Anak Sungai Derhaka |
- Dua tahun dibawah Najib, politik samseng berleluasa..
- MCA, UMNO's Running Dog?
- Gerakan tak yakin langsung BN boleh dapat undi Cina semula
- Mengelupurlah UMNO... (Video Inside)
- RM2.05 Bilion telah dibayar kepada 27 Syarikat Kroni mereka..
- Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din
- UMNO jemput DAP masuk BN?
- Lagi Rasuah BN dalam PRN Sarawak terbongkar!!
- Ke Putrajaya atau ke Penjara.. 16 Mei jadi penentu..
- Jahatnya laporan Utusan ni..
Dua tahun dibawah Najib, politik samseng berleluasa.. Posted: 26 Apr 2011 08:40 AM PDT Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib. Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang. Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit. Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru. Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera. Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO. Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta. Lebih teruk dari zaman Abdullah Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you". Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi. Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi. Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh. Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you". Keganasan dalam PRK Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini. Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru. Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan. Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran. Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan. Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Chan Wei See - MerdekaReview. |
Posted: 26 Apr 2011 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: The MCA has lost its relevance and it is surviving only because it is riding piggy-back on Umno, political analyst James Chin said. He added that even this perception was recently shattered. When Malay right-wing group Perkasa protested outside the MCA headquarters yesterday, nobody from Umno came in support of MCA, said Chin, from Monash University. He said the Perkasa protest against MCA holds larger and deeper significance as far as Umno-MCA relations is concerned in that it reinforces the "petty" role played by the Chinese-based party in the ruling coalition. "The big problem is that the Chinese community sees MCA as powerless in Barisan Nasional (BN). They see MCA as providing cover to Umno which can claim to have a multiracial government when in fact BN is Umno and Umno is BN," he told FMT. MCA, the second largest and a senior BN component, is attempting to rebrand itself under current president Dr Chua Soi Lek. Chua is trying to do away with the notion that his party is submissive to Umno in the coalition. Chua has embarked on a crusade to restore MCA's image as champions of the Chinese, often crossing swords with Umno's top echelons and upsetting Perkasa, whose members are made up of Umno's supporters. Perkasa and Umno's constant harping on communal sentiments to maintain its Malay powerbase is the reason behind MCA's waning appeal, claimed Chua. This includes the constant attack by Umno's mouthpiece Utusan Malaysia on the Chinese community for continuing to support the opposition. Chua blasted Utusan as "extremists" and racists, striking a raw nerve that forced Perkasa to rally in Utusan's defence. Chin said that one notable point in the ongoing MCA-Perkasa row is the absence of Umno in defending its senior coalition partner. While Umno's top guns have distanced themselves from Perkasa and Utusan, none have backed MCA's condemnation of the two. "The Perkasa demonstration outside MCA headquarters sends the message that Umno will not defend MCA if MCA challenges Ketuanan Melayu (Malay supremacy). "MCA's strategy of speaking out will not work as it reinforced the view that it has no power in the government. "It is no coincidence that some in the Chinese community call them Umno's running dogs," said the political analyst. Nothing will change With only 15 seats in Parliament, all won on Malay support, MCA is in no position to bargain, rendering its rebranding efforts useless and its political future bleak, said Khoo Kay Peng, an independent analyst. MCA loyalists have praised Chua and his party's attempt to reconcile with the Chinese electorate but Khoo said such effort is merely staged to save MCA from complete humiliation, given that the party survives only on Umno's political courtesy. "Nothing is going to happen," Khoo told FMT when asked how MCA plans to deal with Umno's connection with Perkasa and its communal rhetoric via its mouthpiece Utusan. "MCA will find it hard to get out of the box. The party will back away. Going against Umno is going against government policies," he added. Khoo's statement resembles that of the DAP's, which has challenged the party to quit BN if it was against Umno's alleged racist politics. To stay with BN is to support what the DAP labels as racially discriminative policies. Khoo, however, noted that racial politics bears little weight now as Malaysia's electorate, especially urban voters, are wise to the ways of the ruling party. It's all about good governance and equitable policies which means that if BN implements complete and thorough reform, it could see a return of support regardless of race. "If you put the money back in their pockets, they will come back," he said. Free Malaysia Today |
Gerakan tak yakin langsung BN boleh dapat undi Cina semula Posted: 26 Apr 2011 05:39 AM PDT Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat. Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat. Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'. "Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.," katanya, "Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak." Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia. Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan. "Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar," katanya. Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula. "Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja." Malaysiakini |
Mengelupurlah UMNO... (Video Inside) Posted: 26 Apr 2011 05:11 AM PDT DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. "Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini. Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN. Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya. "Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily. Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun. "DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily. Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN). Boikot Utusan Malaysia Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia. "Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui". |
RM2.05 Bilion telah dibayar kepada 27 Syarikat Kroni mereka.. Posted: 26 Apr 2011 02:31 AM PDT Lihatlah bagaimana kerajaan UMNO/BN menggunakan duit rakyat yang membayar cukai untuk memberikan pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang boleh dikatakan semuanya milik kroni mereka.. RM2.05 bilion pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Betapa beruntungnya 27 Syarikat tersebut.. berniaga tapi tidak mungkin akan rugi kerana segala kerugian ditanggung oleh kerajaan UMNO/BN menggunakan wang rakyat yang membayar cukai… Berikut adalah jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ini mendedahkan jumlah pampasan Pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang jumlahnya kini mencecah RM2.05 bilion tidak termasuk jaminan Bank, Subsidi dan juga Insentif cukai.. Itulah sebabnya BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam. Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:- "Soalan: YB Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampas an yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi. Jawapan: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, jumlah pampas an dalam bentuk tunai yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikt konsesi lebuh raya ialah sebanyak RM2.05bilion. Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampas an disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 50% kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru. Maklumat mengenai jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya ialah seperti berikut: Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat mengenai jumlah jaminan bank, subsidi dan insentif cukai kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pusat, iaitu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan." |
Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din Posted: 26 Apr 2011 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz. Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. "Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. "Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. "Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau. http://www.keadilandaily.com/?p=12261 |
Posted: 25 Apr 2011 09:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. Harakahdaily |
Lagi Rasuah BN dalam PRN Sarawak terbongkar!! Posted: 25 Apr 2011 08:13 PM PDT Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya. Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan. Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya. SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan. Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang. Malaysiakini |
Ke Putrajaya atau ke Penjara.. 16 Mei jadi penentu.. Posted: 25 Apr 2011 07:59 PM PDT Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun membuang kes berkenaan. Sebelum ini, pada hujahnya pagi ini Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima. Ini kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti," katanya. Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful). Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu. Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu. Malaysiakini |
Posted: 25 Apr 2011 09:26 AM PDT Berita dari Lidah Rasmi UMNO yang dijadikan headline ini jika dibaca sekali lalu ianya hanya menceritakan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Polis dalam gerakan membenteras judi di Pulau Pinang.. Adakah itu sebenarnya tujuan Lidah Rasmi UMNO itu? Ada tujuan lain sebenarnya... Bagaimana perasaan anda jika anda adalah salah seorang dari 114,668 orang warga emas yang telah dan akan menerima sumbangan RM100 dari Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari Sabtu 23Hb. Dan juga Ahad (24hb) yang lalu? Pasti akan timbul keraguan dalam diri anda tentang dari mana datangnya wang yang diberikan kepada anda itu setelah terpandang headline Lidah Rasmi UMNO itu.. kerana ketika program penghargaan Warga Emas ini dilancarkan tahun lalu sebuah blog Pro UMNO telah menyebarkan fitnah mengatakan wang untuk sumbangan kepada Warga Emas itu datangnya dari hasil judi. Berasaskan dakwaan dari blog itu Pemuda UMNO Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan kononnya dana dari kelab lumba kuda digunakan untuk membayar wang Ihsan itu.. Kemudiannya Lidah Rasmi UMNO telah menjadikannya satu berita disambung pula dengan gerakan mengutip kembali wang tersebut oleh beberapa ADUN dari UMNO dimulakan oleh ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar. Kutipan demi kutipan telah dilakukan oleh mereka setelah berjaya memperdaya warga emas yang menerima sumbangan itu dengan mengatakan ianya datang dari hasil judi. Malangnya hingga kini tiada satu senpun telah dikembalikan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.. Mereka berjaya memperdaya warga emas itu kerana warga emas tersebut tidak membaca laporan dari portal berita on-line yang kebanyakkan mereka baca ialah media cetak terutamanya Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia.. Oleh itu mereka tidak mengetahui bahawa Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri. "Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," tambah Dr Mohd Asri.. Jadi sekarang adalah jelas tujuan Lidah Rasmi UMNO itu menjadikan 'Pulau Pinang lubuk judi?' sebagai headline adalah untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu atau was-was dalam hati Warga Emas Pulau Pinang yang telah menerima sumbangan RM100 itu… Pulau Pinang lubuk judi? • Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit. • Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian. • Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino. • Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang. PULAU PINANG 24 April – Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari. Namun, sindiket itu yang dipercayai beroperasi sejak tahun lalu tumpas apabila diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut awal tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pertaruhan dijalankan dengan pembelian cip melalui akaun bank penjudi. "Setiap pemain dibenarkan bertaruh hingga RM10,000 dalam setiap pertaruhan. "Pertaruhan boleh mencecah RM300,000 dalam satu permainan atau hampir RM1 juta apabila terdapat tiga permainan dalam sehari," katanya di sini hari ini. Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, seramai tujuh lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga China berusia 30-an dan 48 tahun ditahan ketika leka mengambil pertaruhan dari dalam talian. Kesemua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Perjudian Terbuka serta Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan. Polis turut merampas tiga buah komputer riba dan kerusi serta meja ala kasino. Kong Meng juga melahirkan penghargaan kepada pihak yang membuat aduan mengenai sindiket berkenaan dan meminta orang ramai berbuat demikian jika mengesyaki kegiatan seperti itu berlaku di kawasan mereka. Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Lidah Rasmi UMNO |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan