PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Lagi Kerja Bangang 1 Malaysia!
- Bila Dah Ada Sikap Tunjuk Taring dalam PKR!
- Macam Mana Gerombolan Boleh Sujud Di Kaki Lim Kit Siang?
- Baru Sekarang Ni aku nampak dia bijak sket!
Lagi Kerja Bangang 1 Malaysia! Posted: 26 Apr 2011 01:18 AM PDT BELUM ADA SATU BANGANG PON YANG ADA BUKAK SYARIKAT BODOH MACAM NI!!!! E-MAIL SATU MALAYSIA : TRICUBES SASAR 5.4 JUTA PELANGGAN, KOS HANTAR SEKITAR 50 SEN - minsider Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel satu Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia. Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya. Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu. Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen. LSS:Lagi bikin kerja bodoh! lagi nak bikin syarikat bangang! E-mail dari syarikat yahudi,kapir laknat makan babi dan tak semayang 5 waktu pun boleh bagi percuma "free of charge" Syarikat Melayu,Ketuanan Melayu,pertahankan kalimah allah, kena bayar 50 sen! kepala tungkek lu bro! tapi yang bestnya syarikat,melayu bumiputera yang kononnya islam dengarnya dah nak gulung tikar. Lagi mintak projek dari kerajaan gerombolan,dah cukuplah tak payah lah nak kelentong melayu! tak payah lah nak bodohkan melayu pasal melayu ni dah ramai jadi bodoh kalau tak caya semalam tengok ada berapa ramai yang dok terlompat - lompat depan pejabat MCA. Kesian Melayu, cukuplah jangan bodohkan melayu lagi,buat lah kerja halal.Banyak lagi kerja Halal boleh buat pergi meracik ayam hutan ke,cari pelandok kat belukar ker, jual mee bandung kerr...atau jual cendol kat CM pun kira kerja halal jugak. Tak payah lah nak nak bagi makan anak yatim dengan duit hasil menipu orang, tak berkat bro! bila tak berkat tu yang kepala hotak jadi bangang! ni yang buat kita naik rimas dengan melayu yang pemalas dan penipu.Bila cina marah boikot Utusan Melalok kata Cina tak patriotik dan tak bersyukur! Tapi kerja malas! nak menipu saje kerja nya, semata - mata nak kontrek kerajaan gerombolan,sudah lah tolong hentikan kerja kelentong melayu ni dan buat kerja lain pasal melayu ni dah banyak yang jadi bodoh! kalau tak caya tengok la semalam ada sekor berok terjerit - jerit depan bangunan MCA, dok maki hamun Raja Porno dari Hong Kong kah..kah...kah..kah |
Bila Dah Ada Sikap Tunjuk Taring dalam PKR! Posted: 26 Apr 2011 12:33 AM PDT Tak lama dulu selepas satu forum tentang Pilihanaraya LSS ada menemui salah seorang pemimpin PKR ini hanya sekadar bertanya kan tentang keadilan dalam pemilihan.Tetapi hasilnya maki hamun dan cercaan yang di terima.Bukan maksud LSS nak pertahankan chegu bard dalam hal ini. Tetapi keadilan harus di tegakkan dalam segala aspek bukan di ketepikan begitu sahaja.Ada LSS terdengar dan terngiang - ngiang yang si Pemimpin ini mencerca yang kononnya chegu bard menggunakan media untuk memaki hamun Anwar Ibrahim. Media mana yang chegubard guna? katanya chegu bard menggunakan media seperti tweeter dan fb untuk menghentam Anwar dan LSS bertanya semula adakah chegubard guna media? "abis tu fb dan tweeter tu bukan media" Setelah 10 tahun dan sedekad laungan reformasi sejak PRM tak terfikir nak sertai keadilan lagi sesiapa pun tak menyangka keadilan akan sampai ke sini.Anwar dahulu yang di perjuangkan untuk pembebasan kini di puja bagaikan dewa. Sesiapapun tak di benarkan mengkritik atau memperkatakan walau sedikit tentang sosok tubuh yang bernama Anwar Ibrahim.Seolah - olah Anwar "maksum" dari segala - galanya,kalau tak boleh di kritik buat apa jadi pemimpin. Memperkatakan semua ini berkenaan kenyataan pemimpin PAS yang mahu mengkaji tentang video seks Anwar sebelum menyatakan pendirian.Hal ini kalau di lihat ia sesuatu yang profesional kerana sebelum memutuskan sesuatu pendirian haruslah di kajidan dibincangkan bukan buat ikut sedap tekak. Kita tahu dia adalah hulubalang yang terulung yang mana sebelum ini pernah menjadi seorang "pembawa wahyu" tapi jangan lah sampai hilang prinsip dan pendirian.Tapi apa yang tebongeng sekarang ialah LSS terus mencari di mana saki baki maki hamun tersebut. Kerana disini siapa secara terang - terangan menggunakan media untuk menyerang sesama sendiri dalam Pakatan.Segala maki hamun dan cercaan itu mungkin kini di sembunyikan buat sementara kerana orang sebegini takkan mahu mengaku kesilapan sendiri. Jangan terlalu bangga dan angkuh dengan segala apa yang ada,jangan cepat di serang dengan apa yang dilakukan oleh PAS kerana mereka hanya mengkaji.Jangan buat perangai panas baran kerana kalau nak ikutkan PAS dan DAP sepatutnya lebih "panas hati" dengan Anwar sebelum ini. Kalau tak percaya telitilah apa maki - hamun Anwar terhadap pemimpin PAS dan DAP ketika dia menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.Kalau tak percaya semuanyamasih ada dalam youtube. Namun pun begitu PAS dan DAP masih bersabar kerana demi matlamat untuk menumpaskan gerombolan segalanya itu di lupakan sahaja.Tetapi kalau nak di ikutkan hati mahu di tempeleng sahaja pak syeikh. Biarapa pun segala mungkin akan di tentukan selepas 16 mei ini sama ada dia akan terus menjadi raja yang tak boleh di sentuh kerana menjadi anak emas anwar ibrahim atau akan kembali kepada tugaslama nya iaitu sebagai pembawa wahyu dari sungai buloh. |
Macam Mana Gerombolan Boleh Sujud Di Kaki Lim Kit Siang? Posted: 25 Apr 2011 11:58 PM PDT Gerombolan Ajak DAP masuk Be End - Harakahdaily KUALA LUMPUR, 26 April 2011: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. LSS:Ini sudah kira peluang baik!!! kalau Mat Monggol dan Rosmah mengambil tindakan ini yang beruntung nya dah tentu rakyat 1 malaysia! makna nya Kit Siang dan Guan Eng mesti kenakan macam - macam syarat sebelum masuk Be End! antara syarat - syaratnya! 1.Suruh Mat Monggol turun tahkta 2.Batal kan pendaftaran gerombolan. 3.benarkan ching peng balik. 4.suruh bik mama masuk kelas erobik. 5.Suruh Rajagopal turun takhta. 6.Kabinet mesti di bubarkan. 7.Pecat A.G Patail. 8.Tangkap Taib Mahmut 9.Pecat Mat Zaki. 10.Tangkap Zul Nordin 11.Tangkap Abu Kasim. 12. Batalkan keputusan Pilihanraya. 13.Tukar Negara Ni jadi Republik. 14.Gubal semula Perlembagaan Negara. 15.Gubal semula Undang - Undang! 16: Tutup kemunting dan mansuhkan I.S.A Dan letak 1001 syarat yang power - power kasi botak sikit kepala Mat Monggol,kalau diorang setuju Okay! kalau tak setuju pergi mamposs!!!! Kah..Kah..Kah...Kah |
Baru Sekarang Ni aku nampak dia bijak sket! Posted: 25 Apr 2011 11:33 PM PDT Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani-Minsider KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau. Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi. Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah. "Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah. "Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu. Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara. Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang. Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T". Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu. Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu. "Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah. "Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya. Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat. "Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka. "Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini. Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak. "Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi. Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa. "Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau. |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan