Senyum Tangis Sendu |
- SUPP Tipu Kaum Iban RM40,000
- Gambar: Utusan Menunjukkan Kebodohannya Lagi
- 1Bumi 1Melayu, Orang Jepun Tinggal di Planet Pluto ke?
- Terkejut Buaya Dalam Rumah
- Jual Tubuh RM50
- Tok Guru Tarzan
- Jari Dikerat-kerat
- Ranap dilanggar Suami
Posted: 26 Apr 2011 08:00 AM PDT Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru sahaja berlangsung hampir dua minggu, komponen BN telah membuat perangai tidak senonohnya apabila telah menipu kaum Iban RM40,000 semasa pilihan raya tersebut. Ia melibatkan tiga kampung kaum Iban di Sarawak iaitu Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.. Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya. Dalam siasatan, mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya. Jadi, jumlah untuk 100 orang tersebut masih lagi tertunggak dengan setiap orang akan mendapat RM400 dan jumlah keseluruhan tersebut ialah RM40,000. |
Gambar: Utusan Menunjukkan Kebodohannya Lagi Posted: 26 Apr 2011 05:00 AM PDT Sila klik pembesaran Ketika Utusan sibuk dengan api perkauman 1Bumi 1Melayu, mereka sekali lagi menunjukkan kebodohan dan kedangkalan dalam menyiarakan berita mengenai sukan. Kita sedia maklum sebelum ini isu politik mereka sering mainkan untuk pecah belahkan masyarakat. Hari ini dan sebelum-sebelum ini Utusan sering sahaja menipu rakyat dengan pelbagai jenis penipuan sedangkan pada Januari lalu Selangor tewas 0-2 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam. Di bawah adalah keratan akhbar hari ini untuk Utusan mengenai sukan. Sementara Red Giants pula pastinya mahu menebus kekecewaan tumbang 1-2 kepada Kelantan dalam aksi pembukaan awal Januari lalu. Sila tengok apayang diwarnakan pada tulisan dalam Utusan tersebut. |
1Bumi 1Melayu, Orang Jepun Tinggal di Planet Pluto ke? Posted: 26 Apr 2011 03:34 AM PDT Kata Dr.M melayu mudah lupa. Itulah yang sesuai untuk mereka yang selalu lupa terutamanya orang melayu. Tidak tersinggungkah rakyat dari negara Jerman, Norway dan Jepun jika di Bumi ini hanya ada satu bangsa sahaja? Kalau Hitler ada, mengamuk dia. Biar logik dalam membuat penilaian. Adakah patut 1Bumi 1Melayu dilaksanakan. Mana perginya prinsip demokrasi yang dilaungkan oleh gerombolan keris songkok tinggi? Takkan melayu sudah ditipu oleh sejarah. Inggeris mesti marah dengan tindakan melayu ini sebab tanah jajahannya dahulu sudah mengembalikan hak menuntut 1Bumi. Selepas ini anak-anak Bruce Lee dan rakan-rakannya tidak dapat belajar Kung Fu kerana Bumi ini telah ditadbir oleh Melayu. Mereka mungkin akan tukar seni memperthankan diri dari Kung Fu kepada silat yang ada pada masyarakat melayu. Berikut adalah petikan api perkauman yang uba ditiup oleh PERKASA dalam membentuk 1Bumi 1Melayu di dalam Bumi ini.
|
Posted: 25 Apr 2011 09:30 PM PDT FLORIDA: Seorang wanita, Alexis Dunbar terkejut apabila mendapati ada tetamu tidak diundang ketika pulang ke kediamannya di Manatee, Florida, semalam. Tetamu tidak diundang itu adalah buaya berukuran dua meter yang ditemui di bilik tidur tetamu di kediamannya. Alexis menceritakan insiden yang menggerunkan itu kepada wartawan Bay News 9, Robert Hahn. "Saya lihat ke sebelah kanan dan mendapati seekor buaya berada dalam bilik tetamu," ujarnya. Alexis segera keluar dari rumah tetapi kemudian teringat kepada kucing peliharaan kesayangannya. "Kucing saya seperti anak saya. Saya bimbang kucing saya sudah dimakan buaya itu kerana terdapat darah merata-rata," tambahnya. Namun, ternyata darah itu daripada tubuh buaya berkenaan sama ada ia cedera di luar atau ketika cuba memasuki rumah itu melalui pintu kecil untuk kucingnya. Kedua-dua kucingnya kemudian keluar dari tempat persembunyian mereka. Petugas Jabatan Haiwan kemudian menangkap buaya itu yang dipercayai datang dari kolam di belakang kediaman Alexis. Agensi |
Posted: 25 Apr 2011 08:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini. Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu. Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100. Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebodohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu. Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya. Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan. "Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa. "Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa. "Oleh itu, apabila pembantu rumah terbabit menceritakan kejadian terbabit, majikan berkenaan terkejut dengan kegiatan sampingan pembantu rumahnya itu. "Turut menghairankan mangsa ialah pembantu rumahnya itu dengan berani meminta pertolongannya menuntut bayaran daripada pengawal keselamatan terbabit selepas dia mengaku sudah lama menggunakan rumahnya sebagai 'port' melakukan perbuatan terkutuk. "Mangsa berasa tertipu dengan tindakan wanita terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya semata-mata mahu pendapatan lebih," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan. |
Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar 'tok guru tarzan' kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu. Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta 'berkawan' dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah. Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang. "Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya," katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara 'mengenal Allah' kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an. Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke 'alam baru' bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya. "Selain itu, dia dijemput oleh pasangan terbabit bagi meyakinkan atau mempengaruhi anak mereka yang enggan menyertai ajaran sesat itu," katanya. Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih. "Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak. "Lelaki itu membahasakan dirinya 'ayahanda' dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil 'bonda' oleh pengikut," katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain. Sharom berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 7 dan 8, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana menyebarkan doktrin palsu dan dijangka didakwa di mahkamah syariah pada Julai depan. |
Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam. SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang. Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut. Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki. "Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya |
Posted: 25 Apr 2011 04:53 PM PDT SEGAMAT: "Saya terkejut apabila tiba-tiba bumbung runtuh menyebabkan saya bergegas mencari tiga anak dan seorang anak saudara untuk menyelamatkan diri," kata Kasminah Saman, 44, menceritakan detik mencemaskan apabila rumahnya di Felda Chemplak, Labis di sini, roboh dirempuh lori yang dipandu suaminya, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, Kasminah berkata, dia berada di dapur dan menyediakan sarapan manakala empat kanak-kanak terbabit berada di ruang tamu menonton televisyen. "Saya terus mencari semua kanak-kanak itu selepas melihat timbunan kayu dan atap runtuh. "Saya menjerit nama mereka sekuat hati dan syukurlah, mereka menyahut panggilan dari bawah timbunan kain di ruang tamu rumah. "Selepas menemui mereka, barulah saya sedar dahi saya luka manakala tangan kanan amat sakit dan berehat di kawasan lapang bersama kanak-kanak berkenaan," katanya. Menurutnya, ketika kejadian dia sempat menutup dapur gas dan perkara paling membimbangkannya ialah terkena renjatan elektrik. Sementara itu, suaminya, Salleh Jaafar, 44, yang memandu lori berkenaan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk bersarapan. Tiba-tiba katanya, dia melihat sebuah motosikal muncul dari arah bertentangan menyebabkannya mengelak ke kiri jalan supaya tidak bertembung dengan kenderaan itu. "Malangnya lori terbabas dan merempuh bahagian sisi rumah di lereng bukit dan diperbuat daripada papan. "Saya cuba memberhentikan lori namun ia mengambil masa dan selepas hampir keseluruhan rumah musnah barulah kenderaan itu berhenti," katanya. Menurutnya, ketika itu lori majikannya hanya membawa sedikit muatan kelapa sawit dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun kerugian hampir RM40,000. Katanya, buat sementara waktu dia akan menumpang di rumah ibunya di Felda Chemplak. "Semua kanak-kanak dan isteri dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, namun isteri terpaksa ditahan di wad kerana tangan kanannya patah," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berhubung kejadian itu. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan