Isnin, 11 April 2011

shalehudin

shalehudin


Video: Penerangan terkini fitnah ke atas Anwar

Posted: 11 Apr 2011 10:00 AM PDT






Tanda tanda pilihanraya umum woiii...

Posted: 11 Apr 2011 09:10 AM PDT

Surat khabar cina ni memang hebat laa... awai awai dah dapat cium nilai berita terutama berita panas... kahkahkah... tak dan la Najib ngan Rosmah nak main sorok sorok... kahkahkah...

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Juruterbang Helikopter maut

Posted: 11 Apr 2011 06:45 AM PDT

Berita yang baru diterima - juruterbang yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tengah hari Isnin, disahkan meninggal dunia.

Al-fatihah...

Juruterbang Sahimi Ghazali telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi. Sebelum kejadian, Allahyarham telah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin.

Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, beliau telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan segera. Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkejar ke hospital untuk menziarahi Sahimi sebaik sahaja mendapat tahu akan kemalangan tersebut.

Beliau telah ditugaskan membawa staf pejabat menteri dalam lawatan ke Sibu...

Errr... pembetulan, helikopter tu pakai duit poket Muhyiddin sendiri... bukan duit rakyat tau... hihi...

Kalau dah masuk Umno, jangan bicara soal moral... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2011 06:40 AM PDT

Kalau dah dasar penakut ni, macam macam cara depa akan buat. Cam tu la juga dengan Umno... akibat gerun dengan apa yang Anwar ada dan boleh buat... Umno terpaksa ketepikan soal moral untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kerajaan.

Lihat saja kini dan tanpa disedari, masyarakat menjadi mangsa eksploitasi maklumat berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar oleh trio veteran Umno bergelar Datuk T bulan lalu. Cubaan mengaitkan Anwar dengan individu dalam video seks tersebut sebaliknya mendedahkan keruntuhan moral dalam Umno-BN. Moral depa dah tak laku barang satu sen pun, malang sekali sesiapa yang telah menjadi bangsa Umno kerana bersekongkol bermakna sudi bersama sama Umno tenggelam dalam kehinaan.

Namun, tanpa disedari Umno... kejadian tersebut merupakan tanda tanda awal kejatuhan regim itu yang semakin menekan rakyat dengan propaganda politik kotor. Mereka seakan-akan alpa dengan isu dan dasar-dasar utama yang harus didedahkan kepada rakyat demi kepentingan negara dan bukan video seks menjadi perbualan seharian.

Kita amat berharap bahawa undi rakyat bukan dilihat melalui persepsi individu tertentu tetapi pendekatan yang mampu dibawa oleh pemimpin untuk penstrukturan yang diperlukan negara bagi mewujudkan semula daya saing di kalangan negara serantau. Mengangkat semula sistem pendidikan untuk generasi muda sekaligus membolehkan pemikiran kritikal dibentuk dalam masyarakat.

Orang Umno dilarang baca ni, mampuih hangpa tak paham punya...

Posted: 11 Apr 2011 04:30 AM PDT

Kami Hanya Mahu Sesuap Nasi

Kami tidak gelojoh untuk jadi sekaya kamu. Kami tidak perlukan banglo dan kereta besar. Kami tidak perlukan emas dan berlian. Kami tidak perlu keluar negara dan tinggal di hotel-hotel mewah. Kami hanya perlukan sesuap nasi untuk anak-anak kami yang masih kecil, memadai untuk mereka, kami hantar ke sekolah dalam keadaan perut yang berisi walaupun sedikit sahaja supaya satu hari nanti mereka dapat berbakti kepada agama dan negara.

Memadai bagi kami untuk berteduh di bawah rumah yang lusuh dari hujan dan panas terik. Memadai bagi kami 5 sekeluarga untuk terpaksa berhimpit ketika menunggang motorsikal buruk yang kami beli 10 tahun yang lalu. Kami redha dengan kurniaan ilahi walaupun terpaksa bangun awal pagi dan kembali mencari rezeki di malam hari.

Itu sahaja yang kami, sebagai rakyat biasa pohon dari pimpinan negara. Pimpinan yang kami lantik dari tangan-tangan kami sendiri yang kami sangkakan bekerja untuk kami.

Tidak cukupkah dengan ujian hidup kami kini, sehingga perlu ditambah lagi?, tidak henti-henti dibebani dengan kenaikan harga ayam, ikan, daging, sayur, tepung, petrol, diesel, gas, bil letrik, bil air, cukai perkhidmatan, cukai pendapatan, tiket bas, tol, caj hospital, skim pinjaman buku teks, yuran peperiksaan dan sebagainya, malah di tambah pula dengan saman ekor dan masalah insurans kenderaan tua?.

Dari mana lagikah sumber kewangan yang harus kami cari untuk menampung bebanan tambahan itu? Kami buntu dan tertekan. Tidakkah kamu simpati lagi kepada kami yang memilih kamu wahai pimpinan ku?

Kami kucupi dahi anak-anak kami setiap pagi sebelum mereka ke sekolah, sambil kami usapi bedak di dahi dan pipi mereka, kami renungi mata mereka sambil mengukir satu senyuman sayang beserta pohonan kepada Allah S.W.T yang berkuasa, agar ujian ini hanya terbatas kepada kami, ibu dan ayah dan bukan kepada anak-anak kami yang tidak berdosa.

Wahai pimpinan ku, kami tidak menyumbang kepada Indeks Rasuah Negara yang kini di tangga ke-56, tetapi kenapa kami juga yang harus menerima akibatnya?

Wahai pimpinan ku, Kami juga tidak menyumbang kepada isu PKFZ, tetapi kenapa kami juga yang harus menanggungnya?

Wahai pimpinan ku, Kami juga tidak menyumbang kepada runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu, tetapi kenapa kami juga yang terpaksa terseksa dengan kesannya?

Sebab kami tahu, ketirisan dan kebocoran ada berlaku dalam pengurusan kewangan negara sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan sumber kewangan sehingga ia memaksa kamu untuk menzalimi kami.

Sudah jatuh ditimpa tangga, kamu bercadang pula memansuhkan subsidi kami hanya semata-mata kerana bajet defisit? Hanya kerana ia meliputi 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?

Bukankah bajet defisit itu boleh diatasi dengan perbelanjaan dan pengurusan berhemah PKFZ, Stadium Sultan Mirzan, Projek Bakun, Projek Landasan Berkembar dan bermacam lagi? tanpa perlu dahulu menyerang subsidi kami.

Bukankah masalah yang sebenar adalah kerana hutang negara di sekitar 53.7% daripada KDNK seperti yang tercatat dalam laboran audit negara? dan adakah hutang negara adalah semata-mata kerana sumbangan subsidi ?

Janganlah engkau wahai pimpinan ku, menjadikan keangkuhan kamu itu, setelah sekian lama dilimpahi nikmat dunia oleh tuhan untuk engkar dengan amanah itu, amanah yang kami serahkan kepada kamu satu ketika dulu.

Tidak takutkah engkau wahai pimpinan apabila doa kami yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang?.

Kami bedoa dan kami pohon Ya Allah kepada kamu untuk melindungi kami dan anak-anak kami dari semua kezaliman ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Konfom BN pun boleh terbalik... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2011 01:39 AM PDT

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Bau badan Taib tak wangi macam dulu... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2011 12:47 AM PDT

Terbukti, rakyat Sarawak dah meluat ngan Taib Mahmud. Rakyat Sarawak dah muak, naik muntah hijau dengan bau badan Taib Mahmud. Ini telah dibuktikan dengan bermulanya kempen enam hari Najib di Sarawak.

Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib Razak sendiri "mengetuai" BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang.

Tak pernah dalam sejarah seorang Piem bangsa Umno dan keseluruhan anggota Kabinet pusat sanggup menghabiskan kebanyakan masa dan usaha mereka ketika pilihan raya negeri Sarawak. Buat kali pertama kita melihat kegagalan di pihak kepimpinan negeri... dan usaha terdesak Najib untuk datang dan dengan sewenang-wenangnya menggunakan keseluruhan sumber kerajaan persekutuan untuk berkempen.

Pembahagian kek cara Umno

Posted: 10 Apr 2011 10:47 PM PDT

Orang ramai dah agak dah, rakyat pun dah tak heran lagi... nak terkejut apanya, dah dapat apa yang dihajat... lepas ja la jawatan. Bagi peluang pada orang lain merasa sama.... kek yang ada sedap ka tidaknya.

Sebab tu rombakan kepimpinan yang telah Perkasa lakukan dengan melantik Marzuki Ibrahim sebagai bendahari agung bagi menggantikan Shuaib Lazim adalah suatu lumrah bagi NGO ketuanan Melayu nih. Mereka akan kenyangkan seseorang sebelum melantik orang lain pulak merasa kemanisan kek yang disuap oleh Umno.

Bukankah Umno itu Perkasa dan Perkasa itulah Umno... kahkahkah...

Tak di nafikan juga, Marzuki dilantik bagi menggantikan Shuaib yang melepaskan jawatan kerana masalah kesihatannya namun umum mengetahui, mustahil sangat la trio Datuk T yang berusaha keras tanpa menggunakan akal waras untuk mengaibkan Anwar Ibrahim dengan video seksnya tidak langsung mendapat sebarang imbuhan dari tangan tangan kebal dibelakang mereka.

Shuaib bersama dua "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mendedahkan video seks itu yang menggemparkan negara. Ketiga-tiga mereka telah memberi keterangan kepada polis empat hari selepas mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Mait tengok, keajaiban Sarawak dah berlaku

Posted: 10 Apr 2011 08:37 PM PDT

'Super Sunday' melanda Sarawak


Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kemprn masing-masing.

Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.

Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.

Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.

31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.

"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.

Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.

Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.

Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib.

Caranya halal asalkan Anwar terhapus

Posted: 10 Apr 2011 08:11 PM PDT

Dalam dunia politik Umno, memang mereka meletakkan sebarang matlamat politik... tak kira samaada baik atau buruk, asalkan berfaedah saja bagi political mileage diaorang... maka segala apa cara sekalipun akan di halalkan.

Sekarang ini demi kelangsungan parti bangsa Umno, ia lebih banyak bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan. Jadi tak kira la apa pun caranya, ia adalah halal disisi bangsa Umno. Segala yang ada disekeliling mereka akan dipergunakan demi kelangsungan ini asalkan Anwar musnah, tiada lagi susuk yang akan menghalang kelangsungan Umno.

Kini Suruhanjaya Diraja telah diletakkan sebagai tukul bagi menyelamatkan Umno dengan memangsakan Anwar. Mereka akan mencipta beribu dalil bagi menghalalkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja mengadili Anwar dalam isu video seks yang hebat diperkatakan oleh Umno. Umno melihat video hasilan Datuk T ini sebagai senjata baru memusnahkan Anwar dan Suruhanjaya Diraja sebagai tukul terbaik merapatkan kapan Anwar nanti.

Namun, logikkah sebuah Suruhanjaya Diraja mengadili hanya sebuah video seks yang tidak ketahuan punca dari mananya? Dan siapa pelakonnya? Bagaimana dengan permintaan rakyat terbanyak sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menghalusi kematian arwah Sarbani dibangunan SPRM? Kenapa Nazri dan Piem Umno, Najib Razak memandang dingin keperluan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengenal pasti dan memperbetulkan SPRM sekiranya perlu? Apakah video seks yang kononnya melibatkan Anwar itu lebih penting dari nyawa seorang rakyat?

Nazri dan khasnya Najib perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham "tidak sama" dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM. Reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri membingungkan ramai pihak. Jelas fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar. Inilah undang undang rimba, video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan "mengikut prosedur undang-undang yang ada".

Jika benar sebuah Suruhanjaya adalah perlu menangani isu isu besar melanda kita, maka Najib dan jemaah kabinetnya perlu menubuhkan juga sebuah RCI tentang kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Mana dia PERKASA, mana dia GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat menuntut keadilan. Apakah mereka buta tentang kematian Altantuya yang mengheret imej negara merudum dimata dunia? Atau memang mereka diarah untuk diam terhadap komisyen kapal selam yang tak mau selam....

Inilah suara rakyat yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Kantoi parti tupperware... patut orang ramai... kahkahkah...

Posted: 10 Apr 2011 06:49 PM PDT

Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM


Andrew Ong
Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam semalam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

 

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

 

Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

"Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang," kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

 

Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

Wartawan gila seks

Posted: 10 Apr 2011 06:41 PM PDT

Jangan kata Anwar, kalau aku pun naik angin... kahkahkah...
Sebab yang tanya aku tu wartawan yang gila seks...
Soklan dia tentang seks...
Fikiran dia tertumpu pada seks...
Fokus minda dia hanya seks...
Cakap dia semua seks...
Duit gaji dia hasil dari perkataan seks...
Pakaian dia pun seks... SEKSI...
Tapi persoal moral orang... kahkahkah...


*************************

Anwar naik angin ditanya tentang video seks


Aidila Razak
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila bertanya tentang video seks lelaki yang didakwa miripnya dengan seorang wanita muda.

Ketua pembangkang itu naik angin bila ditanya wartawan tentang jam Omega, yang didakwa trio Datuk T yang menayang video itu, ditinggal Anwar di bilik hotel tempat rakaman itu didakwa dibuat.

Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?

Wartawan: Datuk Seri adakah...

Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.

Wartawan: Dalam tweet sebelum ni...

Anwar: Pasal apa saya nak jawab?

Wartawan: Itu sebab saya tanya.

Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Anwar: Pernah ada orang tanya?

Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri...

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika...

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.

Anwar: Dah habis soalan?

Wartawan: Belum

Anwar: Habiskan soalan.

Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang....

Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.

Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.

Anwar: Ya, saya tahu tugas media.

Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.

Anwar: Ya.

Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.

Anwar: Bila yang polis minta?

Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?

Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?

(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)

Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.

Wartawan: jadi...

Anwar: You tanya soalan I jawab.

Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.

Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?

Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.

Tiada ulasan: