pemuda cheh |
Sebaiknya Anwar Ibrahim Menyertai PAS Posted: 24 Apr 2011 06:38 AM PDT "Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim bersama PAS dalam mengukuhkan sokongan Melayu dan Islam terhadap parti kedua terbesar Melayu itu.Ia adalah langkah perlu dalam usaha berhadapan dengan UMNO yang semakin rakus serta sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa. Mengimbau sejarah Anwar sememangnya diharapkan menyertai PAS bagi menggantikan Dato Asri namun akhirnya Anwar telah memilih UMNO sebagai wadah perjungan beliau walaupun pendekatan perjuangan Anwar dilihat lebih condong dan selari dengan PAS dalam gerakan Islam yang dipimpinnya.Pilihan dan harapan kepada Anwar untuk memimpin PAS ketika itu bersandarkan kepada kemampuan dan ketokohan beliau yang berjaya dalam mengerakkan gerakan Belia Islam. Anwar tidak banyak masalah jika bersama dengan PAS memandangkan matlamat yang sama dalam melakukan perubahan politik negara ke arah yang lebih baik dari segala aspek.Tindakan UMNO yang semakin zalim terhadap Anwar dilihat ada baiknya Anwar bersama PAS.PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah dan barisan kepimpinan yang ada biarlah bergerak dengan sendiri kerana parti tersebut telah memalui proses kematang yang pelbagai dalam usia yang parti paling muda dalam PR seterusnya menjadi salah satu parti yang relevan di Malaysia. Memilih untuk bersama parti PAS adalah langkah yang paling baik bagi Anwar dengan keadaan dan tekanan yang semakin sulit dihadapi oleh Anwar dalam usaha berganda UMNO dalam memusnahkan karier politik negara.Kemasukan Anwar Insyaallah akan memberi impak besar terhadap PAS dalam mengukuhkan gerakan Islam di Malaysia ini dan amat bersesuaian dengan Slogan PAS ganti UMNO. Tidak sama sekali timbul soal kedudukan Anwar dalam PAS berjawatan atau tidak, apa yang lebih penting PAS selaku gerakan Islam di Malaysia berjaya dikukuhkan dalam usaha melakukan perubahan besar terhadap politik negara.Mungkin pandangan ini agak tidak masuk akal namun hasil pemerhatian peribadi ia amat perlu.Sebenarnya selepas pemecatan Anwar ramai ahli UMNO bawahan yang mengharap Anwar masuk PAS namun akhirnya Anwar memilih menubuhkan parti sendir sebagai wadah baru beliau namun mungkin Anwar lebih tahu demi masa mendatang. Kita perlu akui akan kebaikan adanya PKR ini dan jelas terbukti sebagai pengantara dan pengimbang dalam PR. Namun isu sekarang adalah Anwar perlu menyertai PAS sebagai langkah yang terbaik dalam usaha berhadapan dengan UMNO.Tidak ada yang pelik dalam politik ini.Namun yang apling utama adalah kebaikan dan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat dan dalam konteks Islam pula kebaikan terhadap umat Islam terbanyak.Allahuakbar..." |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan