Isnin, 11 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno Semakin Tidak Bermoral, Kata William

Posted: 11 Apr 2011 05:31 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz

SHAH ALAM : Akibat gerun dengan kewibawaan kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno-Barisan Nasional (BN) terpaksa mengenepikan soal moral untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kerajaan.

Namun tanpa disedari, masyarakat kini menjadi mangsa eksploitasi maklumat berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar oleh trio veteran Umno bergelar Datuk T bulan lalu.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dalam kenyataan medianya hari ini menggambarkan cubaan untuk mengaitkan Anwar dengan individu dalam video seks tersebut sebaliknya mendedahkan keruntuhan moral Umno-BN.

Justeru katanya, kejadian tersebut merupakan tanda awal kejatuhan regim itu yang semakin menekan rakyat dengan propaganda politik kotor.

Menurut William, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak seakan-akan alpa dengan isu dan dasar-dasar utama yang harus didedahkan kepada rakyat demi kepentingan negara dan bukan video seks menjadi perbualan seharian.

Tambahnya lagi, undian rakyat bukan dilihat melalui persepsi individu tertentu tetapi pendekatan yang mampu dibawa oleh pemimpin untuk penstrukturan yang diperlukan negara bagi mewujudkan semula daya saing di kalangan negara serantau.

Ini menurutnya termasuk mengangkat semula sistem pendidikan untuk generasi muda sekaligus membolehkan pemikiran kritikal dibentuk dalam masyarakat.

Menurut Wiliam lagi peranan media arus perdana semakin tersasar berdasarkan laporan yang tidak bertanggungjawab justeru disifatkan sebagai propaganda hitam.

Seterusnya beliau menyarankan agar rakyat menentang politik murahan tersebut dengan dengan mengundi rejim Umno-BN keluar daripada pentadbiran negara.

CIJ : Polis Perlu Henti Ancam Wartawan Bertugas

Posted: 11 Apr 2011 05:28 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) hari ini menghantar surat terbuka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membantah tindakan polis yang mengancam wartawan ketika sedang bertugas dengan penangkapan.

CIJ menghantar surat berkenaan ekoran tindakan Polis Bantuan KL Sentral menahan tiga wartawan, Muhamad Naim Abu Bakar dari TV Selangor, A Zhafir dan Muhamad Afendy dari KeadilanDaily, sewaktu mereka bertugas.

Ketiga-tiga mereka ditangkap polis sewaktu membuat liputan sidang akhbar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di KL Sentral.

Mereka merupakan sebahagian daripada 11 orang yang ditahan polis sewaktu kempen Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban.

Menurut CIJ, wartawan sepatutnya tidak diancam polis kerana mereka sebenarnya bertugas dan menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat.

"Walaupun pihak atasan di situ telah membebaskan ketiga-tiga wartawan setelah identiti mereka dikenalpasti, pada hakikatnya dalam sebuah negara demokrasi wartawan tidak sepatutnya menghadapi ancaman penangkapan oleh polis semata-mata kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat jelata," kata CIJ dalam surat mereka.

Lanjutan itu, CIJ mahu Kementerian Dalam Negeri mendidik anggota polis agar menghormati hak kewartawanan.

"Kami menggesa pihak kementerian untuk mengambil langkah memastikan semua anggota polis memahami dan menghormati hak wartawan dan tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas mereka, terutamanya melalui penangkapan dan penahanan," kata CIJ dalam surat itu.

CIJ juga menyeru pihak berkuasa menghormati kebebasan ekspresi rakyat yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun polis berhak menahan peserta perhimpunan di bawah Akta Polis, undang-undang ini tidak boleh disalahgunakan untuk mengongkong kebebasan rakyat.

"Mahasiswi dan mahasiswa yang menghadiri sidang akhbar tersebut membawa pesanan secara aman dan tidak seharusnya diganggu mahupun ditangkap," kata CIJ dalam surat mereka.

Surat yang sama turut dihantar kepada pegawai khas Polis Di Raja Malaysia, SAC Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohammad, dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Rakyat Sarawak Sambut Baik Rekod Pemerintahan PR

Posted: 11 Apr 2011 05:25 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz

MIRI : Masuk hari ke enam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak memperlihatkan penerimaan rakyat terhadap pendekatan dasar Pakatan Rakyat yang berjaya diadaptasi di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Justeru komitmen luar biasa yang ditunjukkan masyarakat di Bumi Kenyalang itu sepanjang kempen bermula Sabtu lalu menambah keyakinan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui usaha menawan negeri itu pada pilihan raya 16 April nanti.

Berucap di hadapan 10 ribu rakyat di bandaraya Miri, Anwar optimis rakyat peribumi Sarawak akan menolak parti Barisan Nasional (BN) kali ini untuk membuka ruang bagi menghentikan kuasa monopoli parti itu selama 30 tahun di bawah Ketua Menteri Taib Mahmud justeru menyerahkan kembali hak rakyat yang telah dirampas.

Anwar berkata berdasarkan pengamatan beliau, rakyat Sarawak telah sekian lama menantikan perubahan namun kini masa yang sesuai telah tiba.

"Orang tanya Anwar apa yang membuatkan anda begitu yakin? Sebab saya lihat mata semua orang saya tahu dan kita akan tahu kalau dia itu betul-betul komited," ujar beliau.

Menurut Anwar tidak mustahil untuk berlaku tsunami politik di negeri itu seperti Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional.

Malah beliau beranggapan bahawa sejarah akan tercipta memandangkan Pakatan Rakyat meletakkan calon hampir setiap kerusi yang dipertandingkan.

"Saya kata kali ini di Sarawak kalau kita kerja kuat secukupnya, ada berlaku satu kejutan politik tsunami besar yang akan merubah sejarah Sarawak dan sejarah Malaysia," kata beliau lagi.

Anwar sebelum itu membidas kepimpinan Umno-BN yang cuba untuk mengalih perhatian masyarakat berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam rakaman video seks lucah.

Namun perkara itu kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat Sarawak sehingga memaksa media arus perdana cuba untuk membangkitkan perkara itu dalam sidang media Anwar semalam.

Justeru hari ini polis mengesahkan ia belum meminta Anwar untuk menyerahkan jam tangan Omega itu.

Anwar kemudiannya menasihatkan agar pengundi memandang kehadapan demi masa depan generasi muda akan datang di negeri Sarawak.

"Kita bercakap tentang masa depan kita dan anak-anak. Sokong kita punya calon, DAP kebanyakkannya di bandar Sibu dengan agenda ini dengan niat untuk melindungi negeri dan anak-anak kita untuk jamin masa depan," jelasnya.

Turut memberi ucapan sebelum itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendapat sambutan baik hadirin yang berkumpul.

Muhyiddin "Minta"Guru Sarawak Pangkah BN

Posted: 11 Apr 2011 05:23 AM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang

SIBU : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

"Saya menggesa semua pihak membantu memastikan BN menang besar di Sarawak. Sila pangkah X bersebelahan petak BN (diatas kertas undi), Muhyiddin dipetik berkata oleh Malaysiakini.

"Pembangkang akan berkata kita berkempen menerusi guru tetapi ini hanya peringatan secara lembut namun peringatan yang penting," tambah Muhyiddin.

Muhyiddn yang juga Timbalan Pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang tadi.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan BN mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak menjelaskan kenapa segala rancangan BN itu gagal mengatasi masalah kemiskinan tegar di Sarawak. Negeri yang kaya dengan hasil minyak dan balak itu adalah keempat paling miskin di Malaysia.

Antara Jam Omega, Taib Mahmud Dan Najib Razak

Posted: 11 Apr 2011 05:22 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna

SHAH ALAM : Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat perakuan bahawa jam Omega milik Ketua Pembangkang itu ada dalam simpanan mereka, media arus perdana mencabar mereka untuk menunjukkan jam itu.

Perdana Menteri Najib Razak pula tidak menghadapi tekanan seperti itu apabila berjanji bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud akan berundur pada masa yang sesuai - tidak pula ada desakan untuk menamakan pengganti atau jangka masa Taib akan berundur.

Dwi standard media arus perdana untuk BN dan Pembangkang sudah lama wujud di Malaysia, dan tidak ada tanda-tanda keadaan akan berubah di bawah kerajaan pimpinan Najib.

Berbalik kepada cerita jam tadi, Anwar akhirnya terpaksa mendedahkan bahawa polis setakat ini belum pun meminta jam itu daripadanya, jadi tidak timbul soalan beliau cuba berdolak dalih dalam isu itu.

Harus diingati Anwarlah orang yang membuat laporan polis mengenai fitnah video lucah - bukannya gandingan Datuk T - bagi membolehkan polis membuat siasatan terhadap video dan jam Omega yang cuba dikaitkan kepadanya.

Dan sungguhpun ada tanda-tanda siasatan akan cenderung ke suatu sudut tertentu, seperti mana yang berlaku pada siasatan polis bersabit buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" pada tahun 1998, namun buat masa ini biarlah polis menyelesaikan siasatan, dengan atau tanpa jam yang ada pada simpanan Anwar.

Perkara yang lebih penting adalah Taib Mahmud- kerana rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang baru Sabtu ini.

Jika Najib bingkas memberi perakuan bahawa Taib akan berundur, maka rakyat mempunyai hak untuk mengetahui siapa penggantinya.

Ini penting untuk menilai corak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Ketua Menteri baru itu. Lebih penting, adakah orang baru itu amanah dan berwibawa dan bukan sekadar meneruskan warisan pemerintahan korup Taib dan BN.

Jika Pakatan Rakyat boleh mengumumkan bahawa Ketua PKR Sarawak Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri baru jika gagasan itu menubuhkan kerajaan negeri, maka BN juga harus bertanggungjawab mendedahkan siapa bakal mencorak masa depan Sarawak, jika benar Taib akan berundur.

Kenyataan Najib bahawa Taib akan berundur "apabila sampai masanya" tidak lebih daripada kenyataan retorik yang tidak memberi apa-apa makna kepada pengundi Sarawak.

Bukankah Taib pernah berjanji untuk berundur pada tahun 2000 namun tidak berbuat demikian?

Apakah Najib mahu mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih pengaruh ke atas Taib berbanding dengan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2000.

Keratan akhbar 1995 yang memetik Taib berjanii untuk hanya memerintah lima tahun lagi masih ada dalam arkib semua suratkhabar di Sarawak dan di Kuala Lumpur.

Jelas kata-kata Taib tidak dikotakan ketika itu dan tidak ada sebarang petanda keadaan itu akan berubah kali ini.

Dalam keghairahan untuk mencanang dirinya sebagai berjiwa rakyat, Taib minggu lalu secara nekad menyifatkan penyelesaian Putrajaya terhadap isu al-Kitab sebagai "bodoh" sekali gus meremehkan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin.

Komen itu memberikan jendela untuk rakyat menilai hubungan antara Putrajaya pimpinan Najib dan Taib Mahmud.

Kesimpulannya jika Anwar perlu menunjukkan jam Omega kepada media arus perdana dan bukan polis, Perdana Menteri Najib Razak juga perlu menunjukkan bukti Taib Mahmud akan berundur pada kadar segera dan penggantinya sudah dikenalpasti.

PKR: Calon kami ditawar rasuah untuk tarik diri

Posted: 11 Apr 2011 03:55 AM PDT


Terence Netto


PKR hari ini mendakwa calonnya bagi kerusi Baleh, Bendindang Manja, telah dipujuk dengan tawaran wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya negeri 16 April ini.

bribery incident 100411 bendindang manjaAhli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Tan Kee Kwong, yang memberitahu Malaysiakini demikan berkata, Manja (kanan) telah dipanggil ke balai polis Kapit semalam untuk berbincang.

Tan yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin PKR mendakwa di situ Bendindang telah dipujuk oleh anggota polis yang berkata mereka dari cawangan khas.

Tan yang juga bekas timbalan menteri dalam kerajaam BN dan juga ahli parlimen Segambut di WP berada di Sibu untuk membantu kempen PKR.


Pakar bantah desakan laksana semula PPSMI

Posted: 11 Apr 2011 03:53 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.

"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.

"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.

"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," tegasnya.

Katanya Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.

Katanya PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.

Bagaimanapun katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.

Menurutnya, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.

"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya.


PAS: Namakan pengganti, elak Taib bina dinasti

Posted: 11 Apr 2011 03:50 AM PDT

MALAYSIA KINI


PAS hari ini terus menggiatkan tekanan supaya perdana menteri menamakan pengganti ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telahpun mengumumkan untuk bersara selepas pilihan raya negeri dijalankan.

PAS khuatir sekiranya penjelasan berkenaan hanyalah sekadar satu "sandiwara" memandangkan Abdul Taib turut diperturunkan untuk mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya negeri kali ini.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa berkata, perdana menteri perlu menamakan pengganti Abdul Taib bagi mengelakkan keluarga ketua menteri itu terus "membina dinasti keluarga."

Tegasnya, perdana menteri perlu menamakan pengganti berkenaan sebelum pilihan raya negeri dijalankan pada 16 April.

Tambahnya, tindakan perdana menteri mengizinkan Abdul Taib bertanding juga "dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi ketua menteri Sarawak."

Tambahnya, langkah itu juga menunjukkan perdana menteri turut "bersekongkol" dengan "mengizinkan penindasan" terus dijalankan ke atas rakyat Sarawak.

"Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud telahpun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan ketua menteri sewaktu pilihan raya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya.

"Sekarang, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Husam turut mendakwa, Abdul Taib "gagal membersihkan diri" berhubung dakwaan meraih kekayaan melalui jawatan ketua menteri dan juga keluarganya.

Katanya lagi, kawasan hutan Sarawak juga telah digondolkan sedangkan sebahagian besar rakyat negeri itu masih dalam keadaan mundur dan miskini.

"Sekalipun isu-isu rakyat Sarawak (adalah) lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Tan Sri Taib Mahmud adalah sangat perlu untuk perubahan," katanya lagi.

Husam dicalon tanding presiden PAS

Posted: 11 Apr 2011 03:46 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Seorang lagi calon naib presiden ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, kata yang dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim.

Manakala calon bagi jawatankuasa PAS pusat pula, diserahkan untuk diputuskan oleh jawatankuasa kawasan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Bagaimanapun mursyidul am PAS itu menolak pencalonan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Radzi berkata pencalonan itu dibuat kerana Bukit Bintang percaya pemimpin berkenaan "boleh memimpin dalam suasana politik sekarang".

"Akar umbi mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan kehendak semasa tanpa memperlekehkan peranan (presiden sekarang) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Beliau (boleh) lebih (berperanan dengan) diletakkan di Majlis Syura. (Oleh itu) Majlis Syura dapat diperkasakan dengan mengawasi dan memandu jawatan eksekutif," katanya.

Menurutnya lagi, jika Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura, maka beliau boleh membantu Nik Aziz antaranya menasihati ahli supaya tidak melanggar disiplin parti.

Mohd Radzi berkata, pencalonan bagi kepimpinan baru itu dilihat mampu untuk menarik golongan muda yang mahu perubahan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Gabungan antara ulama dan profesional dapat memperkasakan bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata beliau dan barisan kepimpinan kawasan itu dikekalkan dalam pemilihan kali ini.

Identiti pemilik jam Omega diketahui tidak lama lagi

Posted: 11 Apr 2011 03:43 AM PDT

BERNAMA

Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

"Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku.

Dalam satu sidang akhbar sebelum ini, Anwar, yang ditanya mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Semalam pula, pada satu sidang akhbar di Kuching, ketika ditanya kenapa jam itu tidak diserahkan kepada polis, Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang minta.

Acryl Sani, ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata: "Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan.

"Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu, beliau berkata ada beberapa perkara kecil perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut.

"Ada beberapa perkara membabitkan keterangan perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telah diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan," katanya.

Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes memuat naik video seks itu ke sebuah laman web, Acryl Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang memuat naik video itu.

"Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sedang siasat," katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu, Acryl Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada.

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Posted: 11 Apr 2011 03:32 AM PDT


Regina Lee & Wong Teck Chi

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalah milik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Mari tengok kain rentang paling kelakar dalam pilihanraya Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 03:25 AM PDT

PASPB



Ini bukti Taib tak rasuah :

4924290361 09a2144310 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Kalaulah orang yang paling berkuasa di Sarawak ketika ini iaitu Tan Sri Taib Mahmud mahu bersara, realitinya mesti kena ada transaction of power disebabkan beliau telah berkuasa terlalu lama dan beliau tak pernah sekalipun pernah mencadangkan nama yang bakal menggantikan tempat beliau. Sayang betul dengan kedudukan yang beliau sandang selama ini…

4924290433 547e233063 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Berapa tahun lagi mahu? Sudah 30 tahun berkuasa di sarawak. Tak cukup? 5 tahun? 10 tahun lagi? Untuk setakat hari ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memutuskan apakah beliau akan mempertahankan kerusi negara itu dalam pemilihan pilihanraya Sarawak yang akan datang.

4924290103 4640769d6f Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Mana ada ketua menteri atau menteri besar yang mampu meneruskan tampuk pemerintahan lebih lama dari beliau yang sudahpun menjangkau tempoh selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981. Beliaulah Ketua Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia.

Tan Sri Taib Mahmud
adalah datang dari Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak tahun 1981 dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sarawak. Lebih kurang macam Sammy Vellu jugakla…dia ini. Cakap nak berhenti, tetapi ada sahaja mukanya tak berganjak dari kerusi Ketua Menteri Sarawak. Paling akhir beliau pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 2006. Biasalah cakap orang politik….

4924885450 09dfedabdd Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di SarawakDakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tak lekang dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan:

  • Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan US$80 juta…
  • Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan
  • Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu – Cahaya Mata Sarawak.
  • Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.
  • Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada "orang yang tidak dikenali" pada tahun 2009.

4924885516 bd5f9f4ee2 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak Dakwaan mengatakan ini merupakan salah satu rumahnya di luar negara

Dalam banyak-banyak kes di atas belum ada dengar lagi siasatan susulan ke atas Tan Sri Taib Mahmud lagi. Kebal betul beliau ye?

Kalau sebelum ini ada sahaja dakwaan ke atas, terus sahaja beliau mahu bertindak untuk menyamannya. Nasihat kami, saman sahaja wahai Tan Sri Taib Mahmud. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kami di sini rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak sendiri nak lihat pengakhiran kes bagaimana jadinya? Yang mendakwa, pasti ada hujah tersendiri…

4924290491 f28c294013 Tan Sri Taib Mahmud, Rasuah & Kuasa di Sarawak

Lagi aset yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Canada

PRU Sarawak: Najib akur dengan tekanan

Posted: 11 Apr 2011 03:19 AM PDT

WARKAH DAILY


Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

"Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi.

Presiden Umno ini tiba di Kuching petang ini dalam usaha mengetuai kempen pilihan raya yang tinggal enam hari menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Najib dijadual untuk menghabiskan enam hari di Sarawak, sesuatu yang tidak pernah disaksikan ketika pilihan raya negeri itu.

Malah ini kali pertama sejak 1987 kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

Beliau memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinannya genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Petang tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib sendiri "mengetuai" BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Taib telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang. -The Malaysian Insider

Halangan aktivis ke Sarawak bakal bentuk 2Malaysia?

Posted: 11 Apr 2011 03:15 AM PDT

Ong Vic Kee

Ahli parlimen Bukit Bendera-DAP Liew Chin Tong membidas kerajaan Barisan Nasional kerana menyalahgunakan kuasa autonomi yang diperuntukkan di bawah undang-undang imigresen Sarawak untuk menghalang mereka yang tidak disukai Ketua Menteri Taib Mahmud daripada menjejak langkahnya ke bumi kenyalang.

Liew Chin Tong (gambar kiri) menyeru agar lebih ramai aktivis sosial tampil untuk memantau pilihan raya negeri Sarawak, memperbanyakkan individu seperti "Wong Chin Huat". Aktivis BERSIH 2.0 Wong Chin Huat dihalang masuk ke Sarawak pada 8 April, menjadi warga negara kedua selepas Steven Ng yang dihalang masuk Sarawak selepas DUN Sarawak dibubarkan.

"Kuasa autonomi ini akhirnya mewujudkan 'Satu Malaysia: Dua Malaysia pada hakikatnya... selagi orang itu tidak disukai Ketua Menteri Taib Mahmud, mereka akan dihalang masuk," katanya dalam satu sidang media DAP di Sibu hari ini.

Liew Chin Tong mempersoalkan, "Mereka adalah pemerhati yang neutral, dan mereka dihalang masuk pada ketika ini. Apakah ia bermaksud, mereka (BN) telah bersedia untuk menipu? Apakah ia bermakna kerajaan negeri Sarawak bersedia untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh didedahkan? Maka sesiapa juga dihalang untuk datang dan memantau."

Beliau menyeru agar peguam dan aktivis sosial tempatan atau Semenanjung tampil untuk melibatkan diri dalam pemantauan pilihan raya, untuk memastikan bahawa pilihan raya ini dijalankan dengan adil dan tanpa penyelewengan.

"Ciptalah lebih ramai 'Wong Chin Huat'! Seorang Wong Chin Huat (gambar kanan) dihalang di luar pintu Sarawak, tetapi lebih ramai profesional tampil dalam pilihan raya negeri ini, tidak semestinya terlibat untuk berkempen, tetapi menjadi pemantau yang neutral," seru Liew Chin Tong.

"Jiakalau pilihan raya dijalan dalam keadaan yang adil, apa kesudahannya? Seandainya pilihan raya adil, DAP sebagai parti politik yang terlibat dalam pilihan raya demokrasi akan menerima pilihan pengundi. Tetapi jikalau pilihan raya ini tidak adil, sarat dengan kes pembelian undi, maka semua rakyat yang mencintai Sarawak dan Malaysia harus tampil memantau pilihan raya ini!"

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Najib harus balas budi bumiputera Sarawak

Posted: 10 Apr 2011 10:34 PM PDT

Lim Chun Piao


Baru-baru ini, EXCO kerajaan Selangor Elizabeth Wong melancarkan perasmian projek mikro-hidro kampung orang asli di Tanjung Rambai, Selangor. Kampung itu terletak di pinggiran hutan, dan penggunaan penjana elektrik mikro-hidro tersebut menonjolkan kebijaksanaan orang asli Semenanjung menggabungkan sumber alam dengan teknologi untuk memaksimakan kesannya.

Penjana mikro-hidro tersebut direka-cipta untuk memenuhi keperluan 25 keluarga dalam 16 rumah di kampung tersebut. Apa yang menarik, dari permulaan pembinaan hinggalah proses akhirnya, kebanyakannya melibatkan orang asli sendiri. Ia memberi makna yang penting dan positif kepada orang asli di Semenanjung.

Sesungguhnya, skala model penjana elektrik sedemikian gagal menandingi Empangan Bakun. Namun, apa yang "menyenangkan hati" adalah, Empangan Bakun yang disokong kerajaan Taib Mahmud mampu membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk kegunaan Sarawak, Malaysia Timur, seluruh Malaysia, malah kaum asli di seluruh dunia. Cuma, tanah adat kaum bumiputera Sarawak ditawan - sehingga mereka kehilangan tanah sumber rezeki mereka sejak turun-temurun. Persoalannya, apakah pembangunan sedemikian bermakna?

Namun, untuk kebanyakan orang, pengorbanan generasi ini demi kebahagiaan generasi seterusnya adalah sesuatu yang wajar. Mungkin, untuk kesejahteraan yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional, maka peneroka membanting tulang tanpa keluhan, dan hasil yang dituainya kesemua disalurkan untuk kroni BN. Kini, pembangunan yang diperuntukkan kepada peneroka mungkin hanyalah sedekah kerajaan BN, atau sebagai contoh "pembangunan modenisasi".

Mengasingkan diri daripada "Pak Uban"?

Namun, apabila kita membicarakan "bersyukur", Perdana Menteri Najib Razak adalah orang yang lebih layak. Najib mungkin kecundang dalam PRU pada tahun 1999 kalau tanpa dukongan undi orang asli - dan mustahil menjadi PM pada hari ini. Bagaimana sekalipun, PRN Sarawak adalah pentas terbaik untuk Najib. Kaum Bumiputera Sarawak adalah majoriti, dan merupakan pilihan terbaik untuk Najib membalas budi.

Bagaimana caranya? Menjanjikan pembinaan Empangan Bakun yang lebih banyak? Atau pembinaan logi pemprosesan rare earth yang lebih banyak, agar bumiputera terus bergelut dengan rare earth? Tindakan ini hanya budi kepada kumpulan berkepentingan. Untuk bumiputera, ia lebih sebagai budi dibalas dendam.

Selama ini, Pak Uban menjaga "deposit tetap" BN dan kerajaan persekutuan ini dengan baik, dan semestinya dimanjakan kerajaan persekutuan. Namun, angin perubahan kini semakin kencang di kawasan majoriti Cina. Maka Najib perlu bergantung kepada undi Bumiputera. Ia bukan sahaja kunci sama ada Najib mampu mempertahankan jawatan PM-nya, malah penentu hidup-matinya BN dalam PRU akan datang. Beliau terpaksa membuat pilihannya - mana yang kurang memudaratkan. Mungkinkah hubungan sedemikian memaksa Najib yang pragmatik untuk mengasingkan diri daripada Taib, dan menamatkan zaman dinasti Taib?

Pendek kata, sama ada Najib mahu mengambil risiko "Pak Uban" serang balik hingga mengancam kuasa persekutuannya, atau lepas tangan membiarkan Taib semakin kukuh pengaruhnya hingga kerajaan persekutuan perlu takut kepadanya? Dari PRN Sarawak 2006 yang menyaksikan "angin perubahan" di kawasan Cina, hinggalah PRK Sibu 2010 - betulkan Najib masih menganggap Sarawak boleh ditakluk, dan ditenteramkan ketidakpuasan kaum lain - hanya dengan seorang pemimpin bernama Taib Mahmud?

Mengisytiharkan Tanah Adat

Kalau benar Najib ingin membalas budi, satu-satunya perkara yang boleh dilakukannya adalah mengisytharkan hak tanah adat semua kaum asli dan bumiputera Sarawak, dan diberikan kedudukan dalam undang-undang. Tindakan ini bakal mengurangkan peluang pihak ketiga merampas tanah adat kaum asli.

Ramai orang asli dan bumiputera sanggup meluangkan masanya untuk mempertahankan hak tanah adat di mahkamah. Tidak ramai daripada mereka yang boleh menunggu untuk menyaksikan dengan sendiri saat-saat keadilan ditegakkan. "Malang" ini tidak harus dilanjutkan lagi.

Sesungguhnya, seandainya hak tanah adat diisytihar, maka "pembangunan" akan menemui had batas-nya. Penggantinya mungkin "penjana elektrik mikro-hidro", yang lebih bersifat untuk memenuhi keperluan komuniti. Dari jangka pendek, ia mungkin jauh berbeza dengan projek mega BN, dan menyebabkan ekonomi diperlahankan langkahnya. Namun, dari jangka panjang, model penjana tenaga sedemikianlah yang akan memanfaatkan penduduk komuniti, dan mencapai matlamat pembangunan lestari.

Sejauh manakah kemampuan Najib untuk mengubah lanskap politik ini? Kuncinya sama ada beliau memahami lambang makna di sebalik penjana mikro-hidro yang berkuasa rendah ini. Meninggalkan model pembangunan Empangan Bakun yang memanfaatkan kroni, memperakui hak tanah adat yang diperjuangkan kaum asli Semenanjung dan bumiputera Malaysia Timur, dan ikon yang paling penting, Pak Uban.

Isu lain bukanlah unsur penting dalam PRN Sarawak. Obor yang paling penting hanya boleh dinyalakan bumiputera Sarawak sendiri. Apakah ini permulaan Reformasi II?

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM

Posted: 10 Apr 2011 10:32 PM PDT


Andrew Ong

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

najib rally kuching 100411Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

najib rally kuching 100411 tumblersDalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

"Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang," kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

najib rally kuching 100411 foodSeorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.


DAP harap 'momentum Sibu' berpanjangan

Posted: 10 Apr 2011 10:31 PM PDT


Regina Lee

Udara malam yang dingin di sebuah kawasan perniagaan di Sibu pada malam tadi bertukar panas dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang untuk mendengar ucapan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim memulakan ucapannya di program ceramah itu dengan beberapa patah kata dalam dialek Hokkien, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan semakin bersemangat apabila beliau bercakap dalam bahasa Mandarin.

dap ceramah in sibu sarawak electionDalam ucapan itu, Lim antara lainnya turut membangkitkan beban tol di Jambatan Lanang yang merupakan laluan utama menghubungkan Sibu dengan Sarikei dan Kuching.

Pengguna jambatan itu terpaksa membayar RM10 bagi perjalanan pergi-balik melaluinya.

Di pentas itu juga, Lim turut melancarkan kritikan terhadap ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengahwini seorang bekas pramugari berusia 28 tahun baru-baru ini.

Taib seolah-olah berjalan dengan "spring" semenjak melangsungkan perkahwinan itu, kata Lim dengan disambut gelak ketawa dan senyum sinis daripada hadirin.

Ceramah itu diadakan di kawasan DUN Nangka yang tidak ditandingi DAP, namun parti itu berharap supaya mesej yang disampaikan itu akan turut disampaikan ke kerusi sekitar dalam kawasan Sibu.

DAP berdepan dengan parti komponen BN paling besar – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang turut mengadakan program di satu lokasi yang terletak tidak jauh daripada pentas DAP pada malam tadi.

supp crowd in sibu sarawak electionDalam program berkenaan, ketua publisiti SUPP Daniel Ngieng menimbulkan isu berhubung negara negara Islam dalam ucapannya kepada kira-kira 250 orang yang hadir ke kawasan rumah kedai di Jalan Pedada itu.

Sekiranya jumlah yang hadir di kedua-dua program ceramah itu menjadi ukuran, SUPP mungkin berdepan masalah besar di kalangan pengundi Cina di kawasan bandar.

Namun, jumlah itu saja tidak boleh memastikan keputusan pilihan raya. Faktor lain seperti prestasi parti, isu nasional dan faktor calon itu sendiri perlu diambil kira.

DAP mengharapkan kemenangannya dengan 298 majoriti pada pilihan raya kecil Sibu pada Mei lalu menjadi permulaan kepada momentum perubahan di bandar kedua paling besar di Sarawak itu.



'Super Sunday' melanda Sarawak

Posted: 10 Apr 2011 10:27 PM PDT

MALAYSIA KINI


Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing.

NONEPertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.

Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.

NONEKehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.

NONESejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.

"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.

Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.

Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONENik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

Batu kawah Pakatan ceramah"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

NONE"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.

Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib.

Tuhan dan saya

Posted: 10 Apr 2011 10:23 PM PDT

Apakah ada sebarang agenda tersembunyi apabila "Tuhan" ditukar kepada "tuhan"?




Sejak kecil, saya mengenali Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970, iaitu berikutan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Saya membesar bersama-sama kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Prinsip pertama Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan" dan setiap rakyat Malaysia mengetahui perkara ini.

Begitu juga dengan lagu Negaraku yang saya kenali, hafaz dan hayati sejak kecil. Antara lirik dalam Negaraku adalah "Rahmat bahagia Tuhan kurniakan" dan setiap rakyat Malaysia pasti sudah hafaz lirik ini.

Bagaimanapun, pada 16 Mac 2011, saya mendapat satu kejutan besar dan tamparan hebat apabila dimaklumkan bahawa penggunaan istilah "Tuhan" sebagai kata nama khas – dengan "T" huruf besar – hanya boleh digunakan apabila merujuk kepada konsep ketuhanan dalam agama Islam!

Perkara ini tentu sahaja segera mengingatkan saya kepada apa yang berlaku pada tahun 1999 di mana pihak tertentu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuba menafikan hak saya menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" apabila merujuk pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Umum mengetahui bahawa istilah "Bahasa Malaysia" diperkenalkan pada tahun 1970; juga berikutan rasa tidak puas hati sebahagian penduduk sejak 1967 dan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 1969 yang turut membawa kepada Peristiwa Berdarah 13 Mei.

Pada Mei 2007, kabinet memutuskan penggunaan istilah "Bahasa Malaysia" secara sah apabila merujuk pada bahasa kebangsaan. Namun, tentulah ada pihak yang terus tidak berpuas hati dan tetap menafikan kewujudan istilah "Bahasa Malaysia".

Dalam isu penggunaan istilah "Tuhan" pula, saya benar-benar terkejut apabila diberitahu pada 16 Mac 2011 di Aras 3, Menara Parlimen bahawa kata nama khas "Tuhan" hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam apabila merujuk kepada Allah.

Manakala, kononnya, kata nama am "tuhan" perlu digunakan apabila merujuk pada konsep ketuhanan agama-agama lain! Saya tidak pernah tahu bahawa diskriminasi seperti ini wujud di negara ini di mana hak beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pendedahan yang memeranjatkan itu dibuat apabila tiga wakil kaum India dalam Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid mahu supaya istilah "Tuhan" tidak diubah menjadi "tuhan" dalam novel edisi murid; apatah lagi memandangkan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selaku pengarang memang menggunakan istilah "Tuhan" (kata nama khas) dalam novel asal.

Agenda tersembunyi?

Sesiapa yang membaca (atau terbaca; terpaksa membaca) novel Interlok edisi murid (DBP: 2010) pasti menyedari bahawa kata nama khas "Tuhan" digunakan apabila dituturkan atau difikirkan oleh watak Melayu-Islam.

Sebaliknya, apabila diucapkan atau difikirkan oleh watak bukan Melayu-Islam, maka kata nama am "tuhan" digunakan.

Mengapa? Pertama, mungkin ada agenda tersembunyi untuk "melemahkan" pegangan agama dan hak/kebebasan beragama yang sebenarnya dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, mungkin ada agenda tersembunyi untuk mempengaruhi orang ramai (Bangsa Malaysia) bahawa ada lebih daripada satu Tuhan; iaitu ada "Tuhan" dan ada juga "tuhan". Sekali gus menggugat keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, sejak kecil, saya menyedari kewujudan Tuhan – walau apa pun nama yang diberikan kepada-Nya. Dalam senyap, saya mengakui Tuhan Maha Kuasa dan Tuhan Maha Esa. Tanpa perlu bising-bising dan tanpa perlu menunjuk-nunjuk.

Tuhan Maha Pengasih dan Tuhan Maha Mengetahui. Tuhan memutuskan untuk melahirkan saya sebagai manusia beragama Hindu. Diciptakan-Nya saya daripada lima unsur alam – api, tanah, air, angin dan angkasa – dan ditiupkan-Nya atma (roh) ke dalam ciptaan-Nya.

Maka, mati saya nanti sebagai manusia beragama Hindu; tubuh dikembalikan kepada lima unsur alam – api, tanah, air, angin dan angkasa – dan atma kembali kepada Pencipta. Hanya Tuhan yang boleh mengubah ketetapan ini; jika demikianlah dikehendaki-Nya.

Saya bukan seorang penganut agama yang ceremonial. Saya tidak terikut-ikut melakukan apa-apa upacara atau perlakuan yang sifatnya ceremonial dan tidak dituntut Tuhan.

Pada ruangan "Religious Views" di Facebook, saya catatkan begini: Hindu inter-faith.

Saya yakin, Tuhan yang memutuskan untuk menghantar saya ke muka Bumi sebagai manusia beragama Hindu sesungguhnya melahirkan manusia dalam kepelbagaian dan perbezaan untuk membolehkan manusia yang pelbagai dan berbeza-beza ini saling mengenali, memahami, menghormati, menerima dan mengasihi. Apatah lagi di negara bertuah ini.

Maka, selain daripada ajaran sebenar dan sejarah agama Hindu, minda dan hati saya turut terbuka untuk menerima ajaran sebenar dan sejarah pelbagai agama, anutan dan kepercayaan yang semuanya menjurus kepada kebaikan. Saya yakin, demikianlah dikehendaki Tuhan.

Terus terang, saya tidak pernah "mencari" Tuhan kerana Dia sudah sentiasa berada dalam atma saya, di sekeliling saya; di mana-mana. Tidak perlu ada perantara (medium atau pun orang tengah) untuk saya berhubung dengan-Nya.

Saya tidak mahu mewujudkan pengantara (apa-apa yang memisahkan) dengan melakukan apa-apa upacara atau perlakuan yang sifatnya ceremonial dan tidak dituntut Tuhan.

Jika mahu mempersoalkan pegangan saya dalam hal-hal ini, tidaklah wajar bertanya kepada saya. Ilmu saya tidak cukup tinggi untuk mampu menjelaskannya.

Tidak perlu perantara


Bertanyalah terus kepada Tuhan. Tidak perlu ada perantara.

Namun, dalam soal penggunaan istilah "Tuhan", jangan ada pihak yang cuba bermain api dengan mengatakan hanya kata nama am "tuhan" boleh digunakan apabila merujuk pada konsep ketuhanan dalam agama-agama selain Islam.

Pada 16 Mac 2011, saya diberitahu oleh beberapa individu dalam Panel Bebas bahawa jika wakil kaum India mahu mengekalkan penggunaan kata nama khas "Tuhan" dalam novel Interlok edisi murid, maka perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tentu sahaja semua itu amat menghairankan bagi saya sebagai seorang pengamal budaya India dan agama Hindu kerana dalam budaya India-Hindu, tidak ada diskriminasi dan amalan memandang rendah terhadap konsep ketuhanan dalam budaya/agama lain.

Malah, dalam pembacaan dan kajian saya terhadap pelbagai agama dunia, tidak pernah ada diskriminasi seperti ini.

Maka, saya tertanya-tanya: Dari mana datangnya segala hukum-hakam berbentuk penindasan seperti ini di negara bertuah ini?

Uthaya Sankar SB akan menyertai Konvoi II Ke Rumah Ibadat pada 2 Mei 2011. Maklumat lanjut di www.kavyan.blogspot.com

Semua pulau diberi nama Jun ini

Posted: 10 Apr 2011 10:21 PM PDT

BERNAMA

Menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan, Malaysia mempunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, terumbu, permatang, tompok dan alur.


KOTA KINABALU: Proses menamakan kira-kira 100 pulau yang belum dinamakan akan selesai selewat-lewatnya Jun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata kesemua pulau yang belum dinamakan itu terletak di Semenanjung Malaysia.

"Menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem), Malaysia mempunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, terumbu, permatang, tompok dan alur.

"Pulau-pulau yang telah dinamakan perlu diwarta supaya tidak mudah dituntut oleh negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nama-nama Geografi Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Kurup berkata tindakan mewartakan pulau-pulau yang telah dinamakan amat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautika dari pulau terbabit, termasuk sumber ekonomi di persekitarannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Pemetaan 1 Ahmad Fauzi Nordin berkata kesemua 182 pulau yang tidak bernama di Sabah kini telah dinamakan dan akan dimaklumkan kepada Kabinet negeri sebelum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Sabah mempunyai jumlah pulau terbanyak iaitu 394 buah dan merupakan antara negeri yang paling aktif menamakan pulau serta entiti geografi lain, katanya.


Pesanan buat kakitangan Kastam: "Buang kepala busuk"

Posted: 10 Apr 2011 10:19 PM PDT

wfauzdin_ns


SEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha.

Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik, periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil.

Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini?

Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah.

Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu.

Keberanian rakyat di Selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan.

Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan".

Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut

Posted: 10 Apr 2011 10:10 PM PDT

Nazri Abddullah


SANTUBONG: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

(Gambar: Calon PAS Tanjung Datu, Nani Shaari)

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.

"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

(Gambar: Mahfuz dan Syed Abdul Rahman menunjukkan salinan repot polis yang dibuat)

"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.

Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas).

Pengundi Tanjong Datu alu-alukan kehadiran PAS

Posted: 10 Apr 2011 10:08 PM PDT

Hazayani Zakaria


SANTUBONG: PAS tidak silap membuat keputusan bertanding di N03 Dun Tanjong Datu apabila ternyata mendapat sokongan masyarakat setempat.

Meskipun PAS baru pertama kali bertanding di kawasan majoriti Melayu yang merupakan 53 peratus pengundi di Dun ini, namun sambutan yang diterima oleh masyarakat di sini sangat memberangsangkan.

Setakat hari kelima berkempen semalam, calon PAS, program Nani Sahari berjalan lancar dengan mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah di setiap kampung termasuk masuk ke rumah panjang kaum Iban.

Sokongan masyarakat Cina juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang sudi menawarkan premis kedainya untuk program PAS.

Di kalangan masyarakat Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan, mereka tidak terlalu terdedah kepada dunia luar apatah lagi isu-isu semasa sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf ekonomi.

Namun apabila dijelaskan mengenai pentingnya pilihan raya dan sebab PAS bertanding, mereka menerima secara positif asalkan dapat membantu mereka dari sudut ekonomi.

Ada juga penduduk yang mengatakan PAS seharusnya menonjolkan diri lebih awal, sebelum pilihan raya negeri lagi.

Seorang penduduk yang ditemui yang merupakan penyokong PAS berpendapat, rakyat Sarawak yang pernah keluar dari Bumi Kenyalang itu lebih mudah untuk menerima PAS kerana mereka telah didedahkan dengan segala salah guna kuasa dan penipuan pemimpin BN.

Golongan ini sangat diperlukan di kawasan ini untuk menyebarkan kefahamannya kepada masyarakat setempat.

Selain itu,PAS juga amat memerlukan bantuan penduduk tempatan sepanjang tempoh kempen bagi memudahkan proses komunikasi dan memahami budaya dan adat resam mereka.

Ini kerana budaya dan adat resam mereka adalah perkara sensitif yang perlu dijaga.

Jika perkara ini tidak dititik beratkan sewaktu berkempen, sukar untuk PAS menembusi kubu BN-PBB di kawasan ini.

Seorang lagi wanita, Nani Sahari (gambar) diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Tan Sri Adenan Satem daripada BN-PBB.

Calon wanita yang diketengahkan PAS ini berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak dan merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani,42 yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Di Dun ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Jumlah Pengundi di Tanjung Datu seramai 7,936 dengan majoritinya Melayu (53.06%), Cina (19.63%), Iban (17.34%) dan Bidayuh (9.97%).

20 belia sertai PAS di Jepak, Bintulu

Posted: 10 Apr 2011 10:06 PM PDT

Harakahdaily

BINTULU: 20 belia Kampung Jepak dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis mereka bersama dengan PAS Cawangan Kampung Jepak 6 April lepas.

Borang-borang itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Kawasan Bintulu yang turut hadir dalam majlis itu.

Ekoran penyatuan antara belia dan PAS Cawangan itu, satu pasukan Futsal Kampung Jepak ditubuhkan.

Di majlis barbeku PAS Cawangan Jepak, anak-anak muda kampung itu berjaya dikumpulkan bersama dengan aktivis PAS.

Ketua PAS Cawangan, Saudara Zharudin dalam ucapannya berkata, majlis itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara mereka dan anak-anak juda di situ.

Beliau mengajak anak-anak muda untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Wakil belia Kampung Jepak, Saudara Safarudin dalam ucapannya pula menyeru anak-anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS untuk menegakkan agama Allah.

Pada 9 April pula, pasukan futsal PAS Cawangan Jepak telah menyertai pertandingan futsal sempena Karnival Mesra 1 Belia DUN N58 Jepak dan berjaya memenangi tempat ketiga.

Kedudukan BN Sarawak kini 50:50

Posted: 10 Apr 2011 10:00 PM PDT

Harakahdaily

(Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi)


BINTULU: Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak.

Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.

Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily.

"Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.

Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong".

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.

"Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

"Bak kata orang-orang bae (bintulu) " yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur" ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.

(Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu)

Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal

Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

"Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

"Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.

Tiada ulasan: