shalehudin |
- Sorang dari 33 saja yang selamat
- Umno dok tak jawab lagi nih...
- Baca, hayati dan renung wajah ibu ini...
- PR tak main la sapu sampah bawah karpet...
- Ulamak mana buat lawak nih... kahkahkah...
- Kerja BN vs kerja PR
- Sah, Datuk T yang kantoi... kahkahkah...
- Jom ukur perut Anwar... kahkahkah...
- Satu salinan? Sapa yang download ke You Tube?
| Sorang dari 33 saja yang selamat Posted: 05 Apr 2011 11:00 AM PDT |
| Umno dok tak jawab lagi nih... Posted: 05 Apr 2011 09:03 AM PDT Kenapa UMNO masih diam membisu tentang pandangan mufti mufti dan ulama yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Terasa diri sendiri tu fasik kah? Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tapi tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai? Kenapa pihak polis yang dulunya bertegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar atau memiliki video lucah Chua Soi Lek telah tidak mengambil pendekatan yang sama kali ini? Perlukah adanya dua tindakan yang berlainan pada sdr Anwar dan Soi Lek? Katanya hanya ada satu salinan saja pada Eskay yang kini diserahkan dibawah seliaan PDRM? Kenapa tetiba tersiar dilaman You Tube pulak? Siapa punya angkara? Siapakah individu ketiga dalam video tersebut yang berlagak seperti pengarah video dan sekaligus menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T. ** Ingatlah para penyebar isu sensasi ini khususnya para pengamal media... sesungguhnya, membantu memalit maruah seseorang insan atau kelompok manusia secara sedar adalah sama beratnya seperti pihak media menyapu arang di mukanya hingga mengorbankan kredibilitinya di mata umum. |
| Baca, hayati dan renung wajah ibu ini... Posted: 05 Apr 2011 05:57 AM PDT KENYATAAN MEDIA 5hb APRIL 2011 Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO. Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik. Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain. Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara. Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang. Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara. Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar." Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina. Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden Parti Keadilan Rakyat NURUL IZZAH ANWAR Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim |
| PR tak main la sapu sampah bawah karpet... Posted: 05 Apr 2011 04:25 AM PDT Ketelusan PR yang tak boleh jumpa dalam KERAjaan BN... hihi... Laporan TMI jelas mengesahkan PR berusaha sedaya mungkin mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran negeri mereka. Walaupun masih baru dan belum jelas kesannya, tapi usaha berterusan amatlah perlu. Rakyat nak tengok keikhlasan kita jalankan tanggungjawab rakyat saja. Rakyat mempertanggungjawabkan pada kita jaga harta benda rakyat. Tugas kita memastikan harta rakyat tak dikelentong oleh mana mana mangkok tandas dan sekiranya ada dan terbukti, ambil tindakan tanpa memilih bulu. Itu yang rakyat mahu... Buat bro Saifulruddin, anda masih belum bersalah sebelum terbukti kesalahan anda dimahkamah... Bekas timbalan pengurus besar (pengurusan) Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman dikenakan tiga tuduhan rasuah membabitkan wang sebanyak RM45,000 hari ini. Beliau dibebaskan dengan diikat jamin dan kesnya akan didengar Julai ini. Saifulruddin dipecat Februari lalu di sebalik laporan audit menunjukkan Yayasan Selangor mengalami kerugian hampir RM7.41juta sehingga November lalu akibat perbelanjaan tidak telus dan tidak munasabah. Saifulruddin, 32, berhadapan dengan tiga tuduhan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. |
| Ulamak mana buat lawak nih... kahkahkah... Posted: 05 Apr 2011 02:00 AM PDT Mana la punya ulamak yang pepandai buat lawak nih... kahkahkah... Qazaf? Menatang apa qazaf tuh...? Woiit... "Datuk T" tak heran la qazaf-qazaf nih... kahkahkah... Sebat? Sebat tu air sirap ka...? Woiitt... "Datuk T" tak heran la sebat-sebat nih... kahkahkah... Tau ka pasai apa "Datuk T" tak heran qazaf dan sebat tuh... kahkahkah... Sebab depa tau yang depa takkan kena punya... kahkahkah... Depa tak kena pasai Umno tak suka qazaf qazaf nih... kahkahkah... Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. "Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu. "Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu. Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. "Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar. "Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya. Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional. "Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya. Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis. |
| Posted: 04 Apr 2011 11:00 PM PDT Woii... puak puak Umno - BN, jangan dok menyalak la... Masing masing ada tugas, kena jalankan tugas. Tugas hangpa buat fitnah sebanyak mungkin dan tugas kita orang kat Pakatan ni pulak menafikan fitnah jahat tu sebaik mungkin... fair what? Selesai saja korang buat fitnah, tolong duduk diam diam. Jangan dok kacau puak Pakatan dok buat kerja pulak... kahkahkah... Bab betoi ka Anwar dalam video tu palsu atau tulen... kita serah kat pakar yang lebih tahu dari orang lain... kahkahkah.... iaitu, isteri Anwar sendiri... Wan Azizah. Keluarga Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa Anwar adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam. Video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa Anwar bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu. Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar. "Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya. Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar. "Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya. Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara. "Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya. "Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. "Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya. |
| Sah, Datuk T yang kantoi... kahkahkah... Posted: 04 Apr 2011 09:35 PM PDT Politik londeh dan teramat jijik telah menaungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau kita imbas, bermula dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari SPRM yang menyasarkan kerajaan PR Selangor, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim yang kian buntu. Jelas, Umno dan Barisan Nasional mahu membodohkan rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tapi rakyat perlu sedar... siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir? Terbaru yang paling panas di pasaran adalah kes Anwar yang telah di tuduh sebagai pelakon utama dalam klip video seks yang kini tersebar di internet yang dipelopori oleh Datuk T. Sepintas lalu setelah menyaksikan sedikit adegan dalam video tersebut, amat jelas... pelakon seks itu bukannya Anwar. Ternyata, Datuk T yang jelas di taja oleh tangan tangan gagah dibelakang mereka telah gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah walaupun di beri status tayangan eksklusif percuma pada wartawan terpilih, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Jelas, Datuk T sendiri gagal meyakinkan dirinya bahawa cerita rekaan mereka ini akan berjaya. Jikalau keyakinan dirinya tinggi, apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar. Bukannya menayangkan hanya pada khalayak terpilih dengan tujuan mengundang sangsi di pihak rakyat. Dalam negara Malaysia the Bolehland ini, fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan – inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain. Sekali lagi rakyat menyaksikan, media arus perdana telah menjadi perkakasan politik yang keji dan jijik. Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Maka rakyat selaku pengundi yang bertanggungjawab wajib menghukum politik jijik ini dengan undi mereka dalam pilihan raya umum nanti. |
| Jom ukur perut Anwar... kahkahkah... Posted: 04 Apr 2011 08:00 PM PDT |
| Satu salinan? Sapa yang download ke You Tube? Posted: 04 Apr 2011 07:44 PM PDT Tentu ramai yang dah tengok video palsu yang mengaitkan Anwar Ibrahim yang telah dimuat turun di laman web You Tube oleh seseorang. Terlebih dahulu kita kena ucapkan terima kasih pada seseorang tersebut kerana jelas, individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ternyata sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut dan badan yang jelas lebih berisi dan menonjol bukan sosok badan Anwar. Tapi hairan ya, bagaimana hanya satu salinan video yang ada pada Datuk T dan kini dibawah seliaan PDRM boleh terlepas dan dimuat turun pulak dilaman You Tube? Jelas sekali tayangan video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak serta Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung bila bila masa dari sekarang. Setelah menonton sedikit dari video tersebut, timbul juga beberapa persoalan disini yang perlu diperjelaskan oleh Eskay bagi meyakinkan lagi rakyat kebanyakan. Benarkah video tersebut telah dirakam secara rahsia kerana ada seseorang yang berpakaian kemas yang berlagak bagai pengarah menunjukkan seolah olah ianya lakonan dan bukan hasil dari rakam curi. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur tapi tulisan di dalam video tersebut dalam bahasa Thai. Hotel mana di KL yang kamera tertutupnya dalam bahasa Thai? Pihak polis yang bertegas memberi amaran kepada orang ramai sebelum ini jangan mengedar video Chua Soi Lek, yang diakui Soi Lek sendiri benar... tidak mengambil pendekatan sama kali ini? Dan yang paling pelik, mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan para mufti yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Dah terasa diri tu fasik ka?... kahkahkah... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan