Jumaat, 29 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Akhirnya Misbun bersuara .. menolak tawaran BAM

Posted: 29 Apr 2011 06:34 AM PDT

Akhirnya Misbun Sidek membuat keputusan ... menolak tawaran BAM untuk menjadi jurulatih badminton negara, khusus melahirkan pemain pelapis. Mungkin ramai di BAM yang sukacita .. tetapi hakikatnya akan ramai yang rugi.

Misbun berhak membuat keputusan sedemikian kerana hatinya telahpun terguris dek laporan dan kata-kata yang kadangkala kurang manis seolah-olah memperlekehkannya dan menyindirnya.

Tiada apa yang keliru. Ia jelas terbentang. Misbun menolak tawaran itu.

"KAMI semua keliru", kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Misbun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, semalam.

Semalam, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BAM dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata semua ahli majlis menghormati dan menerima keputusan Misbun itu.

"Bila-bila masa Misbun mahu bersama semula kita, kita tidak halangan tetapi buat masa ini kita hormati keputusan Misbun," katanya, mengenai kehilangan jurulatih badminton itu, semalam. 

Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor 'kehilangan' Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama? 

Berdasarkan rekod cemerlang sebagai jurulatih, Kok Chi mengharapkan Misbun kekal menjadi jurulatih biarpun di tempat lain berdasarkan umur jurulatih itu yang dikategorikan masih muda lagi.

"Kalau saya di tempat Misbun, saya akan menyahut cabaran baru membimbing atlit pelapis dan melahirkan lebih ramai jaguh bagi Sukan Olimpik 2016. Kalau ada peluang sebegitu, saya pun mahu terima apa lagi berpeluang melatih anaknya (Misbun Ramdan) yang berbakat besar," katanya.

Ahli Majlis BAM, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah pula berkata: "Dia harus terima saja tawaran itu memajukan pemain negara. Dia tidak perlu lagi menjaga Chong Wei kerana pemain macam Chong Wei, letak mana-mana jurulatih pun boleh sebab dia memang sudah cemerlang."
 

Ibu Allahyarham Aminurasyid buat laporan polis

Posted: 29 Apr 2011 05:44 AM PDT

Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lepas pada Jumaat membuat laporan polis kerana mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.
Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi lima peguam.
Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis telah memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu, dan bertujuan menutup kes ini.
Pada 25 April tahun lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis.- BERNAMA

PAS kesal media arus perdana tidak beretika

Posted: 29 Apr 2011 05:39 AM PDT

PAS kesal terhadap media arus perdana milik Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.
Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. 
"Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah," tegasnya.
Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.
Begitu juga, ujarnya  berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".
Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.
"Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?" tanya beliau lagi.
Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.
"Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.
"Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?" soalnya lagi

Eskay angkat sumpah di Masjid Amru As-As, Sentul

Posted: 29 Apr 2011 05:35 AM PDT

Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kira-kira jam 4.30 petang tadi dengan disaksikan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Sebelum itu, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkumpul di masjid itu selepas solat Jumaat l bertakbir sambil melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Eskay memegang senaskhah Al-Quran dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONESebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihati Eskay jangan melakukan sumpah laknat tersebut. Trio Datuk T kelihatan tenang dan mendengar syarahan pendeknya sebelum diberikan senaskhah buku berjudul Qazaf.
Eskay, Rahim dan Shuib beredar pantas tanpa memberikan peluang kepada media bertanyakan.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.
Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Datuk T beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

Selangor say no to Artis tidak bermoral

Posted: 29 Apr 2011 05:14 AM PDT

Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.


Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.

"Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

"Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

"Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.

Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.

"Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

"Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu," katanya.

Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.

Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Katanya "benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,".

Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.

"Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.

"Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram," katanya. (Sumber Sinar Harian)

Nampaknya mengharamkan persembahan Kris Dayanti dalam negara ini disambut awal oleh Datuk Hasan Ali kerana sikap tidak senonoh Kris Dayanti mengandung dahulu sebelum berkahwin.

Seharusnya pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sensitif dalam hal ini. Sharizat Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konon lantang berjuang menentang anak-anak haram hanya diam membisu, hanya bertindak apabila masaalah membengkak.

Itulah kualiti menteri-menteri kabinet barisan DS Najib yang ada. Hangguk tak kena tempat tembak tak kena sasar.

Tiada ulasan: