Selasa, 5 April 2011

Addin

Addin


Sah!! Video Seks Fitnah Adalah Lakonan..

Posted: 05 Apr 2011 05:00 PM PDT

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam. Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared. "Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu.


 Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan," ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini. Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

"Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu," ujarnya. Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan. "Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? "Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil," ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh. "Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand. "Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. "Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

"Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?," tulisnya./kd


Biar Betul.. Polis Ke Sebar Klip Video Seks Fitnah?

Posted: 05 Apr 2011 05:30 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet. Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog. "Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.


Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu. Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet. Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis. Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis. Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.

Ketika ditanya bagaimana rakaman itu bocor sedangkan "Datuk T" mendakwa satu-satunya rakaman video seks kini disimpan polis, Ismail berkata, "itu yang saya katakan." "Sudah tentu ia tidak datang daripada kami. Ia langgar undang-undang dan tidak bermoral. Macam mana saya bolehkan perkara macam itu (berlaku)?" katanya.

"Kami tidak tahu dari mana datangnya video itu. Siapa muat naik, kami tidak tahu," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini hari ini. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China. Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.

Video Seks Fitnah "Made In Thailand"..

Posted: 05 Apr 2011 03:03 AM PDT

Klip video dua minit yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno. Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China. Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.


Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thail, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini. Dalam pada itu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada "Datuk T" ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, mereka tidak mengedarkan rakaman itu kepada sesiapa kecuali kepada polis. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini," kata beliau sambil menambah beliau perlu melihat dulu sebelum mengulas.

Anwar, Ketua Pembangkang, telah menafikan beliau sebagai lelaki dalam video itu dan mendakwa Umno sebagai dalang pendedahan. Penglibatan bekas ketua Pemuda Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dalam pendedahan juga menyebabkan ramai beranggapan bahawa ia kerja Umno, tetapi parti teras BN itu mengambil langkah menjauhkan diri daripada dakwaan sedemikian.

Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat. Pada 23 Mac lalu, Shazryl Eskay mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ''Datuk T'' merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ''trio'' iaitu beliau sendiri, Abdul Rahim dan Shuib. Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Anwar yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.


Nazri Aziz Suka Video Seks Fitnah Di Tayang Di Parlimen

Posted: 05 Apr 2011 01:00 AM PDT

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen. Mohamed Nazri berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalam dewan.


"Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang. "Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh yang disiarkan akhbar mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen semalam.Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk semua anggota Parlimen mengenal pasti identiti individu lelaki dalam rakaman terbabit.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya daripada sudut undang-undang mengenai penayangan video itu berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat kertas siasatan daripada Ketua Polis Negara.

"Ini sangat kontroversi, saya cadangkan baca Akta Penapisan Filem kerana ada dinyatakan betul-betul apa yang menjadi kesalahan… dalam akta itu memang ada tapi bergantung kepada jenis kes. "Dalam kes ini tak boleh nak komen lagi sebab belum terima kertas siasatan, polis tak serahkan lagi sebab ada sedikit siasatan lagi," katanya.

PRN Sarawak : Be End Rasuah Pengundi Dengan Beer

Posted: 04 Apr 2011 09:00 PM PDT

Kini kedengaran berita-berita menjelang musim pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Pada hari Ahad ini, salah seorang pekerja utama PR, yang berpejabat di Kuching, telah dihalang masuk semula ke Sarawak, setelah dia mengambil cuti rehat di tempat kelahirannya di Semenanjung Malaysia. Wang yang banyak sedang diedar-edarkan secara tunai ke rumah-rumah panjang oleh seorang Menteri senior BN, di samping itu anaknya pula menghulurkan berkotak-kotak beer. 

Majlis keramaian juga turut diadakan sebagai sebahagian dari aktiviti kelolaan Suruhanjaya Pilihanraya, dan pihak tentera juga dikerah untuk memasuki kawasan pedalaman, kononnya untuk membantu membina kemudahan-kemudahan asas, tetapi sebenarnya bertindak untuk mengugut para pengundi BN!Salah satu contoh yang buruk telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri George Chan, yang didapati telah mengelirukan orang-orang kampung dengan mengakui bahawa beliau telah berjaya mendapatkan geran-geran tanah yang mereka nanti-nantikan berdekat-dekat lamanya.

Sebenarnya, George Chan telah memberikan mereka surat bersyarat – di mana mereka diberitahu bahawa keputusan akhir akan mereka ketahui selepas pilihanraya itu nanti, justeru itu, mereka mesti mengundi BN!Ianya mengingatkan kita bahawa BN kini berada dalam kerisauan dan ketakutan untuk kalah, Jika mereka tidak membuli pengundi, merasuah pengundi dan menyalahgunakan kedudukan mereka dan pengaruh mereka untuk memaksa rakyat untuk mengundi mereka. Apa pun, mungkin ada di kalangan mereka akan kalah kali ini./sr


Video Seks Fitnah Tersebar Tapi 6 Soalan Masih Tak Terjawab

Posted: 04 Apr 2011 07:00 PM PDT

Sebelum satu sidang media yang bakal diadakan pada jam 10 pagi oleh Johari Abdul, ahli parlimen Sungai Petani di parlimen esok, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi telah mengeluarkan kenyataan medianya, seperti yang berikut: Sewaktu "Dato T" mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.


Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik. Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Mahathir Mohammad dan Najib Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Juanda Jaya (Perlis), Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama./ Nik Nazmi

Tiada ulasan: