shalehudin |
- Sedap betoi kupasan nih, baguih untuk orang bangang macam bangsa Umno baca...
- Taib dah lama tidur tak lena, ni giliran Najib pulak... kahkahkah...
- SPRM nak bersih, KDRM pun nak bersih... BN camana pulak... kahkahkah...
- Polis dah tak tangkap orang jahat lagi dah sebab yang paling jahat tu Anwar Ibrahim...
- Nak bagi balik kat rakyat saja... haha... bukan nak rampas macam depa tuu...
- 48 jam saja untuk Anwar lari... kahkahkah...
- Jutaan ringgit bhai...
- Betoi kata Muhyiddin tue...
Sedap betoi kupasan nih, baguih untuk orang bangang macam bangsa Umno baca... Posted: 09 Apr 2011 09:20 AM PDT Video seks bukan bukti kukuh sabitkan zina Sekarang ini heboh di sana sini tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semenjak isu meletup, budak sekolah yang sebelum ini tak tahu apa itu zina dah mulai tahu, bertanya kepada ibu bapa mereka, atau mereka akan 'search' dalam internet maksud perkataan zina. Maka keluarlah tafsiran zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum Syarak, bukan pasangan suami isteri, pelaku kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif persetubuhan yang meragukan (wati' syubhah). Bertanyalah pula kanak-kanak ini, apa pula maksud persetubuhan? Lalu tahulah mereka bahawa persetubuhan itu ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Sebelum ini, mereka dengar tentang persetubuhan. Kali ini zina pula. Wah, makin bertambahlah 'vocabulary' anak-anak kita dengan istilah-istilah seks ini. Zina adalah suatu perbuatan yang dilarang keras oleh Islam, maka hukumannya juga adalah teramat keras dan mandatori. Jika seorang penzina muhson, yakni seseorang yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, apabila disabitkan melakukan perzinaan wajib dikenakan hukuman hudd (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Bagi penzina ghair muhson, yakni seseorang penzina yang tidak cukup syarat-syarat dinyatakan di atas, hendaklah disebat sebanyak 100 kali sebatan, dan setengah ulama' menambah dengan hukuman buang negeri selama setahun. Hukuman kepada pelaku zina disebut dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman". Empat saksi Kerana ia adalah suatu kesalahan yang berat, hukumannya juga berat, maka sebab itulah ulama' mensyaratkan zina hanya boleh disabitkan samada dengan ikrar atau pengakuan si pelaku atau dengan keterangan empat orang saksi yang cukup syarat-syaratnya. Sejarah Islam mencatatkan bahawa kebanyakan sabitan zina di zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui pengakuan salah. Dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w di dalam masjid dan mengaku telah melakukakan zina. Baginda berpaling ke arah lain seperti tidak melayan atau menerima pengakuannya, sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah itu barulah Baginda bertanya, 'adakah engkau gila?' Dia menjawab 'tidak'. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, 'adakah engkau telah berkahwin?' Dia menjawab 'ya'. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat membawa lelaki tersebut untuk direjam. Dalam suatu riwayat dari Sulaiman bin Buraidah, bahawa seorang wanita dari qabilah al-Ghamidiyah datang berjumpa Rasulullah dan mengaku sebanyak 4 kali bahawa dia telah mengandung hasil perbuatan zina. Baginda tidak terus menghukum wanita mengandung itu, tetapi meminta wanita itu pulang terlebih dahulu, melahirkan dan menyusukan anak tersebut, sehingga tamat tempoh susuan, barulah beliau diperintahkan untuk direjam. Kalaulah ditakdirkan selepas melahirkan anak, wanita ini menarik balik pengakuannya berzina, maka nescaya Baginda s.a.w akan menarik balik hukuman terhadap wanita tersebut. Ini yang dilakukan oleh Baginda s.a.w di mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan telah menegur sahabat baginda dengan keras apabila mereka meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik yang telah melarikan diri ketika hukuman dijalankan. Berdasarkan dalil dan riwayat dia atas, maka rakaman video semata-mata bukanlah bukti yang kukuh untuk mensabitkan zina. Rakaman video adalah bukti yang lemah, dan dalam Islam disebut sebagai bayyinah (keterangan) atau qarinah (tanda). Ulama' Syafie dan Hanafi hanya menerima pensabitan zina melalui iqrar (pengakuan) dan syahadah (kesaksian) 4 oang saksi lelaki, adil dan merdeka sahaja, dan menolak bukti bayyinah atau qarinah. Tidak setuju dengan Zainul Rijal Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dalam sebuah akhbar tempatan bahawa rakaman video aksi seks boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah. Ulama' Islam jelas telah membahaskan bahawa jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi lelaki, adil dan merdeka yang melihat perlakuan zina itu. Peruntukan tentang perbuatan zina yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri kini adalah tidak mengikut Hukum Syarak dan tidak sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al-Quran. Bentuk hukuman yang ditakninkan dalam peruntukan ini lebih berupa hukuman takzir. Ini kerana Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 menghadkan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam, dan untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi RM5,000.00 sahaja atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Dengan adanya halangan ini, maka hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini. Mengambil contoh Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa '(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.' Manakala sub-seksyen (2) Akta tersebut memperuntukkan hukuman yang sama kepada mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya. Hukuman takzir Walaupun hukuman yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hanya berbentuk hukuman takzir, maka tidaklah bermakna kita boleh menyatakan bahawa untuk mensabitkan kesalahan zina hanya cukup dengan bukti bayyinah iaitu rakaman video. Ia adalah suatu yang mengelirukan, dan bertentangan dengan ketetapan para ulama' yang meletakkan standard bukti yang kukuh iaitu pengakuan atau syahadah 4 orang saksi sahaja boleh diterima untuk mensabitkan kesalahan zina. Saya juga sependapat dengan Dr Juanda, tamatkanlah segera isu video seks ini. Amat memalukan. Seolah-olah kita tinggal di dunia yang tidak bertamaddun dan tiada undang-undang. Tindakan menyebarkan video seks kepada khalayak ramai, kemudian menjadi perbincangan umum, dan meminta masyarakat yang menghukum adalah suatu yang tidak bermoral, rosak akhlak, serta akan merosakkan akhlak baik masyarakat. Negara ini ada undang-undang. Malah ada dua sistem mahkamah di negara ini, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Jika benar si pelaku dalam rakaman video itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja, kenapa tidak segera didakwa di mahkamah? Sebagai rakyat yang mendidik akhlak yang baik kepada anak-anak, pasti saya dan pembaca yang lain mahu melihat si pelaku dan juga orang yang mengedarkan video untuk tontotan umum itu dihukum menurut undang-undang negara ini. Agar kami sebagai warga negara ini berasa selamat dan amat bersyukur tinggal di negara yang aman ini. Qazaf Menuduh seseorang yang baik lagi suci melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram, termasuk dalam dosa besar dan boleh dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq". Tuduhan zina Walaupun dalam ayat menyebut kesalahan menuduh zina kepada wanita, ijma' ulama' bersepakat bahawa tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini. Jika aduan dibuat secara tertutup menurut saluran yang ditetapkan, ia akan dibicarakan di dalam Mahkamah, dengan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi yang boleh membantu dakwaan. Maka maruah tertuduh tidak akan tercemar atau musnah seteruk perbicaraan di media dan di kalangan masyarakat awam. Apabila dibicarakan di mahkamah, maka hukuman qazaf tidak dikenakan kerana maqasid dari hukuman Qazaf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercalar di mata awam. Maka, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan ke atas seseorang yang lain, terutama tuduhan yang melibatkan hak Allah seperti hudud. Allah memberi peringatan keras sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang pedih. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan." (Surah An-Nur ayat 23-24). |
Taib dah lama tidur tak lena, ni giliran Najib pulak... kahkahkah... Posted: 09 Apr 2011 03:00 AM PDT 10,000 penduduk Miri beri isyarat untuk 'Ubah Sarawak' Semangat penduduk Miri untuk merubah begitu bernyala-nyala MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi. Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah. "Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi. Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke. Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini. Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh. Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat. |
SPRM nak bersih, KDRM pun nak bersih... BN camana pulak... kahkahkah... Posted: 09 Apr 2011 02:00 AM PDT Kesatuan Kastam: Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa 'bunuh diri' Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan dua jam di Kelana Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi KUALA LUMPUR, 8 April — Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM. Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel "kes bunuh diri." "Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri," kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini. Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak "Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam," kata beliau. "Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini," kata Ibrahim. Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek. Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun. "Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion," kata beliau. Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani. Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini. |
Polis dah tak tangkap orang jahat lagi dah sebab yang paling jahat tu Anwar Ibrahim... Posted: 09 Apr 2011 12:47 AM PDT Lagi polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak BATU NIAH: Buat pertama kalinya selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, program ramah mesra bersama pengundi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis. Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena. Gangguan polis yang masuk kali keempat setakat ini terhadap Anwar di negeri itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Polis kemudiannya membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan. Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman. "Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini," kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan. "Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin. Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi. Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi DUN N61 Bekenu. Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.- KD |
Nak bagi balik kat rakyat saja... haha... bukan nak rampas macam depa tuu... Posted: 09 Apr 2011 12:08 AM PDT PR akan kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN. Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri. Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka. "Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum. "Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini. Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. "Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin. "Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan. Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah. Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat. Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi. "Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud. "Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya. |
48 jam saja untuk Anwar lari... kahkahkah... Posted: 08 Apr 2011 08:50 PM PDT Video seks: Hishammuddin hantar Anwar surat tuntutan 48 jam Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan tindakan mahu menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks "Datuk T" — dengan menghantar surat tuntutan kelmarin. Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno itu mahu Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, menarik balik kenyataannya dalam 48 jam iaitu sebelum hujung minggu ini. The Malaysian Insider difahamkan surat tuntutan itu dihantar ke rumah Anwar di Segambut kelmarin. "Surat itu menyatakan bahawa Anwar diberikan masa 48 jam untuk menarik balik kenyataannya dan memenuhi tuntutan-tuntutan lain sebelum tindakan perundangan dimulakan," kata seorang pegawai kanan PKR kepada The Malaysian Insider. Pada 28 Mac lalu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar berhubung isu itu. Akhir bulan lalu, Hishammuddin (gambar) berkata akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis. "Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia. "Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya. Pada hari pendedahan video itu, Anwar menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu. Keesokan hari, Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut. |
Posted: 08 Apr 2011 07:00 PM PDT Laporan media: SPRM kesan jutaan ringgit dalam akaun pegawai-pegawai Kastam April 09, 2011 KUALA LUMPUR, 9 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu. Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan. "Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat. "Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam," kata sumber itu. Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu. "Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan. "Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara," katanya. Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu. SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut. Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas. Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM. |
Posted: 08 Apr 2011 05:41 PM PDT Aku setuju ngan Muhyiddin tue.... BN perintah negara dah lama tapi tak nampak apa sangat pun. Tapi kalau nak tengok dan rasa 'bintang dan bulan' tu macamana... bagi saja Pakatan Rakyat yang perintah negara kita nih... kahkahkah... TPiem Umno si Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat yang menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya. Ini bukan janji kosong bhai, bulan dah ada dalam PAS dan bintang bertaburan dalam Pakatan Rakyat... hanya bagi peluang kita tunjukkan pada rakyat bintang macamana rasanya dan bulan macamana rupanya... kahkahkah... Memang kita tabur janji untuk menang pilihanraya... baik sikit daripada tabur duit rasuah nak kelabui mata pengundi.... kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan