Isnin, 11 April 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


WAJAH JURUTERBANG YANG MENINGGAL DUNIA

Posted: 11 Apr 2011 10:54 AM PDT


SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.

Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

48 tahun memerintah, BN masih gagal sedia kemudahan asas

Posted: 11 Apr 2011 10:29 AM PDT


TEBUAN: Selepas 48 tahun mentadbir, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menyediakan prasarana dan infrastruktur yang sempurna di Sarawak, menyebabkan penduduk di Kampung Sorak Melayu dalam DUN Tebedu, hidup dalam risiko dan bahaya.

Mereka terpaksa merentasi jambatan gantung sepanjang kira-kira 50 meter untuk ke pekan Serian yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung tersebut.

Bahkan, setiap hari anak-anak di kampung tersebut berhadapan dengan risiko jatuh ke dalam sungai kerana keadaan jambatan gantung yang uzur dan usianya yang sudah menjangkau 20 tahun.

"Kalau saya jadi orang kampung ini, satu undi pun saya tak beri kepada Barisan Nasional.

"Anak-anak muda kampung ini kena sedar. Selagi mana kita tak lawan, selagi itulah mereka memperkecilkan kita," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatannya ke kampung tersebut, petang tadi.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui KeadilanDaily berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih gagal membekalkan bekalan air bersih ke kawasan itu.

Mereka terpaksa menggunakan air sungai atau menadah air gunung yang terletak agak jauh dari kampung mereka bagi meneruskan kehidupan sehari-hari.

Terdahulu sebelum itu, Anwar dalam program ceramah kelompok dan ramah mesra bersama pengundi di Kampung Sorak Sumpung. Turut hadir ialah calon bagi kawasan DUN N 18 Tebedu, Dr Christopher Anak Kiyui.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11204

Petanda BN gagal raih 2/3 DUN Sarawak?

Posted: 11 Apr 2011 01:25 AM PDT


Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak. Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.
"Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.

Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong".

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.

"Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

"Bak kata orang-orang bae (bintulu) " yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur" ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.

Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal

Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

"Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

"Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.

20 belia Kampung Jepak dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis mereka bersama dengan PAS Cawangan Kampung Jepak 6 April lepas.

Borang-borang itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Kawasan Bintulu yang turut hadir dalam majlis itu.

Ekoran penyatuan antara belia dan PAS Cawangan itu, satu pasukan Futsal Kampung Jepak ditubuhkan.

Di majlis barbeku PAS Cawangan Jepak, anak-anak muda kampung itu berjaya dikumpulkan bersama dengan aktivis PAS.

Tiada ulasan: