Rabu, 13 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERTEKAN, AKHIRNYA TAIB MAHMUD BUAT JANJI 2 TAHUN LAGI UNTUK UNDUR

Posted: 13 Apr 2011 10:00 PM PDT

Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang
Apr 13, 2011

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.

"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.

Taib Mahmud yang menerajui tampuk kerajaan negeri Sarawak sejak 26 Mac 1981 berkata, banyak perubahan yang berlaku di Sarawak. Mereka yang kononnya mahu "berubah", tidak menyedari perubahan yang telah dilaksanakan dalam kerajaan. Perubahan-perubahan ini dijalankan dengan lancar, kerana dilaksanakan mereka yang berpengalaman dalam kerajaan negeri, katanya.

BN semakin terdesak

Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.

Bagaimanapun, pengumuman rancangan bersara tanpa had tempoh tersebut dijadikan tema kempen pembangkang kemudiannya, dan berjaya mengeksploitasi sentimen rakyat yang menuntut agar Taib berundur segera. Perdana Menteri Najib Razak jelas merasai bahang tersebut, sehingga mengulangi jaminannya pada 10 April bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak 2011.

Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.

Pada 13 April, Najib Razak mengumumkan bahawa sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan dalam PRN Sarawak 2011, dan majoriti dua pertiga dianggap sebagai "bonus". Matlamat yang "rendah" sebegitu sememangnya menandakan sesuatu, memandangkan Pakatan Rakyat hanya menang 9 daripada 71 kerusi dalam PRN Sarawak 2006, walaupun dua daripadanya menyertai BN kemudiannya.

Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

TAIB MAHMUD MAHU JADI TUAN PENASIHAT 20 PERSEN ?

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MELUCUKAN apabila mendengar orang tua ini bercakap pasal desakan rakyat yang mahu agar beliau berundur dari KM Sarawak. Sepertimana yang dipetik melalui Malaysiakini, " Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan bahawa beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara daripada politik. Dalam wawancara yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen milik Media Prima, Astro Awani dan AEC semasa siaran berita jam 8 malam semalam, ketua menteri yang telah berkuasa 30 tahun itu berkata beliau mahu membantu penggantinya selepas bersara."

Rata-rata rakyat Sarawak tidak mahu beliau berada di kerusi KM Sarawak lagi, bahkan rakyat Sarawak kini sedang menggembeling tenaga untuk terus menjatuhkan kerajaan pimpinan beliau di dalam pilihanraya negeri pada 16 Apr ini. Soalnya, siapa yang mencadangkan atau melantik beliau menjadi Penasihat selepas bersara? Beliau lantik diri sendirikah? Masih tidak puas-puas lagi kah beliau ingin merembat segala yang ada di bumi Sarawak ini?

Rakyat Sarawak kata, cukup...cukup buat kamu wahai Taib. Kamu jadi rakyat biasa cukuplah, usahlah lantik diri sendiri mahu jadi Penasihat pula. Selalunya yang jadi Penasihat itu tentulah segala kata-katanya adalah baik dan berfaedah. Beliau ditolak oleh rakyat kerana beliau memimpin negeri tidak bijak, tidak telus dan banyak menyusahkan rakyat.

Jika orang ini menjadi Penasihat nanti, apa akan jadi pada Sarawak? Taib kena cermin muka beliau dahulu sebelum menawarkan diri untuk menjadi Penasihat. Sarawak tidak perlu kepada `Penasihat 20 Persen' seperti di dalam cerita `Tiga Abdul'./wfauzdin.blogspot.com

UNDI POS DILANJUTKAN PASAL TAK RAMAI DATANG MENGUNDI?

Posted: 13 Apr 2011 11:40 AM PDT

KEADILAN bantah waktu undi pos dilanjutkan

Permit pengundian pos pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan

KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.

Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.

Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.

Azmizam memaklumkan, hanya 700 anggota polis yang mengundi dari keseluruhan lebih 1500 pengundi pos di IPK Sarawak.

"Kami membantah tindakan ini. Permit yang dikeluarkan hanya membenarkan tempoh pengundian pada tarikh 13 April 2011, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

"SPR dan pengurus pilihan raya disini berkata, mereka mahu melanjutkan tempoh pengundian dengan alasan ramai anggota yang tidak dapat mengundi," kata Azmizam.

Beliau menambah, wujud kebarangkalian bahawa kes ini akan dijadikan 'precedence' untuk membenarkan lanjutan tempoh pengundian pada hari mengundi 16 April kelak.

"Tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada hari mengundi dengan alasan ramai orang kampung yang tinggal di pedalaman atau pun hari hujan dan sebagainya," ujar Azmizam./KeadilanDaily

VIDEO - CERAMAH AZMIN DI SARAWAK

Posted: 13 Apr 2011 08:49 AM PDT







VIDEO - INI UPACARA BAYAR FITRAH KE KAT SARAWAK ?

Posted: 13 Apr 2011 05:07 AM PDT

UNDI SELAIN DARI PR AKAN MENGUNTUNGKAN TAIB MAHMUD

Posted: 13 Apr 2011 02:00 AM PDT


Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak.

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan:

- mengundi PBB beerti mengundi Taib
- mengundi SUPP beerti mengundi Taib
- mengundi SPDP beerti mengundi Taib
- mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

VIDEOI - LAWATAN NAJIB DISAMBUT DENGAN LAUNGAN `REFORMASI'

Posted: 13 Apr 2011 12:00 AM PDT



Laungan `Reformasi' menyambut ketibaan Najib untuk melakukan lawatan ke Kg.Spaoh sempena PRN Sarawak. Majlis PM Bersama Rakyat bagi Dun Saribas, layar dan Bkt. Saban, dewan di Spaoh kelihatan seperti tidak dialu-alukan oleh rakyat tempatan. Dari pemerhatian, hanya sekitar 20 % sahaja anak tempatan yang memenuhi dewan tersebut.

Tiada ulasan: