Sabtu, 23 April 2011

shalehudin

shalehudin


Raja Petra di tuduh menipu

Posted: 23 Apr 2011 10:35 AM PDT

Malaysia Today

Haris Ibrahim and Amarjit Sidhu, representing Raja Petra Kamarudin as his lawyers, are currently at the Malaysian embassy in Bangkok, Thailand. Raja Petra is waiting at the hotel for the lawyers to return to advice him as to the next move.

It seems the police want to record Raja Petra's statement under Section 203, a crime of making a false statement with regards to his TV3 interview in Perth, Australia. A police report was recently made against Raja Petra alleging that he lied in his TV3 interview.

Haris and Amarjit had a heated argument with the police with regards to the purpose of taking Raja Petra's statement. They wanted to see a copy of the police report lodged against Raja Petra and demanded to know why the police want to take his statement with regards to his TV3 interview and not with regards to his June 2008 Statutory Declaration.

The police then said that Haris and Amarjit would have to go to the embassy to see a copy of that police report. Haris and Amarjit agreed to follow the police to the embassy but insisted that Raja Petra remains at the hotel.

It is currently a stalemate and no decision has been made yet whether Raja Petra will consent to his statement being recorded even if is done outside the embassy grounds.

It appears the focus of the police investigation is on the 'lies' in Raja Petra's TV3 interview rather than the Statutory Declaration as initially announced.

Jerangkap Samar 3

Posted: 23 Apr 2011 09:51 AM PDT

Oleh smartlife

"Isu jerangkap samar ini, bukan semata-mata bertujuan untuk menghancurkan atau menghapuskan mana-mana individu. Ia lebih daripada itu. Kalau kita biasa tonton drama bersiri "Mission Imposible", sebiji macam itu.

UMNO-BN, memang tidak mampu berdepan dengan PR. Apatah lagi untuk berdebat dengan barisan para pemimpin PR. Memang telah diketahui umum, mereka sama ada memberi alasan bangangnya atau membisu malah mengelak daripada memperbincangkannya.

Kita sedia maklum bahawa mereka menggunakan agensi- agensi awam bagi menjalankan misinya. Di samping itu juga, mereka menggunakan individu-individu tertentu bagi meraih sokongan tempatan. Ini lebih celaka.
Individu ini mengambil kesempatan daripada kepercayaan yang diberikan kepadanya. Kalau nak dibandingkan dengan ketua munafikin di Madinah pada zaman Rasulullah S.A.W., individu ini lebih bahaya lagi.

Kalau nak dikatakan ular sampah, boleh juga kita berhati-hati. Dia memang menunjukkan sikap mendokong gerakan Islam dan menyokong barisan kepimpinannya. Dia tidak akan mempertikaikan siapa pemimpin PR apatah lagi untuk membincangkannya.

Tetapi ingat, individu seperti inilah yang akan digunakan oleh UMNO-BN untuk berkempen kepada orang-orang tempatan yang tertentu. Ayat-ayat yang biasa digunakannya ialah; "Untuk Ahli Parlimen kita pilih PR tetapi untuk ADUN kita berilah kepada yang ni".

Pada orang seperti ini, saya ingatkan, "Berapa lama lagi kau nak hidup di dunia ini? Buatlah, dan kami memang letih dengan perangai kau. Namun bagi melaksanakan perintah Allah, kami tetap teruskan perjuangan.""

Dah lama Umno tuba Melayu, tak heboh pun...

Posted: 23 Apr 2011 09:27 AM PDT

UMNO Yang Beri Tuba Kepada Melayu
Oleh: ruhan

"
Sejak peristiwa Malayan Union, Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka. Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO? Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka?

Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Mengapa? UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri. Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya.

Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu. Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera.

Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni.

Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa. Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta. Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta. Beri barang mahal nak mampus. Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO!

Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu. Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO. Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu.

Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya?

Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah? Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa. Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa? UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi?

Raja Petra akan buat gempaq lagi

Posted: 23 Apr 2011 07:20 AM PDT

Raja Petra Kamarudin (RPK) dijangka akan menggemparkan negara lagi dengan keterangan yang akan dibuatnya di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini. Kenyataan tersebut dibuat dipercayai berhubung dengan akuan bersumpahnya pada 2008 dan pendedahan terbarunya menerusi temu bual dengan televisyen penjilat Umno dua minggu lalu.

Blogger kontroversi itu kini berada di Bangkok sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

Ekor penuh tahi

Posted: 23 Apr 2011 05:35 AM PDT

Para pemimpin Umno BN ni boleh diumpamakan macam ayam jantan yang berkokok di tepi-tepi jalan setiap hari, semata-mata hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka kepada pihak lain. Tapi dalam waktu yang sama kita melihat ayam ayam jantan ini berkokok gagah ketika ekor mereka penuh palitan tahi. Sebab itu kokokan mereka ini tidak dihiraukan oleh orang ramai.

Kokokan berdegar degar mereka hanyalah sekadar rutin harian yang seperti diarahkan oleh tuan mereka saja. Tanpa disedari sikap mereka itu bukanlah boleh mendatangkan perasaan hormat orang lain kepada mereka, malah sebaliknya akan membuatkan orang ramai benci pada tingkah laku mereka yang tak pernah jujur pada diri sendiri dan pada janji.

Sikap para pemimpin Umno BN yang antara lain merujuk pada tindakan mereka yang selalu menunjuk-nunjuk pada orang ramai kononnya merekalah pihak yang paling berjasa kepada negara. Sedangkan hakikatnya, rakyatlah yang paling banyak jasanya pada negara kerana sanggup menggadai masa depan negara sendiri melantik pemimpin Umno dan BN yang bebal dan pentingkan tembolok sendiri, kroni dan anak bini saja.

Pada hal semua orang tahu, parti anutan mereka sudah rosak dan reput dengan rasuah, salahguna kuasa, zalim dan kejam pada rakyat yang mengangkat mereka selama ini.

Dihukum sebelum terhukum

Posted: 23 Apr 2011 02:53 AM PDT

KEADILAN bantah keras laporan muka depan Berita Harian

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Jangan marah, dah memang kerja depa...

Posted: 23 Apr 2011 02:29 AM PDT

Mustafa berang Utusan putar belit kenyataan media isu video fitnah

KUALA LUMPUR: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya dipetik dari Harakah Daily, hari ini.

Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan Malaysia, beberapa media lain termasuk Berita Harian, Sinar Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.- KD

Mari kita ketawa

Posted: 23 Apr 2011 02:15 AM PDT

Hah... Hah... Hah... Hah...
Ketawalah kamu sebelum kamu dijadikan bahan ketawa... kahkahkah...

Sumber ketawa dari bro TT yang menganggap ketawa itu satu kaedah pengajaran yang paling berkesan... kahkahkah...

Menarik kupasan ni...

Posted: 22 Apr 2011 08:44 PM PDT

Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar?

Wira Arjuna
TV3 dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.

Laporan yang bakal disiarkan diBuletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

"Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar," kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.

Walaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Terbukti benar

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama,Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.

Semua "fakta-fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video Datuk T.

Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?

Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.

Para strategis Umno menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Saingan Muhyiddin

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu , Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.


*****************************

ANALISIS ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna pernah menerajui beberapa media arus perdana dan cukup masak dengan mainan Umno-BN mempengaruhi persepsi orang ramai.

Hiburan hujung minggu

Posted: 22 Apr 2011 08:16 PM PDT

Sumber hiburan penuh kemaluan ini ditaja oleh bro TT... kahkahkah...
Sah Malaysia ciplak lagu orang...
Terang terang lagu terang bulan ni... telah digerhanakan oleh Malaysia... kahkahkah...

Trio Umno perlu didakwa

Posted: 22 Apr 2011 08:09 PM PDT

Oleh Subky Latif

MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.

Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.

Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbu ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki.

Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu.

Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu.

Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan.

Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya.

Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu.

Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu.

Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi.

Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun.

Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya?

Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu.

Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya.

Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya.

Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga.

Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa.

Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu.

Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara.

Tiada ulasan: