shalehudin |
- Tak ikut hukum...
- Tebai sungguh kulit muka dia... kahkahkah...
- Saya bersumpah... kahkahkah...
- Islam tenggelam kerana ulamak yang bikin semak...
- Betoi ka dalang dilindungi Polis?
- Bila tersepit... kahkahkah...
- Macam korek lubang kubur sendiri...
- Wahai mufti mufti Malaysia... kahkahkah...
- Nasib baik aku bukan ahli Umno... kahkahkah...
- Video seks, rakaman tanpa edit di YouTube
- Sah, ada tangan kebal yang rakus dibelakang Datuk T...
| Posted: 29 Apr 2011 11:00 AM PDT KEADILAN tegaskan sumpah Eskay tidak ikut hukum syarak PETALING JAYA: KEADILAN menegaskan kaedah yang disarankan oleh salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mahu melakukan sumpah laknat, tidak menepati hukum syarak, kata ketua Penerangannya, Dr Muhamad Nur Manuty. Menurutnya, tidak ada keperluan untuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama mengangkat sumpah tersebut, kerana ia perlu terlebih dahulu mengikut hukum yang digariskan dalam Al Quran. "Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari'ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). "Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan. "Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah," ujarnya. Menurutnya lagi, sekiranya sumpah digunakan sewenangnya, ia akan memberi akibat kepada sistem kehidupan, malah negara akan turut menjadi porak peranda. Namun begitu, katanya, itu lah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik, berdasarkan gambaran Al Quran dalam surah Al-Munafiqun ayat 2 yang bermaksud. "Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. Katanya, sifat orang-orang munafiq sememangnya pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata, seperti yang turut digambarkan dalam surah Al-Munafiqun ayat 3 hingga 5. Menurut Dr Muhammad Nur, isu yang ditimbulkan oleh Trio Datuk T adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. "Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini. |
| Tebai sungguh kulit muka dia... kahkahkah... Posted: 29 Apr 2011 09:00 AM PDT |
| Saya bersumpah... kahkahkah... Posted: 29 Apr 2011 08:37 AM PDT Saya bersumpah bahawa saya percaya yang Tuhan tu ada sebab tu saya pakai baju kalis peluru... kahkahkah... Saya bersumpah memang Anwar berambut pendek hari tu walaupun berjaya memanjangkan semula rambutnya keesokan harinya... hihihi... Saya bersumpah bahawa Anwar memang main ngan pelacur cina walaupun Polis beria ia kata dia tu budak kolej yang gian nak cari duit... hahaha... Saya bersumpah bahawa ramai lagi yang sedang menonton secara live Anwar sedang main babak ranjang tuh, sebab tu ada tiga bayang kat dinding bilik... kahkahkah... Saya bersumpah bahawa memang saya pun ada sama dalam video tersebut menyaksikan sendiri cara cara Anwar bermain ranjang dihotel walaupun Polis kata sebenarnya kondo... wakakka.... Memang jenis biawak komodo la puak puak yang memainkan sumpah sumpah nih.... kahkahkah... |
| Islam tenggelam kerana ulamak yang bikin semak... Posted: 29 Apr 2011 03:50 AM PDT Video seks: Kembalilah kepada keadilan Islam ![]() Negara Malaysia telah digemparkan dengan video isu seks yang kononnya melibatkan pemimpin kanan parti pembangkang di negara ini. Isu tersebut mendapat liputan meluas sehingga berlaku perdebatan untuk ditayangkan di parlimen dilihat satu perkara yang menjijikkan dan mengaibkan Malaysia. Apa yang menyedihkan kita, institusi mufti yang sepatutnya berperanan memelihara kesucian dan keadilan umat Islam telah berdiam diri seribu bahasa hingga menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat. Jika ia berperanan maka sudah tentu keadilan Islam akan disuarakan Pemimpin Umno sering melaung-laungkan Negara Malaysia adalah model Negara Islam namun hingga kini sistem kehakiman Islam tidak pernah didaulatkan. Seharusnya segala permasalahan yang berlaku di Negara ini perlu diselesaikan dengan panduan syariat Islam yang dijamin keadilannya oleh Allah S.W.T. Hanya mereka yang tidak yakin dengan Islam sahaja yang menolak sistem kehakiman Islam yang menjamin keadilan untuk semua. Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa pemimpin Umno hanyalah bermain-main dan mempergunakan agama Islam demi kepentingan mereka. Yakinlah kita dengan kemenangan Islam dan bersama dengan Pakatan Rakyat mengembalikan sinar kegemilangan Islam di tanah Malaysia. |
| Betoi ka dalang dilindungi Polis? Posted: 29 Apr 2011 02:00 AM PDT Kalau tidak masakan; Datuk T tidak diambil sebarang tindakan hingga sekarang walaupun mengaku memiliki, menayang video lucah secara terbuka pada para wartawan? Kalau tidak masakan; Video part 1 dan terkini part 2 kini bertebaran di internet kerana hanya satu salinan saja yang ada dan itu pun masih ditangan Polis... Kalau tidak masakan; Trio Umno ni masih bebas menukar nukar stetmen, kadang kadang terjumpa wayar tetiba mengaku ada bersama sama dalam video... Kalau tidak masakan; Trio Umno ni masih lagi bebas sedangkan mereka secara terang terangan menggugut Anwar dan Wan Azizah untuk meletakkan jawatan jika tidak video seks ini akan disebarkan... |
| Posted: 28 Apr 2011 09:00 PM PDT Ini perangai Umno, sebijik perangai Umno dulu kini dan selama lamanya... kahkahkah... Bila dah kantoi, baru teringat dalam Islam rupanya ada sumpah... bila dah tersepit, baru tau nak amalkan ajaran Islam. Ajaran Islam bagi puak puak Umno ni hanya bersumpah laknat saja ka? Masa hangpa tayang video seks kat orang ramai hari tu terlupa kot yang Islam melarang umatnya memiliki, menonton dan menyebarkan video seks, tambah tambah lagi memburukkan orang lain? Si Eskay yang mewakili trio Umno, Datuk T itu telah kelabu asap. Dia telah terang-terang bagitahu dia ada bersama dalam rakaman video tersebut yang sebelum ni kata dia terjumpa kamera dengan wayar berjuntai... Kalau hang dah ada bersama, boleh ka Anwar buat aksi seks disitu. Kalau dah hang tu bangang, jangan dok ingat orang Melayu lain pun bangang sama. Sekejap kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku ada bersama di dalam bilik berkenaan. Takkan pasai dah terkantoi kot, perut Anwar terlalu boroi maka hang terpaksa mengubah cerita? Kalau benar hang ada sama di situ, apa tujuan hang? Kalau nak perangkap Anwar, baik hang terus saja panggil pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya diwaktu Anwar sedang asyik masyuk tu. Tentu lebih berkesan dan Anwar tak boleh nak main kong kali kong lagi... Ini tidak, hang dah jadi macam orang mabuk todi. Kena segelas mabuk sebaldi. Hang kata kejadian tu berlaku di sebuah hotel tapi Polis sebut di sebuah apartment? Apa ni? Polis pembohong ka atau hang yang penipu? Hang kata ada satu salinan saja dan diserahkan salinan asal video tu kat Polis, tapi sapa yang upload video tu ke internet dengan tujuan mengaibkan Anwar semahu mahunya... Atau korang memang berani kerana telah dilindungi oleh tangan rakus yang berkuasa dibelakang anda... |
| Macam korek lubang kubur sendiri... Posted: 28 Apr 2011 08:00 PM PDT Terbukti sudah... Satu lagi usaha untuk memperbodohkan daya pemikiran orang orang Melayu... Satu lagi perancangan untuk menguburkan karier politik Anwar Ibrahim... Satu lagi tindakan paling bodoh trio Umno dalam usaha mereka menjatuhkan Anwar... Satu lagi gerakan cacat Umno bagai mengorek lubang kubur dalam PRU ke 13 nanti... |
| Wahai mufti mufti Malaysia... kahkahkah... Posted: 28 Apr 2011 07:00 PM PDT Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2 Oleh: neraca ![]() "Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2, Oleh Al Iman Al Nawawi Kitab Riyadhul Solihan karangan Al iman Al Nawawi diterbitkan oleh BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. Jilid 2, Mukasurat 88,89,90,91. Bab menutup keaiban orang-orang islam dan larangan mendedahkannya. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang aman damai dansuasana yang tenteram, justeru iitu, umat islam diharamkan daripada menimbulkan gejala-gejala fitnah dalam masyarakat dan mendedahkan keburukan orang lain. Firman Allah Taala; Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduh-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat.. (surah ALNUR ayat 19) Maksud hadis; Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda,"tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan ALLAH menutup keaibannya di hari Qiamat" Pengajaran hadis; 1. Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain. 2.Sesiapa menutup keburukan saudara seagama nescaya ALLAH menutup keburukannya di hari Qiamat. Wahai mufti-mufti Malaysia! Apa yang Iman AlNawawi bagi dalil Naqli iaitu FIRMAN ALLAH DAN HADIS NABI SAW maka adakah kamu masih takut nak menasihati Perdana Menteri apa yang berlaku dalam ISU_ISU terkini? 2. Seandainya kamu sudah ada jawapan di hadapan ALLAH di Akhirat maka tak usahlah kamu jawab soalan adakah kamu percaya yang MUHAMMAD itu NABI KAMU dan adakah kamu percayai akan hari Qiamat dan adakah kamu percayai AL Quran itu kalam suci ALLAH, adakah kamu percayai tiada tuhan yang wajib disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD SAW itu pesuruh Allah. 3. Adakah kamu takut kepada manusia selain dari Allah, maka kamu buka Surah Al taubat ayat 18' 4. Adakah kamu takut kehilangan pangkat dan gaji bulanan?? Harapan agar kamu (mufti-mufti) bermuhasabah dan sekiranya kamu hanya mempunyai ILMU dan Amal sahaja tanpa Hal maka takapalah ...bialah fitnah-fitnah itu bermaharaja-lela di bumi Malaysia ini sehingga ......." |
| Nasib baik aku bukan ahli Umno... kahkahkah... Posted: 28 Apr 2011 05:00 PM PDT Woiii ahli ahli Umno... Hangpa tak rasa malu ka... Punya organisasi yang kononnya kukuh tapi guna porno video untuk hidup... Punya ahli berjuta juta kononnya tapi guna politik lucah sebagai penyambung nyawa... Punya parti yang kononnya mendapat dokongan majoriti Melayu tapi bergantung pada politikus korup yang ambil kelucahan sebagai modal nak hidup... Malu la sama kat Tuhan yang mencipta kita penuh kesenian nih... Mana letaknya agama kita yang kononnya dijunjung sebagai agama rasmi negara... Dunia sedang ketawa memerhatikan kita melayan agama Islam yang kononnya kita junjung... |
| Video seks, rakaman tanpa edit di YouTube Posted: 28 Apr 2011 04:00 PM PDT ![]() Paparan rakaman video seks tanpa edit yang disebarkan menerusi YouTube hari ini. KUALA LUMPUR, 28 April — Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh "Datuk T".Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang tadi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok. Dua "Datuk T" yang lain ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." Sementara Shazryl mengadakan sidang media mengenai sumpah laknat itu, Anwar memberi keterangan tambahan, kali kedua, kepada polis dan kemudian memberitahu pemberita bahawa Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa. Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China. Kata Anwar, ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan "semua kuasa yang ada" untuk menjatuhkan beliau. Anwar juga menegaskan tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu. "Boleh anda tunjukkan ia hukum syarak yang mana? Tidak tahu? Jadi tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika mahu meninggalkan balai polis. Polis menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini. Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai. Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam. Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube. Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet semalam. Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. Klip video tersebut dimuat naik dalam laman YouTube dan blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari semalam. Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. |
| Sah, ada tangan kebal yang rakus dibelakang Datuk T... Posted: 28 Apr 2011 03:00 PM PDT Peguam : Anwar Terpaksa Jawab Soalan Rekaan Gani ![]() Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan. "Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.Beliau yang hadir bersama Anwar memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berkata, polis seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada laporan jenayah yang dibuat Ketua Pembangkang itu bulan lalu selepas trio 'Datuk T' menayangkan rakaman video seks. Dalam kenyataannya kepada media, Sivarasa turut menegaskan kepada polis berhubung tindakan yang belum diambil terhadap kumpulan Datuk T itu yang secara jelas melakukan intimidasi jenayah dan penyebaran bahan lucah. "Kenapa sampai sekarang selepas mereka mengakui membuat (jenayah), tiada apa-apa tindakan. Jadi itu yang kita beritahu mereka," ujarnya lagi. Sivarasa turut memperlihatkan dokumen yang diserahkan oleh 'Datuk T' kepada Anwar sebagai bukti nyata perlakuan ugutan mendesak Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya meletakkan jawatan. Polis memanggil Anwar untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 3 petang tadi berkaitan laporan penayangan rakaman video seks oleh Datuk T kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu. Anwar kemudian menafikan beliau adalah individu yang didakwa terlibat melakukan perbuatan seks dengan seorang wanita berbangsa Cina di salah sebuah hotel di ibu negara. Tan Sri Rahim Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim mengaku menjadi dalang video fitnah berkenaan. Dalam perkembangan lain, Eskay pada sidang media di Hotel Impiana petang tadi bersumpah bahawa pelaku video seks terbabit adalah Anwar. Beliau kemudian mencabar Ketua Umum itu untuk melakukan sumpah 'laknat' bagi membuktikan tuduhan beliau tidak benar. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan