Senyum Tangis Sendu |
- Rupa Bentuk Tangki Air Di Sarawak
- Gambar: 1Malaysia di Sarawak Tanpa UMNO
- Gambar: Pembangunan Sarawak Lebih Pesat
Rupa Bentuk Tangki Air Di Sarawak Posted: 09 Apr 2011 06:01 AM PDT Tangki air di bawah pemerintahan bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud adalah seperti tangki air yang digunakan seperti zaman darurat yang kebiasaan diguna pakai oleh penduduk kawasan perumahan seperti di bandar. Kita sedia maklum mengetahui bahawa bekas Ketua Menteri tersebut mempunyai kekayaan yang sangat melampau sehinggakan rakyat hidup dalam kesempitan yang amat dahsyat. Tangki air seperti itu wujud di era zaman penjajahan. Mana perginya sumber kekayaan hasil bumi negeri Sarawak? Adakah terlalu mahal sebuah tangki air untuk digantikan dengan tangki air yang boleh memuatkan isipadu yang lebih. Ia bagaikan menggambarkan tangki air itu mempunyai lot-lot tertentu. |
Gambar: 1Malaysia di Sarawak Tanpa UMNO Posted: 09 Apr 2011 01:11 AM PDT Lihat papan yang terpapar logo 1Malaysia dan 3 orang dalam Pakatan Rakyat. Sedarkah Barisan Nasional bahawa komponennya tidak ada di Sarawak? Anda mungkin tahu komponen dalam 1Malaysia yang manakah tidak ada di Sarawak? Walaupun mereka cuba menimbulkan kekerohan namun mereka harus ingat bahawa 3 Malaysia yang ditunjukkan di atas sekurang-kurangnya ada di Sarawak tetapi ada satu parti dalam komponen Barisan Nasional ini tidak wujud langsung. Mana pergi parti kuat semenanjung ini? 1Malaysia yang tiada makna di Sarawak bagi sebuah parti yang tidak wujud di Sarawak |
Gambar: Pembangunan Sarawak Lebih Pesat Posted: 08 Apr 2011 04:19 PM PDT Pembangunan di bawah bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud tidak sedikit pun berganjak dikala banyak bangunan pencakar langit telah dibina di kotaraya namun tidak pula di kawasan kampung dan pedalaman. Rakyat di Sarawak bagaikan telah dipisahkan pembangunan antara kroni dan penduduk setempat. Ketika tinjauan di Sebuyau, keadaan rumah mereka tidak terurus dangan baik seperti tiada langsung suara mereka didengari oleh kerajaan yang memerintah pada ketika itu (Barisan Nasional). Walaupun ada yang masih menyokong BN dengan terpampangnya bendera BN di rumah mereka. Bagi rakyat Sarawak, mereka sebenarnya tidak minat berpolitik kerana mereka tahu mereka tidak mendapat faedah daripada kemenangan bagi sesuatu wakil rakyat yang memerintah. Ada dikalangan mereka tahu politik tetapi mereka tidak pernah mengundi dan tidak ingin untuk daftar sebagi pengundi. Masyarakat di Sebuyau bagaikan dipinggirkan tanpa ada sikap prihatin daripada Ketua Menteri yang bernama Taib Mahmud. Penduduk di sana tidak kisah siapa yang memerintah namun bagi mereka kebajikan mereka mesti diutamakan. Mereka meletakkan bendera juga kerana suka-suka dan bukannya kerana mereka itu menyokong parti tersebut. Mereka telah dibayar RM30,diberikan tshirt dan sebagainya oleh BN untuk mengibarkan bendera dan bila ditanya mereka hanya mahukan bendera sahaja tetapi tidak pernah mengundi serta tidak tahu politik langsung. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan