Isnin, 25 April 2011

SETIAWANGSA@KL

SETIAWANGSA@KL


HARAMKAN PARTI PERKAUMAN

Posted: 25 Apr 2011 02:39 AM PDT

Kenyataan media oleh N.Surendran, Naib Presiden PKR

Saya merujuk kepada kenyataan meracau baru-baru ini oleh Mahathir terhadap DAP, di mana beliau tergamak untuk menuduh DAP melaksanakan politik rasisme. Ini adalah suatu kenyataan yang mengejutkan apabila datang daripada bekas pemimpin gabungan politik pemerintah yang terdiri daripada parti-parti politik yang eksklusif kepada satu kaum. Di kebanyakan negara bertamadun sekitar dunia, UMNO-MCA-MIC akan didakwa mahkamah kerana mempunyai kriteria keahlian yang mendiskriminasi atas dasar kaum. Bahawa parti-parti politik satu kaum ini membentuk kerajaan pusat di Malaysia adalah sesuatu yang amat memalukan negara kita. Ia merupakan titik hitam yang amat besar dalam sejarah negara kita setelah Merdeka.

Adalah sukar bagi kita menamakan mana-mana negara lain di dunia yang membenarkan kewujudan parti perkauman seperti di sini. Hanya satu contoh iaitu National Party di Afrika Selatan yang eksklusif kepada kulit putih dan yang mengamalkan apartheid, menindas rakyat berkulit hitam dan menjadi sampah masyarakat dunia. Untuk tempoh setengah kurun, mereka memukul, menyeksa dan memenjarakan rakyat berkulit hitam yang tidak bersalah. Sekarang National Party tersebut tidak lagi wujud. Kecuali mereka berubah secara dasar, UMNO-MCA-MIC ditakdirkan juga menjadi sampah sejarah, diingati hanya oleh organisasi seperti PERKASA.

Apa yang paling membimbangkan adalah bahawa kerajaan bukan sahaja membenarkan parti seperti ini wujud, tetapi memelihara, memupuk dan menyokongnya. Ini adalah disebabkan kerajaan sendiri adalah manifestasi organisasi eksklusif kaum ini. Kerajaan juga sanggup menjalankan kegiatan korup bagi pihak mereka; sebagai contoh mantan Perdana Menteri Mahathir mendapatkan kewangan bagi pembinaan PWTC, ibupejabat UMNO, dengan memaksa bank-bank yang dimiliki negara untuk membatalkan hutang UMNO sehingga sejumlah RM140 juta.

Perhimpunan tahunan UMNO yang disiarkan langsung ke seluruh negara adalah seolah-olah sesuatu dari dunia yang terbalik; iaitu suatu pameran satu kaum yang jijik. Tetapi pasti pesudo-intelektual dari Oxford seperti Khairy Jamaludin akan membela kewujudan parti satu kaum dan memberi justifikasi bagi keahlian mereka dalam parti seumpama itu.

Soal pokoknya, bagaimana kita dapat menjelaskan kepada anak-anak negara ini kenapa sesetengah parti boleh dianggotai oleh satu kaum sahaja? Bukankah kita menyuntik racun rasisme ke dalam tubuh mereka? Bagaimana perkara ini telah dibenarkan berlaku selama lebih 50 tahun? Bukankah sukar dipercayai?

Untuk kebaikan negara dan anak -anak kita, saya menuntut UMNO-MCA-MIC menolak kaum sebagai kriteria keahlian dan membuka parti masing-masing kepada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum. Jikalau mereka tidak mahu berbuat demikian, maka mereka tidak layak memimpin negara ini. Undang-undang mesti di pinda untuk mengharamkan kesemua parti-parti politik dan pertubuhan yang berdasarkan kaum.

KREDIBILITI SAKSI MERAGUKAN

Posted: 25 Apr 2011 02:16 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis.

Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

"Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan."

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

"Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil."

"Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur
percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum."

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

"Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

PROGRAM MES

Posted: 25 Apr 2011 02:07 AM PDT

12 program Merakyatkan Ekonomi Selangor ialah

1) Skim Air Percuma yang diguna di bawah 20 kubik meter padu
2) Hasil Batuan Mineral di bawah KSSB. Masa Selangor di bawah BN hasil hanya berjumlah RM7 juta setahun kini di bawah PR berjumlah RM40 juta. Duit dikembalikan kepada rakyat bagi berbagai skim.
3) Hadiah anak masuk universiti sebanyak RM1.000/=.
4) Skim Mesra Usia Emas yang setakat ini lebih RM50 juta digunakan yang melibatkan 20,000 orang meninggal dunia.
5) Tabung Warisan Anak Selangor – Tawas. Peruntukan RM100 dimasukkan ke dalam akaun anak yang lahir di Selangor selepas 2008 dan dapat digunakan selepas anak ini mencapai usia 18 tahun, khususnya untuk pembiayaan pelajaran. Sijil dikeluarkan.
6) Pembelaan wanita teraniaya dengan penyediaan Pusat Khidmat Krisis Sehenti Wanita, Selangor
7) Tabung Kewangan bagi anak pekerja ladang
8) Cuti bersalin 90 hari bagi ibu melahirkan anak dan seminggu bagi suami
9) Tuisyen Rakyat secara percuma. Peruntukan 100 orang bagi setiap DUN.
10) Skim Pemeriksaan bagi kemungkinan barah payu dara bagi wanita.
11) Pusat dailisis Rakyat
12) Skim Mikro Kredit Luar Bandar (RM50 juta) dan Mikro Kredit Dalam Bandar (Mimbar) sebanyak (RM20 juta).

SKIM MESRA USIA EMAS NEGERI SELANGOR

Posted: 25 Apr 2011 01:54 AM PDT


Masih ramai rakyat Selangor yang menetap di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak sedar bahawa mereka layak menjadi ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Warga Emas yang cukup syarat bolehlah mengisi borang permohonan menyertai Skim Mesra Usia Emas / OKU. Semua permohonan hendaklah mematuhi prosedur dan garis panduan permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorangWARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas;

1.1 - Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 - Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 - Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

2. Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Selangor mestilah juga telah menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja layak untuk mendaftar.

3. Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

4. Hanya ahli yang telah berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun, pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehinggalah dinyatakan sebaliknya.

Bagi rakyat negeri Selangor yang menetap di Parlimen Setiawangsa, boleh menghubungi - Sdr. Jasmani melalui no. telefon 106-2600098 untuk maklumat lanjut atau untuk menjadi ahli ataupun untuk tujuan tuntutan.

Sila lawati laman web http://e-mesra.org.my/ untuk maklumat lanjut.

CERAMAH PERDANA DI BB AMPANG

Posted: 25 Apr 2011 01:05 AM PDT

Satu ceramah perdana bertema Kebangkitan Rakyat Sarawak bakal berlangsung di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang 29 April ini mulai jam 9.00 malam.

Ceramah itu dijangka menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak yang berakhir 16 April lalu dan pelbagai isu semasa berkaitan politik negara.

Antara yang dijadual berucap ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Tian Chua; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Khasim Abdul Aziz.

Orang ramai dipelawa hadir.

PDRM YANG CEKAP PERLU MASA YANG LAMA

Posted: 24 Apr 2011 07:00 PM PDT


DARI HARAKAHDAILY

Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

"Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?" sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari. Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," kata Khalid yang dipetik Bernama.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

Berikut ialah kronologi 'pengisytiharan' polis mengenai siasatan video seks melalui media tradisional Umno Barisan Nasional:

11 April: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.
Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

14 April: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah memperolehi bukti-bukti 'kukuh' yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.
"Kami sudah mengambil kenyataan dari semua orang yang boleh membantu dalam siasatan kes ini, termasuk wanita dalam video," Ismail dipetik berkata oleh The Star.

15 April: Acryl berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China dan menafikan laporan akhbar yang memetik Ismail sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.
Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS.

18 April: Acryl berkata "kemungkinan" Datuk T akan didakwa berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video. Jam Omega, katanya, bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu.

April 20: Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang. "Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan."

Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

April 21: Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 23: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, "Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari."

Kenyataan pihak polis bahawa mereka telah siap dan telah serah kepada pihak pnguam negara, dan media telahpun mengambarkan bahawa Datuk T trio Umno akan didakwa; tiba-tiba kini polis memerlukan masa lagi untuk lengkapkan siasatan. "Apakah ada motif lain sehingga ianya mengambil masa yang sangat lama? Apapun rakyat akan terus menilai setiap perkara," kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada perkembangan kenyataan polis yang semakin tidak menentu dan kelewatan siasatan yand didakwanya akan mendedahkan mangsa kepada pelbagai keaiban yang dimanipulasikan oleh media tradisional Umno Barisan Nasional.

Topik video seks yang didakwa membabitkan Anwar telah menjadi topik hangat media tradisional Umno Barisan Nasional sejurus selepas video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu.

NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH

Posted: 23 Apr 2011 10:34 PM PDT

Siapakah dia Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jika hendak memperlekeh pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Kenyataannya yang disiar dalam sebuah akhbar tempatan sebagai berkata 'MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok' tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar Profesor apa lagi memegang jawatan NC sebuah institusi pengajian tinggi awan (IPTA).

Berikutan itu Setiausaha Politik kepada MB Kedah, Encik Muhamad Sanusi Md Nor menggesa beliau memohon maaf kepada MB Kedah kerana kenyataannya yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi.

Muhamad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak pemohonan rebat cukai, tidak terkecuali mana-mana tuan tanah sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Lagipun tiada pihak lain yang merungut kecuali UUM mungkin kerana mereka faham tanggungjawab sebagai pemilik tanah.

Mengulas kenyataan Prof Dr Dato' Mohamed Mustafa yang mempertikai keupayaan mentadbir UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM300 juta setahun untuk menguruskan15,000 pelajarnya, Mohamad Sanusi berkata Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduknya hanya dengan pendapatan RM500 juta

"Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan dan IPTA sebelum ini tidak pernah mempersoalkan pembayaran cukai terbabit," katanya.

Menurutrnya Mohamad Sanusi, Dato' Seri Ustaz Azizan mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang pengajian tinggi. Beliau pernah menjadi ketua jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina.

Selain MB Kedah juga yang mempelbagaikan program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh kepada 42 program. Malah kini membina kampus induk Insaniah di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat. Apabila siap nanti Insaniah mampu menampung lebih 10,000 pelajar.

Katanya, pihak-pihak tertentu juga tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik dari apa yang disangka.

Tiada ulasan: