Isnin, 11 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Deklarasi Taib Mahmud – Selamatkan Sarawak dari Persekutuan

Posted: 11 Apr 2011 02:51 PM PDT

Orang-orang Taib Mahmud telah lama menjalankan kempen menentang orang-orang dari Persekutuan. Maka itulah sebabnya sehingga kini tidak ada pun satu cawangan parti Umno dapat ditubuhkan di negeri Sarawak.

Keadaan tersebut menampakan kepada kita bahawa kempen 'Satu Malaysia Najib di Sarawak adalah kegagalan yang amat jelas berbanding dengan kempen Selamatkan Sarawak yang dilakukan oleh orang-orang Taib Mahmud.

Senario ini dapat dilihat dengan jelas bilamana pada Ahad kelmarin Najib umumkan di hadapan penyokong BN yang Taib Mahmud akan undur selepas pilihanraya tetapi malam semalam pula Taib umumkan di hadapan muka Najib yang dia hanya akan undur 2-3 tahun lagi.

Tindakan Taib itu amat memalukan Najib menyebabkan Najib terpaksa kembali ke KL secara tiba-tiba malam semalam selepas sahaja pengumuman Taib tersebut.

Ini adalah tamparan hebat bagi PM Najib yang mahukan Taib segera berundur. Satu pertanda keretakkan diantara BN Pusat dan BN Sarawak telah menjadi semakin parah dan tidak dapat di bendung lagi.

Apa yang dilakukan oleh Taib adalah adalah sebagai satu deklarasi penentangan Sarawak terhadap Persekutuan.Saya terjumpa kempen "SAVE Sarawak DARI MALAYANS" yang berbunyi berikut :

Kita, sebagai penduduk dari salah satu daripada tiga wilayah yang membentuk Malaysia, sangat menentang setiap usaha oleh (orang)Malaya (samada dari parti politik - baik itu Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) - ia milik) untuk menghina kecerdasan kita dengan 'menuntut' kita untuk 'mematuhi' 'mereka' Arahan atau 'cadangan' untuk menghapuskan pemimpin kita, samada mereka dari BN atau PR, yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Sarawak.

Kami tidak ingin ada (orang) Malaya memaklumkan kami - seolah-olah (orang) Sarawak bodoh atau buta - terhadap siapa yang harus menjadi pemimpin kita seolah-olah kita tidak mampu membuat keputusan kita sendiri.

Kami mahu semua pemimpin Malaya menghormati pemimpin kita - samada mereka dari BN atau PR.

Dan juga menghormati rakyat yang telah memilih para pemimpin ini.

Biarkanlah kita, sebagai rakyat dari Daerah Sarawak, memutuskan sendiri urusan politik kita.

Terima kasih.
Sebanaku Sarawak

Tiada ulasan: