Sabtu, 23 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Si Katak Lompat Osman Jailu dan Usaili diminta bela diri

Posted: 23 Apr 2011 05:49 AM PDT

Seekor katak lompat yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Osman Jailu diperintah membela diri terhadap kes rasuah yang dihadapinya pada 2008, ekoran Mahkamah Tinggi Ipoh menerima rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adoi harus terkencing Osmang sekali ni... kerana askar pencen ni memang diketahui gemuruh habis, apatah lagi partner dia yang juga rakan karib dia Jamaluddin Mohd Radzi dibebaskan daripada rayuan itu. 

Mahkamah Tinggi menerima rayuan SPRM  terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Osman (Adun Changkat Jering) dan kembarnya Jamaluddin (Adun Behrang) serta Usaili Alias daripada tuduhan rasuah tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman lisannya memerintahkan Osman Jailu dan Usaili  mengemukakan pembelaan masing-masing.
Selain Jamaluddin, Teo juga menolak rayuan SPRM ke atas bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan peniaga, Fairul Azrim Ismail kerana pendakwa gagal menimbulkan prima facie.

Say Eng menetapkan sebutan semula pada 9 Mei ini di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membebaskan mereka daripada 16 tuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008..

Dah Kutip Ratusan Juta Ringgit Kompaun, kini Polis Tak Guna Lagi Saman Ekor

Posted: 23 Apr 2011 05:09 AM PDT

Dah kutip ratusan juta ringgit hasil saman ekor, kini Polis dengan selamba berkata bahawa kaedah perangkap kelajuan aka "saman ekor" tak dipakai lagi.

Polis tak mahu sembunyi-sembunyi lagi. ini kerana kaedah sembunyi-sembunyi aka saman ekor ia menjadi rungutan ramai.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

"Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang secara telus, " kata beliau.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman ekor yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor Kase yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Ribuan warga emas serbu bank

Posted: 23 Apr 2011 04:12 AM PDT

Umno Pulau Pinang terkedu dan kehabisan peluru untuk memperkecil-kecilkan Program warga emas (PPWE) anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun 201, apabila ribuan menyerbu bank untuk menerimanya.

Tahun lepas gegak gempita mereka berusaha mempengaruhi penerima bahawa wang ehsan itu hasil wang judi yang diperolehi kerajaan Pulau Pinang.

Mungkin Umno sedang berfikir untuk mengatakan wang berkenaan tidak sahlaku atau palsu pula tahun ini. 

Hari ini, ribuan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang  berdaftar melalui PPWE menyerbu bank-bank berkenaan untuk menerima wang itu se awal pagi.

Cawangan bank-bank terpilih telah memberi kerjasama mulai pagi (Sabtu) dan juga esok untuk menyerahkan wang RM100 dan RM1,000 (khairat kematian) kepada waris warga emas yang berdaftar. 

Usaha Umno tahun lepas tidak terkesan nampaknya. Tahun lepas, Umno dengan fitnah wang berkenaan dari sumber hasil wang judi berjaya memujuk beberapa kerat warga emas memulangkan wang itu.

Sehingga ini Umno Pulau Pinang juga gagal menyerahkan senarai nama  warga emas yang mau menolak pemberian itu. Mengamati tinjauan hari ini, beberapa penyokong Umno juga kelihatan tidak ketinggalan mengambil wang berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng berkata pembayaran akan dibuat mulai 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan bank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.



Pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus  warga emas di Pulau Pinang ataupun 114,668 orang.

Beliau yang melawat bank-bank berkenaan hari ini, berkata sejak dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris,  hasil daripada sumber lebihan pendapatan Kerajaan Negeri. 

Bukan wang seratus ringgit yang menjadi nilaian warga emas itu, tetapi penghargaan kerajaan negeri menjadi ukuran keikhlasannya, kata beliau.

BOIKOT, BOIKOT DAN BOIKOT UTUSAN MELOYAAA: MCA

Posted: 23 Apr 2011 02:53 AM PDT

Jom bokot, boikot dan boikot Utusan Malaysia yang meloyakan.

Begitulah gesaan MCA, sahabat karib Umno terhadap akhbar harian Umno itu sendiri

Jika Pakatan Rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia (milik Umno) yang memang diketahui kecenderungan penulisannya seringkali menyimpang dan berbau perkauman, ia bukanlah satu berita hangat.

Namun kini sahabat karib sehidup semati Umno ... MCA menggesa rakyat Malaysia  memulaukan akhbar meloya itu, ia seharusnya menjadi headline memalukan.

MCA menyifatkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dipelopori media korup idea itu sebagai cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
NONE

Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan akhbar berkenaan.


"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' MEDIA ITU berhubung artikel BERKENAAN.


"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.


Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Tiada ulasan: