MyKampungKu |
Hormati Hak Mereka Sebagai Pengundi - Saifuddin Posted: 23 Apr 2011 04:14 AM PDT Pertama kali dengar komen dari pimpinan tertinggi UMNO/BN yang menyebelahi mereka yang mengundi Pakatan Rakyat. Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih. Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi. "Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur. "Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang. "Kalau mereka tempelak kita, apa macam?" soalnya dalam satu kenyataan.-Malaysiakini Komen oleh YB Saifudin ni memang amat tepat dalam keadaan politik Malaysia hari ini.Tapi, diharap YB ni akan dicalonkan semula oleh UMNO/BN dalam PRU 13 nanti atau kerana komen beliau ini menyebabkan penggal ini merupakan penggal terakhir beliau menjadi YB dan Timbalan Menteri??? |
You are subscribed to email updates from MyKampungKu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan