR setelah sebidang tanah keluarganya yang diwarisi turun temurun dirampas. Pertandingan Basah Kesing kali ini direstui ramai penduduk rumah panjang. Naib Ketua AMK Chan Ming Kai juga memberitahu MerdekaReview, Basah Kesing terkenal di masyarakat tempatan, malah jamuan anjuran PKR dalam rumah panjang dibantu oleh wanita tempatan, katanya ADUN Simpang Pulai ini yang berkempen di Belaga. Sukar untuk 4 calon yang lain membahagikan undi Selain itu, John Bampa dari SNAP hanya memperolehi 912 undi pada PRN Sarawak 2006, lebih rendah daripada calon bebas Stanley. Dua orang lagi calon bebas yang lain dikatakan gagal memberi apa-apa kesan. Mengikut pengamatan pemerhati, penduduk telah mendapat pengajarannya daripada PRN yang lalu, dan bersedia untuk menumpukan undi mereka supaya menumpaskan BN. Ugutan BN Bagaimanapun, masih bukan kemestian bagi PKR untuk memenangi DUN Belaga yang sarat dengan makna. Menurut seorang penduduk Sungai Asap, sesetengah penghuni telah menerima surat rasmi daripada kerajaan, memaklumkan bahawa pampasan dan geran tanah tiga ekar akan diberi pada 14 April, dua hari sebelum hari pengundian.
BN mengugut penduduk untuk membatalkan biasiswa dan wang kebajikan warga emas, seandainya tidak mengundi BN, katanya. Meskipun pelbagai tawaran daripada BN untuk memikat hati pengundi, namun pemerhati ini masih yakin bahawa penduduk di situ akan mengundi PKR. Tanah seluas tiga ekar itu terlalu jauh dari rumah panjang mereka, dan bukannya tanah yang subur. Keduanya, masih menjadi tanda soal sama ada penduduk berpuas hati dengan pampasan yang diberikan kerajaan, kerana mereka mengadu kerajaan tidak mengukur tanah adat mereka sebaiknya sejak dulu.
Pemerhati itu berkata, Liwan dianggap sebagai pemimpin BN yang lebih berani bersuara untuk penduduknya, namun "tiada apa-apa prestasi walaupun sudah lama beliau lantang bersuara". Penyokong asal Liwan kini berpaling kepada PKR. Tambahan pula, PKR dan MAFREL telah mendaftarkan kira-kira 1,000 orang pengundi baru dalam tempoh beberapa tahun yang lalu - dijangka memberi laluan kepada PKR untuk merasai kemenangan kali ini. *Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. | ||
| Posted: 13 Apr 2011 06:47 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 13 APRIL : Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan yang menjaga makan-minum dan menemaninya tiba-tiba ditangkap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah. | ||
| DAP Dakwa Rakam Penipuan Undi Pos Di Sibu Ditulis oleh ZeanaAima Posted: 13 Apr 2011 06:45 AM PDT ![]() DAP membuat laporan polis hari ini setelah merakamkan sebuah klip video yang didakwa menunjukkan insiden penipuan undi pos di Sibu. | ||
| SUPP Terdesak, Jemput MCA Bantu Kempen Posted: 13 Apr 2011 06:43 AM PDT Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini dalam keadaan terdesak meminta bantuan daripada parti-parti komponen BN, khususnya dari Semenanjung Malaysia bagi membantu kempennya. | ||
| MP Sungai Siput Dan 13 Penduduk Ditahan Posted: 13 Apr 2011 02:59 AM PDT
" Walaupun ada beberapa janji tetapi sampai sekarang tak ada apa-apa yang konkrit. Itu masalahnya. Setiap Menteri Besar ada janji, nak bagi tanahklah nak buat rumah kos murahlah,"tambahnya lagi. | ||
| RM1.5b wang rakyat dalam 1MDB diguna selamatkan kroni Taib – Anwar Posted: 13 Apr 2011 02:55 AM PDT
Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar. 1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan. "Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh). "Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara," kata Anwar. Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat. "Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion. "Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021. "Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya," kata Anwar. Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat. "Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib," kata Anwar. Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan. "Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan," kata Anwar. Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu. Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar. Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya. | ||
| PERJUANGAN DAN NASIONALIS DAYAK Posted: 13 Apr 2011 02:31 AM PDT | ||
| Hadi Awang: Rayuan kepada semua pengundi DUN Sarawak Posted: 13 Apr 2011 02:28 AM PDT Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.
PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak. Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti. Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa. *Kenyataan Hadi Awang selaku Presiden PAS. | ||
| Nurul gesa SPR siasat penggunaan agensi kerajaan untuk tujuan kempen Posted: 13 Apr 2011 02:28 AM PDT Beberapa hari lalu, kami telah menerima maklumat bahawa di N57 Belaga beberapa agensi Kerajaan Pusat seperti KEMAS, JASA, dan TEKUN sedang beroperasi. Mereka dikatakan menetap di rumah-rumah panjang dan berkempen untuk pihak Barisan Nasional.
Pertama, bukankah penggunaan agensi-agensi Kerajaan untuk berkempen dalam pilihanraya itu satu salahlaku? Kami dengan ini meminta satu siasatan dibuat SPR dengan segera, demi keadilan dalam pilihanraya negeri Sarawak. Kedua, adakah tindakan membawa masuk agensi-agensi ini sebenarnya satu pengakuan oleh Barisan Nasional bahawa jentera BN negeri Sarawak telah gagal dan memerlukan bantuan BN Semenanjung? Lebih khusus, kerana ramai anggota agensi-agensi ini adalah anggota UMNO, adakah ini satu petanda UMNO sedang cuba memasuki negeri Sarawak dengan senyap? Selain isu ini, kami ingin membangkitkan kepada pihak media, oleh kerana banyak pengundi di kawasan pedalaman, sistem pengundian di Sarawak agak unik di mana peti-peti undi akan dibawa ke rumah-rumah panjang untuk proses pengundian dijalankan. Proses pengundian sebegini akan terbuka kepada pelbagai unsur yang mungkin sukar dikawal. Sebagai contoh, seperti yang saya sebutkan tadi, kewujudan jentera BN yang bertapak di rumah-rumah panjang mungkin menjadi satu tekanan, atau bagaikan ancaman kepada para pengundi di situ untuk mengundi dengan bebas. Lebih-lebih lagi sekiranya jumlah anggota jentera BN itu melebihi jumlah petugas SPR.
Akhir sekali, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak yang semalam telah melakukan serangan Distributed Denial of Service (DDoS) ke atas laman web Malaysiakini, Radio Free Sarawak dan Sarawak Report. Kami menggesa MCMC agar menyiasat dengan segera pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan. Kejadian sebegini tidak boleh dibenarkan berlaku, terutamanya dipertengah waktu berkempen. *Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. | ||
| Pakatan mampu menang 19 kerusi Posted: 13 Apr 2011 02:25 AM PDT Memasuki pusingan kedua dalam kempen pilihan raya Sarawak - yang dianggap paling sengit dalam sejarahnya - sokongan pada BN dijangka meningkat di saat-saat akhir walaupun menerima tamparan hebat di kawasan bandar pada permulaanya. Menurut pengamatan pelbagai sumber, walaupun bakal hilang banyak kerusi, BN masih mempunyai peluang cerah mengekalkan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di kena sentuhan terakhirnya. "Dalam kempen di beberapa hari terakhir ini, semua kemungkinan boleh berlaku. BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar," kata pemerhari politik Dr Jeniri Amir. Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak itu juga berkata, walaupun penduduk bandar menunjukkan perubahan yang luar biasa dengan menyokong Pakatan, berdasarkan tred dalam pilihan raya sebelum itu, bola akan kembali bertukar ke kaki BN semula. "Masyarakat luar bandar masih dilihat mempunyai pemikiran simple minded," katanya kepada Malaysia. Menurut sumber-sumber yang dekat dengan kerajaan, bacaan semasa menunjukkan, sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak yang bertanding. Jika dilihat dari aspek kaum pula, undi Cina kini memihak kepada Pakatan, Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang. Bacaan ini selari dengan pemantauan NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum Future Studies yang mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN merosot dari 80 kepada 61 peratus. Menurut presiden Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah, di kawasan luar bandar, sokongan terhadap parti pemerintah turut menyusut dari 65 kepada 38 peratus sahaja. Justeru, jika Pakatan mampu mempertahankan menangkis serangan terakhir BN, termasuk kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, sejarah akan berlaku di Bumi Kenyalang. Menurut sumber-sumber Umno pula, setelah parti Melayu itu mula menyuntik jenteranya di pelbagai kawasan, terutamanya di luar bandar dalam beberapa hari kebelakangan ini, mereka yakin, paling tinggi, Pakatan hanya dapat merampas 15 kerusi sahaja. "Bagaimanapun, tujuh atau lapan kerusi di kawasan bandar memang sudah tidak boleh dipertahankan lagi," jelas sumber-sumber itu. | ||
| AlKitab: Pengundi Krisitian Terguris, kata Calon PKR 13/04/2011 Posted: 13 Apr 2011 02:21 AM PDT ![]() KUCHING 13 APRIL : Penganut Kristian seluruh negara terutama di Sarawak masih marah dengan Umno-Barisan Nasional dalam isu Alkitab, menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini. Minggu lalu, Putrajaya menawarkan formula 10 perkara untuk menyelesaikan isu Al-Kitab itu namun gabungan gereja-gereja dan pertubuhan Krisitian tidak menerima formula itu tetapi mahu mencari penyelesaian ke atas beberapa isu bersabit kebebasan agama yang telah berlarutan.
| ||
| SPR Buka Satu Pusat Undi, Pengundi Pos Merungut Posted: 13 Apr 2011 02:14 AM PDT ![]() KUCHING, 13 APRIL : Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mewujudkan satu pusat pembuangan undi pos di Parlimen Kuching, bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dipertikai banyak pihak. | ||
| Najib : Dua Pertiga Adalah Bonus Posted: 13 Apr 2011 02:13 AM PDT ![]() KUCHING 13 APRIL : Perdana Menteri Najib Abdul Razak menyifatkan sebagai "bonus" jika Barisan Nasional memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri Sawarak Sabtu ini, dalam pengakuan yang mencerminkan keresahan beliau mengenai peluang parti pimpinannya. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Ketika dihubungi 
Belaga yang didiami orang Ulu adalah antara daerah yang terbesar di Sarawak, namun populasinya tidak padat, dengan kira-kira 37,000 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada suku kaum Kenya, Kayan, Penan dan Punan. Penduduk lebih tertumpu di Sungai Asap, mencatat populasi 3,493 orang pengundi, daripada jumlah keseluruhannya 6,691 orang.
Menurut pemerhati ini, kerabat Stanley (gambar kanan) agak terkenal, dan bapanya juga adalah ahli politik BN, yang meninggalkan kerajaan selepas peristiwa Ming Court. Stanley agak berpengaruh di masyarakat setempat.



Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama. Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri. Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan