Senyum Tangis Sendu |
- Utusan Ajak GERAKAN, MCA dan MIC Jadi 1Melayu?
- BN Boikot Utusan Kecuali UMNO
- Padah Berjudi Tepi Keranda
Utusan Ajak GERAKAN, MCA dan MIC Jadi 1Melayu? Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT Apakah bodohnya Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". Kebodohan minda sebagai pengarang menampakkan beliau cetek dalam ilmu penulisan. Bolehkah orang bukan melayu menerima konsep 1Melayu? Bukan setakat itu sahaja, beliau turut mengajak GERAKAN, MCA dan MIC utk menjadi Melayu. Bodoh betul minda beliau. Tahukah beliau bahawa keturunan atau bangsa tidak boleh ditukar dengan bangsa yang lain. Sebab itu dalam dunia ini pelabagai bangsa. Jika Bumi ini jadi 1Melayu, mana akan perginya bangsa-bangsa yang lain? Ke planet Marikhkah mereka? Cina di Planet Pluto, India di Planet Zuhal dan selebihnya boleh memilih pelbagai lagi planet dalam galaksi bima sakti ini kecuali bangsa melayu yang tinggal di Bumi. Mengapa melayu harus tinggal di Bumi? Ini kerana Zaini mengatakan bahawa sudah tiba masanya melayu menggantikan slogan "1Malaysia" kepada "1Melayu, 1Bumi". Nanti apa kata rakyat Jepun kalau Bumi ini milik Melayu kerana di Jepun tidak ada orang Melayu dan UMNO. UMNO ada di Malaysia sahaja. Bukan setakat orang Jepun sahaja yang akan gelisah tetapi salah seorang individu yang menghasilkan video seks pun turut akan gelisah jika dilakukan "1Melau, 1Bumi". Ini kerana individu tersebut adalah dari keturunan Siam yang bernama Eskay. |
Posted: 23 Apr 2011 10:44 PM PDT MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam. Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu. |
Posted: 23 Apr 2011 06:04 PM PDT TANGKAP... sebahagian lelaki yang ditahan kerana berjudi dibawa masuk ke dalam kenderaan polis selepas serbuan, tengah malam semalam BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan 'buta hati' kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam. Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda. Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun. Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis hingga ada yang terjatuh dan mengalami luka. Menurut Sayuti, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan dilakukan polis sebelum itu. Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka asyik berjudi dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis. "Siasatan awal mendapati mereka bermain judi belangkas dan kebanyakan mereka adalah penduduk di sekitar kawasan berkenaan. "Peralatan perjudian dan wang tunai turut dirampas dalam serbuan. Kaji judi terbabit dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk diambil keterangan," katanya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan