Sabtu, 9 April 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Diberkas : Gambar dalang telur tiruan.

Posted: 08 Apr 2011 08:02 PM PDT

Manjung (Perak) : Lima, termasuk seorang wanita, diberkas bagi menyiasat kes pengedaran telur ayam tiruan malam tadi. Lelaki yang dipercayai ketua dalang pengedaran itu diberkas dalam serbuan di sebuah rumah banglo di sini.

Siasatan dan intipan pihak polis mendapati, sindiket ini menguasai pasaran telur di pantai barat, termasuk di Pulau Pinang seperti mana yang dibongkar oleh CAP baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah pihak polis mempunyai bukti kukuh bagi menyabitkan sindiket ini dengan pengedaran telur ayam tiruan itu, pihak polis mengatakan ada.

"Sarang telur ini tulen. Telur sahaja yang tiruan."

Agensi Berita Fakap.

Gempar! Yahudi terlibat tentukan Calon BN Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 07:44 PM PDT

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mungkin hanya dikenali sebagai seorang Ketua Menteri yang gila kuasa, yang sudah bertahun-tahun mengaut hasil bumi Negeri Sarawak masuk ke dalam kantung keluarganya. Negeri Sarawak yang kaya dan memiliki hasil bumi yang banyak seperti petroleum dan hutan, sekadar menjadi antara negeri termiskin di Malaysia gara-gara kerakusan Ketua Menterinya Taib mahmud.

Seorang kawan pernah menggambarkan sebagai "jika tanya anjing dan khinzir, mereka pun tahu Taib Mahmud perompak besar". Malah kalau dilihat, Najib sendiri merasai kewujudan Taib Mahmud adalah liabiliti kepada Barisan Nasional, kerana salah lakunya sudah terlalu jelas, Barisan Nasional tidak mampu menutup bangkai gajah menggunakan tudung saji.

Sejak semalam terbongkar satu lagi rahsia Taib Mahmud. Rahsianya menggunakan khidmat tiga orang bomoh warga asing sudah menjadi bualan rakyat jelata, apabila hal ini dibongkarkan sendiri oleh sepupunya, malah sepupunya itu telah memaki hamun bomoh-bomoh tersebut di khalayak ramai rujuk link ini [Bomoh Taib].



Apa yang lebih memeranjatkan, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Taib Mahmud juga menggunakan bomoh berbangsa Yahudi untuk menentukan dan memilih calon-calon BN yang layak untuk bertanding pada Pilihanraya Sarawak kali ini [Malaysiakini].

Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, Sebelum ini kerajaan persekutuan melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengaku menggunakan syarikat Yahudi APCO sebagai penasihat kerajaan Barisan Nasional [mStar].

Kini Ketua Menteri Sarawak didedahkan secara terang-terangan menggunakan penasihat Yahudi sebagai bomoh untuk menentukan dan memilih calon-calon Barisan Nasional yang sesuai bertanding pada pilihanraya Negeri Sarawak.

"Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu." Al-Baqarah - 120



ReJaM© "Depan rakyat jadi pejuang Islam, di belakang jadi tali barut Yahudi "

Harga makanan kat tempat gua.

Posted: 08 Apr 2011 05:57 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Cer lu orang letak harga kat tempat lu orang plak. Meh masing2 tengok beza kalau ada. Harap MSK dan mana-mana blogger yang kat Sarawak tu bleh kongsi harga makanan di sana. Kongsi harga makanan yang ada kat semenanjung juga lah.

Harga makanan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Nasi + Ayam + Sambal + Kuah = RM 2.00

Nasi + Ayam + Sambal + Kuah + Sayur = RM 2.50

Semua jenis air yang guna gula = RM 1.00

Semua jenis air yang guna susu = RM 1.20

Kebanyakan jenis kuih = 20 sen sebutir

Burger ayam dan daging kat pasar malam = Dari RM 1.00 ke RM 1.80 (Burger daging / ayam RM1 tahun 2011 ada lagi ma. Macamana diorang niaga gua pun tak tau)

Satey = 50 sen secucuk

Tiada ulasan: