Senyum Tangis Sendu |
- Gempar: Buat Aksi Seks Depan Orang Ramai
- Ini Kucing atau Penguin atau Kuin?
- Eskay Tayang DNA Pada Polis
- Jerut Leher Isteri Sebelum Hantar ke Klinik
- Awas Wanita! Serbuk Perangsang Seks
- Panas: Video Ini Utusan, UMNO dan Perkasa Kena Tengok
Gempar: Buat Aksi Seks Depan Orang Ramai Posted: 27 Apr 2011 05:01 AM PDT Ketika ramai yang berseronok menunggang gajah, tiba-tiba gajah melakukan aksi seks di depan orang yang menunggangnya. Gajah itu tidak kira siapa yang ada disekelilingnya yang penting mereka dapat "melaksanakan" misi mereka. Tetapi manusia jangan seperti gajah ini. Jika mahu lakukan demikian, carilah tempat yang sesuai dan janganlah buat aksi seperti gajah itu yang nmpak lebih buruk dari gajah jika berbuat demikian. |
Ini Kucing atau Penguin atau Kuin? Posted: 27 Apr 2011 03:30 AM PDT Apakah binatang di atas? Kucing atau penguin atau gabungan kucing dengan penguin yang dinamakan kuin. Inilah perkara yang pelik berlaku di atas muka bumi ini. Tidak pasti sama ada binatang ini dikacuk atau memang betul-betul wujud. Walaubagaimana pun, ia tetap melengkapkan benda-benda yang wujud di atas muka bumi ini. Tiada yang lebih sempurna kecuali penciptaNya. |
Posted: 27 Apr 2011 02:16 AM PDT Pengarah video porno, Eskay telah menyerahkan DNA kepunyaannya memandangkan dia kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu menyerahkan DNA apabila diminta oleh polis. Eskay berbuat demikian kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi. Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis. Berikut adalah kata-kata dari Eskay kepada media: Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama. Eskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara. |
Jerut Leher Isteri Sebelum Hantar ke Klinik Posted: 26 Apr 2011 08:30 PM PDT JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma. Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri. Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah. "Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan," katanya. Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri. "Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut," katanya. Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat. "Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup klinik berkenaan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit," katanya |
Awas Wanita! Serbuk Perangsang Seks Posted: 26 Apr 2011 06:30 PM PDT KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol. Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit. Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku. |
Panas: Video Ini Utusan, UMNO dan Perkasa Kena Tengok Posted: 26 Apr 2011 04:31 PM PDT Video ini untuk tontonan puak-puak gerombolan songkok tinggi, pembawa keris dan penyebar fitnah rakyat agar mereka tahu Melayu yang seperti mana harus dipertahankan. Mereka bukannya terlolong sana sini dengan slogan "Hidup Melayu", "1Bumi !Melayu" dan yang paling penting untuk mereka ialah "Melayu Mudah Lupa". Ketika mereka asyik mempertahankan Melayu, mereka sebenarnya telah dikhianati Melayunya oleh pemimpin BN sendiri terutamanya parti Melayu pekat dalam dunia iaitu UMNO. UMNO sebagai tunjang kemelayuan seakan-akan sudah layu dimamah usia. Mereka tidak lagi layak untuk memandu Melayu tetapi lebih suka mengkhianatinya. Utusan dengan slogan "1Bumi 1Melayu" seakan-akan Bumi ini milik orang Melayu sahaja. Jika Bumi ini milik Melayu, ke manakah arah tuju orang Arab di Asia Barat. Apa kata Aerial Sharon jika Bumi ini penuh dengan orang Melayu? Bush tentu pening dengan dirinya. Adakah mereka akan berpindah ke planet Zuhal? Perkasa pula sibuk dengan "Hidup Melayu" dengan bawa keris sana sini. Mereka tidak tahu pemimpin mereka telah 'bunuh' kepentingan orang Melayu sejak pemerintahan UMNO lagi. Sama-sama kita saksikan video di atas. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan