PERAKITE |
- Mantan Adun tidak peduli masalah penduduk Sebuyau
- dari kucing ke sebuyau part one
- Harta rompakan keluarga Taib Mahmud
Mantan Adun tidak peduli masalah penduduk Sebuyau Posted: 09 Apr 2011 06:10 AM PDT Sebuyau, iaitu kawasan DUN N22 adalah sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil dan terpencil, umpama di hujung sebuah tanjung yang mati. Begitulah pekan yang dhaif dengan segala kepayahan ini bagaikan tidak memberi harapan kepada penduduknya. Rumah-rumah nelayan kelihatan tersangat dhaif. Namun demikian mereka tetap dengan bangganya menampalkan photo PM DS Najib Razak dan KM TS Taib Mahmud dan lambang-lambang kati di segenap dinding rumah mereka. Ia tidak sepadan dengan kesetian mereka selama lebih 30 tahun kepada Taib. Khabarnya mereka juga tidak memiliki masjid sejak dua tahun lepas setelah runtuh pada Ramadhan 2009. Meskipun surat telah dihantar kepada Najib, namun terus dibelenggu hampa, malahan tapak masjid juga sudah dikebas untuk projek lain. Bagaimanapun mungkin pilihanraya ini mewajibkane Najib meluluskannya segera.. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam dari Kucing ke Sebuyau, melintasi dua buah sungai termasuk sungai Buloh yang lebarnya mungkin 1km. Kesemuanya direntasi dengan feri. Saya redah dengan kancil sambil Raden Albanjiri menjadi Co-Pilot (yang juga tak tahu arah mana nak tuju) dan adinda azmi al kijangi. Aduhai.. terkedu mata melihat Sebuyau selepas dua jam memandu. Ala-ala pekan koboi. Khabarnya sudah 25 tahun Julaihi Narawi (BN) menjadi YB di Sebuyau. Tiada apa yang boleh dibanggakan, malahan pekan kecil dipinggiran pantai itu ketinggalan lebih 25 tahun daripada arus pembangunan. Masjid usang warisan zaman penjajah yang sudah roboh dua tahun lepas juga belum berganti. Beberapa buah asrama SMK Sebuyau yang banyak berbakti melahirkan generasi baru yang lebih berilmu juga telah roboh lebih 10 tahun lepas. Namun ia juga tidak mendapat perhatian. Penduduk kini mengguna sebuah surau yang hanya mampu memuatkan 150 jemaah untuk urusan solat Jumaat, sedangkan Sebuyau mempunyai lebih 700 jemaah. Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air dan dua kolah kecil untuk mengambil wuduk. Julaihi sebenarnya lebih tertumpu di Kucing... begitulah YB-YB BN yang hanya muncul pada musim pilihranya. Julaihi gagal memberi perhatian kepada keperluan rakyat di Sebuyau. Tahap kesemua Sekolah Rendah di daerah Sebuyau juga masih lagi pada takuk lama, sekurang-kurangnya begitulah suara pengundi Sebuyau. Penduduk masih lagi berurusan dalam hal2 kesihatan di bangunan klinik warisan nenek moyang zaman penjajah. Iya masih digunakan pakai sehingga ke hari ni, meskipun usang. Penduduk juga menghadapi masalah dengan bekalan air bersih. Tangki Takungan Air bersih yg dibina dengan menelan belanja yg begitu tinggi langsung tidak berfungsi. Ia menjadi gajah putih, tersergam tinggi tapi tak berguna. (kelihatan tangki air berkenaan.. entah apa sistem penapis air digunakan.. membazir) Penduduk juga mengadu mengenai keadaan jalan raya yang meriah berlubang di sana sini. Ia pemandangan biasa bagi Sebuyau yang ketinggalan. Mereka juga berkata, YB Sebuyau.. Julaihi jarang sekali melawat kawasan kaum Iban, maupun menyelesaikan masalah Tanah Adat (NCR) serta mengatasi pencerobohan tanah dan kawasan penempatan orang Iban. Julaihi, katanya sekadar buat pekak sahaja. Pernah satu ketika, banjir besar melanda daerah Sebuyau dan amat malang sungguh bagi pengundi kerana tempat bergantung harap.. Julaihi menghilang entah ke mana. Bagaimanapun apabila muncul kelibat tokoh lain cuba membantu, Julaihi dilaporkan sedaya upaya menghalang. Pertolongan itu pula disifatkan Julaihi sebagai boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat. Pada sekitar tahun 2006, Julaihi (menurut laporan penduduk) juga mencampuri urusan dan bertindak secara tidak bijak apabila menyifatkan kes Ketua Pemuda Bahagian itu ditangkap KHALWAT oleh penduduk Kampong Baru Sebuyau sebagai fitnah. Penduduk mahu membawa kes itu ke muka pengadilan, tetapi Julaihi dengan keras mengguna kuasa dan pengaruhnya sebagai YB untuk membebaskan Ketua Pemuda tersebut. Rintihan penduduk Sebuayu yang dipaparkan adalah sebagai menggesa seluruh pengundi dan penduduk di N22 Sebuyau mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YB Julaihi dan menuntut beliau berundur secara terhormat sekaligus memberi laluan kepada muka baru yg lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan kawasannya. Dengan anjakan paradigma senario politik semasa, para penduduk menyeru dan merayu kepada pihak berwajib Negeri Sarawak supaya tidak lagi memberi ruang dan peluang kepada Julaihi untuk terus menjadi calon Pilihanraya . Namun desakan penduduk Sebuyau tidak diendahkan kerana Julaihi terus dicalonkan BN, walaupun menurut penduduk Sebuyau, Julaihi ternyata gagal dan tidak punya kebolehan sebagai pemimpin. |
dari kucing ke sebuyau part one Posted: 08 Apr 2011 03:34 PM PDT Pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan pilihanraya terutama di kawasan luar bandar, ternyata terhad dan terbatas. Perlahan dan memakan masa. Semalam, awal2 pagi saya, AlBanjari dan Azmi berusaha menyelusuri dari Kucing, melalui beberapa kawasan yang ditandingi DAP sehinggalah ke Muara Tuang yang ditandingi calon PAS. Mungkin semalam masih awal untuk melihat perang poster tetapi saya terus gagah memandu kancil yang disewa sehingga sampai ke Sebuyau. Sekali sekala tersat jalan. Namun itu dikira ada mengembara di tempat orang. Poster masih kurang kelihatan kecuali didominasi oleh BN. Kadangkala merasa sesuatu kekurangan kerana langsung tiada bendera UMNO (yang mendakwa sangat berkuasa), kecuali bendera sekutunya PBB yang turut berlatarkan warna merah putih. Ya Umno sentiasa mendabik dada sebagai parti yang berkuasa dan memelihara kepentingan Bumiputera, sedangkan di Sarawak ditolak dadn tidak diizinkan bertapak. sebuah pondok di kawasan ASAJAYA.Menawan.. dikelilingi pepadi nan menguning dan orang-orangan. Suasana pilihanraya belum begitu terlatar. Namun ia mulai menampakkan ke arah itu. Kancil dipandu melepasi Muara Tuang.. yang mana sahabat-sahabat dari Perak berkampung dalam usaha menempatkan PAS pada mata pengundi. Kawasannya separa bandar.. lebih mencirikan keMelayuan, kelihatan masjid dan restoran-restoran Melayu. Satu suasana yang ternyata berbeza dari kawasan lain. Muara Tuang bolehlah dianggap sebagai kawasan pimggiran bandar. Semalam tidak begitu kelihatan warna hijau dan putih. Mungkin masih malu-malu menunjukkan wajah, meskipun pada malam harinya pada setiap ceramah mulai dikerumuni ramai. DS Nizar Mohamad, SU PAS Perak Misbahul Munir dan PJ PAS Negeri Ust Abu Bakar malam tadi berceramah di Muara Tuang. Pelbagai isu dibangkit termasuk mengupas harta bertimbun yang dirompak keluarga Taib. Pada penghujung jalan Muara Tuang rupanya terbentang sebuah sungai. Hmmm terhenti perjalanan seketika menunggu feri. RM1 untuk melintasi sungai berkenaan dalam perjalanan hanya 5 minit menaiki feri itu. Feri berkenaan memuatkan kira-kira maksimun 20 buah kereta. Tidak berbumbung. Khabarnya dikendalikan kroni kepala putih. |
Harta rompakan keluarga Taib Mahmud Posted: 08 Apr 2011 02:55 PM PDT 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib). 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib). 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib). 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib). 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud). 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud). 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud). 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib). 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib). 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib). 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib). 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud). 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib). 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib). 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud). 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud). 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN). 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN). 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN). 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud). 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud). 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib). 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud). 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib). 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. TQ TPU |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan