Rabu, 20 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


OKU yang ditahan bawah ISA dibebaskan

Posted: 20 Apr 2011 06:50 AM PDT

OKU Kadir Hashim, yang ditahan 20 hari lepas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kadir Hashim dibebaskan hari ini.


Menurut abang mangsa, Muda Hashim, 46,  adiknya itu, yang juga merupakan orang Kelainan Upaya (OKU), dibebaskan lebih kurang jam 3 petang.


"Polis menghantar adik saya dengan kereta yang diringi tiga anggota polis yang saya agak dari Balai Polis Bukit Aman.


Muda berkata adiknya mungkin trauma kerana masih membisu tanpa menceritakan kejadian penangkapnnya lebih kurang 20 hari.


"Jika dilihat dari segi fizikal dia sihat, tetapi tidak bercakap apa-apa selepas dihantar ke rumah tadi. Saya juga mahu dia berehat seminggu dua dahulu sebelum bertanyakan mengenainya semasa ditahan polis," katanya.


Kata Muda, semasa bertanyakan dengan polis berkenaan penangkapan Kadir, mereka  memberi amaran supaya tidak menimbulkan masalah lagi.


"Saya tanya apa yang dibuat Kadir sehingga ditangkap akta ISA, tetapi mereka (polis) memberi amaran supaya tidak menimbulkan masalah. Kadir dibebaskan tanpa apa-apa syarat dan mereka turut menyerahkan beberapa barang yang diambil semasa menahan Kadir tempoh hari," ujarnya.


Kadir, 42, seorang peniaga tomyam yang juga ahli Keadilan Cabang Lembah Pantai ditangkap polis 1 April lalu mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan terlibat dalam kegiatan subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.

Emel 1Malaysia milik kroni?

Posted: 19 Apr 2011 10:10 PM PDT

Kerajaan Melaka menaikkan tarif air tanpa mengumumkannya..

Posted: 19 Apr 2011 09:06 PM PDT

Rakyat Melaka amat kesal dengan tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air sewenang-wenangnya tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik berkata, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ini amat tidak bertanggungjawab dan membelakangi kepentingan rakyat.



Ia menunjukkan tiada keperihatinan kerajaan negeri Melaka pada rakyat, kerana sebelum ini mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.



water privatization parliament and moneySejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu.

Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama. Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, berkata ia menyusahkan rakyat dan lebih menghairankan mengepa rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Menurutnya, tindakan itu berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.

Tiada ulasan: