Selasa, 5 April 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN

Posted: 05 Apr 2011 12:22 AM PDT


Malaysia kembali KECOH apabila video seks yang di katakan melibatkan DSAI di muat turun ke YOUTUBE.Namun ia seudah di tarik balik sebentar tadi.Bermacam analisis dan teori di ketengahkan selepas video tersebut di sebarkan melalui internet.Secara peribadi saya tidak berkesempatan untuk melihat video tersebut di youtube,tetapi melalui blog-blog sahabat yang lain dan komen daripada mereka yang sempat menonton video tersebut terdapat jawapan yang senada.Bermaksud mereka yang melihat dan menonton video tersebut yang telah di editkan itu menyatakan 'ITU BUKAN DSAI'.

Sudah di ketahui umum bahawa pelakon di dalam video lucah tersebut terdapat perbezaan yang ketara untuk di samakan dengan DSAI.Lainlah jika kita mngikuti BLOG ANTI PKR yang bersungguh-sungguh menyakinkan bahawa DSAI adalah orang yang melakukan adegan SEKS tersebut.

Rancangan dan tuduhan fitnah seperti ini sebernarnya tidak pernah sunyi daripada perbualan orang MELAYU dahulu hingga sekarang.Jika di ungkapkan kembali cerita-cerita sejarah yang melibatkan HANG TUAH,MAHSURI,SANG RAJUNA TAPA dan banyak lagi.Contohnya HANG TUAH juga pernah di fitnah,dengan tuduhan HANG TUAH melakukan hubungan sulit dengan GUNDIK RAJA sehinggakan HANG TUAH DI HUKUM BUNHUH,selepas itu sejarah tercipta HANG JEBAT menuntut bela dan berlaku pergaduh antara HANG TUAH dan HANG JEBAT.Lagenda MAHSURI juga di fitnah sehinggakan di hukum SULA sehingga mati,fitnah yang menimpa MAHSURI juga berkisar mengenai seks.Sama juga SANG RAJUNA TAPA di fitnah dengan tuduhan berkelakuan sumbang dengan gundik raja.Semua ini telah menjadi lipaan sejarah dan menjadi sebahagian pengajaran

Jika di teliti sejak dari dahulu lagi fitnah menjadi asam garam orang melayu dari dahulu hingga sekarang.Tida hairanlah jika zaman sekarang dengan kemudahan IT banyakknya tuduhan yang bersifat fitnah berleluasa,apatah lagi ia melibatkan orang politik yang tidak pernah sunyi.Marilah kita lihat apakan kesudahan tuduhan-tuduhan terhadap DSAI akan berakhir....

HIDUP HARAPAN

BEKAS KETUA AMK KEDAH MENJADI AHLI DEWAN NEGARA

Posted: 05 Apr 2011 12:14 AM PDT


ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.

Tiada ulasan: