Anak Sungai Derhaka |
- Itu bukan Anwar - Nurul Izzah
- JELAS lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.
- Video Lucah Part 2 telah keudara...
- 1Melayu 1Bumi : Selepas Muhyiddin, Zahid pula menyanggah Najib..
- KEADILAN fail petisyen Pilihanraya Sarawak
- 1Melayu, 1Bumi ‘perjuangan sah dan mulia’ - Khir Toyo
- TV3 edit interbiu dengan saya - RPK
- Bila nak habis ni???
- LDP not welcome in BN anymore
- Kenyataan Raja Petra wajib - Gani 4tahil
Posted: 27 Apr 2011 07:31 AM PDT Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya. Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu. Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini. "Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini. Klip kedua video seks muncul, Eskay beri sampel DNA KUALA LUMPUR, 27 April – Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet. Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman 'Youtube' dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online. Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis. Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu. "Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman. Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis. Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu. The Malaysian Insider |
JELAS lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim. Posted: 27 Apr 2011 05:39 AM PDT Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu. Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim. Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar. Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim! - Komen Greenboc |
Video Lucah Part 2 telah keudara... Posted: 27 Apr 2011 03:12 AM PDT Amat menghairankan.. ketika pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan terhadap dalang tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara dan pihak polis juga dikatakan menyiasat dalang yang memuatnaik (upload) sebahagian dari video tersebut ke dalam Youtube, hari ini muncul pula bahagian kedua video tersebut dengan judul 'Papa Nurul Izzah Part II'.. Menghairankan kerana menurut 'Three Stooges' yang telah menayangkan video tersebut hanya terdapat satu salinan pada mereka dan ianya telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.. Selain dari itu dalang yang memuatnaikkan video tersebut juga kelihatan tidak gentar sama sekali untuk berhadapan dengan tindakan pohak polis seolah-olah dirinya dilindungi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak polis itu sendiri.. Video seks bahagian kedua di Youtube Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet. Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari. Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno." Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu. Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban. Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air. Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam. Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel. Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain. Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu. Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban. Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air. Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam. Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook. Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T" mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim. Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis. Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis. "Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. Malaysiakini |
1Melayu 1Bumi : Selepas Muhyiddin, Zahid pula menyanggah Najib.. Posted: 27 Apr 2011 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR 27 APRIL : Naib Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi meminggirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak apabila menyifatkan gerakan 1Melayu 1Bumi yang dicanang oleh Utusan Malaysia sebagai cetusan akar umbi Melayu dan bukan pendapat peribadi pengarang. "Walaupun Perdana Menteri mengatakan bahawa beberapa isu yang dibangkitkan Utusan adalah pandangan pengarang dan bukannya pendirian kerajaan, tetapi suara Utusan adalah suara kita, suara orang Melayu keseluruhannya, suara denyut nadi dan pemikiran orang Melayu," kata Zahid yang juga Menteri Pertahanan. Najib sebelum ini menegaskan gerakan 1Melayu 1Bumi yang dicadangkan oleh Utusan adalah pendapat peribadi pengarangnya dan tidak harus dikaitkan dengan kerajaan pimpinan Umno yang mendokong konsep 1Malaysia. Timbalannya Muhyiddin Yassin pula berkata Utusan mempunyai hak sepenuhnya membuat cadangan itu dan menolak kritikan parti-parti komponen BN, khususnya MCA yang menyifatkan cadangan itu berbaur perkauman dan membelakangkan dasar-dasar Najib. Ketika merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Zahid, secara beralas, turut memberi sokongan kepada cadangan gerakan 1Melayu 1Bumi yang akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Star Sabtu ini. Walaupun tidak merujuk kepada cadangan itu secara langsung, Zahid menegaskan Utusan harus berani mengutarakan permasalahan orang Melayu serta penyelesaiannya. "Salahkah Utusan yang menjadi darah daging orang Melayu menyuarakan rasa sebenar orang Melayu tanpa disaluti rasa dendam terhadap kaum lain, tanpa mengenepikan teras negara kita sebagai sebuah negara majmuk," kata Zahid. "Kemajmukkan ini diterima oleh semua tetapi soalnya sekarang adalah usaha pihak tertentu untuk melakukan peminggiran secara sistematik terhadap Utusan yang menjadi suara orang Melayu," tambah beliau. Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan Utusan tidak boleh mendakwa dirinya sebagai suara orang Melayu kerana hanya mempunyai pengedaran kira-kira 200,000 naskah sehari. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari pula menegaskan akhbar kawalan Umno itu lebih merupakan suara pemimpin Umno dan bukannya mewakili masyarakat Melayu, seperti satu waktu dahulu. Dalam ucapannya Zahid mahu Utusan meneruskan agendanya kerana mendakwa orang Melayu telah diabaikan oleh sebuah parti politik. Zahid tidak menamakan parti itu tetapi dipercayai beliau merujuk kepada PAS. " Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal. Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata beliau. Zahid bagaimanapun tidak mengulas soal Umno ditolak oleh pengundi kaum Melayu pada pilihanraya umum lalu, Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyifatkan parti itu tidak lagi mampu mendokong perjuangan orang Melayu, justeru percambahan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan memperjuangkan agenda kaum itu. Zahid mempertahankan Perkasa dan Presidennya Datuk Ibrahim Ali, bekas pemimpin Umno yang bertanding atas tiket PAS untuk memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas namun kini menjadi wakil bebas yang kembali menyokong Umno. "Ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dianggap sebagai terlalu perkauman dan ada pihak tertentu memberi cadangan serta pandangan kepada kerajaan supaya meminggirkan ahli politik yang menerajui NGO tersebut, sedangkan dia bersuara atas platformnya sebagai ahli politik bebas dan sebagai peneraju kepada sebuah NGO demi kepentingan orang Melayu,' kata Zahid. Dengan kekangan-kekangan begitu, menurut Zahid, amat penting untuk Utusan meneruskan agendanya. "Namun pihak yang tidak senang dengan Utusan seolah-olah menganggap isu-isu mengenai agenda Melayu tidak lagi relevan, seolah-olah isu Melayu ini adalah isu yang cauvinis bagi golongan bukan Melayu," kata beliau. "Ada media, ada akhbar yang memaparkan isu kaum tertentu tetapi mengapa mereka tidak pula dianggap sebagai cauvinis," kata Zahid. Antara rungutan utama pelbagai pihak terhadap Utusan ialah laporan-laporan mengenai pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim sering diputar belitkan demi mempengaruhi pengundi Melayu. Isu-isu di kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat diperbesarkan manakala kepincangan kerajaan negeri pimpinan BN termasuk Sarawak di bawah Abdul Taib Mahmud ditutup daripada tatapan umum. Rekod Umno-BN menangani soal kemiskinan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta kos sara hidup yang melambung yang semakin menghimpit penduduk tidak mendapat perhatian Utusan. |
KEADILAN fail petisyen Pilihanraya Sarawak Posted: 27 Apr 2011 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN sedang mengumpul bukti bagi memfailkan petisyen di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada pilihanraya Sarawak yang berakhir 16 April lalu. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggazetkan keputusan pilihanraya itu, pihaknya akan memfailkan petisyen dalam tempoh 14 hari. "Itu undang-undang yang perlu kita patuhi. Tujuan memfailkan petisyen ini bagi memastikan ketelusan proses pilihanraya terutamanya di beberapa kawasan yang kita mempunyai bukti Barisan Nasional merasuah penduduk sehingga calonnya menang. "Malah, ugutan turut berlaku. Setiap cabang KEADILAN di kerusi DUN yang kita tandingi sudah diarahkan termasuklah mengumpulkan bukti bergambar bagi memastikan petisyen yang kita failkan kelak benar-benar teliti," katanya kepada Keadilandaily.com. Baru yang juga Adun Ba'kelalan menjelaskan, kerusi yang pasti akan difailkan termasuk DUN Senadin yang menyaksikan calon KEADILAN, Dr Michael Teo Yu Keng hanya tewas 58 undi kepada BN dalam saingan satu lawan satu. Namun, katanya, SPR enggan membuat kiraan semula undi meskipun didesak oleh calon dan wakil calon KEADILAN supaya berbuat demikian. "Dalam kes Senadin misalnya, terdapat bukti kotak undi di usik manakala pegawai SPR enggan mengira semula undi walaupun dari segi undang-undang pengiraan harus dibuat. Bukti seperti ini akan turut diambil kira di DUN lain yang kita tandingi," katanya. Sebelum ini, calon KEADILAN di DUN Tebedu, Dr Christopher Anak Kiyui percaya SPR bersuhabat memenangkan BN di kawasan itu melalui tandatangan palsu pada borang 14. "Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat). "Apabila diperiksa, satu borang itu wujud pemalsuan dua tandatangan (pada Borang 14) disyaki (dilakukan oleh) SPR. Bilangan undi pada Borang 14 turut diubah pihak tertentu," kata Christopher yang sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung pada 18 April lalu. DUN Tebedu dimenangi calon BN, yang juga penyandang kerusi itu selama 15 tahun, Datuk Michael Manyin Anak Jawong dengan majoriti 4,066 undi berbanding undi yang diraih Christopher sebanyak 2,130. Calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Anthony Anak Nais dan calon Bebas Kipli Anak Ale yang turut bertanding di kerusi itu masing-masing hanya mendapat 468 dan 260 undi sekaligus hilang wang pertaruhan. http://www.keadilandaily.com/?p=12346 |
1Melayu, 1Bumi ‘perjuangan sah dan mulia’ - Khir Toyo Posted: 26 Apr 2011 11:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 April — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata gerakan "1Melayu, 1Bumi" - idea dilontarkan Utusan Malaysia dan disahut Perkasa, patut dianggap sebagai satu "perjuangan yang sah dan mulia" jika bertujuan menyatupadukan kaum Bumiputera dan Islam. Sebaliknya kata beliau, jika gerakan itu bertujuan memindas dan menghancurkan kaum Cina, maka ia sepatutnya dianggap perkauman dan ditentang habis-habisan. "Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," katanya lagi. "Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum Bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina, maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain," kata beliau dalam entri terbaru blognya. Justeru kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Besar ini menambah, perkauman atau tidak slogan '1Melayu 1Bumi" yang dicadangkan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Zaini Hassan bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut. Gerakan itu akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Setar Sabtu ini. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata gerakan gelombang "1Melayu 1Bumi" akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai. Bagaiamanapun beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu. Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong. Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan "1Bumiputera" - menyahut idea "1Melayu, 1Bumi" walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka. Dr Khir juga menulis bahawa bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi. "Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1Melayu 1Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini? "Saya selalu bertanya mengapa bila orang Melayu bercakap soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi kaum Cina tidak dianggap perkauman?" katanya. Malahan soal beliau, apakah kempen-kempen politik DAP yang mempertikaikan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional kerana dipimpin oleh orang Melayu bukan merupakan satu kempen perkauman. "Malangnya tiada pula ada akhbar-akhbar milik kaum Cina menganggap kenyataan DAP tersebut sebagai kenyataan berbaur perkauman," katanya lagi. "Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tulis beliau lagi. Bekas ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ini bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia. "Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia," katanya lagi. The Malaysian Insider |
TV3 edit interbiu dengan saya - RPK Posted: 26 Apr 2011 10:59 PM PDT Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006. Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya. RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April. "Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?" soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas. Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit. Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah. "Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan," katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut. Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan. Malaysiakini |
Posted: 26 Apr 2011 09:11 PM PDT Aku tak pasti samada berita ini benar-benar telus ataupun satu lagi kenyataan pemimpin Pakatan yang diptar belit oleh Lidah Rasmi UMNO.. Diputar belit untuk melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat.. Mustafa balas 'serangan' Azmin KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun 'diserang' secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut. Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu. "Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan. "Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah. "Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai. Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan. "Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian." Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu. "Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia," ujarnya. Lidah Rasmi UMNO |
Posted: 26 Apr 2011 08:25 PM PDT KOTA KINABALU: An all out war has been declared within the Sabah Barisan Nasional (BN) coalition under Chief Minister Musa Aman against the Liberal Democratic Party (LDP). Gerakan Sabah is the latest BN coalition partner to have joined in the LDP-bashing spree following the senior coalition party's outspoken criticism of the chief minister who is also the state BN chairman. Gerakan Sabah chairman Gordon Leong urged Musa to seriously consider issuing a showcause letter and to take necessary disciplinary action against LDP for disrespect. Leong in a statement issued here today said its fellow BN coalition member was undermining the integrity and stability of the State leadership. Describing LDP's criticism as "uncalled for childish behaviour that reflects their political immaturity and such an attitude is misleading the public," he said LDP was not welcome in the BN any longer. "Their constant uncalled for public outcries contradict themselves by not respecting our PM's decision and strong support of the State BN leadership of Sabah, in particular Musa Haji Aman," said Leong. He rubbished the LDP leadership's claim that they have been sidelined by the State BN leadership despite being a long standing component party of BN. Leong pointed out that after the shock resignation of former LDP president Chong Kah Kiat as the Minister of Tourism and Environment,one of its leaders Liew Yun Fah was made the Minister of Youth and Sports only to be dropped by the LDP leadership at the following general election who later revoked of his membership. Public outburst He said after the 12th General Election, Peter Pang was appointed Minister of Youth and Sports and later appointed Deputy Chief Minister following the departure of SAPP from BN, while Pang Yuk Ming was appointed Assistant Minister of Infrastructure Development. "Unfortunately, last September Pang quit LDP as he could not agree with the party's public outburst that it could not work with the Chief Minister. "Hence, no prize for answering the question "Who sidelined who?". "LDP should know full well that they cannot have their cake and eat it. One cannot help wondering if LDP is with the opposition or with BN. "We are especially puzzled when the DAP Sabah chairman Jimmy Wong voiced its support for LDP's stand," he added. He suggested the LDP leadership should consider quitting the coalition if they really can no longer commit to the political struggles of BN. "They should be brave enough to take the next course of action, which is to quit the coalition to prove that they can get and enjoy the support of the people," he said. "LDP should not cry foul and be a sour grape simply because their opinion differs from that the majority of the other BN component parties. "After all we live in a democratic country. Let us be reminded that there is no room for personal grudges within the BN. "The BN component parties should instead close ranks and concentrate on how to serve the rakyat diligently under the umbrella of BN so as to guarantee a landslide victory for BN in the coming general election," he added. Leong poured praise on Musa, who has favoured the peninsula-based party with key appointments in his cabinet, and said Gerakan would "continue to give its fullest unequivocal support for his capable and able leadership". Free Malaysia Today |
Kenyataan Raja Petra wajib - Gani 4tahil Posted: 26 Apr 2011 06:23 PM PDT PUTRAJAYA, 27 April — Kenyataan Raja Petra Kamarudin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. "Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita. Kenyataan Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata beliau dipetik Bernama Online. Satu lagi laporan semalam memetik Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum mengambil keterangan Raja Petra walaupun telah bertemu dengan editor portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand. Khalid menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya "perjumpaan biasa" kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat beliau menginap. Beliau berkata, kuasa Polis Diraja Malaysia terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit. "Ia hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya. Laporan Bernama kelmarin menyebut Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya. Dalam temu bualnya dengan TV3, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau. Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemu bual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap. Semasa perjumpaan itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau dituduh secara salah memandangkan beliau tidak membuat dakwaan terhadap Rosmah dan dua yang lain tetapi terhadap sumbernya, seorang anggota tentera berpangkat kolonel yang memberinya maklumat. Ahad lalu, Raja Petra menulis bahawa pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu. Malah kata beliau "drama Bangkok" juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehubungan itu, katanya polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand Sabtu lalu untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu. "Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia. "Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan