Isnin, 25 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Saiful tidak berada dalam kondo?, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat tidak pernah berlaku.

Posted: 25 Apr 2011 03:00 PM PDT



 
KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.



Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.





“Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara.



Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.



Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.



Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.



Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.



Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.



“Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup,” kata Sankara.




www.keadilandaily.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MACAM-MACAM PENDRIVE ADA

Posted: 25 Apr 2011 06:08 AM PDT

CARA MELAJUKAN TONTON VIDEO ONLINE

Posted: 25 Apr 2011 01:00 AM PDT

Tutorial Lajukan Buffering Menonton Video Online

Salam semua. Hari ini aku nak share tips atau lebih kepada tutorial nak melajukan buffering ketika menonton video secara online di youtube atau dimana-mana janji secara online. Tutorial ini aku dapat dari blog bro Wazy84.Com iaitu salah satu blog kegemaran aku la. Dalam blog tu banyak benda-benda berguna untuk kita semua. Tutorial ini telah aku buat di laptop aku dan ternyata ada perbezaan ketika menonton video di Youtube. So kita teruskan tutorial kita ni,

Untuk Pengguna Windows XP

1. Pergi ke RUN atau taip Windows + R dan taip system.ini seperti gambar dibawah
2. Kemudian akan keluar Notepad seperti gambar dibawah ini
3. Selepas keluar Notepad tersebut korang kene edit dan tambahkan teks dibawah ini

page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps

4. Letakkan teks diatas seperti gambar dibawah ini
4. Kemudian Save atau taip Ctrl + S dan restart PC korang.

Untuk Pengguna Windows Vista dan Windows 7

- Klik run atau taip Windows + R > type system.ini
- Paste code yang diberi > save as kat desktop
- Copy file system.ini kat desktop tu (file tu nama system je)
- Paste kat My Computer > Local Disk (Local Disk:C > Windows)
- Restart PC korang


suffer.frenzyfm.my


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

HATA ANJUR PROTES UTUSAN MALAYSIA 2 MEI

Posted: 25 Apr 2011 01:00 AM PDT


Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari hari ini menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan penulis Awang Selamat yang menyiarkan artikel berbaur perkauman. Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk 'Ayuh! 1Melayu 1Bumi' dalam akhbar milik Umno baru-baru ini. Hata berkata, sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan 'menghalal' apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan, punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu.

"Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu.

"Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja," katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang kini digantung tugas..

Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengkritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan mahu menggugat keselamatan negara.

Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.

"Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN.

"KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman," ujarnya.

Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya.

"Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum," katanya lagi

Selaras dengan kegagalan KDN itu, Hata akan menganjurkan perhimpunan 'Tunjuk Rasa' di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini.

Tulisan itu kata Hata lagi telah mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia.

"Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya.

"Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan)," ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini.

Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan 'mempersembahkan' beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman.

"Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut.

"Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi," katanya.

KL-Today.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat

Posted: 24 Apr 2011 10:30 PM PDT




Peguam: 'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat'


Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SEJADAH AJAIB

Posted: 24 Apr 2011 09:00 PM PDT



PERNAH BERSOLAT DI SURAU HENTIAN REHAT PLUS?
HANGPA TENTU PERNAH TERBACA AYAT DI BELAKANG SEJADAH
"SEJADAH INI DIAMBIL TANPA KEBENARAN PLUS"
PERLUKAH KITA MEMINTA KEBENARAN PLUS UNTUK MENGGUNAKAN SEJADAH INI?
APA HUKUMNYA KITA AMBIL SEJADAH INI DARI PENYIDAI DI SURAU PLUS,
DAN BENTANGKAN SEJADAH NI UNTUK BERSOLAT?
TERANG-TERANG DAH DITULIS DIAMBIL TANPA KEBENARAN.

SEJADAH NI MEMANG AJAIB,
JIKA UNTUK MENGELAKKAN SEJADAH TERSEBUT DICURI
DAH TENTU PLUS AKAN TULIS "SEJADAH HAKMILIK PLUS"
BETOI KA?

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Boikot' mereka ber'otak' nasi lemak......alahai.....

Posted: 24 Apr 2011 06:00 PM PDT

Kesian sungguh......level kepala otak mereka ni setakat nasi lemak je.

Saya rasa nasi lemak ntah jatuh 'ranking' ke berapa dalam menyumbang kepada kalori tenaga.

Kalau nak nak kaitkan obesiti dengan nasi lemak......ni macam nak perli beberapa 'orang' di Putrajaya yang memang obesiti tahap III.

Bila bercakap pasal obesiti murid di sekolah......jangan lupa juga bercakap pasal murid yang kurus keding tak cukup zat.

Dia orang tak fikir ke masih ramai lagi anak-anak di pendalaman....masih ada yang tak sarapan langsung atau masih ramai lagi yang tak tahu atau memang tak nak ambik tahu hal anak-anak di pendalaman?

Berita-berita seperti itu sengaja di'gelap'kan oleh media pencacai.

Bercakap pasal media pencacai......rakan 'kongsi' mereka yakni parti 'towkay-towkay' besar sudah ber'kempen' agar boikot membacanya.

Saya amat yakin, orang-orang parti 'towkay-towkay' besar ini, berapa kerat sangat yang membacanya......majoriti yang baca adalah orang-orang mereka sendiri......kerana mereka yang pakai songkok 2 jengkal ni terasa macam tak sah hari-hari berlalu tanpa baca 'risalah' yang penuh dengan 'fadilat' tersendiri.

Jadi pendekkan cerita, laungan boikot itu ditujukan pada siapa?

Saya rasa mereka patut bersama PR boikot 'risalah' itu kerana orang-orang PR walaupun benci pada tuan punya 'risalah' itu, tapi masih ramai yang percaya segala tipu belit, fitnah, ancum-mengancum, laga-melaga sesama anggota PR.al-brangionline

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: