Isnin, 11 April 2011

Addin

Addin


PRN Sarawak : Siapa Taib Mahmud Di Peta Kekayaan

Posted: 11 Apr 2011 06:00 PM PDT

Pendedahan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh beberapa laman web dan akhbar terutamanya Sarawak Report membuatkan, masyarakat di Sarawak mula membuka mata dan menyedari bertapa teruknya pemerintahan Ketua Menteri itu. Pendedahan itu dan kesengsaraan rakyat akibat dasar jahat kerajaan Taib Mahmud dijangka akan menjadi 'timing bomb' pada pilihan raya negeri dalam masa terdekat ini yang boleh menjatuhkan kerajaan Taib.

Siapa Taib Mahmud sebenarnya dalam sejarah kekuasaan dan penglibatannya dalam menghimpun kekayaan di Bumi sarawak? Beberapa pendedahahan telah menyatakan, penglibatan Taib dan keluarganya dalam industri pembalakan secara khusus telah disebut dalam laporan oleh Forests Monitor.

Menurut laporan tersebut, ketua menteri memperuntukan dirinya sebagai pihak yang berhak untuk mengeluarkan lesen balak dan tidak membolehkan undang-undang mencabar ketua menteri dalam hal ini.
Ini bertujuan untuk memastikan sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam pembalakan akan sentiasa taat kepada ketua menteri.

Laporan tersebut juga menyebut, secara umumnya, hubungan saling bantu membantu antara golongan elit politik dan syarikat-syarikat balak telah berkesudahan dengan amalan pecah amanah, rasuah dan keuntungan atas angin.

Di mana rekod kewangan syarikat-syarikat pembalakan antarabangsa termasuk Malaysia sukar untuk dikesan. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Michael Lewin Ross, penguasaan politik Taib Mahmud dari 1986 hingga 1991 telah membolehkan beliau melipatgandakan kegiatan pembalakan di Sarawak.

Taib dikatakan menggunakan konsesi balak untuk memperkaya diri dan kelurganya.Dalam tahun 2007, Japan Times melaporkan, sembilan buah syarikat perkapalan Jepun yang membawa balak dari Sarawak telah didakwa gagal untuk melapurkan pendapatan yang sebanyak 1.1 billion yen sepanjang tempoh masa tujuh tahun.

Laporan itu mendakwa, wang tersebut telah dibayar sebagai imbuhan kepada pegawai-pegawai Sarawak melalui sebuah agen di Hong Kong yang ada hubungan dengan keluarga Taib.

Begitupun Taib telah menafikan tuduhan tersebut dengan membentangkan 10 muka surat penjelasan dalam dewan negeri. Ketua Menteri itu menyatakan tidak tahu menahu dengan rasuah yang diberi kepada pegawai-pegawai Sarawak dan penyelewengan pendapatan dari pengeluaran balak.

Dalam tahun 2008, Surat khabar Indonesia, Tribun Pontianak mendedahkan lebih kurang 30 kapal membawa masuk balak haram dari Indonesia ke Sarawak dan kemudian diekspot ke negara-negara lain setiap bulan.Taib Mahmud dan syarikat Hardwood Sdn Bhd, milik penuh unit agensi negeri Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), telah terlibat dengan kerja penipuan balak ini.

Dalam tahun 2009, laporan tahunan Ketua Audit Negara Malaysia untuk 2008 melapurkan tahap pengurusan hutan Sarawak oleh kerajaan negeri sebagai tidak memuaskan.

Namun Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber, Dato' Amar Awang Tengah Ali Hassan telah mempersoalkan kesahihan laporan itu dan mendakwa jabatan Ketua Audit Negara tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hutan.Kerajaan Taib Mahmud melahirkan sistem nepotisme dan kronisme yang sangat melam;pau.Anak lelaki Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada 23 Januari 1995.

Sekarang Mahmud Bekir memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kumpulan CMSB. Adik beradik kepada Abu Bekir Taib, Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah Hajar Taib dan arwah ibu beliau, Laila Taib adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.

CMSB syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, telah dianugerahkan berbagai-bagai kontrak kerajaan, termasuklah penyelengaraan jalanraya Sarawak selama 15 tahun, pembinaan jalanraya, membekal bahan atap untuk unit rumah kos rendah, membina hospital, dan menaik taraf lapangan terbang.

Syarikat ini juga dikatakan hampir memonopoli pembekalan simen dalam negeri Sarawak dan dalam tahun 2001, kerajaan Persekutuan Malaysia membenarkan unit pebankan kumpulan CMS, Bank Utama untuk menguasai bank RHB untuk menjadi salah satu dari 10 bank induk Malaysia.

Sementara dalam tahun 2009, syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, yang 51 peratus dimiliki oleh CMSB telah menyiapkan pembinaan Bangunan Baru Dewan Perundangan Negeri Sarawak.

CMSB juga didakwa bekerjasama dengan pengeluar utama aluminium, Rio Tinto Alcan (RTA) untuk membangunkan kilang aluminium di Similajau sebagai sebahagian dari pembangunan wilayah SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy).

Seorang doktor falsafah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Mersat, dalam theasisnya mendakwa harta kekayaan keluraga Taib kebanyakannya hasil dari kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender, dan keuntungannya telah dihantar dan disorok ke luar negara.

Seorang lagi pensyarah dari universiti yang sama menulis dalam tesisnya mendakwa, pengambil alihan Bank Utama oleh CMSB dan syarikat-syarikat lain, adalah satu contoh di mana perniagaan yang menghasilkan untung besar hanya dikuasai antara individu-individu yang yang mempunyai hubungan rapat.

Penswastaan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri telah mengurangkan punca pendapatan kerajaan negeri, kesannya telah menambah beban yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Sementara dalam tahun 2000, kabinet Taib Mahmud telah meluluskan kontrak bernilai RM 551.02 juta untuk dianugerahkan terus kepada Titanium Management Sdn. Bhd.

Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut dan kontrak membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Laporan Ketua Audit Negara Malaysia tahun 2006 menyatakan, perjanjian dalam kontrak tersebut memberi kelebihan atau menyebelahi kepada pihak kontrakor.

Kos kontrak tersebut telah bertambah 72 peratus dari kos asal. Kajian yang dibuat terhadap 12 jambatan telah didapati rekabentuk jambatan tidak mengikut keperluan sebenar dan dibina secara tidak ekonomik.

Sementara itu, dalam satu pendedahan yang terkini oleh Sarawak Reports, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray.

Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka.

Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah "dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi" dan "bangunan dalam beberapa segi adalah hijau".

Sarawak Reports juga mendakwa Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama.

Mereka memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of InvestigationFBI Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London.

Taib Mahmud dan keluarganya tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Laporan Sarawak itu.

Sebaliknya kini menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah=tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi ,lagi kantung dan perut beliau dan anak-anaknya, sedang rakyat merintih sengsara./Hrkh


PRN Sarawak : (Video) Sarawak Jahanam Kerana Taib Mahmud

Posted: 11 Apr 2011 08:42 AM PDT

Kehangatan kempen pilihanraya Sarawak semakin panas dengan BN dikatakan sangat tertekan sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak terpaksa membatalkan semua acara untuk berkampung di Sarawak mulai semalam hingga ke hari pengundian. BN menjadi semakin parah dengan hubungan yang runcing antara Ketua Menteri Taib Mahmud dengan Najib yang membuat ucapan menyinggung semalam dengan menyatakan Taib akan berundur selepas pilihanraya.

Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan luar biasa di negeri itu. Tanpa sokongan media yang dikawal BN, kempen Pakatan Rakyat lebih memfokus dengan ceramah, kempen rumah ke rumah, pengedaran risalah dan lain-lain. Terbaru sebuah video dikeluarkan yang menggambar betapa pemimpin-pemimpin BN kaya raya dan rakyat Sarawak terus dihimpit derita kemiskinan. Ayuh bersama buat perubahan. Majukan video ini kepada pengundi-pengundi di Sarawak dan kepada semua rakyat Malaysia./KD


Najib Perkudakan SPRM

Posted: 11 Apr 2011 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tragedi menimpa arwah Ahmad Sarbani Mohd, berpunca daripada campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. Shamsul berkata, campurtangan itu jelas tertera seperti yang termaktub dalam Akta SPRM 2009 sekaligus membuktikan agensi itu hanya melakukan tindakan berdasarkan kehendak Perdana Menteri.


"Secara praktisnya, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak seperti termaktub dalam Bahagian 2, Perkara 5 (1) yang meletakkan Yang Di Pertuan Agung dengan nasihat Perdana Menteri untuk melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM selama apa-apa tempoh dan syarat yang ditetapkan Perdana Menteri. "Kuasa mutlak yang diberikan kepada SPRM melalui Perdana Menteri memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan mengekalkan cengkaman Barisan Nasional terhadap agensi kerajaan itu.

"Adalah lucu Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan politik berkuasa melantik Pesuruhjaya SPRM dan sistem rimba seperti ini jelas menekan SPRM untuk terus menurut perintah Najib," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Shamsul mencadangkan agar Malaysia mencontohi negara yang mempunyai sistem yang baik dalam menangani rasuah seperti 'Independent Commission Agains Corruption' di Hong Kong dan 'Singapore Corrupt Practice Investigation Bureau' di Singapura.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Menyedari hakikat ini, AMK mendesak Perdana Menteri untuk melaksanakan tiga tuntutan bagi mengelakannya terus tercalar. "Pertama, meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa parlimen dan bukan dibawah Perdana Menteri seperti sedia ada. Ini penting bagi memastikan SPRM bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan bukannya Perdana Menteri.

"Kedua, menubuhkan badan Pemantauan Bebas untuk proses penyiasatan seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan pemantau Polis sekaligus mengelakkan salah guna kuasa dan kekerasan SPRM. "Ketiga, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes kematian Arwah Sarbani yang menjadi misteri kepada selurah rakyat Malaysia," katanya lagi./KD


KDRM Dan SPRM Akan Bersemuka Esok

Posted: 11 Apr 2011 06:00 AM PDT

Kepimpinan kesatuan sekerja Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan mengadakan pertemuan dengan SPRM Selasa ini bagi meleraikan "kontroversi" yang tercetus di sebalik Operasi 3B dan kematian anggota mereka di premis badan antirasuah itu, minggu lalu. Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Ibrahim Ahmad memberitahu, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, petang Selasa ini.


"Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan kami 12 April ini, jadi kami berharap kesempatan ini akan digunakan untuk mendapatkan penjelasan beberapa perkara timbul sejak dua minggu ini," kata Ibrahim.

Hasil pertemuan dua jam membabitkan kesatuan dan pesatuan pegawai-pegawai kastam dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak di Kelana Jaya Jumaat lalu, pihaknya meletakkan harapan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pengurusan SPRM ekoran isu yang berkaitan dengan Operasi 3B dan kematian Penolong Pengarah Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di tingkat satu bangunan SPRM WIlayah Persekutuan pagi Rabu lalu. Dalam reaksinya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau bersedia bertemu dengan wakil kesatuan dan persatuan pegawai-pegawai KDRM dalam usaha merungkai segala isu yang sedang dihadapi termasuk ekoran insiden kematian Ahmad Sarbani di premis SPRM."Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai," kata Najib dipetik laporan media semalam.

Kelmarin, Ibrahim memberitahu pemberita bahawa moral dan kredibiliti pegawai dan anggota KDRM kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM108 bilion. Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sebelum ini melahirkan rasa sangsi bahawa Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Ibrahim berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham. Kelmarin, Ibrahim memberitahu, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, "kami berharap Datuk Seri Najib dapat memberikan nasihat yang boleh membersihkan maruah dan imej Kastam yang kini terjejas akibat laporan media yang tidak tepat."

Ibrahim berkata laporan media yang mengaitkan pegawai KDRM terlibat dengan rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM108 bilion adalah tidak logik kerana agensi itu menjana pendapatan sebanyak RM28.3 bilion tahun lalu. Dalam ulasan terbarunya, Ibrahim menyambut baik kesediaan Najib untuk mengadakan pertemuan. KDRM terletak di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.

"Saya pun dengar begitu. Saya menyambut baik reaksi segera Perdana Menteri, tetapi bila pertemuan akan diadakan belum pasti. "Kami akan mengetengahkan beberapa perkara termasuk soal kebajikan kakitangan kastam jika pertemuan itu diadakan nanti," kata Ibrahim lagi.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia, Datuk Abdul Rahman Manan berkata pertemuan tidak formal pegawai-pegawai kanannya semalam telah memutuskan untuk meminta SPRM agar menjelaskan beberapa perkara bagi mengelakkan masyarakat memandang serong perkhidmatan kastam.

"Kami mendapati kakitangan kastam dan mereka yang telah bersara kecewa dengan laporan media, yang mengaitkan Operasi 3B dengan isu pengubahan wang haram sebanyak RM108 bilion. "Kami mahu isu ini dijelaskan, diberikan maklumat yang tepat supaya orang ramai tidak melihat negatif KDRM," kata Abdul Rahman yang juga bekas setiausaha agung Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung dan Cuepacs./KLT


Petanda PRU 13 Semakin Hampir

Posted: 11 Apr 2011 05:00 AM PDT

Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.


Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. "Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak./KLT

PRN Sarawak : Adakah Be End Akan Tersungkur Seperti Ini?

Posted: 11 Apr 2011 03:19 AM PDT

KUCHING - Sebuah helikopter dipercayai membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhempas ketika hendak berlepas dari sebuah padang berhampiran Wisma Sanyan, lapor Malaysiakini.Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ.Helikopter itu dikatakan baru pulang daripada menghantar  Muhyiddin dari Bintangor ke Sibu, apabila sebuah daripadanya mendarat di dan terbalik./KD

PRN Sarawak : Bandingkan 30 Tahun Sarawak Dengan 3 Tahun Pakatan

Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT

KOTA SAMARAHAN - Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan. "Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan. "Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.

Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain. Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.

Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu. "Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang?

"Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana. "Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan," tambah Mahfuz lagi.

Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji. Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka.

"Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat. "Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun," katanya. Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun.

Jom Ubah Sarawak

Hari Gawai Minum Air Tuak,
Dari Marudun sampai ke Ba'kelalan,
Taib Mahmud Sudah sapu kekayaan Sarawak,
Ayuh kita undi Pakatan.

Orang Cina sudah bosan dengan George Chan,
Mereka sedia menyambut perubahan,
Bagaimana pula Melayu Melanau dan Iban,
Saya yakin anda semua akan undi Pakatan.

Ramai-ramai ke bandar Kuching,
Untuk sambut Hari Gawai,
Rakyat sarawak sudah tak nak dacing,
Ayuh kita sokong Pakatan ramai-ramai.  

Harakahdaily

PRN Sarawak : Tanah Adat Dan Laporan SUHAKAM

Posted: 10 Apr 2011 07:00 PM PDT

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Rakyat yang bermula pada 7 Mac 2011 telah tamat pada 7 April 2011.  Kini yang menjadi tumpuan ahli parlimen amnya ialah Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak atau PRN Sarawak ke-10. Salah satu laporan tahunan yang diserahkan kepada Parlimen kali ini ialah Laporan Tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).  Laporan ini berkait rapat dengan PRN Sarawak ke-10.


Laporan Tahunan 2010 SUHAKAM merupakan laporan ke-10 yang wajib diserahkan oleh SUHAKAM kepada Parlimen menurut Seksyen 21 (1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) .
Semenjak penubuhannya pada tahun 1999, SUHAKAM telah menyerahkan laporan tahunannya kepada Parlimen.  Malangnya, Laporan Tahunan SUHAKAM tidak pernah dibahaskan dalam dewan meskipun seruan demi seruan dan desakan satu per satu disuarakan oleh pelbagai pihak semenjak laporan tahunan yang pertama dikemukakan oleh SUHAKAM.

Sesungguhnya, pengamatan penulis mendapati bahawa ratusan laporan tahunan diserahkan kepada parlimen setiap tahun.  Biarpun laporan-laporan tersebut bertimbun bagai bukit bilangannya tetapi jarang-jarang sekali ahli parlimen diberikan peluang untuk membahaskannya dalam dewan.

Menurut kajian KPRU, pada tahun 2009, sebanyak 215 laporan tahunan, penyata dan risalah dalam pelbagai bentuk telah dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan diserahkan kepada ahli parlimen masing-masing pada tahun 2009, dan angka ini melonjak kepada 251 pada tahun 2010.  Laporan Tahunan SUHAKAM adalah antara laporan penting yang dikemukakan tetapi tidak pernah dibahaskan!Baca seterusnya

Merdeka Review

Tiada ulasan: