Isnin, 25 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan pastikan tuntutan gaji minima dipenuhi selaras Buku Jingga

Posted: 25 Apr 2011 05:29 AM PDT

KEADILAN DAILY

KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan mengadakan program sempena Hari Pekerja 1 Mei ini dengan tema 'Raikan hari pekerja, amati Buku Jingga', kata Pengarah Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Abdullah Sani berkata, antara tujuan program itu bagi memastikan tuntutan gaji minima benar-benar dilaksanakan kerajaan sebagaimana yang dituntut kesatuan sekerja sejak dahulu hingga kini.

"Pekerja sehingga kini terus tertanya-tanya, apakah status tuntutan gaji minimum. Jawapan kerajaan setiap kali diajukan mengenainya hanya menyatakan 'kita akan kaji dan bentang pada mesyuarat kabinet'.

"Bila kita tanya, bila akan dibentang, tiada jawapan diberikan. Ini bukti jelas kepentingan pekerja di Malaysia bukan agenda Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Pada muka surat 23 Buku Jingga, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat, antara lain berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

Selain itu ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Malah, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali menegaskan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat tetap menurunkan harga Minyak sebaik membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat menjelaskan, tujuan program itu juga bagi mendesak kerajaan menurunkan harga barang yang kian melambung dari semasa ke semasa.

"Samada kerajaan Persekutuan suka atau tidak, kenaikan harga barang cukup memeritkan majoriti rakyat di negara ini yang kebanyakannya golongan miskin.

"Setiap sen kenaikan harga barang bermakna penurunan berangkai bagi pendapatan golongan pekerja khasnya gaji yang kekal rendah," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Buku Jingga amat penting untuk diamati seluruh rakyat khasnya golongan pekerja sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

"Kandungan Buku Jingga amat sesuai dengan tuntutan penurunan harga barang, gaji minimum dan pelbagai keperluan rakyat Malaysia.

"Sebab itu, program ini kita namakan sedemikian rupa," katanya lagi.

Abdullah Sani yang mewakili KEADILAN akan bersama-sama wakil PAS, DAP yang terlibat mengenai hal ehwal kebajikan pekerja di negara ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka awal Mei ini bagi memperincikan pelaksanaan program tersebut.

"Alhamdulillah, setakat ini, semuanya berjalan lancar dan kita berharap golongan pekerja konsisten membaca, memahami dan membantu mempromosikan agenda Buku Jingga demi manfaat seluruh rakyat," katanya yang juga bekas Naib Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Semalam, sebanyak 25 kumpulan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan persatuan mahasiswa menuntut kerajaan menghentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minimum.

Sempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan naik sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.

Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam

Posted: 25 Apr 2011 05:28 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.


Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.

"Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

"Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara.

Kronologi Fitnah II: Anwar beri keterangan

Posted: 25 Apr 2011 05:16 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Fitnah II. Berikutan adalah kronologi perjalanan prosiding:.

2.21 pm- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah tiba di galeri awam. Galeri awam sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar Anwar memberi keterangan.

2.22 pm- Anwar tiba di mahkamah.

2.27 pm – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di mahkamah.

2.31 pm – Perbicaraan bermula dengan Karpal memberitahu Hakim Zabidin yang Sankara Nair akan menjadi saksi peguam bela hari ini. Zabidin mengarahkan Sankara masuk ke bilik saksi.

2.32 pm – Anwar masuk ke kandang saksi. Sankara masuk ke bilik saksi.

2.34 pm – Anwar memohon memberi keterangan dalam bahasa Inggeris. Beliau diminta Zabidin untuk mengangkat semula sumpah saksi dalam bahasa Inggeris. Mahkamah tergelak kecil ketika ini.

2.41 pm – DSP Jude Pereira keluar untuk dicam oleh Anwar. Menurut Anwar, beliau ditahan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut pada hari sama beliau bersetuju untuk hadir di Ibu Pejabat Kontingen Polis Kuala Lumpur (IPKKL). Beliau ditahan oleh kira-kira 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK)

2.56 pm – Anwar memberitahu beliau selesai memberi keterangan pada kira-kira jam 5.40 petang. Walaupun dijanjikan akan dilepaskan, Anwar masih ditahan di IPK KL dan pada jam 8.40 malam, beliau di bawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh DSP Jude Pereira.

3 pm – Peguam Anwar menasihati beliau supaya tidak memberi sampel DNA-nya kepada hospital. Anwar menjelaskan kepada mahkamah beliau enggan memberikan sampel darahnya kepada hospital kerana pertama, ia merupakan nasihat peguam beliau.

Kedua, pengalaman beliau pada 1998, DNA beliau dimanipulasi polis selepas mendapat sampel itu daripada pihak hospital.

3.02 pm – Beliau diminta menanggalkan pakaiannya sehingga memakai cuma singlet dan seluar dalam. Alat sulit dan d***r beliau diperiksa oleh doktor.

3.15 pm – Menurut Anwar, tandas tempat beliau ditahan terlalu kotor dan lantai simen lokap juga terlalu sejuk untuk seseorang yang sakit belakang seperti beliau.

3.17 pm – Menurut Anwar, cara beliau ditahan seolah-olah beliau seorang penjenayah seperti Botak Chin dan pengganas Al-Qaeda. Anwar juga tidak diberitahu sebab beliau ditahan. Beliau hanya diberitahu berulang kali oleh pegawai yang menahannya bahawa beliau perlu ditahan dan dibawa ke balai.

3.28 pm – Menurutnya lagi, beliau cuma diberitahu yang beliau perlu memberi keterangan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Keseksaan Jenayah. Beliau sendiri tidak pernah diberi laporan polis yang dibuat terhadapnya.

3.31 pm – Sankara Nair mengambil tempat di kandang saksi.

3.34 pm – Mahkamah tergelak kecil apabila Sankara berkata pegawai polis yang menahan Anwar pada hari tersebut bersikap seperti robot kerana mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sebab penahanan Anwar.

3.52 pm – Mahkamah ditangguhkan ke jam 9 pagi esok. Peguam bela akan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi dan pendakwa raya akan memanggil dua orang saksi dari pihak mereka

Kaedah pemadanan Anwar sebagai Lelaki Y meragukan – Peguam

Posted: 25 Apr 2011 05:12 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini.

Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

"Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

"Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara.

Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula.

3 tuntutan kepada pemegang mandat kerajaan Sarawak

Posted: 25 Apr 2011 05:04 AM PDT

MERDEKA REVIEW


Hari ini tepat sembilan hari selepas keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011. Walau pilihan rakyat dicemari dengan insiden-insiden penipuan dan kelemahan proses pilihanraya oleh Badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, saya mengakui dan menghormati kemenangan 100% yang diraih oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Justeru, demi memastikan kesinambungan berterusan antara manifesto Pakatan Rakyat dan juga usaha merealisasikan janji-janji kami, saya kemukakan tiga tuntutan untuk dipenuhi Ketua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud (gambar kanan) menerusi sepucuk surat yang dihantar pagi tadi.

Permohonan saya termasuk:

Pertama, saranan supaya peluang melaksanakan mandat yang diberikan tidak disia-siakan menerusi tuntutan yang dibuat oleh Taib Mahmud sebagai Ketua Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan - pihak yang bertanggungjawab dalam memansuhkan Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966.

Pada 24 Mac 2011, saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat untuk bukan sahaja menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia. Malangnya, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat, kerajaan pusat masih lagi degil dan belum bersedia untuk memansuhkannya.

Bukan sahaja kerajaan pusat belum bersedia, usul persendirian mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan ditolak oleh Speaker Dewan.

Kedua, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, Taib Mahmud menuntut kembali hak rakyat Sarawak dengan memastikan Lapan Belas Perkara Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya.

Ketiga, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, Taib Mahmud menuntut kenaikan royalti minyak 20% untuk kepentingan rakyat negeri Sarawak supaya kekayaan hasil bumi di Sarawak dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak.

Kesemua tuntutan ini dibuat seiringan dengan usaha memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasan mereka dalam memastikan hak dan keperluan rakyat didahulukan, mendahului kepentingan mana-mana pimpinan politik

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku ahli parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

RAIS WAJAR HADIRI ‘ASEAN BLOGGER CONFERENCE’

Posted: 25 Apr 2011 05:01 AM PDT


Oleh: MUTALIB M.D

SEKALIPUN Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim telah memfailkan saman terhadap saya berhubung dakwaan Sabahkini.net bahawa beliau terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dianggapnya sebagai fitnah, namun saya amat gembira jika beliau menghadiri Persidangan Blogger Asean hari ini (Ahad).

Sebagai Blogger Profesional, saya tidak kisah atau terkilan jika Rais dijemput untuk menjadi moderater bagi sesi pleno forum yang bertajuk 'Parameters-The Fine Between What's Allowed and What's Not' kerana saya rasa Rais wajar berdepan dengan para Blogger termasuk saya, kerana itu tugas beliau sebagai Menteri yang menjadi 'Penyibuk' kepada Blogger selama ini.

Mengikut program yang terdapat dalam jadual, saya akan menjadi panel untuk membincangkan tajuk di atas yang dipengerusikan oleh Datuk Zaini Hassan (Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia); namun saya tidak gentar jika Rais hadir bersama peguamnya (atau ditemani Peguam Negara) sekalipun untuk menjadi moderator atau peserta.

Bagaimanapun saya tetap dengan keputusan saya untuk tidak melayan sebarang saman yang beliau failkan sehinggalah polis menyelesaikan siasatan ekoran laporan polis yang dibuat oleh 'Chegu Bard' yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Namun agak malang kerana urus setia mungkin tidak melayan 'hasrat gila' saya untuk berhadapan dengan Rais Yatim atas faktor keselamatan dan demi menjaga nama baik Penaung Blog House Malaysia (Penganjur) Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan menyampaikan ucaputama di majlis berkenaan sekitar jam 10.55 pagi nanti.

Mungkin saya akan menjemput Rais merasmikan Persidangan Blogger Sabah menjelang 'Persidangan Agung Persatuan Blogger Sabah' pada 20 Disember 2011 sekiranya beliau didapati tidak terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang masih dalam siasatan polis; itu pun jika beliau masih menjadi menteri kerana pilihan raya umum dijadualkan pada November 2011.

KENAPA KETEPIKAN SABAH DALAM NKRA?

Posted: 25 Apr 2011 04:59 AM PDT


Oleh: CHANG SHAK HUNG

HASIL Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk tahun 2010 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lalu, telah menampakkan pencapaian yang memberangsangkan melalui laporan Government Transformation Plan (GTP).

Salah satu NKRA yang dititikberatkan adalah mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar. Menerusi laporan tersebut, kejayaan demi kejayaan telah tercapai dan antaranya adalah pembinaan dan penyempurnaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan, pengenalan perkhidmatan lima buah Bus Expressway Transit (BET), penaiktarafan sebanyak 634 buah perhentian bas di Sepang, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan kajang serta 22 set tren gerabak baru telah diperkenalkan di LRT aliran Kelana Jaya yang telah membawa 2.43 juta penumpang sepanjang tahun 2010.

Adakah ini dikatakan Malaysia telah mencapai NKRA yang menyeluruh di dalam negara ini sedangkan kejayaan yang dicapai ini hanya berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja?

Di manakah tanggungjawab kerajaan BN dalam menjaga keperluan dan kehendak rakyat sedangkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mahupun kawasan Parlimen mempunyai wakil rakyat dari Barisan Nasional?

Untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar ini, Sandakan merupakan salah satu contoh yang baik untuk menunjukkan kerakusan pihak wakil rakyat yang telah meminggirkan keperluan penduduk Sandakan dari segi penyediaan kemudahan terminal bas untuk bas express yang 'berpangkalan' di tapak letak kereta padang Batu 2 ½, Jalan Utara.

Tidak ada komitmen langsung daripada pihak kerajaan dalam menyediakan terminal bas untuk kemudahan penduduk memandangkan ramai warga Sandakan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan bas express untuk menuju ke Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Sandakan pula berhadapan dengan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang bersepadu, menyeluruh, berharga patut dan selesa dari segi kemudahan yang disediakan.

Kerajaan sering mengatakan bahawa kepesatan sesuatu kawasan akan membolehkan ramai penduduk untuk berhijrah ke kawasan berkenaan. Adakah ini menunjukkan penduduk di Sandakan ini harus berhijrah ke Kuala Lumpur atau Selangor untuk menikmati kemudahan pengangkutan awam yang jauh lebih selesa sedangkan ketiadaan terminal bas express di Sandakan seolah-olah hanya satu komitmen yang dijanjikan hanya pada pilihanraya umum?

Perlu diingat bahawa penduduk di Sandakan tidak harus dipinggirkan dalam semua aspek terutamanya yang melibatkan kemudahan dan keperluan yang membolehkan penduduk Sandakan menikmati arus pembangunan supaya tidak memberi alasan penduduk Sandakan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor.

Sudahlah Sandakan tidak mempunyai komuter atau LRT mahupun kemudahan perhentian bas yang sistematik, mengapa pihak berwajib yang merangkumi pelbagai agensi kerajaan tidak menempatkan bas-bas express ini ke satu lokasi yang strategik dan memberi keselesaan kepada para penumpang bas berkenaan?

Jangankan mahu menaik taraf perhentian bas, lokasi perhentian bas belum ada, tidak terurus serta tempat menunggu penumpang dan kaunter pembelian tiket bas hanya dilakukan di bawah panas matahari terik dan hujan sekiranya musim hujan.

Bukan itu sahaja, ketiadaan tempat letak kereta untuk menurunkan penumpang serta tempat menunggu bas telah menunjukkan betapa peritnya para penumpang bas express untuk ditanggung hasil daripada ketidaktelusan pihak kerajaan yang kononnya 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Slogan tetap tinggal slogan sahaja kerana agensi pelaksana masih tebal dengan 'Rasuah'!

Bisnes Online Dari Sudut Islam

Posted: 25 Apr 2011 04:53 AM PDT

Ustaz Noramin

Ramai rakyat Malaysia sekarang ini sangat berminat dengan skim pelaburan atau perniagaan MLM dan bisnes online.

Saya berterus terang, bahawa saya kurang arif dalam masalah Muamalah dalam Islam dan saya bukan selayaknya untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan bisnes online ini.

Yang selayaknya adalah seperti Ustaz Zaharuddin yang alim dalam bidang muamalah Islam dan dia banyak menghasilkan buku-buku yang berkaitan dengan muamalah Islam dan boleh dapatkan di pasaran.

Dalam artikel ini saya hanya berikan sedikit sebanyak sahaja yang saya tahu dengan muamalah Islam hasil belajar di sekolah, buku-buku yang dibaca dan university ketika dahulu.

Untuk menyertai apa-apa bisnes sekalipun, perlu mengikuti prinsip (Klik Sini), ciri-ciri (Klik Sini) dan syarat yang telah diletakkan Islam seperti penjual, pembeli, barang dan akad. Jadi bagi sesiapa yang hendak menyertai skim bisnes online atau MLM anda perlu kenal dahulu penjualnya atau syarikat tersebut, kalau boleh cuba ziarahi syarikat tersebut supaya alamat yang ditulis dalam website mereka adalah betul dan bukan pembohongan.

Jangan mudah percaya dengan apa yang diceritakan di dalam website mereka, kerana strategi bisnes tidak akan menceritakan apa-apa kelemahan yang dihadapi di dalam bisnes mereka.

Pastikan juga syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan pihak berkuasa seperti SSM, Jabatan Kewangan dan banyak lagi. Ini penting sebagai tindakan berjaga-jaga daripada anda tertipu nanti.

Realiti yang berlaku, ramai yang menyertai skim MLM syarikat tersebut selama beberapa bulan, tiba-tiba bulan seterusnya syarikat tersebut gulung tikar entah kemana dan duit yang dilaburkan lesap tanpa dikesan.

Setelah anda berpuas hati dengan latar belakang syarikat tersebut, maka anda bolehlah semak cara perniagaan mereka, adakah tawaran mereka mempunyai surat hitam putih sebagai bukti bayaran? Bagaimana pulangan hasil keuntungan syarikat? Adakah pihak syarikat membuat janji-janji yang tidak masuk akal atau janji-janji pulangan akan diberikan sekian-sekian pada setiap bulan atau sebagainya.

Anda perlu pastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai produk yang dijual atau hanya habuk sahaja. Islam sangat melarang perniagaan yang tidak jelas dan samar-samar, kerana dikuatiri ada unsur riba di situ.

Kebanyakkan syarikat perniagaan online ini hanya mengambil bayaran sahaja dan tiada produk yang dijual. Islam mengharamkan bagi sesiapa yang melaksanakan atau menyertai perniagaan yang belum memulakan perniagaan sudah menjanjikan pulangan sekian banyak pada setiap bulan.

Orang yang menyertainya hanya semata-mata ingin memperolehi keuntungan sahaja dan tidak ambil kisah tentang produk tersebut. Ini sangat dilarang dalam Islam, kerana secara logiknya mana akan berlaku perniagaan dan penjualan kalau tiada produk, maka jual beli tersebut tidak sah. Sebagai pembeli, anda perlu berjaga-jaga dan jangan terpedaya dengan kemewahan yang dijanjikan oleh syarikat tersebut.

Mengikut Mazhab Syafie setiap transaksi berlaku antara penjual dan pembeli wajib mempunyai akad yang menandakan bahawa barang itu terjual. Contohnya saya membeli barang dan wajib melafazkan akad "saya beli barang ini" dan penjual juga berkata "saya jual barang ini".

Masalah dalam bisnes online, semua pembayaran berlaku secara online dan tiada akad lafaz yang boleh dibuat antara penjual dan pembeli. Dalam hal ini ada pendapat yang mengatakan bahawa cukup dengan akad mafhum iaitu akad faham-faham antara penjual dan pembeli.

Harus anda ingat setiap kali melakukan pembayaran secara online, simpan segala bukti pembayaran yang telah dilakukan sebagai bukti bayaran, ini penting kerana kalau berlaku apa-apa masalah dalam bayaran anda nanti, anda telah mempunyai bukti dan pihak syarikat tersebut boleh ambil tindakan yang sewajarnya.

Sepengetahuan saya dalam perniagaan MLM atau bisnes online ini, kebiasaannya syarikat mereka akan dianugerahkan sijil halal dari JAKIM sebagai bukti bahawa bisnes mereka mematuhi syarak.

Ini pernah saya lihat di dalam seminar HPA pada tahun 2008 yang lepas. Mereka juga mempunyai penasihat syariah sendiri untuk memantau segala perjalanan syarikat tersebut. Jika berlaku apa-apa keraguan, penasihat syariahnya akan memberi teguran dan menyelesaikan masalah tersebut mengikut apa yang ditetapkan dalam Muamalah Islam.

Ada syarikat yang hanya menggunakan nama mana-mana ustaz yang popular untuk memasarkan produk mereka tanpa diketahui oleh ustaz tersebut dengan mengatakan : "ustaz sekian yang pernah masuk TV dan radio menjadi duta syarikat, takkan makcik dan pakcik semua tak percaya bisnes kami".

Sebagai penguna perlu berhati-hati, dunia sekarang ini banyak penipuan demi semata-mata mencari keuntungan yang tidak menghiraukan halal dan haram.

Saya rasa setakat ini dahulu perbahasan saya secara ringkas tentang skim perniagaan online ini, selagimana dia tidak bercanggah dengan prinsip syarak, maka selagi itulah dia boleh disertai.

Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak memasukkan dalil-dalil dari Al-Quran, Hadis dan pendapat ulamak di atas, sebab tiada masa untuk merujuknya. Artikel saya ini bertujuan untuk memberi faham kepada sesiapa yang rasa ragu-ragu dengan skim-skim perniagaan online ini dan selebihnya anda perlu merujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.

Saya juga tidak berani mengeluarkan kenyataan yang khusus, kerana saya kurang tahu dan kurang mengkaji syarikat-syarikat bisnes online ini seperti HyProBulkSMS, Marhaban4u, Vemma, Ganda RM 10.00, Dapat Wang dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menghindari dari berlakunya fitnah.

http://www.ustaznoramin.com

Pelajar Dicekup Khalwat Bersama Boyfriend Dalam Hotel

Posted: 25 Apr 2011 04:52 AM PDT

SABAH DAILY

Georgetown: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam. Gambar fail

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.

Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dan tidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.

Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi 'panas', termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.

Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

"Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai," katanya.

RPK: Saya tak beri kenyataan pada polis

Posted: 25 Apr 2011 01:32 AM PDT

MALAYSIA KINI

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia.

NONEBernama melaporkan Raja Petra sebagai berkata polis Malaysia
mahu menemubualnya di kedutaan Malaysia, tetapi atas nasihat peguamnya, ia telah dipersetujui supaya rakaman kenyataan RPK dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya.

"Saya bersedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka mahu tahu sama ada saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanyanya di majlis dialog MCLM di Bangkok semalamn.

Pihak polis mahu menemubual Raja Petra ekoran akuan bersumpahnya yang didakwa mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Bagaimanapun, bercanggah dengan laporan Bernama yang mendakwa kenyataannya telah dirakamkan, Raja Petra berkata, dia akhirnya menunggu pegawai berkenaan kembali selepas permintaan mereka untuk membawanya ke kedutaan, ditolak oleh peguamnya - Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu.

Sementara itu, dalam ceramahnya sebelum itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah disalah dakwa kerana beliau tidak membuat dakwaan itu terhadap Rosmah dan dua orang lagi, tetapi terhadap sumbernya, seorang kolonel tentera yang memberi maklumat itu kepadanya.

Anwar: Sangkaan P'raya S'wak bersih jauh meleset

Posted: 25 Apr 2011 01:30 AM PDT

Ang Ngan Toh

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sangkaan bahawa pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlangsung merupakan pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah jauh meleset.

Anwar malah mendakwa, pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH), Ambiga Sreenevasan juga tidak dibenarkan untuk memasuki negeri itu bagi memantau pilihan raya berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Kuching semalam, Anwar turut mendakwa bahawa kerajaan berniat untuk menipu apabila Ambiga dihalang untuk memantau pilihan raya berkenaan.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa BN tidak akan dapat menggunakan penipuan dan mempergunakan media seperti yang dilakukan dalam pilihan raya Sarawak.

Anwar juga berkata, Pakatan akan menegaskan supaya pasukan pemantau, media dan juga anggota parlimen dari luar negara akan menjadi pemantau dalam pilihan raya umum itu.

Tambahnya, banyak negara terjerumus ke kancah perang dan bencana disebabkan proses pilihan raya yang melibatkan penipuan.

Katanya lagi, Pakatan tidak boleh membenarkan perbuatan membeli undi dan menggunakan media untuk menyerang Pakatan ketika pilihan raya akan terus berlaku.

Laporan kematian Sarbani diserah pada AG

Posted: 25 Apr 2011 01:28 AM PDT


MALAYSIA KINI


Polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini kepada pejabat Peguam Negara, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Kami sudah berpuashati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Menurutnya walaupun laporan itu ditumpukan kepada siasatan berhubung laporan kematian mengejut, namun polis akan meneruskan lagi siasatan jika diminta.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM itu pada 6 April lepas setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

'Saiful minum kopi, karipap selepas didakwa diliwat'

Posted: 25 Apr 2011 01:25 AM PDT


Hafiz Yatim

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.


Pendakwa: 'Yang penting zakar masuk'

Posted: 25 Apr 2011 01:21 AM PDT


Hafiz Yatim

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

NONE"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti.


PERKASA berdemo depan pejabat MCA

Posted: 25 Apr 2011 01:16 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Ia diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Judin, media dan sokongan Melayu

Posted: 25 Apr 2011 01:12 AM PDT

Ahmad Lutfi Othman


Meskipun mendapat bantahan, Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Dr Judin Abd Karim (gambar) tetap ditukar, mulai 1 Mei depan ke jawatan barunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah, yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat.

Kes Judin ini cukup mengejutkan kerana inilah kali pertama dalam sejarah Jabatan Kerja Raya, ketua pengarahnya, yang dikenali ramai sebagai berintegriti tinggi, ditukarkan ke agensi lain.

Ramai warga JKR kecewa dengan langkah drastik itu. Rata-rata mereka beranggapan ia satu tindakan bermotif politik bagi memencilkan seorang pegawai awam berpersonaliti mulia, yang dilihat sepanjang kerjaya terakhirnya di JKR boleh menyusahkan pihak yang "tamak dan rakus". Namun begitu, Judin pasrah. Mulai minggu lalu, beliau telah mengadakan lawatan perpisahan ke semua cawangan JKR di seluruh negara.

Desas-desus menyebut pertukaran Judin dikaitkan dengan projek kontroversi, pembinaan Istana Negara yang baru, selain ketegasan Judin berdepan karenah kontraktor kroni yang hanya mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin daripada dana awam. Projek ini diberikan secara runding terus (reka dan bina) kepada Maya Maju (M) Sdn Bhd, dengan cadangan kos oleh kontraktor kepada kerajaan sebanyak RM1.1 bilion.

Hanya selepas kos berkenaan didedahkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat dan turut dibangkitkan Harakah, baharulah perkara ini disemak dan dirunding semula dengan kontraktor. Akhirnya, projek ini telah dianugerahkan dengan kos RM650 juta.

Cadangan pembinaan di peringkat awal di bawah kos RM400 juta. Bagaimanapun, kos projek Istana Negara kini telah meningkat hampir RM900 juta dengan pelbagai kerja tambahan (VO) dan skop tambahan yang dikatakan tiada dalam skop asal atau telah dikeluarkan semasa di peringkat awal.

Semua maklum dan bukanlah menjadi rahsia mengenai stail Maya Maju (dikatakan ala-samseng) apabila berkomunikasi dengan pegawai-pegawai kanan JKR yang terlibat dengan projek Istana Negara.

Kontraktor berkenaan dikaitkan dengan "orang kuat" Umno Kedah. Ketika diberikan tender projek istana pada Oktober 2007, syarikat tersebut disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat.

Menurut sumber, bukanlah mudah untuk Judin memastikan projek Istana Negara disiapkan mengikut jadual. Beliau dikatakan telah mengadakan mesyuarat koordinasi projek hampir setiap minggu di tapak istana dengan mewajibkan semua pengarah kanan hadir.

Usaha beliau membuahkan hasil. Istana dijangka disiapkan pada pertengahan tahun ini. Inilah pendekatan yang pertama kali dibuat seorang Ketua Pengarah Kerja Raya dalam melaksanakan projek berprofil tinggi seperti ini.

Kontraktor dikatakan tidak menghormati JKR dan cuba melibatkan raja (Raja Perlis sebagai wakil Majlis Raja-Raja Melayu) dalam membuat keputusan meletakkan Judin dalam keadaan yang sukar. Bagaimanapun beliau menghadapinya dengan tenang demi memastikan projek berjalan lancar.

Memang sensitif menangani isu berkaitan pihak istana, apatah lagi apabila ada pihak tertentu yang memperalatkan nama raja untuk kepentingan mereka. Misalnya, apabila Lim Kit Siang mula membangkitkan hal berkaitan projek ini, timbul dakwaan bahawa beliau telah "menderhaka" kepada istana.

Malah, saya dapat menjangkakan, selepas Harakah dilihat mempertahankan Judin, tentunya beliau akan dilabelkan sebagai propembangkang atau penyokong Pakatan Rakyat. Ia hanya bagi mengalihkan isu sebenar daripada dibincangkan. Tuduhan liar terhadapnya sudahpun tersebar dalam blog-blog Umno. Walhal isunya jelas: Umno akan bermusuh dengan pegawai awam yang baik dan berwibawa sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak politik dan nafsu serakah mereka bagi membolot kekayaan berlipat ganda dengan cara mudah.

Umno selama ini memang bergantung dengan dana awam melalui komisyen (terutama melalui projek rundingan terus apabila nilai kos dapat dinaikkan dengan mudah) bagi memenuhi tabung politik mereka, seterusnya "membeli undi" semasa pilihan raya. Judin bukan pegawai kerajaan pertama dan terakhir yang menjadi mangsa.

Mungkin ramai lagi yang bersedia mengikuti telunjuk elit penguasa dan meraikan apa jua kehendak orang-orang politik di sekeliling, namun Judin akan dikenang sebagai kakitangan awam yang berusaha mempertahankan integriti sehingga terpelanting jawatan strategiknya.


II.

Saya diundang sebagai ahli panel Bicara Media, anjuran pelajar Sarjana Sains Komunikasi Kewartawanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) lebih kurang 15 jam sebelum program bermula. Memang masih agak uzur dan sukar berjalan jauh, tetapi apabila mengetahui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut memeriahkan forum bertajuk Menyingkap Peranan Media dalam Menghadapi Arus Globalisasi, saya berusaha hadir.

(Gambar: Perbincangan mengenai media di UPM membabitkan (dari kiri) Ibrahim, Ahmad Lutfi, Saifuddin dan Syed Munawar.)

Seorang lagi penalis ialah Ibrahim Yahaya, bekas Ketua Pengarah Penyiaran, manakala pengacaranya, Sayed Munawar Syed Mustar. Forum itu dirakamkan di Studio Penyiaran Video, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Ternyata Saifuddin beridealisme tinggi apabila membicarakan isu-isu berkaitan kebebasan media, seperti juga apabila beliau melontarkan idea tentang autonomi universiti dan keperluan mahasiswa untuk bergerak aktif dalam politik. Saya tidak nampak hujahannya bercanggah dengan pendapat saya, malah beliau berjaya mengungkapnya dengan lebih mantap.

Saya tidak lari daripada terus menekankan bahawa media di Malaysia masih terkongkong dan dikawal ketat walaupun dalam era globalisasi. Menurut sarjana media, misalnya Fred S Siebert, teori media bebas tidak selari dengan suasana di negara ini apabila sebarang penerbitan memerlukan permit dan melalui proses penapisan.

Saya turut merakamkan pengalaman beberapa penerbitan saya, seperti majalah Detik, yang diharamkan KDN, tanpa alasan yang jelas. Begitu juga dengan syarat-syarat penerbitan dan pengedaran Harakah yang menekan.

Ibrahim melihat daripada sisi agak berbeda. Kebebasan dalam online dan juga akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi sandaran. Sedangkan bagi saya, dalam dua situasi itu, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya dan bukan disebabkan penguasa berjiwa besar membenarkan media berkembang secara bebas di Malaysia. Ini turut dipersetujui Saifuddin. Bagi saya, peraturan karut seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan mesti dimansuhkan tanpa daleh lagi.

Saifuddin mengakui keperluan Malaysia seharusnya mempunyai kebebasan akhbar yang lebih luas berbanding dahulu. Beliau turut membangkitkan langkah-langkah pendemokrasian yang lebih segar, seperti mencadangkan umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun, di samping menegur perlantikan jawatan-jawatan penting di universiti, yang ada kalanya melibatkan "tukang ampu" berbanding ilmuan yang lebih layak.

Dua minggu sebelum itu, saya bersama Dinsman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya menghadiri majlis bedah buku Catatan Hujung di Kompleks PKNS, Bangi. Agak janggal juga untuk saya membicarakan proses penulisan di sebuah kompleks membeli-belah yang agak sibuk itu.

(Gambar: Dinsman [kiri sekali], Taufek dan Ahmad Lutfi dalam majlis bedah buku Catatan Hujung di Kompleks PKNS Bangi.)

Dalam majlis itu saya turut diaju dengan cadangan (sebenarnya dicabar) untuk menghasilkan buku khas bagi menyanggah memoir Dr Mahathir Mohamad. Seorang daripada hadirin, Dr Tajul Arifin Noordin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi mahu saya mengemukakan sanggahan terhadap pelbagai "pembohongan" dan "manipulasi" Dr Mahathir.

Sememangnya minat peribadi saya lebih tertarik kepada penerbitan buku, berbanding menjadi editor akhbar sekarang mahupun sebelum ini majalah. Dalam konteks kebebasan berkarya di Malaysia, menulis buku mungkin lebih selesa dan tidak terikat dengan peraturan "karut-marut" KDN. Banyak isu memerlukan penjelasan lebih terperinci dan mendalam.

Namun, seperti disokong Dinsman, yang juga pengulas buku Catatan Hujung, cabaran terbesar saya adalah faktor kesihatan. Menulis buku khususnya mengupas isu-isu politik -- berdepan saingan media baru -- memerlukan stamina luar biasa. Ada juga permintaan agar saya membuat "ramalan politik" seperti buku-buku yang dihasilkan dalam tahun-tahun 1990-an berkaitan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir.

III.

Sehingga kini saya belum sempat menganalisis pilihan raya Sarawak. Semua maklum tentang gelombang perubahan yang dicetuskan oleh pengundi Cina di bandar-bandar. Namun, saya lebih terkesan dengan kebimbangan terhadap keupayaan pengundi Melayu untuk sama-sama berubah dalam PRU13. Dr Jeneri Amir menjangkakan, jika trend mengundi di Sarawak berterusan, sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat dapat menguasai tujuh kerusi Parlimen di negeri itu nanti.

Slogan PAS Ganti Umno tidak hanya memerlukan seminar dan diskusi. Pengundi Melayu harus diyakinkan bahawa mereka mesti bersama Pakatan Rakyat, terutama dengan menyokong PAS, bagi membentuk sebuah kerajaan yang adil, baik peringkat negeri mahupun persekutuan. Peralihan lapan peratus undi di Sarawak jika diterjemahkan di peringkat nasional mungkin boleh membawa Pakatan ke Putrajaya, tetapi jika masyarakat Melayu tidak bersedia berubah, situasi politik mungkin "tidak seimbang".

Berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan, cabaran terbesar lebih menimpa PAS. Berusaha mempengaruhi majoriti pengundi Melayu supaya menolak Umno dalam sentimen perkauman yang makin marak ini bukan tugas mudah. Ketrampilan kepemimpinan Parti Islam khususnya untuk memenangi hati orang Melayu -- dan mengekalkan sokongan masyarakat Cina dan India -- cukup teruji.

Kepada PAS, masa cukup singkat sebelum Najib Razak membubarkan Parlimen. Saya tidak mengharapkan keajaiban, namun ramai tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dibuat ...

Momentum Sarawak, PRU13 BN bakal diranapkan

Posted: 25 Apr 2011 01:11 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan

PARTI-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa terlalu hampa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April lepas.

Diakui memang sukar untuk Pakatan Rakyat memerintah Sarawak pada waktu ini. Ada banyak faktor yang harus dibuat post-mortem, antaranya, persediaan yang tidak maksimum, kekuatan jentera, kedudukan muka bumi yang luas dan jauh di pedalaman, mentaliti rakyat Sarawak, serta suasana kempen yang lebih memihak kepada Barisan Nasional.

Namun, jika diukur dengan kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN, penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam.

Pilihan raya tersebut sebenarnya merupakan suatu lonjakan yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Pada PRU-12 2008, Pakatan Rakyat menerusi DAP hanya menang satu kerusi Parlimen Bandar Kuching. Manakala pada PRK Sibu pada 16 Mei 2010, DAP berjaya merampas kerusi tersebut daripada BN.

Sabah dan Sarawak merupakan kerusi 'stock-pile' BN. Daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhan, Sabah mewakili 25 kerusi, manakala Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri ini mempunyai 56 kerusi Parlimen.

Daripada 56 kerusi tersebut, hanya 3 diwakili Pakatan Rakyat, iaitu Bandar Kuching dan Sibu(Sarawak) serta Kota Kinabalu (Sabah).

Komposisi kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Daripada pecahan undi popular BN secara keseluruhan yang dicatat pada PRU ke-12, bagi 222, kerusi Parlimen BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, keseluruhan BN mendapat undi popular sedikit menyusut iaitu sebanyak 51.3 peratus. Maknanya asas kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN pada PRU ke-12 adalah seimbang.

Dalam apa keadaan pun, ketika itu (2008) peluang untuk menguasai Putrajaya pada asasnya adalah 50:50. BN tiada kelebihan yang mutlak.


Sokongan kepada BN semakin menurun

Senario ini sebenarnya sudah banyak berubah. Walaupun kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat bertukar Perdana Menteri pada 2009, namun sehingga kini (selepas dua tahun), keadaan masih tidak memihak kepada BN. Dengan erti kata yang jelas, keadaan untuk BN tidak berubah, malah sokongan rakyat semakin menurun.

Semua fakta ini diperkukuhkan dengan kemenangan 15 kerusi Dun di Sarawak dan 45 peratus undi popular keseluruhan kepada Pakatan Rakyat.

Data ini, jelas menunjukkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak yang dikuasai BN (29 kerusi) akan terancam. Ia menunjukkan dengan jelas, para PRU ke-13 nanti, Pakatan Rakyat hampir pasti memenangi 10 hingga 13 kerusi Parlimen.

Harus diingat bahawa pola pemikiran yang membentuk trend pengundian bagi Sarawak dan Sabah adalah sama. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah? Memang ada tendency kecenderungan pengundi Sabah ke arah yang sama dengan Sarawak.

Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk melangkah ke Putrajaya, jika pola pemikiran dan kecenderungan pengundi Sabah sama dengan Sarawak, ada kemungkinan Pakatan Rakyat boleh menang separuh daripada 56 kerusi.

Pada pandangan penulis, setakat ini, jika unjuran data-data ini diambil kira dan pola kecenderungan pengundi Sabah serta Sarawak konsisten hingga PRU ke-13, Pakatan Rakyat boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di sana.

Bagaimanapun ianya masih belum mencukupkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat. Untuk mendapat simple majority, Pakatan Rakyat harus memenangi 112 kerusi. Maknanya, Pakatan Rakyat masih perlu memenangi 10 hingga 15 kerusi tambahan di Semenanjung.

Justeru, ditimbulkan persoalan, dari mana dan bagaimana kerusi-kerusi ini boleh diperolehi? Bagaimana jika diandaikan 79 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat (di Semenanjung) berada dalam keadaan stagnant atau mungkin dimenangi oleh BN.


Faktor kekuatan BN tidak berasas

Harus dilihat, apakah barangkali faktor-faktor yang boleh mendorong kerusi-kerusi Pakatan Rakyat dimenangi oleh BN?

Ada analisis mengatakan bahawa wujud kecenderungan pengundi Melayu dan India, trend mereka kembali kepada BN. Ini diunjurkan daripada beberapa pilihan raya kecil seperti di Manek Urai dan Galas (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Tenang (Johor) dan Kerdau (Pahang).

Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah, pertama; Berapa peratuskah undi kaum Melayu dan India, kembali kepada BN? Dan kedua; apakah kenaikan undi BN tersebut, menyebabkan undi Pakatan Rakyat menyusut?

Malangnya kenaikan beberapa peratus undi terhadap BN pada PRK-PRK tersebut gagal menyebabkan undi Pakatan Rakyat merosot. Di sebalik tekanan hebat BN, termasuk sebaran fitnah media talibarut dan rasuah kepada pengundi semasa kempen pilihan raya, Pakatan Rakyat berjaya menokok undi. Yang hairannya di sini ialah bagaimana undi kepada calon BN boleh meningkat dengan mendadak?

Menganalisis faktor ini, penulis mengunjurkan pola atau trend pengundian sejak tahun 1990, di mana, didapati bahawa kecenderungan pengundi memilih parti pembangkang semakin meningkat berbanding parti pemerintah.

PRU 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 menunjukkan trend yang hampir sama, iaitu mereka yang sudah mengundi PAS dan parti pembangkang yang lain, akan tetap tidak akan memberikan undi kepada BN atas apa faktor sekalipun.

Faktor sementara (temporary) yang dibentuk oleh isu yang cuba digasak untuk mengubah pola pemikiran pengundi hanya boleh mempengaruhi pengundi atas pagar sahaja. Hanya pengundi yang tiada ideologi sahaja boleh cenderung mengundi BN, manakala pengundi yang sudah komited dengan idealisme pembangkang, akan tetap mengundi apa sahaja parti pembangkang.

Hanya tiga faktor yang boleh menyebabkan undi BN bertambah, iaitu dari golongan atas pagar,
pengundi yang tidak mengundi tetapi keluar pada hari pengundian PRK dan pengundi dua kali (double entry) seperti yang dikesan berlaku di Terengganu dan beberapa tempat yang lain.

Faktor kedua dan ketiga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia barangkali dicetuskan oleh fenomena sementara, yang boleh berlaku dalam bentuk penipuan seperti pemalsuan kad pengenalan dan sebagainya.

Bagi faktor pertama, jika BN hendak menyandarkan kononnya kesedaran Melayu dan India yang dikatakan kembali menyokong BN, daripada kajian penyelidikan badan bebas, hanya sekitar 3 hingga 5 peratus sahaja yang kembali menyokong BN (berdasarkan keputusan beberapa PRK).

Apakah peratusan ini boleh kekal pada PRU ke-13 atau apakah mungkin ia boleh dijadikan asas untuk BN menambah kerusi di Semenanjung?

Sudah tentu peralihan 3 hingga 5 peratus ini terlalu kecil untuk mengubah nasib BN ke arah yang lebih baik.
Lagi pun umum mengetahui bahawa kaum Melayu dan India antara yang mudah dimanipulasi BN.

Manipulasi wujud dengan membiarkan faktor kemiskinan membelenggu mereka. Kemiskinan dan kesusahan untuk mencari makan, boleh dijadikan sebagai umpan setiap kali pilihan raya. Oleh dengan sebab itu tidak hairan jika mereka yang sepanjang tahun hidup dalam kesempitan, akan memberikan undi kepada BN hanya dengan upah RM200 atau RM300 dalam tempoh pilihan raya yang singkat.

Teori dan faktor 'bread and butter' inilah yang menjadi kunci kejayaan BN sekian lama.

Namun faktor ini tidak mampu mempengaruhi semua pengundi atau semua kaum dalam semua keadaan. Ianya terhad kepada kaum tertentu dalam keadaan yang tertentu sahaja. Secara keseluruhannya, anjakan kecil yang diperolehi BN pada beberapa PRK yang lepas, tidak mampu menyambung talian hayat mereka untuk PRU ke-13 nanti.


Kecenderungan pengundi Cina

Satu faktor besar yang bakal mencorakkan perubahan kepimpinan negara adalah faktor pengundi Cina. Jika dilihat kepada PRN Sarawak, calon-calon Pakatan Rakyat yang menang di kawasan Cina, majoritinya sangat besar.

Data-data ini juga boleh dilihat berdasarkan kemenangan calon Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan bandar di Semenanjung misalnya, mencecah angka puluhan ribu majoriti.

Faktor inilah yang bakal membantu Pakatan Rakyat, iaitu faktor pengundi Cina. Hasil daripada PRU 2008 dan PRN Sarawak 2011, data-data menunjukkan bahawa kaum Cina sangat konsisten menolak BN. Penolakan tersebut bukannya sedikit, ianya penolakan yang mutlak berasaskan perolehan majoriti besar calon Pakatan Rakyat dalam kawasan majoriti Cina.

Berdasarkan keadaan ini, daripada 87 kerusi yang dimenangi BN di Semenanjung, terdapat lebih daripada separuh kawasan Parlimen berkenaan, mempunyai terdapat 30 hingga 40 peratus pengundi Cina.

Ini yang merunsingkan BN sebenarnya. Kenaikan kecil 3 hingga 5 peratus pengundi Melayu dan India kepada BN, akan gagal menampung penolakan pengundi Cina terhadap BN. Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat.

Maka, jika trend pengundi Cina kekal kepada Pakatan Rakyat dan menokok beberapa peratus pada PRU ke-13 di Semenanjung, apakah sasaran 15 kerusi tambahan untuk ke Putrajaya, seperti yang diunjurkan tidak boleh menjadi kenyataan? Sudah tentu boleh dan sudah tentu unjuran ini relevan.

Impak besar yang ditunjukkan pada 'kemenangan membanggakan BN' di Sarawak dengan mendapat lebih dua pertiga majoriti adalah kuasa politik dalam BN sudah tidak lagi seimbang.

PRN Sarawak menunjukkan bukan sahaja SUPP, malah parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan dan Parti Cinta Malaysia, sudah tiada masa depan dalam BN (sudah tidak ada future).

Kata apek-apek di pasar Satok, parti SUPP, MCA, Gerakan dan lain-lain 'sudah boleh bungkus' macam Pek Mo (Tan Sri Taib Mahmud), 'sudah tak laku'.

Trend pengundi Cina ini cuba dijelekkan pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa kaum Cina mengundi BN kerana faktor rasis.

Mereka cuba memesongkan hakikat bahawa kaum Cina sudah tidak lagi boleh menerima BN dengan memutarbelitkan fenomena ini kepada permusuhan kaum yang semakin menajam.

Mereka buat-buat lupa, kaum Cina yang mengundi calon BN dahulu adalah juga dari parti yang mewakili kouta Cina seperti SUPP, MCA dan Gerakan.

Apakah semasa pengundi Cina mengundi calon BN dari parti Cina SUPP, MCA dan Gerakan sebelum ini, mereka juga bersikap rasis? Menolak BN dan memilih DAP (Pakatan Rakyat) bukannya rasis. Ianya adalah suatu trend konsisten dan anjakan minda kaum Cina yang semakin muak dengan temberang pemimpin Umno-BN.

Hakikat yang harus diakui oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah BN tidak lagi boleh menjadi parti pemerintah di masa hadapan kerana kuasa politik kaum sudah tidak lagi seimbang.

Dalam hal ini tiada pertikaian mengenai kuasa orang Melayu. Orang Melayu masih lagi menjadi peneraju utama. Tetapi sesebuah kerajaan seperti BN, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tidak lagi boleh memerintah dengan baik, tanpa sokongan semua kaum.

Nasihat penulis kepada SUPP, MCA dan Gerakan tidak perlu 'bising' untuk menjuarai perjuangan kaum Cina, mereka harus bersedia untuk dibubarkan kerana, mereka sudah kehilangan ground support.

Terimalah hakikat bahawa masa depan kaum Cina, malah semua kaum di Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Hakikat ini tidak ditentukan oleh andaian penulis, ianya adalah kehendak rakyat dan pola kecenderungan rakyat yang dianalisis daripada data-data pilihan raya.

Justeru, pada PRU ke-13 nanti, BN akan diranapkan dan masa depan rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat, insya-Allah.

Naib Canselor UUM patut minta maaf

Posted: 25 Apr 2011 01:07 AM PDT

Harakahdaily

ALOR SETARl: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak digesa memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati dan menghina pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Desakan itu dibuat mahasiswa berikutan kenyataan lantang Mohamed Mustafa yang menyifatkan Ustaz Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Dalam satu kenyataan, mahasiswa UUM memandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu yang jelas menghina Menteri Besar selaku tuan rumah.

Bagi mereka, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah. Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah.

"Seharusnya kita sebagai seorang Islam harus memandang tinggi institusi agama seperti ini kerana ia telah banyak menyumbang dalam melahirkan para alim ulamak di Malaysia sehingga kini," kata wakil mahasiswa UUM.

Mahasiswa UUM juga berharap agar pihak atasan universiti bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu.

Mahasiswa juga berpandangan UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang jauh lebih baik dan ia merupakan institusi terpenting dalam peneyebaran ilmu Islam di Malaysia sejak daru dahulu lagi.

Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

"Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan," katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT.

"Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat," katanya.

Warga emas serbu Maybank lagi

Posted: 25 Apr 2011 01:03 AM PDT

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG: Maybank terpilih seluruh Pulau Pinang diserbu lagi bukan kerana mahu mencuri sebaliknya warga emas pergi mendapatkan RM100 pemberian penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mulai 23 April - 20 Mei 2011 akan datang.

Sejak awal pagi boleh dikatakan warga emas dan wakil yang dibenarkan dengan tandatangan Adun atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) menunggu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan saguhati dari kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap peningkatan semua aspek yang dikecapi setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentabdiran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri turut meninjau ke beberapa lokasi Maybank sejak awal pagi untuk bertemu dengan golongan berkenaan di samping mendampingi masyarakat yang ada.

Antara lokasi lawatan Lim pagi tadi ialah Maybank Cawangan Kampung Bahru, Air Itam, Maybank Cawangan Glugor, Maybank Cawangan Sungai Pinang, Maybank Cawangan Butterworth, Maybank Islamik Bagan Luar, Maybank Cawangan Jalan Ong Yi How, Maybank Cawangan Bukit Mertajam, Perda, Maybank Sungai Dua di Desa Murni dan Maybank Cawangan Nibung Tebak keesokanya.

Kelmarin Lim dalam sidang medianya memberitahu sampai hari ini kerajaan negeri belum menerima nama warga emas yang memulangkan wang RM100 sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

Bukan sahaja wang malahan tidak ada sepucuk surat pembatalan penganugerahan wang tersebut daripada mana-mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kononnya mereka tidak rela diperalatan apabila menerima wang perjudian.

Sehingga Sabtu lepas seramai 114,668 telah mendaftarkan diri di bawah program berkenaan.

Selain memberikan wang RM100 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas waris warga emas juga telah memperolehi RM1,000 sebagai wang pengurusan jenazah sekiranya terdapat warga emas meninggal, yang mendaftar meninggal dunia.

PAS beri khidmat secara berterusan

Posted: 25 Apr 2011 01:01 AM PDT

Fakhri Ali

KEPALA BATAS: Jangan samakan PAS dengan parti lain kerana perjuangan PAS adalah berbeza dengan mana-mana parti politik dalam negara ini, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Taib Azamudden Md Taib (gambar).

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kepala Batas kali ke-33 di sini semalam.

Menurut beliau lagi, perjuangan PASlah yang membezakan parti-parti lain dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

"Perjuangan PAS sebelum merdeka sehinggalah sekarang adalah untuk memartabatkan Islam dan meletakkannya sebagai suatu kuasa yang tertegak untuk memperjuangkan nasib semua golongan masyarakat tanpa mengira ras dan agama.

"Sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya, PAS tetap meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam. Kita berbeza dengan parti-parti lain kerana bukan kemenangan pilihan raya itu menjadi prioriti mutlak, walaupun kemenangan itu adalah hasrat semua parti yang bertanding.

"Apa yang membezakan kita dengan parti-parti lain, adalah wadah perjuangan tersendiri yang dipraktik dan diperjuangkan. Walaupun dunia demokrasi meletakkan pertandingan itu sebagai eleman penting bagi mendapat kuasa, PAS tetap memberi khidmat secara berterusan," tambahnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Baling, turut berkata, PAS bukan menjadikan kemenangan ke Putrajaya sebagai titik noktah, tetapi perjuangan merangkumi noktah tersebut.

"Tiada gunanya kemenangan sekiranya kedaulatan Islam tidak tercapai. Oleh kerana itu ia perlu selari supaya apa yang ada tidak hilang, manakala apa yang dikejar juga akan diperolehi, "ujarnya lagi.

Roboh Pasti: Umno jangan berlagak samseng

Posted: 25 Apr 2011 12:53 AM PDT

Ahmad Danial

BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengingatkan Umno supaya tidak berlagak macam 'samseng' meroboh dan merampas bangunan Pasti atas apa juga kelulusan.

"Kita ingatkan Umno supaya jangan bertindak macam hero atau samseng boleh buat apa yang mereka suka di atas dunia ini. Mereka bermaharajalela ingin merobohkan institusi pendidikan yang terbukti berjasa ini.

"Jangan kita buat sesuka hati bangunan Pasti ini bukannya dibina dengan duit judi, duit rasuah atau duit penipuan, ia dibina dengan air mata oleh masyarakat marhain, dhuafak, orang miskin dan sebagainya," katanya yang merujuk kepada bangunan Pasti Bukit Katil yang akan dirobohkan.

Beliau berkata demikian pada ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan,Bukit Katil malam tadi.

"Jangan kamu ingat kamu berkuasa boleh buat sahaja, kami akan terus menentang kezaliman.

"Kalau kamu ada duit, tenaga dan sumber untuk menekan rakyat, ingatlah kami ada Allah sebagai tempat kami mengadu," ujarnya dengan tegas.

Beliau juga menjelaskan PAS konsisten bahawa video fitnah untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dikeluarkan semata-mata atas tujuan politik.

"Mungkin video ini dikeluarkan atas nasihat APCO yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar seperti kenaikan harga barang dan kejayaan PR pada pilihan raya Sarawak," jelasnya.

Beliau juga mengharapkan penyokong dan petugas PAS supaya meneruskan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang menurutkan paling lewat akan diadakan pada November 2013.

Turut sama berceramah pada program tersebut ialah Pengarah Komunikasi PKR Melaka, Khairi Ismail dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Beri kebebasan sepenuhnya bukan di bibir sahaja

Posted: 24 Apr 2011 11:51 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penulis blog Pakatan Rakyat untuk menulis mengenai sesuatu isu berdasarkan fakta.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, PAS yakin penulis blog Pakatan Rakyat sentiasa menulis berdasarkan fakta, bukan menabur fitnah seperti yang dilakukan penulis blog pro Umno BN.

"Sekiranya kebebasan diberikan sepenuhnya kepada kami para blogger, blogger pro Pakatan sentiasa mengeluarkan kenyataan dengan fakta, bukannya mengfitnah seperti yang dikatakan (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina.

Najib berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di ibu negara, semalam.

Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengalukan-alukan kenyataan itu namun hairan dengan beberapa tindakan yang pernah dikenakan kepada blog-blog Pakatan Rakyat yang mengkritik kerajaan namun tidak pula mengenakan tindakan kepada penulis blog Umno BN yang hebat menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat.

"Saya mengalu-alukan kenyataan pihak kerajaan yang tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog namun saya begitu saya hairan dengan tindakan yang pernah dikenakan kepada kes beberapa orang penulis blog pro Pakatan sedangkan dalam kes blogger pro Umno masih bebas mengfitnah pimpinan (Pakatan) tanpa tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan itu sebagai "manis di mulut" namun realitinya kerajaan menggunakan pelbagai agensi penguatkuasa untuk menakutkan dan bertindak kepada blog pro Pakatan.

"Saya lihat kenyataan Najib itu sebagai manis dimulut namun penuh dendam kesumat dan yang akan kena nanti adalah blog pro Pakatan.

"Ini ialah kenyataan yang cuba melunakkan blog yang tidak mesra BN," katanya.

Namun tegasnya, tindakan menakut-nakutkan penulis blog Pakatan Rakyat tidak melemahkan semangat mereka untuk terus menyebarkan maklumat yang benar.

"Namun saya lihat ianya tidak akan menghentikan tindakan kami untuk bersama rakyat Malaysia yang dahagakan maklumat yang sebenar," katanya.

Mac lalu, seorang seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, yang dikenali sebagai Hanief ditahan polis dan komputer ribanya dirampas.

Tangkapan itu turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa

Posted: 24 Apr 2011 11:48 PM PDT

TVS NEWS


KUCHING : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas semangat luar biasa Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 10, 16 April lalu.

Menurut Anwar, walaupun gagal menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan Barisan Nasional namun prestasi dan semangat yang ditunjukkan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu memberi tentangan kepada parti itu malah telah meniup semangat kebangkitan rakyat di negeri 'Bumi Kenyalang' ini.

"Saya tetap akan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pakatan Rakyat dalam menambah kerusi pada PRN Sarawak lalu kerana semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan dan sangat luar biasa. Kita juga telah mengubah senario politik Sarawak, dimana BN menang dengan segala masalah tanpa menunjukan satu keghairahan kerana mereka sedar dengan kelemahan dan kecurangan yang berlaku pada PRN tempoh hari," kata Anwar dalam satu majlis perjumpaan Pemimpin-pemimpin PKR Sarawak di Dewan Ruai Berlian, Menara Grand, Kuching petang tadi.

Dalam PRN lepas, PKR memenangi 3 kerusi di Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang, DAP 12 kerusi manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan undi popular lebih 45 peratus dari rakyat Sarawak dan menguburkan Parti Komponen BN kedua terbesar negeri itu, SUPP.

Menurut Anwar, kehadiran pemimpin-pemimpin di Sarawak hari ini membuktikan semangat perjuangan yang harus dikekalkan sebagai satu pasukan dalam mendepani pilihanraya Umum akan datang.

"Kita hadir dalam pertemuan ini dengan tekad iaitu membina kekuatan kita untuk melihat kedepan dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang kita bawa untuk mempersiapkan jentera maju menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti."

Majlis dihadiri lebih 100 Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang serata negeri Sarawak.

Turut hadir, ialah ADUN PKR yang baru memenangi kerusi PRN lepas iaitu Baru Bian, See Chee How, dan Ali Ak Biju.

Tambah Anwar, beliau turut mengesa pemimpin Parti Keadilan Rakyat agar mengekalkan semangat berpasukan dan menyelesaikan permasalahan yang ada secara aman dan bukannya di luar ruang bincang Pakatan Rakyat

"Parti Keadilan, saya nasihatkan pimpinan agar menghormati semangat dalam Pakatan, tidak membuat tuntutan diluar yang menyinggung kawan-kawan dalam pakatan , jadi kami, PKR, DAP dan PAS adalah gagasan, jadi kita tidak perlu buat tuntutan diluar forum," katanya

"Tentunya menerusi forum yang baik agar memberi mesej yang baik, jadi kalau melatah diluar dengan buat tuntutan yang agak kasar dengan menyinggung gagasan yang lain itu tidak memberi mesej yang baik, dalam pilihanraya, kawasan yang ditandingi PKR dibantu oleh DAP dan PAS, kawasan DAP saya pun turun kempen, PAS, DAP dan keadilan turut kempen, jadi kami bergerak dalam satu pasukan," tambah Anwar.

Kes Fitnah Kedua : Sesi Penggulungan Berlangsung

Posted: 24 Apr 2011 11:46 PM PDT

(TERKINI)



KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.

Karpal dalam hujahnya berkata, bahawa timbul keraguan oleh pihak pendakwaan apabila doktor pakar Hospital Pusrawi, Dr. Mohd Osman tidak dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut.

Justeru peguam vateran itu mengingatkan mahkamah supaya bergantung kepada apa yang dikemukakan di mahkamah dan bukannya terpengaruh dengan anasir luar.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya.

Karpal juga berkata, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan turut menemui bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor pada hari yang sama beliau membuat laporan polis di mana tindakannya itu mengundang pelbagai spekulasi.

Terdahulu Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.

Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.

Seterusnya Karpal berkata, adalah penting bagi mahkamah untuk mengambilkira kredibiliti testimoni saksi yang diperhatikan tidak konsisten.

Katanya, sebarang bukti atau kenyataan lisan yang tidak kukuh harus ditolak mahkamah.

Seterusnya, Ram Karpal Singh mengambil giliran mengemukakan penghujahan berasingan berhubung keterangan saksi pakar DNA, Dr Seah dan pengalisis Nor Aidora Saedon.

Ram menjelaskan kepada mahkamah bahawa ujian DNA yang dijalankan oleh kesemua pakar Jabatan Kimia Malaysia berhubung sampel yang ditemui pada tuala muka "Good Morning", berus gigi dan botol air mineral tidak konsisten.

Ini katanya tidak menuruti garis panduan antarabangsa selain bersifat bias dan tidak sahih.

Malah tegas beliau, tugas pakar DNA adalah untuk memberikan pandangan yang jujur kepada mahkamah selain analisis tersebut haruslah dibekalkan kepada pihak peguambela.

"Bukti adalah untuk membantu mahkamah untuk membuat kesimpulan. Namun ianya (analisis) membuatkan perkara lebih rumit," ujar beliau.

Peguambela Sankara Nair kemudian mengambil giliran mengemukakan penggulungan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berhubung keterangan saksi doktor Hospital Kuala Lumpur.

Sankara menjelaskan kepada mahkamah bahawa pendakwaraya tidak dapat menjelaskan tentang tiada kesan koyak pada dubur pengadu, Saiful sekiranya beliau mendakwa diliwat.

Katanya lagi, sekiranya pendakwa mengesahkan penggunaan 'gel KY' semasa diliwat, maka adalah ganjil jika bahan pelincir tersebut tidak dihantar ke makmal kimia untuk dianalisis.

Berdasarkan laporan kimia yang dikemukakan, Sankara tidak menolak kemungkinan wujud tekanan politik memandangkan laporan tersebut hanya mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan sedangkan prosedur biasa memakan masa hingga tiga bulan.

Sankara kemudian memberitahu mahkamah tiada ujian saintifik dilakukan keatas semen yang ditemui pada dubur pengadu.

Beliau kemudian berkata, walaupun ujian DNA dilakukan pada semen tersebut namun keputusannya tidak boleh diterima pakai memandangkan ianya telah disimpan lebih dari 96 jam.

Sankara menjelaskan protokol makmal diabaikan sama sekali dan keputusan ujian tidak boleh diterima pakai.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pakar kimia menerima sampel spesimen yang diserahkan DSP Jude Balcious Periera walaupun tarikh salah dicatitkan pada label botol yang diperoleh.

Ujian keatas Saiful dilakukan pada 28 Jun namun tarikh pada botol tersebut tertulis 26 Jun.

Peguambela seterusnya mempersoalkan pergerakan Saiful ketika menaiki lif di kondominium Desa Damansara pada hari kejadian.

Sankara menyifatkan Saiful tidak pernah sampai ke unit tersebut dan tidak pernah diliwat Anwar seperti yang didakwa memandangkan beliau keliru dengan lokasi unit tersebut walaupun mendakwa telah pergi ke tempat kejadian beberapa kali sebelum ini.

Ini berdasarkan video CCTV yang merakam Saiful keluar pada aras yang salah.

Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Saiful Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sankara kemudian mengakhiri penggulungan beliau. Mahkamah berhenti rehat dan akan disambung pada jam 2.30 petang.

Penggantungan Azhar Tamat Jumaat Ini

Posted: 24 Apr 2011 11:38 PM PDT

BERNAMA


GEORGETOWN : Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim akan dibenarkan semula menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 29 April ini setelah tempoh penggantungannya selama enam bulan berakhir bulan lepas.

Azhar dikenakan tindakan penggantungan enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga itu melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang DUN Mei lepas.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain berkata sidang DUN kali ini dijadual berlangsung selama lima hari selepas majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas Jumaat ini.

"Selepas majlis perasmian itu, sidang DUN ditangguh dan akan disambung pada hari Selasa iaitu pada 3 Mei ekoran hari Isnin adalah cuti gantian hari kelepasan am sempena Hari Pekerja," katanya kepada Bernama di George Town hari ini.

Tiada ulasan: