Jumaat, 29 April 2011

Addin

Addin


Tentera Dajjal Sudah Muncul

Posted: 29 Apr 2011 08:00 AM PDT

Benarkah bala tentara Dajjal telah muncul? Pertanyaan ini muncul ketika Israel memperkenalkan "Kfir" yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF). Brigade ini dibentuk sebagai "900th Brigade" atau Brigade ke-900, yang masuk dalam unit paling elit satuan infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel. Brigade Kfir berada di bawah komando Division 162 (Utzvat Haplada). 

Nama asal Brigade tersebut adalah "KFR", kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan kesatuan anti pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, perusahaan penerbangan Israel bernama IAI yang bekerja sama dengan agen pemerinta juga telah melancarkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di jidatnya juga ada aksara Arab "Ka Fa Ra" atau Kafir. Kafir berarti "Tidak mempercayai". Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah S.W.T, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Di hadis lain, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Cuba perhatikan gambar di bawah ini . Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui./MSN
Addin :
Dato' T pun boleh digolongkan tentera Dajjal jugak..sebab sebarkan fitnah dan aibkan orang. Taat membuta tuli pada boss 1 Malaysia 1 Israel..UMNO APCO...

Bukti Video Seks Konspirasi.. Dato' T Pakai Baju Kalis Peluru Dengan Di Iringi Polis

Posted: 29 Apr 2011 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang kumpulan Datuk Trio hari ini membuat sumpah laknat – suatu upacara yang membelakangi sistem perundangan syariah, dengan memegang al-Quran secara terbalik. Hal ini bukan sahaja disedari Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin tetapi juga beberapa wartawan yang membuat liputan acara berkenaan.

Shamsul juga mengirim paparan twitter dengan berkata: "Eskay pegang Al-Quran terbalik! Pakai baju kalis peluru." Berdasarkan twitter, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir membuat paparan berikut: "Datuk Eskey terlupa Al-Quran yang dipegang oleh beliau terbalik."

Terdahulu, mereka dinasihati seorang pendakwah bebas bahawa tindakan melakukan sumpah laknat adalah jalan terakhir bagi membuktikan kebenaran selepas qazaf dilaksanakan terlebih dulu. Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik.

Berlaku kekecohan ketika ketiga mereka meninggalkan masjid apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang media tempatan untuk mengambil gambar. Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang.

Pada majlis di Masjid Amru Ibnu Al As yang mula dibatalkan itu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim turut hadir tetapi tidak menyertai acara bersumpah itu. Mereka tiba kira-kira jam 4.08 petang dgn memakai jaket kalis peluru sambil dikawal beberapa lelaki dipercayai anggota polis cawangan khas./KD


Sumpah Eskay..Sumpah Orang Jahil

Posted: 29 Apr 2011 04:02 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.


Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

"Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an. "Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

"Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

"Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

"Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau. Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

"Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. "Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

"Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

"Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya./KD


RM 1.44 Juta Untuk Blogger Pencacai UMNO?

Posted: 29 Apr 2011 03:22 AM PDT

Menjelang pilihanraya umum Sarawak, terdengar desas-desus bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukan RM1.44 juta untuk diberikan kepada para Blogger di Malaysia bagi membantu BN menggempur 'Siber Trooper' Pakatan Rakyat. Namun sehingga pilihanraya umum Sarawak selesai, hanya beberapa Blogger Pro-Kerajaan yang mengaku menerima RM500 setiap seorang dan sebuah I-Pad; manakala kebanyakan Blogger hanya berdiam diri dan bertindak pasif dengan tidak mengaktifkan serangan mereka terhadap Barisan Nasional Sarawak.


Blogger yang bercuti daripada menyerang BN selama dua minggu dipercayai menerima sekurang-kurangnya RM5,000 setiap seorang, tetapi tidak diketahui berapa ramai yang menerimanya.

Ada blogger yang membuat laporan rasmi di Pejabat SPRM, tetapi belum ada sebarang siasatan atau tangkapan dibuat, sekalipun beberapa Blogger telah dikenalpasti menerima habuan untuk 'berdiam diri'.

Mengikut maklumat seorang Blogger yang terperangkap antara tanggung jawab dengan rasuah memberitahu beliau mengembalikan wang tunai dan I-Pad yang diterima daripada agen yang dilantik kementerian berkenaan; namun enggan membuat laporan rasmi kerana bimbang keselamatan keluarganya.

"Biarlah. Saya akan berwaspada selepas ini kerana mereka akan cuba memerangkap saya lagi. Saya jadi Blogger bukan meminta balasan atau habuan tetapi untuk menegur kerajaan dengan cara saya," ujar Blogger tersebut yang meminta namanya dirahsiakan.

Tambah Blogger itu lagi, ramai menteri kabinet memelihara 'Envelop Jurnalis' dan 'Siber Trooper' untuk mewar-warkan berita 'kentut sekang', sekalipun berita kecil seperti menyaman Blogger dan menjadi saksi perbicaraan./SK


Posted: 28 Apr 2011 09:00 PM PDT

Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini (semalam) .

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan. Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi".

Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu. Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.

"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005./MK

Melihat Kekasih Dibunuh Secara Online

Posted: 28 Apr 2011 07:00 PM PDT

Seorang perempuan dibunuh ketika berbincang dengan kekasihnya di China melalui webcam. Oleh kerana jarak jauh sahaja, lelaki itu tak mampu mencegah kejadian yang dilihatnya langsung di layar monitor. Qian liu, 23 tahun, berasal Beijing nampak berusaha menyelamatkan diri ketika seorang lelaki masuk ke biliknya di York University Village, Toronto, Kanada. Padahal, waktu itu Qian liu bersembang dengan kekasihnya di China. Pembunuhan yang belum diketahui identitinya ini mengetuk pintu bilik Liu pada pukul 1 pagi, waktu tempatan. Liu membuka pintu untuk lelaki itu. Liu kelihatan seperti tahu identiti 'tetamu' tersebut.


 Di sudut lain, pembunuh itu tidak tahu bahawa ada saksi yang melihat dari jauh aksi jahatnya. Pembunuh digambarkan berkulit putih, berusia 20 an, tinggi 6 kaki dan didakwa sebagai menyukai Liu. Kekasih Liu yang berada di China sempat menghubungi sahabat Liu yang tinggal di Kanada mealui laman sosial. 
Sayangnya, polis muncul ke lokasi pembunuhan 10 jam setelah kejadian dan menemukan Liu sudah meninggal dalam keadaan setengah telanjang. Pihak polis belum mengumumkan penyebab kematian dan menggunakan gambar webcam milik teman lelaki Liu yang tidak didedahkan namanya itu untuk proses penyelidikan./MSN


Tiada ulasan: