Rabu, 20 April 2011

Addin

Addin


Video Seks FItnah : Siasatan Wajib Dijuruskan Kepada Shafie

Posted: 20 Apr 2011 11:00 AM PDT

Walaupun Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah, namun polis gagal mengheret dalang sebenar yang mengarahkan 'Datuk T' membuat rakaman dan menayangkan video berkenaan kepada umum.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti lelaki dalam video berkenaan bukan Anwar Ibrahim dan laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya .

Mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih cekap menyiasat kes ini setelah mereka (SPRM) disiasat oleh polis berhubung kematian Timbalan Pengarah Kastam; tanpa membuka mata kepada 'dalang sebenar' yang menjadi 'Pembunuh Bayang' dalam kes berkenaan.

Dalam hal ini, saya berfirasat bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal berkemungkinan berpotensi menjadi dalang kerana penglibatan bapa mertuanya dan pengerusi GLC yang terletak di bawah kementeriannya.

Jika Shafie tidak terlibat dalam kes berkenaan, beliau wajib segera memecat Rahim Thamby Chik daripada jawatannya kerana mencemarkan nama baik RISDA dan menamatkan kontrak pembekal baja yang diketuai bapa mertuanya Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, maka masyarakat akan menuding jari kepada Shafie yang menjadi dalang sebenar kes yang memalukan Malaysia dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana gagal menjaga nama baik Kementerian dan anak syarikat yang terletak di bawah KKLW.

Kes video seks ini sebenarnya tidak selesai dengan pendakwaan 'Datuk T' kelak kerana sudah pasti banyak persoalan yang mengaitkan Shafie dengan skandal di sebalik isu ini terutama kos kontrak baja yang dibekalkan kepada RISDA dan FELCRA melebihi harga pasaran dan diberi secara terus tanpa melalui tender kepada bapa mertuanya./Sabahkini

Mahathir Makin Nyanyok Dan Meroyan!!

Posted: 20 Apr 2011 07:35 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semalam menyifatkan kaum Cina turut dijangkiti "virus rasisme Cina", sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecahbelahkan rakyat, kata seorang pembantu pemimpin kanan DAP hari ini. Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng berkata, beliau amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir (gambar) yang mendakwa DAP telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak.

"Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, anak bekas menteri Kabinet pusat ini berkata, sindiran-sindiran sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia, bukan kempen DAP yang dipertikaikan bekas presiden Umno.Dalam tulisan terbaru blognya, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka hujung minggu lalu.

Dr Mahathir berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak. Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak." "Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.

"Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina," kata beliau. Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu. Dalam komennya, Zairil menambah, sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP ketika pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa "tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami."

Sepanjang kempen, katanya, isu-isu yang telah DAP tekankan adalah masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi tidak memanfaatkan rakyat, inflasi kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasinya.

"Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

"Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA," kata beliau.

Namun tegas beliau, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa 'masyarakat Cina' akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihan raya.

"Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihan raya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran," katanya lagi.

Tambahan pula, kata beliau, peningkatan undi diperoleh DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu kerana dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaannya adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan.

"Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

"Hakikatnya, saya yakin bahawa Tun Dr Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau mimilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, sekali lagi rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris, 'if you have nothing good to say, say nothing at all'. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata," katanya lagi./TMI


Tindakan Biadab Kerajaan Melaka, Naik Tarif Air Tanpa Pemberitahuan

Posted: 20 Apr 2011 01:30 AM PDT

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (gambar). Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.


Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu."Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.Sejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu.Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.Susahkan rakyatSementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat."Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan. "Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo .

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air. Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat./MK


Kisah Menteri Rogol Amah Hendak Di Bukukan?

Posted: 20 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dikhabarkan bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.

Bangkai Makhluk Asing Di Russia

Posted: 19 Apr 2011 11:00 PM PDT

Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube. Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem./Agensi


ADUN Butong Dakwa Kerajaan Perak Menipu

Posted: 19 Apr 2011 09:00 PM PDT

IPOH - ADUN Buntong, A Sivasubramaniam mendakwa Kerajaan Negeri Perak dibawah pemerintahan Umno Barisan Nasional menipu kira-kira 200 penduduk setinggan Kampung Chakedi, Buntong berhubung status penempatan mereka seperti yang dijanjikan parti itu sewaktu kempen pilihanraya sebelum ini. Sivasubramaniam berkata, beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat seolah-olah sengaja mempertaruhkan nyawa rakyat dengan menempatkan mereka berdekatan dengan kawasan pembuangan bahan radioaktif dan dikhaskan sebagai Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Negeri Perak.

"Semua ini dirancang semata-mata untuk memperdaya dan menipu rakyat dengan menabur pelbagai janji manis sewaktu menghadapi pilihanraya, namun bila kemenangan sudah diraih penghuni setinggan ini dilupakan tanpa sebarang penjelasan lanjut dari Kerajaan Negeri Perak"

Kawasan penempatan setinggan yang terletak berhampiran pekan Papan ini diberikan oleh kerajaan negeri semasa kempen pilihanraya yang lalu semata-mata untuk menyelesaikan masalah setinggan Buntong, bagaimanapun tidak dimaklumkan lokasi sebenar dimana mereka bakal dipindahkan.

Tv Selangor turut difahamkan penduduk turut naik berang apabila mengetahui bahawa mereka akan dipindahkan bersebelahan dengan kawasan pembuangan sisa radioaktif sekali gus membantah sekeras-kerasnya usaha kerajaan ini yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi kepentingan politik.

Katanya, selain berisiko tinggi kawasan tersebut juga bakal mengancam keselamatan penduduk kawasan terbabit.

Menurut Sivasubramaniam, beliau turut mendesak kerajaan negeri supaya memberi penjelasan teperinci dalam memastikan hak rakyat mendapat pembelaan.

"Walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan nyawa rakyat terancam. Oleh itu Kerajaan Negeri Perak mestilah mengatakan pendirianya terhadap penempatan semula setinggan di kawasan itu dan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini pihak berwajib harus bertanggungjawab sepenuhnya," tegasnya.

Sivasubramaniam memaklumkan ketika ini kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilakukan di kawasan tersebut bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada ia bertujuan untuk memperbesarkan tempat berkenaan mahupun memperkukuhkan lagi pusat pelupusan sisa pepejal itu.

Jelasnya lagi, kerja-kerja pembinaan tersebut dipercayai dijalankan oleh sebuah syarikat dari Jepun, Syarikat Asian Rare Earth (ARE) bagi menyempurnakan penanaman sisa radioaktif itu dan dijangka siap pada tahun 2014 serta akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada 2016.

Tambah Sivasubramaniam, pihaknya juga telah membangkitkan permasalahan ini pada Sidang Dewan Negeri(DUN) Perak baru-baru ini namun sehingga kini tiada maklum balas diterima dari wakil kerajaan mahupun menteri besarnya sendiri./TvsNews

Siapakah 'Whistleblower' Sebenar Video Seks Fitnah?

Posted: 19 Apr 2011 07:00 PM PDT

Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi. Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk "membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai "whistle blower" semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil "whistle blower" kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar. "Whistle blower" adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau. "Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung" yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib bersabit video itu terbongkar sedikit demi sedikit. Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi "whistle blower" supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ianya amat berkait dengan agenda besar Umno untuk Datuk Seri Anwar. Benar, "whistle blower" harus dllindungi, tetapi siapakah "whistle blower" dalam kes ini, mahupun dalam politik Negara?

Jawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari Parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.

Sehingga hari ini, Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di Parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya Ketua Pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam Parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang "whistle blower" bernama Anwar Ibrahim.

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala "pejuang-pejuang bangsa" seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

Apabila "tsunami fitnah" Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar KERANA orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang "obor kebenaran" Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan "whistle blower" terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah./KD

RM50 Juta Untuk Syarikat Bermasalah

Posted: 19 Apr 2011 05:00 PM PDT

Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia. Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi. Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur. Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3. Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik./Tvs News


Tiada ulasan: