Rabu, 27 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ciiittt...!! Apa la lu....

Posted: 26 Apr 2011 08:30 PM PDT


Aha.... rasanya Azmin Ali terkantoi kali ini, kena main dengan media-media pencacai UMporNO/BN. Tu laa... cepat benor melatah. Oh pocot!!

Bebaru ini, dia menghentam Mustapha Ali openly. Fuuhh... Melenting sakan dia terhadap komen Mustapha Ali tentang kes video seks yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. Pompang... pompang.... macam kapal nak karam.

Uisy.... dah tahu pun yang media-media pencacai UMNO/BN itu kaki fitnah dan kaki putar belit, mengapa cepat dan mudah benar terpedaya hingga sanggup kritik begitu pedas terhadap rakan sendiri. Tak moleklah macam tu... Tak pro langsung!!

Banyak orang sebenarnya hairan, mengapa dia begitu marah?? Apa yang buat dia marah sangat??

Setelah mendengar rakaman video temuramah media dengan Mustapha Ali, sebenarnya... tidak ada apa pun yang sensitif atau kontroversi yang diucapkan oleh Mustapha. Tak der benda sebenarnyer.... [sini]

In fact... Mustapha address soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya dengan begitu baik sekali. Tak der pun kata-kata dia yang menyinggung Anwar dan PKR.


Inilah yang buat Azmin terkantoi!! Ciiitt.... bikin malu pemimpin PKR jer!! Kalau cepat melatah dan mudah terpedaya dengan permainan kotor media-media pencacai ni, macam mana nak jadi pemimpin yang baik? Emotional amat.... Ubah perangai sebelum kena nyah!!

Lantas.... mungkin setelah menyedari ketelanjuran Azmin, maka Anwar cepat-cepat mengambil tindakan membaikpulih keadaan.

KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menjelaskan kenyataannya diputar belit oleh Umno.

Bagi Anwar, fitnah Umno dan percubaan untuk melagakan pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah ditolak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan perkara itu di laman twitter.

Mustafa pada 23 April lepas menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, 22 April.

UMNO mengingau... DAP pun tak mau!

Posted: 26 Apr 2011 05:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain. [Lagi di sini]

UMNO ni buang tebiat ke hape?? Dengor khabornyer... UMNO mengigor dan dalam ngigor nyer itu, dia nak berkawan dengan DAP. Dia nak ngajak DAP masuk Barisan Najis. Fuuh... besor hajat ngigor nyer tu. Dahsyat!!

Tapi... belum sempat UMNO tersedor, Guan Eng dah kata, "Sori... kami tak sior!"

Weh... sapa sior lagi dengan UMNO/BN. I repeat what I've said before, "Hanya orang kebulor jer yang siorkan UMNO" Alahai.... padan muka UMNO!!

Aloo UMNO.... Usahler komer nak bersandiwara. Komer peluk jer ler MCA tu rapat-rapat. Demer tengah marah tu... Kempen "1 Bumi, 1 Melayu" buat demer marah. Jadi, jangan pulak nanti demer lari meninggalkan komer. Demer terpaksa marah... sebab jika tidak, orang Cina akan lari meninggalkan demer. Orang Cina akan lari kepada DAP. Kalau orang Cina bersatu di bawah DAP.... orang Melayu di bawah PAS dan pelbagai kaum lain di bawah PKR.... mampuih UMNO!!

Aaaa... Gerakan dah terang-terang kata, yang Barisan Najis tidak akan dapat semula undi orang Cina. Sebab, UMNO ni angkuh!! Orang Cina dah set mind demer untuk kekalkan kegetikkan mereka terhadap UMNO. Jadi UMNO jangan mimpi ler.... Oleh itu, sekarang.... UMNO guna Perkasa untuk satukan Melayu melalui kempen"1 Bumi 1 Melayu" Weh... nak timbulkan suasana keresahan kaum ke??

Weh... Melayu tak bodoh lagi, ya?? Banyak Melayu pun yang dah tak siorkan UMNO. Hidupler di alam realiti. Jangan kuat ngigor sangat... Malaysia bukan lagi 110% Melayu yang punyer. Malaysia hak semua bangsa yang menjadi warga negara, ada paham?? Wake up please....

Sebab itu, entah-entah la ni... UMNO-MCA bersandiwara jer. Orang dah tak caya sama lu olang punyia wayang maaa... Oleh itu, komer berdua bersandiwaraler semau-mau nyer, orang dah tak heran dah.

Betoi kata Guan Eng. Entah-entah Operasi Lalang is on the way... coming soon!! UMNO-MCA yang bercakor but last-last para pemimpin Pakatan Rakyat yang kena cekop!!

Oleh itu jangan kita terperangkap dengan permainan jahat mereka ini. Bolayan jer mereka!!

Tiada ulasan: