Isnin, 11 April 2011

SINGAMARAJA

SINGAMARAJA


Jangan terjun sunagi

Posted: 11 Apr 2011 09:26 AM PDT

Azmin Bertembung Ezam Di Sungai Sarawak

Mohd Sayuti Omar
MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di atas tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.

Apa yang berlaku malam tadi ada realistis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya sebenarnya yang sungguh jelek dan busuk.



Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenapa Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini.

Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapai Azmin dan dilayan baik oleh Anwar berdendam dengan Azmin.

Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa.

Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya.

Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.

Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.

Beliau mendabik dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam.

Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual.

Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang mempamirkan tahap pemimpin yang ada idea dan berakhlak. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau ada seorang narapidana yang kehilangan kompas.

Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.

Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambutan tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak.

Saya akan berundur beberapa tahun lagi

Posted: 11 Apr 2011 09:22 AM PDT

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya. Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

Cubalah nasibmu

Posted: 11 Apr 2011 09:16 AM PDT

Undi Kristian, Cina penentu nasib Taib Mahmud?

Undi masyarakat Kristian dan Cina bakal menjadi faktor penting kejayaan Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.

Walaupun kelihatan yakin dengan sokongan yang bakal diperolehi daripada pengundi Kristian dan Cina, kempen pembangkang yang semakin agresif mampu mengubah kecenderungan kumpulan pengundi terbabit.

BN melakukan tindakan memujuk melalui pelepasan Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan dan pengumuman bantuan dan sokongan untuk sekolah mubaligh Kristian.

Kempen pilihan raya BN kali ini yang bertema kestabilan dan masa hadapan yang terjamin dilihat sebagai ditujukan paling utama kepada masyarakat Cina yang paling banyak terlibat dalam perniagaan.

Pelancaran kempen yang diadakan di Sibu, sebuah bandar utama kaum Cina juga boleh dilihat sebagai usaha kempen pertama memujuk pengundi Cina.

Kempen menentang Taib mendapat perhatian masyarakat Kristian dan Cina yang melihat pemerintahan berdekad ketua menteri itu sebagai dominasi Melayu yang tidak adil kepada etnik dan agama lain.

Kempen itu, yang turut mendapat bantuan pihak dari luar negara, bergantung sebahagian besarnya pada pengundi Kristian dan Cina untuk berjaya.

BN mula meningkatkan kempen memenangi sokongan kelompok pengundi terbabit dengan pelbagai tindakan termasuk janji pengunduran Taib selepas pilihan raya, yang masih dipandang dengan skeptikal oleh pembangkang.

Pada masa sama, BN terus menabur janji pembangunan di Sarawak, termasuk berbilion peruntukan pembangunan dan janji menjadikan Sarawak negeri kaya.

WARTAWAN POMPUAN YANG GARANG

Posted: 11 Apr 2011 06:57 AM PDT

Sidang Media DS Anwar : Wartawan Sarawak Tegur Sikap Pemberita 8TV

Sidang akhbar Anwar mengenai prospek kemenangan PR di Sarawak diganggu soalan tak masuk akal

KUCHING: Gelagat seorang pemberita wanita( gambar kiri ) dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal," kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

"Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?

"Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan," kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.Keadilandaily

tanda nak kalahlah tuuu !

Posted: 11 Apr 2011 06:03 AM PDT

APA HAL DENGAN BARUA-BARUA NIH ?

APA SUDAH JADI DI SARAWAK ? MANA BOLEH MAIN UGUT-UGUT SURUH TARIK DIRI DARI JADI CALON ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kakaniiban1.jpgKOTA SAMARAHAN - Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Horaini Hamzah (Kak Ani), sekali lagi diugut oleh 'agen Taib Mahmud',

Menurut suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang.

Katanya, wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan.

"Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan.

Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut.

POLITIK MINYAK D SARAWAK

Posted: 11 Apr 2011 05:05 AM PDT

Menteri nafi harga RON 95, diesel naik di S'wak

Dakwaan pembangkang bahawa harga minyak petrol RON 95 dan diesel yang dijual di Sarawak naik adalah tidak benar dan ia dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya biarpun harga minyak dunia naik tetapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM0.84 seliter bagi minyak petrol RON 95 dan RM1.04 seliter untuk minyak diesel.

"Kepada rakyat, ini adalah dakyah palsu untuk mengelirukan mereka. Mereka (parti pembangkang) datang ke negeri ini menyatakan semua harga minyak naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Kuching hari ini.

Ismail Sabri berkata harga minyak petrol dan diesel di negara ini dikawal oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Katanya hanya harga minyak petrol RON 97 naik tetapi ia hanya digunakan oleh kenderaan berkuasa besar dan di negeri ini tidak sampai 10 peratus dijual di stesen minyak di kawasan bandar iaitu di sini, Miri dan Sibu.

Ismail Sabri berkata pada masa sekarang saudagar mimpi iaitu parti pembangkang sedang meniagakan "janji bulan dan bintang" kepada rakyat di negeri ini.

"Tetapi rakyat negeri ini perlu sedar dan lihat rekod pencapaian kerajaan yang memerintah hari ini dan membandingkan negeri yang diperintah oleh saudagar mimpi itu yang semuanya negeri mereka tidak mampu menunaikan segala janji yang dibuat sewaktu pilihan raya," katanya.

Tiada ulasan: