Rabu, 13 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pencalonan Husam sebagai presiden PAS adalah `wajar’

Posted: 13 Apr 2011 07:21 PM PDT

PAS kawasan Bukit Bintang menjadi perhatian apabila mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden dalam muktamar PAS pada Jun ini.
PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan pencalonan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS merupakan kepercayaan yang 'wajar' oleh perwakilan dan dibuat tanpa sebarang prejudis.
Mendukung prinsip parti yang membuka ruang kepada sesiapa untuk mencalon dan dicalon, Nasrudin berkata,  isu siapa yang dicalonkan sepatutnya tidak timbul.
Beliau berkata,  perwakilan yang dilantik daripada seluruh negeri mempunyai hak untuk membincangkan sesiapa untuk dicalonkan.
Katanya,  mana-mana calon yang menang atau kalah kelak perlu kembali kepada perjuangan parti dan menerimanya secara terbuka.
"Dalam membincangkan isu ini kepercayaan wajar disandarkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan tepat tanpa rasa prejudis.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Rustam furious at couples having sex at historical hilltop sites

Posted: 13 Apr 2011 07:20 PM PDT

Ali Rustam furious at couples having sex at historical hilltop sitesChief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam is hopping mad over reports that young couples have been having sexual trysts on the historical hilltops of St John's Hill and St Paul's Hill.
He immediately directed the local council to thwart the undesirable activities after he was briefed on the recent discovery of used condoms at the unlit St John's hilltop and also the sighting of lovers having their rendezvous at St Paul's Hill.
"These historical sites have been turned into havens for unsavoury acts. I want all those responsible for the maintenance of the sites to meet me.
"I will not hesitate to issue show-cause letters to council workers who have been tasked to supervise the sites," he said yesterday.
Mohd Ali said he will make suggestions for the sites to be lit extensively using solar-powered lamp posts.
"I will work on the costs and expedite the upgrading work of the lamps. A gotong-royong programme will be carried out very soon to clean up the surrounding areas, especially St John's Hill," he added.
He also said enforcement agencies will be asked to intensify patrols at the areas.
Read More / Baca Lagi >>

MRT: Kontrak pertama dianugerah hari ini, cetus kontroversi

Posted: 13 Apr 2011 05:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 April — Pemilik Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang akan menganugerahkan kontrak utama pertamanya hari ini kepada Jurutera Pemeriksa Bebas (ICE) yang dipilih kerajaan dan akan dibayar dua peratus daripada nilai projek, yang kos projek masih belum muktamad - di mana fi itu didakwa lebih tinggi berbanding kadar pasaran.
The Malaysian Insider difahamkan konsortium HSS Integrated Sdn Bhd, MTR Corp Ltd dari Hong Kong dan syarikat Kanada SNC-Lavalin, dijangka akan memperoleh kontrak itu meskipun telah ditolak oleh Syarikat Prasarana Berhad (SPNB), pemilik projek sebelum ini.
Kos keseluruhan projek MRT itu dianggarkan RM36.6 bilion ketika diumumkan dua tahun lalu tetapi ia tidak termasuk kos tanah.
Kos terbaru yang diumumkan dipercayai mencecah lebih RM50 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Give us good governance

Posted: 13 Apr 2011 05:05 PM PDT

We the people categorically demand and insist that there must be competent management of the country's resources and affairs.
By R Kengadharan
The word "governance" is as old as human civilisation. Essentially, "governance" is about the process of decision-making and the process by which decisions are implemented and the government is the actor in governance.
According to the United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific, "governance" has eight major characteristics.
It is participatory, consensus-oriented, accountable, transparent, responsive, effective and efficient, equitable and inclusive and follows the rule of law.
If "governance" is properly shaped and fashioned, it will ensure that corruption is minimised, the views of the minorities are taken into account and that the voices of the most vulnerable in society are heard in decision-making.
Read More / Baca Lagi >>

Transeksual Fatine: Saya banyak korban, tapi ‘suami’ saya abai saya...bingai dan tolol...!!

Posted: 13 Apr 2011 03:39 PM PDT

LONDON, 13 April – Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, 'suaminya' seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK).
Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun.
"Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia," katanya dipetik The Daily Mail.
Young juga mengaku dia tidak melayan Farine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan.
Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK.
Read More / Baca Lagi >>

Video : PENGAKUAN RAJA PETRA DLM BULETIN UTAMA

Posted: 13 Apr 2011 03:24 PM PDT

Dunia pasca-Konsensus Washington

Posted: 13 Apr 2011 03:18 PM PDT

Perkembangan sejak penghujung 1990-an telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam imbangan kuasa dan pengaruh kuasa-kuasa ekonomi dunia.
Selain kumpulan lapan negara industri G8, perhatian dunia kini semakin banyak tertumpu pada G20, kumpulan 20 negara maju dan membangun.
Peningkatan kekuatan negara seperti China, Brazil dan India pula telah mengubah peranan dalam kalangan negara-negara penyumbang dan penerima bantuan.
Negara pesat membangun mula menjadi sebahagian penyumbang bantuan, termasuk kepada negara-negara Eropah yang dilanda krisis ekonomi.
Kekuatan ekonomi itu menjadikan mereka semakin perlu diambil kira dalam pembuatan keputusan.
Negara pesat membangun kini semakin asertif dan selesa dengan peranan lebih besar dalam sistem global.
China, gergasi ekonomi Asia yang semakin mencabar Amerika Syarikat dan sekutunya dari segi ekonomi dan politik semakin menuntut kedudukan lebih tinggi dalam sistem ekonomi dan kewangan global.
Mata wang yuan, yang walaupun masih tidak menarik berbanding mata wang utama dunia yang lain, semakin giat diantarabangsakan oleh Beijing, untuk mengiringi peningkatan kedudukannya di persada global.
Selepas dua krisis ekonomi dan kewangan besar melanda dunia, yang dikaitkan dengan sistem yang dibina dan dipaksakan oleh kuasa-kuasa Barat, negara-negara yang pesat meningkat naik semakin menuntut peranan lebih luas.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Altantuya: Saya tak pernah tuduh PM, isteri terbabit, kata RPK

Posted: 13 Apr 2011 02:57 PM PDT

NONE"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."

Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.
Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Pilu Hati Seorang Ibu

Posted: 13 Apr 2011 05:25 AM PDT



KUALA LUMPUR 13 APRIL : Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan yang menjaga makan-minum dan menemaninya tiba-tiba ditangkap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah.

Tanpa penjelasan dan setelah dua minggu tanpa khabar berita, apatah lagi kurang upaya, hati ibu ini terus dirundung pilu.

Kerinduan Mah Mat Deris, 67 tahun mendorong beliau hadir walaupun dalam keadaan uzur apabila Polis DiRaja Malaysia akhirnya membenarkan ahli keluarga menemui tahanan ISA Kadir Hashim di Bukit Aman hari ini.

Mah nyata masih sedih dan keliru dengan penangkapan anaknya itu sejak 1 April lalu mahu Kadir dibebaskan segera.
Read More / Baca Lagi >>

Polis akui Kadir tak patut ditahan ISA

Posted: 13 Apr 2011 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Semasa saya tanya polis berkenaan penangkapan adik saya, polis sendiri mengakui bahawa Kadir
tidak patut ditahan," kata Hisham Hashim, 42, abang mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kadir
Hashim.
Menurut Hisham, semasa berjumpa adiknya, polis memberitahu bahawa Kadir terlibat dengan kegiatan subversif dalam internet berkaitan dengan bom dan senjata api.
"Pihak polis mengatakan Kadir terlibat dengan subversif dalam internet berkaitan bom, senjata api, tetapi dalam masa yang sama polis memberitahu memang Kadir tidak sepatutnya ditahan.
"Sebenarnya polis tak ada nyatakan apa-apa pun, tapi polis memberitahu Kadir masih dalam siasatan, paling lama dalam tempoh 60 hari," ujarnya selepas berjumpa Kadir kir-kira sejam di Balai Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Hisham juga kesal tindakan polis yang masih 'mengepung' ketika beliau dan ibunya berjumpa dengan Kadir.
"Saya tidak selesa untuk bercakap dengan Kadir kerana lapan orang polis mengelilingi kami sehingga mahu bertanya perkara peribadi pun tidak boleh.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli politik Australia kutuk pembuangan sisa radioaktif di Kuantan

Posted: 13 Apr 2011 05:17 AM PDT

KUAla LUMPUR: Ahli politik Australia, Robin Chapple, meluahkan rasa tidak senangnya terhadap pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Pahang yang sudah pun diluluskan kerajaan Barisan Nasional.
Loji memproses sisa radioaktif di Gebeng Pahang itu yang dikenali sebagai Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) akan beroperasi sepenuhnya bulan September ini di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, loji di Gebeng, Pahang akan memproses mineral thorium dari lombong di Mount Weld.
Chapple yang merupakan ahli Majlis Perundangan Australia Barat, berharap kerajaan negaranya tidak bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di Malaysia.
"Saya berharap kerajaan pimpinan Barnett (Ketua Menteri Australia Barat) tidak akan bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain.
"Barnett perlu mengambil tindakan untuk memaksa Lynas memastikan tiada thorium meninggalkan tapak lombong Mount Weld," kata Chapple.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mengapa Pakatan Rakyat perlu ditolak rakyat Sarawak?’

Posted: 13 Apr 2011 05:13 AM PDT

Kempen penulis blog pro Umno di Sarawak
PETALING JAYA: Meskipun Umno tidak mengetengahkan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak, namun penulis blog pro-Umno tetap berkempen di alam siber.
Penulis blog, Apai Ngelai dan Mohammad Roslan di dalam blog mereka (rajahmas.blogspot.com) mengetengahkan 10 sebab mengapa calon Pakatan Rakyat perlu ditolak rakyat Sarawak.
Ia turut disiarkan dalam laman Umno Online.
Mereka berhujah bahawa tempoh kerjaya pemimpin terkemuka DAP seperti Lim Kit Siang, dan DAP Karpal Singh, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah lebih lama berbanding tempoh Tan Sri  Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah batal saman Ummi Hafilda terhadap Baginda Minda

Posted: 13 Apr 2011 05:08 AM PDT

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.
Saman itu, yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini.
Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas tipu, 'ustaz' ugut bunuh pula

Posted: 13 Apr 2011 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April: Pasangan suami isteri bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, kini bertindak lebih melampau dengan melakukan ugutan bunuh kepada orang yang meminjamkan wang kepadanya.

Ugutan tersebut dibuat untuk menakutkan orang yang meminjamkan wang kepadanya agar tidak terus menuntut hutangnya, sekali gus untuk menutup mulut individu terbabit supaya tidak menceritakan kejahatan mereka kepada orang lain termasuk kepada ibu bapa mereka.

Seorang mangsanya, Ikwan Ariffin, 25, yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika mendedahkan perkara itu berkata, ugutan tersebut sememangnya serius dan ia turut dialami oleh beliau sendiri ketika beliau menuntut hutangnya buat kesekian kalinya daripada mereka, 6 April lalu.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di hadapan ibu kepada ustaz itu sendiri, setelah beliau sampai di rumah ibunya untuk bertanyakan sama ada ustaz tersebut datang ke rumah ibunya atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: