Rabu, 20 April 2011

shalehudin

shalehudin


Tolak pi, tolak mai... last last habuk pun tarak... kahkahkah...

Posted: 20 Apr 2011 09:00 AM PDT

Ikut kata KPN, Ismail Omar... Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Kalau ada yang tak tau, kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan. Kononnya ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa. Kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan.

Cuba hangpa tengok cara depa main wayang nih, tolak sana, tolak sini... last last senyap sunyi. Sat sat tolak pi, sat sat tolak mai... last last nampak sangat depa buat ramai...

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Trio Datuk T itu mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks berkenaan.

Katanya, siasatan kes itu adalah menjurus kepada Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Bagaimanapun, akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik kenyataan trio terbabit sebagai berkata mereka tidak gentar malah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan undang-undang kerana penayangan video seks itu.

Apa salahnya dengan Hadi Awang

Posted: 20 Apr 2011 08:23 AM PDT

Memang ubat itu pahit untuk ditelan tapi perlu diingat juga bukan semua ubat itu sessuai dengan semua orang. Ubat tetap ubat tapi lain penyakit maka lain pula ubatnya.

Kritikan keras Prof Dr Abdul Aziz Bari terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelang pemilihan kepimpinan parti itu Jun nanti menimbulkan banyak cakap cakap dan tak kurang juga yang marah menyinga. Tak perlu kita marah marah bilamana ada orang yang menegur kita. Ambil saja kalau nak pakai tapi jangan marah kalau tak sesuai. Kita harus berterima kasih masih ada yang perihatin berkenaan diri kita yang bersifat baharu ini.

Abdul Aziz mengulangi kritikan mengaitkan Abdul Hadi dengan beberapa isu termasuk kekalahan PAS dan kehilangan Terengganu pada 2004 dan kegagalan rancangan 16 September, 2008. Ini bukan kali pertama Pro Abdul Aziz secara lantang menegur PAS tapi sebelum ini juga pernah mencetuskan kekecohan apabila satu tulisannya pada penghujung 2009 membuatkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan mesyuarat agung luar biasa diadakan.

Kritikan terbaru ini dijangka menimbulkan kembali persaingan dua kumpulan utama dalam PAS, yang digelar kem "ulama" terdiri daripada sebahagian besar golongan konservatif dan kem "Erdogan," yang dikuasai tokoh profesional dan berlatar belakang kumpulan Islam seperti Jamaah Islah Malaysia serta dekat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peralihan kepimpinan dalam PAS masih jauh dari igauan Prof Aziz Bari, apatah lagi belum ada individu yang menunjukkan kesediaan untuk mencabar Abdul Hadi sebagai presiden, walaupun PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Datuk Husam Musa, bekas naib presiden untuk mencabar jawatan presiden yang akhirnya ditolak oleh Husam dan menyatakan sokongan kepada presiden parti. Tindakan Husan ini sudah dijangka yang telah menjarakkan dirinya daripada kumpulan yang dilihat sebagai penentang Abdul Hadi.

Bukan rahsia lagi, Bukit Bintang ialah kawasan yang mempunyai hubungan baik dengan Mohamad Sabu, ahli Jawatankuasa Pusat yang telah memulakan kempen mencabar Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang mewakili kumpulan ulama. Abang Mat Sabu ialah antara tokoh PAS yang paling lantang menentang sebarang kerjasama dengan Umno dan sangat kritikal dengan Nasharudin.

Secara tak langsungnya pencalonan Bukit Bintang itu juga dilihat meletakkan Mat Sabu dalam kumpulan penentang Abdul Hadi, malah Mat Sabu juga mempunyai hubungan lebih baik dengan kumpulan Erdogan, antaranya disebabkan penentangan terhadap apa yang dilihat sebagai agenda berjumpa dalam gelap bersama dengan Umno oleh golongan ulama.

Ubat itu pahit

Posted: 20 Apr 2011 04:45 AM PDT

Apakah benar Hadi Awang kini adalah liabiliti kepada perjuangan PAS malah didakwa sebagai tidak kompeten dengan perjuangan politik negara dewasa ini.

Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu. Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.

"Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.

Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.

Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu. Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

"Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.

Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas.

Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu.

"Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya.

Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan.

Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan.

"Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan.

"Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu," kata beliau yang juga ahli biro politik PAS.- TMI

Jom boikot restoran mamak

Posted: 20 Apr 2011 02:12 AM PDT



notatukartiub:

sesiapa yang tahu mana lagi restoran kimma
sila ambil gambar untuk dipaparkan kepada umum

masanya telah sampai untuk kita semua bangun
dan sedar agar jangaqn ditipu oleh mamak kimma

di pulau pinang pada awak kemenagan pakatan rakyat
dahulu para eee telah membuat demo
apa yang berlaku masyarakat china dan penyokong
pakatan telah memboikot nasi kandar

akhirnya kedai nasi kandar minta maaf
dan mengatakan bahawa mereka bulan dalang
demo tersebut

apa yang penting ialah semua penyokong
pakatan rakyat wajib memboikot restauran
SYED DAN KHALIFA

dua restoran ini telah dibuktikan sebagai
penyokong tegar kimma

Jangan kentut kot mulut la Mahathir oii... tengik... kahkahkah...

Posted: 19 Apr 2011 08:00 PM PDT

Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas

 

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?
Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

 

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari (gambar kanan) selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Ni semua Anwar punya pasai

Posted: 19 Apr 2011 07:08 PM PDT

Dengar ceritanya ganas bukan main... jadi orang kuat Berahim Ali lagi dalam PERKASA hari tu sebelum dihumban keluar kerana sakit... kahkahkah... sakit hati kot... tapi pelik la pulak tetiba hari ni pi jadi macam orang demam kura... terketar ketar kepala lutut... kahkahkah...

Apabila pihak Polis kini tumpukan pada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka orang kuat lagi perkasa ni tetiba ja jadi pengecut dan melatah. Gelabah atau tidaknya tu boleh dilihat dari apa yang terkentut dari mulut Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka... hihi... hangpa tau ka keadilan tu menatang hapa... kahkahkah... keadilan, khiakk pttuuiihhh....

Petikan sebuah lawak jenaka yang dipetik dari Malaysiakini menyebut, "Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan) - Malaysiakini.

Apa la punya bangang punya stetmen nih... lagu ni pun boleh jadi orang ka? Kahkahkah... woiittt.. kalau bangang camni, kongkang pun tak lapaq terima hang jadi bangsa depa tau ka... kahkahkah...

Tak dak niat kepala hotak korang, kalau dah semua editor akhbar ternama dipanggil... kalau tak dihebahkan untuk apa lagi? Untuk jadi Saksi? Saksi kepala hotak hang apanya dah main ugut ugut pulak pemimpin pembangkang dan isterinya tu...

Boleh pecah perut woii dengar lawak hangpa nih, tertawa satu dunia kat negara kita yang tak dak kerja lain dah melainkan mengumpul DNA Anwar, cerita pasai Anwar main seks, sembang pasai Anwar lewat liwat, kisah Anwar main seks ngan amoi Thailand la, jadi ejen AS lah, ejen Yahudi lah... tinggai ejen MLM saja yang belum dengaq lagi... kahkahkah...

Sedangkan dunia luar sibuk membangunkan ekonomi negara mereka, tolong rakyat hidup bahagia. Segolongan orang yang tak dak kerja di negara pulak yang tak berfikir lain dalam kepala hotak depa melainkan untuk menjatuhkan Anwar secara tipu daya dan fitnah adu domba....

Tak padan ngan jongang

Posted: 19 Apr 2011 03:00 PM PDT

Ketua Geng Jongang mati ditembak

SEREMBAN: Ketua kumpulan penyamun warga asing yang digelar "Geng Jongang" mati ditembak anggota polis selepas cubaan menyerang anggota terbabit menggunakan parang di Taman Bukit Sendayan, dekat sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dua lagi rakannya sedang memotong pagar sebuah rumah yang terletak di lot tepi di taman tersebut.- myMetro

Tiada ulasan: