Anak Sungai Derhaka |
- Jika Rais ditemani Peguam Negara sekalipun, saya tidak gentar - Mutalib MD
- Drama Bangkok, sejarah 2008 nyaris berulang..
- Najib diseru balik kepangkal jalan.. (Video Inside)
- Polis mahu tahan Raja Petra, bawa ke Malaysia
- Kandungan Internet : Kerajaan tak tapis.. cuma DDOS saja..
- Tiada kenyataan dari Raja Petra kepada Polis.
- Air dan Agenda politik Umno merampas Kelantan
Jika Rais ditemani Peguam Negara sekalipun, saya tidak gentar - Mutalib MD Posted: 24 Apr 2011 08:38 AM PDT Oleh: MUTALIB M.D SEKALIPUN Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim telah memfailkan saman terhadap saya berhubung dakwaan Sabahkini.net bahawa beliau terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dianggapnya sebagai fitnah, namun saya amat gembira jika beliau menghadiri Persidangan Blogger Asean hari ini (Ahad). Sebagai Blogger Profesional, saya tidak kisah atau terkilan jika Rais dijemput untuk menjadi moderater bagi sesi pleno forum yang bertajuk 'Parameters-The Fine Between What's Allowed and What's Not' kerana saya rasa Rais wajar berdepan dengan para Blogger termasuk saya, kerana itu tugas beliau sebagai Menteri yang menjadi 'Penyibuk' kepada Blogger selama ini. Mengikut program yang terdapat dalam jadual, saya akan menjadi panel untuk membincangkan tajuk di atas yang dipengerusikan oleh Datuk Zaini Hassan (Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia); namun saya tidak gentar jika Rais hadir bersama peguamnya (atau ditemani Peguam Negara) sekalipun untuk menjadi moderator atau peserta. Bagaimanapun saya tetap dengan keputusan saya untuk tidak melayan sebarang saman yang beliau failkan sehinggalah polis menyelesaikan siasatan ekoran laporan polis yang dibuat oleh 'Chegu Bard' yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Namun agak malang kerana urus setia mungkin tidak melayan 'hasrat gila' saya untuk berhadapan dengan Rais Yatim atas faktor keselamatan dan demi menjaga nama baik Penaung Blog House Malaysia (Penganjur) Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan menyampaikan ucaputama di majlis berkenaan sekitar jam 10.55 pagi nanti. Mungkin saya akan menjemput Rais merasmikan Persidangan Blogger Sabah menjelang 'Persidangan Agung Persatuan Blogger Sabah' pada 20 Disember 2011 sekiranya beliau didapati tidak terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang masih dalam siasatan polis; itu pun jika beliau masih menjadi menteri kerana pilihan raya umum dijadualkan pada November 2011. Sabahkini.Net |
Drama Bangkok, sejarah 2008 nyaris berulang.. Posted: 24 Apr 2011 05:21 AM PDT Jika niatnya mahu bertemu Polis di Kedutaan Malaysia di Thailand tidak dihalang oleh Isterinya dan juga dua orang lagi sahabat merangkap peguamnya sendiri.. Hari ini Malaysia pasti akan heboh membicarakan bahawa Raja Petra telah selamat kembali ke Malaysia dan berada di Kamunting.. KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai "drama Bangkok" menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu. Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu. "Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia. "Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini. Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya. Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203. "(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja. "Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu," kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM). Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand. Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara. Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April. "Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat," tulis Raja Petra lagi. "Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203. "Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini," katanya lagi. Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan. "Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia. "Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan," katanya lagi. "Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya. "Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi)," katanya lagi. Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia. "Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?" kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri. The Malaysian Insider |
Najib diseru balik kepangkal jalan.. (Video Inside) Posted: 24 Apr 2011 05:10 AM PDT Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah. Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan. "Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam. Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak. Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat. Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau. Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini: "Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar. Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. "Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar "Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi. |
Polis mahu tahan Raja Petra, bawa ke Malaysia Posted: 24 Apr 2011 04:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan. Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu. "Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini. "Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan. "Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi. Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir. "Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra "seperti biasa" berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu. Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu. "Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. 'Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,'" katanya lagi. Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan. "Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut," katanya. "Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka. "Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami," kata Haris. Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan. "Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal," katanya. Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel. "Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel. "Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan," katanya lagi. "RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel," katanya. Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan. "Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan," katanya. Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK. "Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan)," kata Haris sambil berkata. "Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu." Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008. Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan. "Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana. "Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis," katanya lagi. "Aziz juga cuba membuat pusingan 'U'. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut," katanya. Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam. "Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL. "Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain. "Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik," katanya lagi.KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan. Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu. "Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini. "Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan. "Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi. Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir. "Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra "seperti biasa" berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu. Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu. "Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. 'Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,'" katanya lagi. Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan. "Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut," katanya. "Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka. "Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami," kata Haris. Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan. "Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal," katanya. Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel. "Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel. "Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan," katanya lagi. "RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel," katanya. Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan. "Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan," katanya. Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK. "Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan)," kata Haris sambil berkata. "Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu." Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008. Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan. "Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana. "Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis," katanya lagi. "Aziz juga cuba membuat pusingan 'U'. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut," katanya. Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam. "Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL. "Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain. "Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Kandungan Internet : Kerajaan tak tapis.. cuma DDOS saja.. Posted: 23 Apr 2011 10:40 PM PDT Hari ini.. Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet. Jika begitu tahniah buat UMNO/BN kerana mengambil pendekatan yang bijak biarpun hakikatnya untuk menapis kandungan internet itu bukanlah satu pendekatan yang mudah untuk dilaksanakan dan boleh dikatakan Najib memang jujur bila beliau berkata Kerajaan tidak akan menapis kandungan internet. Ketika kempen Pilihanraya Negeri Sarawak sedang hangat Najib secara terbuka telah mengakui bahawa kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, (baca di SINI). Kenyataan beliau itu sebenarnya memberikan kepada kita jawapan mengapa beberapa media on-line pro Pakatan Rakyat seperti TV Selangor, Harakahdaily, Sarawak Report dan Malaysiakini telah diserang dengan DDOS. Malah menurut Nik Nazmi, Keadilan daily juga telah di Hack.. Serangan DDOS itu sebenarnya lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan menapis kandungan internet.. Jadi Najib memang jujur bila beliau berkata Kerajaan tidak akan menapis kandungan internet.. kerana menapis dan menyerang dengan DDOS itu adalah dua ayat yang berbeza.. Menapis melibatkan sebahagian kandungan sahaja tapi serangan DDOS menyebabkan seluruh kandungan yang terdapat didalam Website tidak boleh di acess langsung.. Tak tapis… tapi serang dengan DDOS sajeee… Najib ulangi jaminan tidak tapis Internet KUALA LUMPUR, 24 April — Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet. Sebelum ini ada dua usaha untuk memperkenalkan "Empangan Hijau" ala China untuk mengawal aliran kandungan Internet manakala sebahagian rakyat negara ini minggu lalu membantah langkah Putrajaya menyediakan akaun e-mel 1 Malaysia. Tetapi ia telah diketepikan oleh Kabinet Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling 'segar' dan bebas. Kata Najib (gambar), beliau tidak pasti mengapa kerajaan-kerajaan lain bertindak tegas terutama jika apa yang diperkatakan menerusi Internet adalah sesuatu menyakitkan. "Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini. The Malaysian Insider |
Tiada kenyataan dari Raja Petra kepada Polis. Posted: 23 Apr 2011 10:11 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini. Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok. "Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi," kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi. Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu. Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud 'kebuntuan' dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya. "Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia. "Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3," kata tulisan itu. The Malaysian Insider |
Air dan Agenda politik Umno merampas Kelantan Posted: 23 Apr 2011 09:33 PM PDT Sebelum itu.. Satu soalan aku kepada seorang Datuk yang berada di pihak UMNO yang tidak pernah terjawab hingga kini.. kalau para penyokong UMNO boleh jawab sila jawab.. Soalannya... UMNO dikatakan memperjuangkan nasib Bangsa Melayu, UMNO juga memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Jika benar begitu mengapa UMNO perlu menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan yang didominasi oleh bangsa Melayu sendiri??? Masalah air dan agenda politik Umno merampas Kelantan "Dalam mana-mana pemeritahan di dunia ini, sumber air untuk keperluan rakyat adalah menjadi tanggungjawab pemerintah. Ia merupakan salah satu keperluan bertaraf basic needs untuk hidup, kerana air membekalkan segala-gala untuk kesejateraan makhluk. Justeru kerana itu, dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Persekutuan, Jadual ke-9 para 11 (b) menyebutkan "kerja-kerja dan kuasa persekutuan, termasuk bekalan air, sungai dan terusan kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara Negeri yang berkenaan, pengeluaran dan pembekalan kuasa air." Sementara dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Negeri, Jadual ke-9 para 6(c) menyebutkan "kerja-kerja Negeri dan air, iaitu tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak; hak riparia." Air di Kelantan Justeru kerajaan Negeri Kelantan yang telah melaksanakan perjanjian berkaitan pembekalan air hanyalah bertanggungjawab dalam aspek menguruskan sumber air. Ini bermakna segala usaha menyuburkan punca air, pembiayaan dan tanggungjawab pembangunan prasarana bagi memudahkan pengurusan sumber air adalah terletak di bahu Kerajaan Pusat bukan Negeri. Dengan kata lain, tanggungjawab Kerajaan Negeri akan sempurna bila Kerajaan Pusat turut melaksanakankan tanggungjawab mengikut semangat persekutuan (rule of federalism). Namun apa yang berlaku, Kerajaan Pusat tidak pun menyalurkan geran pembiayaan prasarana air. Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri terpaksa meminjam daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM520 juta. Sedangkan negeri yang dikuasai Barisan Nasional diberi geran. Maka jelaslah, Kerajaan Pusat sudah tidak ikut kehendak rule of federalisme (tidak patuh kepada perlembagaan). Ia sudah boleh diibaratkan sebagai "seorang Muslim yang sudah engkar perintah al-Quran sebagai perlembagaan hidup." Di mana kejujuran 'kuasa kerajaan' jika ia sudah dilihat engkar? Apakah pemegang kuasa yang dimandatkan oleh rakyat untuk mentadbir Negara secara Rukun Negara (kepercayaan kepada Allah, kesetiaan kepada Raja, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan)? Rakyat diharap tak keliru Di atas fakta tersebut, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya terkeliru dengan omongan fitnah dan keengkaran tanggungjawab tajaan Umno di Kelantan hari ini. Apa yang sepatutnya ialah Rakyat Kelantan hendaklah bertegas dan bertekad membetuli tindakan pihak Barisan Nasional yang mentadbir Pusat. Natijahnya, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya merestui, bersetuju dan memberi saham (sokongan) kepada salakan fitnah yang disebar oleh pemimpin Umno di pentas Gelombang Merah, di corong Radio FM Kelantan, di dada akhbar auta dan di bibir-mulut pencacai itu. Apa yang sepatut dibuat oleh seluruh Rakyat Kelantan adalah menghapuskan kesemua golongan pencacai itu dari tampuk kuasa. Ia suatu komitmen jitu, demi membela hak rakyat, ke arah mengembalikan amalan penghormatan kepada perlembagaan dan bertegas di atas prinsip Rukun Negara. Sokong Kerajaan Negeri Hakikatnya, kehebatan sebenar Rakyat Kelantan ialah sentiasa menerajui dan mencetuskan perubahan. Penghapusan pencacai Umno yang menetang segala usaha baik berteraskan Membangun Bersama Islam yang dipimpinan ulama adalah boleh disifatkan termasuk dalam kerja yang batal (bathil) di sis agama. Apakah kerja bathil itu pasti meraih pahala? Di sini, tindakan penetangan Umno dengan cara memfitnah Kerajaan Kelantan menggunakan isu air adalah satu cebisan kerja bathil yang harus dihadapi secara baik (ma'aruf) oleh semua Rakyat Kelantan. Justeru penyiaran gambar yang mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri menangani bekalan air bersih kepada rakyat oleh salah sebuah akhbar (lihat foto di atas), kemudian diputar dengan niat mempertikainya boleh disifatkan sebagai termasuk di dalam kerja bathil. Sedangkan negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional sekian lama adalah tidak kurang daif dan teruknya bekalan untuk dinikmati rakyat. Contoh terbaru, seperti mana luahan menteri besar Pahang dalam sidang dewan negeri (lihat keratan akhbar berikut). Begitu pula, rungutan penduduk di Sarawak yang tinggal di sepanjang Sungai Igam (lihat keratan akhbar berikut), tetapi masih tidak upaya dibekalkan air oleh Barisan Nasional yang berkuasa. Komited jaga khazanah air Hakikatnya Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz tekad dan sentiasa bertanggungjawab melaksanakan yang terbaik di dalam semua segi bidang keberhasilan pembangunan untuk rakyat. Oleh itu isu air tetap menjadi keutamaan bagi Tuan Guru melalui Air Kelantan Sdn. Bhd dan Jabatan Air Negeri melakukan penambahbaikan. Prinsip umumnya air adalah keperluan asasi rakyat. Pengalaman Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail telah mencetuskan kemakmuran Kota Mekah kerana air zamzam. Justeru sumber air Kelantan yang pancut dari mata air tertinggi di Asia Tenggara, di Gunung Stong merupakan khazanah Allah untuk dipelihara oleh semua Rakyat Kelantan. Bersama-samalah Rakyat Kelantan menghadapi ujian dari agenda politik Umno, penentang kepimpinan ulama di Kelantan. Semoga kema'arufan mengatasi kebathilan dan Allah pastinya menyediakan jalan penyelesaian untuk Rakyat Kelantan. Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Bear Kelantan. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan